Monday, 24 October 2011

CERPEN:ANTARA DUA CINTA

Mardhiah baru sahaja selesai berdoa ketika telefon bimbitnya berdering. Kain telekung buatan Indonesia itu dilipatnya secepat mungkin lalu mencapai telefon di atas meja solek.


" Assalamualaikum,kami dari Hospital Kuala Lumpur. Ini Puan Mardhiah ke?".


" Ye,saya Mardhiah".


" Saya harap puan boleh bertenang. Puan diminta datang ke bahagian kecemasan Hospital Kuala Lumpur bagi mengecam mayat seorang lelaki yang kami sangka adalah suami puan yang terlibat dalam sebuah kemalangan di Jalan Kuching".


Mardhiah terpana. Kata-kata lelaki sebentar tadi umpama panahan kilat buat dirinya. Telefon bimbitnya terlepas dari tangan. Kakinya mula terasa lemah lalu terduduk di sisi katil. Air mata mula membasahi bajunya. Mardhiah tidak tahu apa yang perlu dilakukan saat ini. Semangat diri mula terbang lalu ingatannya mulai hilang serta merta.


Mardhiah tersedar ketika telinganya menangkap suara-suara di sekelilingnya. Mata yang terasa berat digagahi jua membukanya. Wajah suami dihadapannya ditatap gembira. Dia cuba bangun dari pembaringan dan cubat berpaut pada lelaki itu.


" Abang!", ujar Mardhiah.


" Mar..ni bukan Najmi Mar..sabarlah Mar..Allah lebih sayangkan Najmi..",ujar Fatimah ibu Mardhiah. Mardhiah terpinga-pinga, benar di hadapannya bukan Najmi tetapi kembar suaminya, Nizam!


" Mak,abang ke mana? Kenapa dia tak ada kat sini?", soal Mardhiah sukar menerima kenyataan. Ahli keluarganya di situ hanya mampu memandang kepiluan melihat wanita yang baru melayar bahtera rumahtangga kematian suami tempatnya bergantung, tempat berkongsi kasih sayang dan sempat membenihkan zuriat terlalu awal meninggalkannya.


Mardhiah kembali berbaring sambil menekup wajahnya. Bagaimana dia harus menerima kenyataan ini ketika dirinya terlalu memerlukan lelaki itu di sisinya.


" Mak,Mar perlukan abang Najmi..Mar perlukan dia..Bayi dalam kandungan ni perlukan ayah dia mak..Mar nak jumpa abang..Tolong mak, Mar tak mampu macam ni..", rintihan Mardhiah menggugurkan air mata setiap insan di dalam wad itu kecuali ibu mertuanya. Zaharah memandang tanpa ada sekelumit perasaan simpati.


" Mar,ingat Allah..Dia yang megatur segalanya, kita wajib redha..Semuanya hanya pinjaman sementara..Istighfar Mar..", Marlia memujuk anaknya itu. Dia sangat memahami jiwa anaknya itu. Dirinya sendiri bersedih dengan pemergian menantunya itu. Nizam juga menangis,masakan dia tidak bersedih, Najmi merupakan sebahagian daripada hidupnya sejak lahir dari rahim yang sama 27 tahun yang lalu. Mardhiah terus menangis sehingga dia tidak sedarkan diri lagi.


Ketukan pintu ruang tamu yang bertalu-talu mengejutkan Mardhiah daripada lamunannya, Sejak pemergian arwah najmi, dirinya bagaikan tidak terurus lagi. Air mata sering mengalir tanpa disedari. Kenangan bersama arwah sukar ditangkis, bisikan suaranya masih terngiang-ngiang di telinga,bayang-bayang lelaki itu seringkali menjelma membawa dirinya kea lam khayalan.


" Teah, tolong tengokkan siapa yang datang", ujar Mardhiah kepada Fatehah, adiknya yag menemaninya sejak pemergian arwah najmi. Mujurlah adiknya belajar di kolej sekitar Kuala Lumpur. Fatehah menarik diri untuk tinggal di kolej semata-mata menjaga kakaknya yang sudah sarat.


" Mana semua dokumen-dokumen harta perninggalan arwah? Aku nak!", jerkah Zaharah yang tiba-tiba terjengah di muka pintu. Mardhiah berkerut. Hatinya bagai disentak.


" Mak masuk dulu, kita cakap kat dalam ye..", ujar Mardhiah sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat. Tangannya ditepis kasar.


" Mak nak semua dokumen arwah Najmi! Bukan nak masuk rumah ni!", Zaharah terus berdegil.


" Mak,apa mak cakap ni? Arwah wasiatkan atas nama saya dan bayi dalam kandungan ni melalui seorang peguam secara rasmi..Mak jangan buat Mar macam ni..", rayu Mardhiah. Mar dah tak ada abang Najmi. Kalau arwah tau mak buat macam ni mesti dia sedih", ujar Mardhiah penuh mengharap agar diberi peluang untuk bahagia seperti orang lain.


" Kau jangan nak bersyarah dengan aku! Kau hidup dengan Najmi berapa bulan? Sedangkan aku yang jaga dia sejak lahir sampailah 27 tahun aku bela dia. Siapa yang lebih berhak?Hah? Siapa?", jerkah Zaharah lalu masuk ke dalam rumah menuju ke almari di ruang tamu.


" Mak..! Mak jangan buat Mar macam ni..", Mardhiah terduduk di pintu sambil merayu-rayu. Dia tidak mampu berbuat apa-apa.


" Makcik, saya tau saya tah berhak buka mulut tapi tolong jangan buat kakak saya macam ni..Itu hak dia..", ujar Fatehah yang diam membisu sejak tadi.


" Kau tak ada kena mengena jangan berani nak cakap apa-apa!",Fatehah terkedu dengan amaran itu. Zaharah menggeledah fail-fail yang tersimpan di dalam almari dan akhirnya dokumen yang dikehendaki ditemuinya. Dia tersenyum puas. Zaharah terus melangkah keluar menuju ke keretanya. Mardhiah hanya mampu memerhati ibu mertuanya dengan pandangan sayu bersama hati yang terluka. Fatehah cuba memujuk kakaknya yang bagai putus harapan untuk teruskan hidup. Mardhiah tahu, Zaharah tidak akan pernah berdamai dalam persengketaan ini. Adakah dia tersilap memilih arwah Najmi yang mempunyai kedudukan sebagai suami? Sesungguhnya dia adalah wanita biasa yang tidak punya apa-apa lecuali cinta yang suci untuk mendiami hati lelaki yang berdarah keturunan di raja itu. Zaharah tidak akan memaafkan dirinya kerana menjadi penghalang arwah Najmi untuk dikahwinkan wanita pilihan ibu mertuanya daripada kalangan yang berkedudukan juga bagi menjaga darjat mereka. Mengapa tidak Khairul Nizam sahaja dikahwinkan dengan wanita itu? Abang..apa yang perlukan Mar lakukan sekarang? Mar lemah tanpa abang di sisi..


" Assalamualaikum".


" Waalaikumussalam".


" Mar,sihat?".


" Alhamdulillah", suara Mardhiah kedengaran sayu.


" Mar sabar ye..Nanti saya selesaikan dengan Mak..Saya tau mak tak berhak langsung untuk buat macam tu..", ujar Nizam cuba memujuk Mardhiah. Pasti kejadian petang semalam sudah sampai ke pengetahuannya.


" Tak apalah Nizam..saya tahu saya yang tak layak untuk menjadi sebahagian daripada keluarga awak. Saya manusia yang tak berharta, tak layak untuk keluarga seperti awak. Mungkin pemergian arwah unuk memisahkan saya dengan keluarga awak", ujar Mardhiah beserta esakan yang tertahan.


" Mar, janganlah macam tu..Saya tak pernah fikir sedemikian..Mak saja yang belum terbuka hatinya. Sabarlah,saya akan tolong awak".


Nizam termenung panjang. Zaharah tidak sepatutnya melakukan tindakan yang tidak bermoral itu. Cubaan merampas harta pusaka adalah perkara yang sudah melanggar hukum Islam. Nizam bercadang unuk menyelesaikannya denganmengupah seorang peguam syarie bagi menyelesaikan masalah ibunya dan Mardhiah.


Perut Mardhiah terasa begitu senak dan lain macam sungguh sakitnya. Cecair jernih mula mengalir dari celah kainnya. Dia pantas menghubungi Fatehah yang berada di kolej.


Mardhiah memandang anak kecil yang sedang tidur disebelahnya. Air mata mengalir melihat iras wajah yang saling tidak tumpah seperti arwah Najmi. Mardhiah diberi tahu Doktor yang dia boleh pulang ke rumah petang ini. Mardhiah bersyukur kerana tidak mengalami banyak masalah ketika melahirkan si kecil ini. Fatimah dan Azhar gembira sekali dengan kelahiran cucu pertama mereka itu. Fatehah juga begitu. Kedatangan Nizam dengan ayah mertuanya di sambut mesra. Zaharah tidak menunjukkan kelibatnya. Mardhiah tidak berkecik hati dengan ibu mertuanya. Anak kecil berpindah ke tangan Nizam. Mardhiah tersenyum kelat. Kedua-duanya seperti ayah dan anak. Nizam memandang Mardhiah dengan pandangan yang redup. Nizam mengeri apa yang difikirkan oleh wanita itu. Mardhiah dan bayi itu sangat memerlukan Nizam!


Tiga tahun berlalu, Fatehah sibuk melayan tetamu di hari bahagianya itu. Mardhiah memandang dari jauh adiknya yang baru bergelar isteri buat lelaki pilihan hatinya. Mardhiah kembali ke dapur untuk mencuci pinggan sementara anak kecilnya, Amir dibiarkan bersama neneknya. Nizam melangkah masuk ke dapur untuk minum air kosong.


" Seronokkan tengok Fatehah dengan suaminya..Bahagia sangat", ujar Nizam. Mardhiah tersenyum sambil mengangguk.


" Nizam bila lagi?", soal Mardhiah sekadar mengusik. Tangannya rancak mencuci pinggan.


" Entahlah Mar..Dulu masa belajar, saya nakkan seorang perempuan..Tapi tak sempat nak luahkan perasaan dan jadi milik orang lain..Sekarang dia dah ada anak pun..Cinta pertama pulak tu..Susah nak lupa..", ujar Nizam yang duduk di meja makan berhampiran sinki. Tangannya tidak putus-putus menyuapkan gula-gula jeli ke mulutnya.


" Ramai lagi perempuan kat dunia ni lagi Nizam..InsyaAllah, nanti jumpalah tu yang berkenan di hati..", ujar Mardhiah tersenyum.


" Mar pulak nak terus berseorangan macam ni ke? Amir perlukan ayah..", ujar Nizam.


" Nizamkan ada sebagai ayah saudaranya..", tambah Mardhiah


" Ayah saudara tak cukup Mar..Kasih sayangnya terbatas..",Mardhiah berhenti mencuci pinggan. Dia mula menangkap kata-kata Nizam


" Tak apalah Nizam, Mar yakin boleh besarkan Amir dengan baik tanpa ayah..Nizam pun kalau tak keberatan boleh jenguk Amir selalu..Mar tak halang..Mak dan ayah pun tak halang..Tak salah ayah saudaranya nak jumpa anak saudaranyakan..", ujar Mardhiah lagi.


" Jangan cakap macam tu Mar..Kalau ada yang sudi menjadi ayah Amir macam mana?", soal Nizam serius. Mardhiah tersentak kecil.pandangannya tertumpu lama pada air yang mengalir. Ketenangan jiwangan mula berkocak dengan soalan Nizam tadi. Mardhiah memang tidak menafikan sepanjang tiga tahun kehilangan Khairul Najmi, Nizam banyak memberikannya semangat dan kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang mendatang. Apakah kekosongannya sudah terisi tanpa disedari? Mereka berdua kehilangan insan yang sama dikasihinya.


" Maafkan saya kalau soalan saya sebentar tadi menganggu fikiran Mar. Tapi ada satu lagi, harap Mar sudi dengar walaupun Mar juga sudi menolak. Sudikah Mar mejadi suri hati saya. Harap Mar faham, saya tak berniat untuk mengambil kesempatan atau melukakan hati Mar. Saya ke depan dulu, nak tolong pakcik", ujar Nizam lalu meninggalkan Mardhiah yang membelakanginya. Mardhiah menarik nafas sedalam-dalamnya. Air mata yang sudah lama tidak mengalir menitis kali ini. Akukah wanita yang dicintainya sehingga dia sanggup melamar janda ini? Akukah yang mencuri hatinya dulu? Mardhiah tidak mampu menjawab persoalannya.


" Terpulanglah Mar, kalau Mar fikir baik untuk Mar, untuk Amir,apa salahnya..Semuanya di atas tangan Mar.. Nizam tu kita dah kenal lama..Berbudi bahasa, berakhlak, beragama..Tak ubah macam arwah Najmi..", ujar Fatimah menasihati anaknya itu. Azhar bersetuju dengan pendapatnya isterinya. Mendengar nama Najmi mula menggamit kerinduan pada lelaki itu. Rasa bersalah mula menyelinap dalam diri. Berdosakah aku memikirkan perkara ini?


" Betul tu kak..Akak pun muda lagi,tak salah untuk akak memilih jalan yang baik untuk hidup akak. Terutamanya untuk Amir,dia perlukan ayah..Islam pun tak pernah melarang. Mintaklah petunjuk Allah,Dia maha Mengetahui ", tambah Fatehah.


Mardhiah memandang kedua-dua lelaki yang serupa itu di hadapannya. Kedua-duanya tersenyum memandannya. Mardhiah kenal itu Najmi dan di sebelahnya adalah Nizam. Najmi mula mengorak langkah meninggalkan dirinya berdua dengan Nizam.


" Abang..! abang..!". Mardhiah terjaga dari tidurnya. Ya Allah, inikah petunjukMu? Hampir 3 malam berturut-turut dia bermimpikan kembar itu. Mardhiah menarik nafas dalam-dalam cuba mencari makna di sebalik mimpi yang mendatanginya sejak 3 hari lalu.


" Aku terima nikahnya Ainaa Mardhiah binti Azhar dengan maskahwinnya RM88.88. tunai", lafaz Nizam tenang sekali. Bersaksikan Tuhan, Nizam menikahi wanita itu atas rasa tanggungjawabnya. Najmi menoleh ke arah wanita yang berpakaian suci serba putih itu. Di wajahnya terdapat kelembutan yang dirindui sejak bertahun lamanya. Nizam menyeka air mata yang seakan mencuri keluar dari tubir matanya.


Seminggu selepas pernikahannya, Mardhiah ke hospital melawat Zaharah yang kemalangan ketika sedang membawa kereta untuk menguruskan harta peninggalan arwah Najmi sehari selepas pernikahannya sebagai tanda protes terhadap dirinya yang kini seakan mengambil Nizam pula daripadanya. Dokumen tersebut rosak ketika kemalangan kerana dibasahi air hujan yang lebat. Kaki dan tangan Zahrah patah kerana tidak dapat mengawal kenderaan yang dipandu laju. Zaharah kini insaf atas perbuatannya. Mardhiah kini tidak lagi dihina malah disanjungi kerana menjadi wanita yang dikagumi anak-anaknya. Mardhiah bersyukur kerana segalanya sudah selesai. Mardhiah tidak berharap untuk mengaut harta mertuanya itu, hanya kasih sayang ikhlas menjadi dambaannya.


" Kenapa abang cintakan Mar jugak?", soal Mardhiah lagi yang sedang melayan suaminya minum petang.


" Soalan..mencabar betul!", Nizam ketawa kecil.


" Kenapa abang? Kenapa abang tak kawin dengan perempuan pilihan mak dulu tu?", soal Mardhiah serius.


" Apa yang arwah Najmi tak nak, dah tentu abang jugak tak nak..", ujarnya sambil menghirup air teh panas.


" Jadi, siapa yang arwah Najmi cinta, abang pun cinta jugak?", soal Mardhiah ingin tahu dengan jelas kisah cinta lelaki itu. Nizam mengangguk perlahan.


" Kami kembar Mar..Jiwa dan perasaan kami satu..Kami cenderung pada perkara yang sama termasuk perempuan yang kami cintai".


" Kenapa abang tak berebut dengan arwah?", soal Mardhiah lagi..


" Arwah adik abang Mar..melukakan hati dia sama seperti melukakan hati abang sendiri..lagipun abang ni siapa? Rupa pun tak ada..Arwahkan kacak orangnya..", jawab Nizam panjang.


" Abang ni,.", Mardhiah menampar manja bahu suaminya.


" Dua-dua tak kacak orangnya..tapi Mar pandang hati budi tau,keikhlasan terhadap Mar macamana", ujar Mardhiah lagi.


" Mar, abang minta maaf kalau kasih sayang abang, cinta abang terhadap Mar tak sehebat arwah.. Selain cinta, abang juga memenuhi hasrat arwah dulu..".


" Dahlah abang..abang adalah suami Mar sekarang..Mar janji,Mar tak akan kecewakan abang..". tangan Nizam digenggam erat lalu dikucupnya lembut. Nizam mendakap kemas tubuh wanita itu.


" Abang pun..".


Mardhiah mengerti sekarang, cinta kembar ini pada wanita yang sama. Sesungguhnya Allah itu maha Adil buat setiap hambaNya. Andai Nizam pernah terluka suatu ketika dulu kerana tidak dapat memiliki wanita yang dicintainya, tetapi pernikahannya kini adalah bayaran kelukaan dan penawar hati. Sesungguhnya arwah Najmi adalah lelaki yang terlalu baik yang pernah ditemuinya. Allah pasti akan membalas segala kebaikannya di dunia ini. Nizam juga begitu, perbezaan antara dua lelaki ini tidak begitu ketara. Andai dia perlu memilih antara dua lelaki ini di akhirat kelak, segalanya diserahkan kepada Allah yang mampu mengukur keikhlasan hati hamba-hambaNya. Hanya Dia yang bijak mengadili.

1 comments:

nurkaloi said...

serius cunn ~~~
kaloi pun penah bace satu novel
plot cerita dye lbih kurang cmni laa
kembar

ni fiq buat sndiri ker...atau smber lain?
tp tk kisah la...jnji kaloi suke bace kannn

eghh tetibe aku jiwang ~__~'

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM..
comment la cket walaupun 1 ekk
trimas semua..=)

 

PASAR BORONG NOVEL Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo