Saturday 10 December 2011

TOP TEN NOVEL MELAYU TERBAIK

CARTA NO 8








Category:Books
Genre:Romance
Author:Hani Fazuha

Penerbit: Alaf 21 (Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd)
ISBN 978-983-124-717-4
Harga: RM22.00 / RM25.00
M/S: 546
Cetakan 1 – 2011

Lya…hidup tanpa kau umpama dunia tanpa udara, seperti jasad tanpa nyawa.  - Zhafran

SINOPSIS:

Mereka rapat kerana berjiran, tetapi rencah hidup mereka adalah pertengkaran. Kata Zhafran, Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki. Kata Lya pula, Zhafran itu macam Hitler, suka memaksa orang mengikut kata dia.

Kemunculan Nurin menarik perhatian Zhafran, tetapi hati Lya pula tiba-tiba jadi penasaran. Entah sejak bila, ada rasa cinta bertapak dalam hatinya. Namun, semua sudah terlewat kerana Zhafran telah memilih Nurin sebagai suri hidupnya.

Saat yang sama, Hareez pula dating bertandang dan kehadiran lelaki kacak berlagak sombong itu menjengkelkan hati Lya. Kali pertama bertemu, dia tahu ada sebuah kebencian di dalam sepasang mata milik Hareez.

Tetapi, apa akan jadi jika kebencian Hareez itu tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya? Apa pula yang akan berlaku bila Zhafran mula sedar dia sebenarnya mencintai Lya? Paling rumit, Lya harus memilih satu antara mereka dan perlu tinggal sebumbung di dalam sebuah keluarga.

Kadangkala kuasa memilih bukan di tangan kita, tetapi kita tidak seharusnya menyerah kalah saat takdir menetapkan pilihannya.

‘Kalaulah aku punya berkeping-keping hati, akan kurelakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi’ - Lya

FIQ menukil:

Hani Fahuza masih lagi bermula kisah HKC ketika watak-watak utamanya di alam universiti. Kali ini dijelmakan watak Lya dan Zhafran yang sudah menjadi teman tapi mesra sejak di sekolah rendah lagi. Mereka berdua sering bersama walaupun setiap pertemuan sudah pasti ada pertengkaran kerana itulah rencah kehidupan mereka berdua. Memang benar kata orang, lelaki dan perempuan bila berteman sudah pasti ada yang akan tergelincir hatinya. Kebanyakan mata yang memandang menganggap mereka pasangan yang bercinta tetapi hanya mereka yang memahami makna perhubungan mereka.

Dalam tenang perhubungan yang rapat itu, kehadiran Nurin telah merenggut kejam hati Lya. Lya tidak pernah sangka hatinya telah dicuri oleh Zhafran dan perubahan Zhafran pula bagaikan petanda ada yang tidak kena. Apatah lagi kehadiran Nurin telah menjadikan Lya orang asing pada ibu sendiri. Dia rasakan sudah tidak disayangi oleh ibunya lantaran hatinya sudah tidak dipedulikan lagi.

Lya mencuba untuk menimbus cinta yang tersemat di hati buat Zhafran walaupun dia tahu sesaat pun dia tidak pernah melupakan Zhafran. Walaupun terluka dia terpaksa menerima kerana Zhafran telah pun memilih Nurin sebagai suri hidupnya. Saat Lya sudah berputus harap yang impiannya tidak mungkin dicapai, dia bingung dengan kelakuan Zhafran yang kembali dan menagih kasihnya? Mana mungkin dia menerima Zhafran kerana dia tahu antara mereka sudah pasti ada Nurin?

Lamaran dari Hareez dijadikan penyebab untuk dia menjauhi Zhafran dan juga demi menjaga hati keluarga. Dia tidak mahu hati ibu dan abah terluka kerananya. Benarkah lelaki yang sombong itu adalah jodohnya? Mampukah dia memberi hatinya yang sudah tiada ruang itu untuk lelaki lain selain Zhafran?

Sudut pandang FIQ:

Disebabkan karya ini diluahkan melalui Lya sebagai aku; kita hanya mampu merasai dan menyelami perasaan Lya. Oleh itu kita tertinggal rasa-rasa yang dimiliki watak-watak lain melainkan penulis memberi sedikit ruang pada Zhafran untuk ‘meluahkan’ rasanya pada bab 76.

Walaupun begitu pada FIQ masih ada sedikit tanda tanya yang tertinggal, contohnya bagaimana Nurin itu boleh berhubungan dengan Izwan? Selain itu, karektor Zhafran yang pada FIQ sedikit tidak stabil atau terlalu memendam rasa atau menjaga aib Nurin sehingga dia sendiri tersepit dan menyebabkan Lya serba salah dan tertekan.

Watak Hareez juga nampak menarik jika dia juga diberi lebih ruang atau peluang. Pada FIQ penamat kisah ini bagaikan sedikit tergantung kerana persoalan Nana bagaikan tiada kata penyudah.





CARTA NO 7

INGAT JANJI KITA



HARGA BUKU : RM21.00

DISKAUN 10%
HARGA JUAL : RM18.90
BUKU : BARU



Sinopsis


Menggelabah Raimi apabila Tok Jalal mahu menjodohkan dia dengan gadis yang tidak dikenali. Kalau dibantah, mengamuk pula datuknya itu. Terpaksalah dia mencipta helah untuk melepaskan diri. Idea gila datang tiba-tiba. Sahabatnya disuruh menjadi perempuan. Nak tak nak, Adi turutkan jua permintaan Raimi untuk menjadi ‘makwe’nya. 


Apabila tiba masanya...
“Eh... sesuai ke? Orang tak cam aku ke? Aku rasa kekok ni.” 
“Sesuai lagi secocok. Tak mungkin dia orang boleh cam kau ni jantan. Aku sendiri macam nak gugur jantung tengok rupa kau. Sebiji rupa perempuan. Mantap gitu.” Raimi menyentuh dada Adi dengan kedua-dua tangannya. Bagaikan terkena kejutan elektrik, spontan Adi menepis kasar hingga membuatkan Raimi terpinga-pinga. Tanpa pengetahuan Raimi, Adi ada banyak rahsia yang disimpan. Dan Adi terpaksa berbohong kepada semua. Mungkinkah seumur hidupnya dia terpaksa memendam nalurinya?
 


*cukuplah sampi sini dulu,esok sambung lagi ye,slamat membaca..XD

Friday 11 November 2011

TOP TEN NOVEL MELAYU TERBAIK

salam semua..
harap anda dalam keadaan baik hendaknye.hehe..=)
pagi2 da buka laptop,xtau nk wat apa,just update blog jelah..
fiq ada wat survet tentang novel2 melayu terbaik,
disini fiq ada sediakan 10 novel melayu terbaik pilihan fiq,
kte mulakan dari carta nombor sepuluh..=)


10) Adam & Hawa - Aisya Sofea


Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.


Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.


Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?


Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin di simpan hati tak tertanggung.


Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi.


nie muka buku die..






carta nombor 9  


Judul: Hijab Sang Pencinta
Penulis:
 Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf21
Genre: Epik Thriller
Bintang: ***1/2 (Berbaloi dijadikan koleksi peribadi)




Sinopsis RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.
Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.
Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.
Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.



cukuplah dulu dua novel fiq vote,sok fiq letak nombor 7,6 dan 5,jadi tunggu ek antara novel yang paling hangat di pasaran..=)

Wednesday 9 November 2011

SALAM..XD

salam semua..XD
erm..baru ari nie dpt tulis blog.hihi...
besala baru abes sambut hari raya masa ari sab2 lalu..
tp cm xbest lak raya tahun nie sbb rmai sedare mara x balik sama2 kt kampung,cdey.huhu..
pasal novel lak,fiq nk tnye,genre novel apa yg korang minat?
nnti fiq try usahakn genre novel yg korang cadangkan 2..
lagipun skang nie tgh kering idea nk tulis novel..
sbb bkn semua org minat genre yang sama..
erm..apa kata korang listkn genre novel yg korang minat..
thanks ek sbb membantu..=)
salam korang..XD

Monday 24 October 2011

SALAM...=)

erm..ari nie xde cerpen,cme ttg diri ku saje..hehe..=)
erm..penat gak nk menulis cerpen nie,byk idea nk kne kuarkn,nk kne ada suasana yg tenang,yg damai,baru la idea mari.hehe..XD
ari nie ada kt kuantan,di tempat yg menyimpan 1001 kenangan yg idah bersama si DIA..
bila ada kt tempat nie,rase cm balik semula je ke masa dulu..terbayang2 gak zaman dulu kt cni..
tp nk wat cmne,maybe dh xde jodoh..huhu....


erm..tah la,susah nk ungkap prasaan di hati nie...
tp apa2pn,jodoh pertemuan di tgn tuhan kn...
trimalah kenyataan fiq yg si DIA sudah tiada di hati awk..
pecayalah fiq,anda boleh mengharungi semua nie..
insyALLAH....

CERPEN:ANTARA DUA CINTA

Mardhiah baru sahaja selesai berdoa ketika telefon bimbitnya berdering. Kain telekung buatan Indonesia itu dilipatnya secepat mungkin lalu mencapai telefon di atas meja solek.


" Assalamualaikum,kami dari Hospital Kuala Lumpur. Ini Puan Mardhiah ke?".


" Ye,saya Mardhiah".


" Saya harap puan boleh bertenang. Puan diminta datang ke bahagian kecemasan Hospital Kuala Lumpur bagi mengecam mayat seorang lelaki yang kami sangka adalah suami puan yang terlibat dalam sebuah kemalangan di Jalan Kuching".


Mardhiah terpana. Kata-kata lelaki sebentar tadi umpama panahan kilat buat dirinya. Telefon bimbitnya terlepas dari tangan. Kakinya mula terasa lemah lalu terduduk di sisi katil. Air mata mula membasahi bajunya. Mardhiah tidak tahu apa yang perlu dilakukan saat ini. Semangat diri mula terbang lalu ingatannya mulai hilang serta merta.


Mardhiah tersedar ketika telinganya menangkap suara-suara di sekelilingnya. Mata yang terasa berat digagahi jua membukanya. Wajah suami dihadapannya ditatap gembira. Dia cuba bangun dari pembaringan dan cubat berpaut pada lelaki itu.


" Abang!", ujar Mardhiah.


" Mar..ni bukan Najmi Mar..sabarlah Mar..Allah lebih sayangkan Najmi..",ujar Fatimah ibu Mardhiah. Mardhiah terpinga-pinga, benar di hadapannya bukan Najmi tetapi kembar suaminya, Nizam!


" Mak,abang ke mana? Kenapa dia tak ada kat sini?", soal Mardhiah sukar menerima kenyataan. Ahli keluarganya di situ hanya mampu memandang kepiluan melihat wanita yang baru melayar bahtera rumahtangga kematian suami tempatnya bergantung, tempat berkongsi kasih sayang dan sempat membenihkan zuriat terlalu awal meninggalkannya.


Mardhiah kembali berbaring sambil menekup wajahnya. Bagaimana dia harus menerima kenyataan ini ketika dirinya terlalu memerlukan lelaki itu di sisinya.


" Mak,Mar perlukan abang Najmi..Mar perlukan dia..Bayi dalam kandungan ni perlukan ayah dia mak..Mar nak jumpa abang..Tolong mak, Mar tak mampu macam ni..", rintihan Mardhiah menggugurkan air mata setiap insan di dalam wad itu kecuali ibu mertuanya. Zaharah memandang tanpa ada sekelumit perasaan simpati.


" Mar,ingat Allah..Dia yang megatur segalanya, kita wajib redha..Semuanya hanya pinjaman sementara..Istighfar Mar..", Marlia memujuk anaknya itu. Dia sangat memahami jiwa anaknya itu. Dirinya sendiri bersedih dengan pemergian menantunya itu. Nizam juga menangis,masakan dia tidak bersedih, Najmi merupakan sebahagian daripada hidupnya sejak lahir dari rahim yang sama 27 tahun yang lalu. Mardhiah terus menangis sehingga dia tidak sedarkan diri lagi.


Ketukan pintu ruang tamu yang bertalu-talu mengejutkan Mardhiah daripada lamunannya, Sejak pemergian arwah najmi, dirinya bagaikan tidak terurus lagi. Air mata sering mengalir tanpa disedari. Kenangan bersama arwah sukar ditangkis, bisikan suaranya masih terngiang-ngiang di telinga,bayang-bayang lelaki itu seringkali menjelma membawa dirinya kea lam khayalan.


" Teah, tolong tengokkan siapa yang datang", ujar Mardhiah kepada Fatehah, adiknya yag menemaninya sejak pemergian arwah najmi. Mujurlah adiknya belajar di kolej sekitar Kuala Lumpur. Fatehah menarik diri untuk tinggal di kolej semata-mata menjaga kakaknya yang sudah sarat.


" Mana semua dokumen-dokumen harta perninggalan arwah? Aku nak!", jerkah Zaharah yang tiba-tiba terjengah di muka pintu. Mardhiah berkerut. Hatinya bagai disentak.


" Mak masuk dulu, kita cakap kat dalam ye..", ujar Mardhiah sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat. Tangannya ditepis kasar.


" Mak nak semua dokumen arwah Najmi! Bukan nak masuk rumah ni!", Zaharah terus berdegil.


" Mak,apa mak cakap ni? Arwah wasiatkan atas nama saya dan bayi dalam kandungan ni melalui seorang peguam secara rasmi..Mak jangan buat Mar macam ni..", rayu Mardhiah. Mar dah tak ada abang Najmi. Kalau arwah tau mak buat macam ni mesti dia sedih", ujar Mardhiah penuh mengharap agar diberi peluang untuk bahagia seperti orang lain.


" Kau jangan nak bersyarah dengan aku! Kau hidup dengan Najmi berapa bulan? Sedangkan aku yang jaga dia sejak lahir sampailah 27 tahun aku bela dia. Siapa yang lebih berhak?Hah? Siapa?", jerkah Zaharah lalu masuk ke dalam rumah menuju ke almari di ruang tamu.


" Mak..! Mak jangan buat Mar macam ni..", Mardhiah terduduk di pintu sambil merayu-rayu. Dia tidak mampu berbuat apa-apa.


" Makcik, saya tau saya tah berhak buka mulut tapi tolong jangan buat kakak saya macam ni..Itu hak dia..", ujar Fatehah yang diam membisu sejak tadi.


" Kau tak ada kena mengena jangan berani nak cakap apa-apa!",Fatehah terkedu dengan amaran itu. Zaharah menggeledah fail-fail yang tersimpan di dalam almari dan akhirnya dokumen yang dikehendaki ditemuinya. Dia tersenyum puas. Zaharah terus melangkah keluar menuju ke keretanya. Mardhiah hanya mampu memerhati ibu mertuanya dengan pandangan sayu bersama hati yang terluka. Fatehah cuba memujuk kakaknya yang bagai putus harapan untuk teruskan hidup. Mardhiah tahu, Zaharah tidak akan pernah berdamai dalam persengketaan ini. Adakah dia tersilap memilih arwah Najmi yang mempunyai kedudukan sebagai suami? Sesungguhnya dia adalah wanita biasa yang tidak punya apa-apa lecuali cinta yang suci untuk mendiami hati lelaki yang berdarah keturunan di raja itu. Zaharah tidak akan memaafkan dirinya kerana menjadi penghalang arwah Najmi untuk dikahwinkan wanita pilihan ibu mertuanya daripada kalangan yang berkedudukan juga bagi menjaga darjat mereka. Mengapa tidak Khairul Nizam sahaja dikahwinkan dengan wanita itu? Abang..apa yang perlukan Mar lakukan sekarang? Mar lemah tanpa abang di sisi..


" Assalamualaikum".


" Waalaikumussalam".


" Mar,sihat?".


" Alhamdulillah", suara Mardhiah kedengaran sayu.


" Mar sabar ye..Nanti saya selesaikan dengan Mak..Saya tau mak tak berhak langsung untuk buat macam tu..", ujar Nizam cuba memujuk Mardhiah. Pasti kejadian petang semalam sudah sampai ke pengetahuannya.


" Tak apalah Nizam..saya tahu saya yang tak layak untuk menjadi sebahagian daripada keluarga awak. Saya manusia yang tak berharta, tak layak untuk keluarga seperti awak. Mungkin pemergian arwah unuk memisahkan saya dengan keluarga awak", ujar Mardhiah beserta esakan yang tertahan.


" Mar, janganlah macam tu..Saya tak pernah fikir sedemikian..Mak saja yang belum terbuka hatinya. Sabarlah,saya akan tolong awak".


Nizam termenung panjang. Zaharah tidak sepatutnya melakukan tindakan yang tidak bermoral itu. Cubaan merampas harta pusaka adalah perkara yang sudah melanggar hukum Islam. Nizam bercadang unuk menyelesaikannya denganmengupah seorang peguam syarie bagi menyelesaikan masalah ibunya dan Mardhiah.


Perut Mardhiah terasa begitu senak dan lain macam sungguh sakitnya. Cecair jernih mula mengalir dari celah kainnya. Dia pantas menghubungi Fatehah yang berada di kolej.


Mardhiah memandang anak kecil yang sedang tidur disebelahnya. Air mata mengalir melihat iras wajah yang saling tidak tumpah seperti arwah Najmi. Mardhiah diberi tahu Doktor yang dia boleh pulang ke rumah petang ini. Mardhiah bersyukur kerana tidak mengalami banyak masalah ketika melahirkan si kecil ini. Fatimah dan Azhar gembira sekali dengan kelahiran cucu pertama mereka itu. Fatehah juga begitu. Kedatangan Nizam dengan ayah mertuanya di sambut mesra. Zaharah tidak menunjukkan kelibatnya. Mardhiah tidak berkecik hati dengan ibu mertuanya. Anak kecil berpindah ke tangan Nizam. Mardhiah tersenyum kelat. Kedua-duanya seperti ayah dan anak. Nizam memandang Mardhiah dengan pandangan yang redup. Nizam mengeri apa yang difikirkan oleh wanita itu. Mardhiah dan bayi itu sangat memerlukan Nizam!


Tiga tahun berlalu, Fatehah sibuk melayan tetamu di hari bahagianya itu. Mardhiah memandang dari jauh adiknya yang baru bergelar isteri buat lelaki pilihan hatinya. Mardhiah kembali ke dapur untuk mencuci pinggan sementara anak kecilnya, Amir dibiarkan bersama neneknya. Nizam melangkah masuk ke dapur untuk minum air kosong.


" Seronokkan tengok Fatehah dengan suaminya..Bahagia sangat", ujar Nizam. Mardhiah tersenyum sambil mengangguk.


" Nizam bila lagi?", soal Mardhiah sekadar mengusik. Tangannya rancak mencuci pinggan.


" Entahlah Mar..Dulu masa belajar, saya nakkan seorang perempuan..Tapi tak sempat nak luahkan perasaan dan jadi milik orang lain..Sekarang dia dah ada anak pun..Cinta pertama pulak tu..Susah nak lupa..", ujar Nizam yang duduk di meja makan berhampiran sinki. Tangannya tidak putus-putus menyuapkan gula-gula jeli ke mulutnya.


" Ramai lagi perempuan kat dunia ni lagi Nizam..InsyaAllah, nanti jumpalah tu yang berkenan di hati..", ujar Mardhiah tersenyum.


" Mar pulak nak terus berseorangan macam ni ke? Amir perlukan ayah..", ujar Nizam.


" Nizamkan ada sebagai ayah saudaranya..", tambah Mardhiah


" Ayah saudara tak cukup Mar..Kasih sayangnya terbatas..",Mardhiah berhenti mencuci pinggan. Dia mula menangkap kata-kata Nizam


" Tak apalah Nizam, Mar yakin boleh besarkan Amir dengan baik tanpa ayah..Nizam pun kalau tak keberatan boleh jenguk Amir selalu..Mar tak halang..Mak dan ayah pun tak halang..Tak salah ayah saudaranya nak jumpa anak saudaranyakan..", ujar Mardhiah lagi.


" Jangan cakap macam tu Mar..Kalau ada yang sudi menjadi ayah Amir macam mana?", soal Nizam serius. Mardhiah tersentak kecil.pandangannya tertumpu lama pada air yang mengalir. Ketenangan jiwangan mula berkocak dengan soalan Nizam tadi. Mardhiah memang tidak menafikan sepanjang tiga tahun kehilangan Khairul Najmi, Nizam banyak memberikannya semangat dan kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang mendatang. Apakah kekosongannya sudah terisi tanpa disedari? Mereka berdua kehilangan insan yang sama dikasihinya.


" Maafkan saya kalau soalan saya sebentar tadi menganggu fikiran Mar. Tapi ada satu lagi, harap Mar sudi dengar walaupun Mar juga sudi menolak. Sudikah Mar mejadi suri hati saya. Harap Mar faham, saya tak berniat untuk mengambil kesempatan atau melukakan hati Mar. Saya ke depan dulu, nak tolong pakcik", ujar Nizam lalu meninggalkan Mardhiah yang membelakanginya. Mardhiah menarik nafas sedalam-dalamnya. Air mata yang sudah lama tidak mengalir menitis kali ini. Akukah wanita yang dicintainya sehingga dia sanggup melamar janda ini? Akukah yang mencuri hatinya dulu? Mardhiah tidak mampu menjawab persoalannya.


" Terpulanglah Mar, kalau Mar fikir baik untuk Mar, untuk Amir,apa salahnya..Semuanya di atas tangan Mar.. Nizam tu kita dah kenal lama..Berbudi bahasa, berakhlak, beragama..Tak ubah macam arwah Najmi..", ujar Fatimah menasihati anaknya itu. Azhar bersetuju dengan pendapatnya isterinya. Mendengar nama Najmi mula menggamit kerinduan pada lelaki itu. Rasa bersalah mula menyelinap dalam diri. Berdosakah aku memikirkan perkara ini?


" Betul tu kak..Akak pun muda lagi,tak salah untuk akak memilih jalan yang baik untuk hidup akak. Terutamanya untuk Amir,dia perlukan ayah..Islam pun tak pernah melarang. Mintaklah petunjuk Allah,Dia maha Mengetahui ", tambah Fatehah.


Mardhiah memandang kedua-dua lelaki yang serupa itu di hadapannya. Kedua-duanya tersenyum memandannya. Mardhiah kenal itu Najmi dan di sebelahnya adalah Nizam. Najmi mula mengorak langkah meninggalkan dirinya berdua dengan Nizam.


" Abang..! abang..!". Mardhiah terjaga dari tidurnya. Ya Allah, inikah petunjukMu? Hampir 3 malam berturut-turut dia bermimpikan kembar itu. Mardhiah menarik nafas dalam-dalam cuba mencari makna di sebalik mimpi yang mendatanginya sejak 3 hari lalu.


" Aku terima nikahnya Ainaa Mardhiah binti Azhar dengan maskahwinnya RM88.88. tunai", lafaz Nizam tenang sekali. Bersaksikan Tuhan, Nizam menikahi wanita itu atas rasa tanggungjawabnya. Najmi menoleh ke arah wanita yang berpakaian suci serba putih itu. Di wajahnya terdapat kelembutan yang dirindui sejak bertahun lamanya. Nizam menyeka air mata yang seakan mencuri keluar dari tubir matanya.


Seminggu selepas pernikahannya, Mardhiah ke hospital melawat Zaharah yang kemalangan ketika sedang membawa kereta untuk menguruskan harta peninggalan arwah Najmi sehari selepas pernikahannya sebagai tanda protes terhadap dirinya yang kini seakan mengambil Nizam pula daripadanya. Dokumen tersebut rosak ketika kemalangan kerana dibasahi air hujan yang lebat. Kaki dan tangan Zahrah patah kerana tidak dapat mengawal kenderaan yang dipandu laju. Zaharah kini insaf atas perbuatannya. Mardhiah kini tidak lagi dihina malah disanjungi kerana menjadi wanita yang dikagumi anak-anaknya. Mardhiah bersyukur kerana segalanya sudah selesai. Mardhiah tidak berharap untuk mengaut harta mertuanya itu, hanya kasih sayang ikhlas menjadi dambaannya.


" Kenapa abang cintakan Mar jugak?", soal Mardhiah lagi yang sedang melayan suaminya minum petang.


" Soalan..mencabar betul!", Nizam ketawa kecil.


" Kenapa abang? Kenapa abang tak kawin dengan perempuan pilihan mak dulu tu?", soal Mardhiah serius.


" Apa yang arwah Najmi tak nak, dah tentu abang jugak tak nak..", ujarnya sambil menghirup air teh panas.


" Jadi, siapa yang arwah Najmi cinta, abang pun cinta jugak?", soal Mardhiah ingin tahu dengan jelas kisah cinta lelaki itu. Nizam mengangguk perlahan.


" Kami kembar Mar..Jiwa dan perasaan kami satu..Kami cenderung pada perkara yang sama termasuk perempuan yang kami cintai".


" Kenapa abang tak berebut dengan arwah?", soal Mardhiah lagi..


" Arwah adik abang Mar..melukakan hati dia sama seperti melukakan hati abang sendiri..lagipun abang ni siapa? Rupa pun tak ada..Arwahkan kacak orangnya..", jawab Nizam panjang.


" Abang ni,.", Mardhiah menampar manja bahu suaminya.


" Dua-dua tak kacak orangnya..tapi Mar pandang hati budi tau,keikhlasan terhadap Mar macamana", ujar Mardhiah lagi.


" Mar, abang minta maaf kalau kasih sayang abang, cinta abang terhadap Mar tak sehebat arwah.. Selain cinta, abang juga memenuhi hasrat arwah dulu..".


" Dahlah abang..abang adalah suami Mar sekarang..Mar janji,Mar tak akan kecewakan abang..". tangan Nizam digenggam erat lalu dikucupnya lembut. Nizam mendakap kemas tubuh wanita itu.


" Abang pun..".


Mardhiah mengerti sekarang, cinta kembar ini pada wanita yang sama. Sesungguhnya Allah itu maha Adil buat setiap hambaNya. Andai Nizam pernah terluka suatu ketika dulu kerana tidak dapat memiliki wanita yang dicintainya, tetapi pernikahannya kini adalah bayaran kelukaan dan penawar hati. Sesungguhnya arwah Najmi adalah lelaki yang terlalu baik yang pernah ditemuinya. Allah pasti akan membalas segala kebaikannya di dunia ini. Nizam juga begitu, perbezaan antara dua lelaki ini tidak begitu ketara. Andai dia perlu memilih antara dua lelaki ini di akhirat kelak, segalanya diserahkan kepada Allah yang mampu mengukur keikhlasan hati hamba-hambaNya. Hanya Dia yang bijak mengadili.

Monday 17 October 2011

TERBALAS

Cinta,cinta..dan cinta..
perkataan itu sering kali didegarnya..bagi dirinya,cinta tidak membawa apa-apa makna dalam hidup,dia tidak percaya pada cinta pandang pertama yang selalu kakaknya kata..mungkin kerana melihat kakaknya yang menderita kerana cinta pandang pertama,membuatkan dia tidak percaya pada cinta.
 nur asymira adliana,nama yang cukup cantik,secantik wajahnya..bila melihatnya pasti akan tertoleh untuk kedua kalinya..orang secantik dia sudah pasti ramai jejaka yang ingin memiliki.Pelbagai gaya dan cara sudah di cuba,namun tak seorang pun berjaya memiliknya.SHAHRUL.. dia antara jejaka yang tewas dalam usaha untuk mendapatkannya.
       shahrul..seorang playboy yang sangat glamour.rupa dan harta membuatkan dirinya sering didampingi gadis-gadis cantik yang tergilakannya..prinsip hidupnya,apa yang aku nak pasti aku akan dapatkanya..dia sememangnya sangat berpegang pada prinsip itu,sehinggakan akhirnya kerana prinsip itu,dia mengalami kekecewaan yang amat sangat..kerana nur asymira adliana,dia kini dihumban kedalam penjara..

.....................................................................

      suasana kedai makan yang sedikit bising itu tidak menjejaskan langsung selera makan adliana,begitu leka dia menghirup sup tulang rusuk itu tanpa menyedari dirinya telah menarik perhatian sekumpulan student lelaki yang satu kolej dengannya.
      "rol..tengok budak tu,cantik siot muka dia.."tegur aril apabila melihat shahrul leka menjamu mata,melihat gelagat sekumpulan kaum hawa yang berada di perhentian bas bertentangan dengan kedai makan tempat dia dan rakannya selalu melepak.
     "mana,budak yang ko kata lawa tu?"soal shahrul,sambil melihat sekeliling mencari mangsa terbarunya..
 "oi rol..budak tu depan kita ni je"sampuk adam,geli hatinya melihat gelagat rakannya itu yang pantang bila ada gadis cantik..semuanya dia nak sapu!
     "budak yang pelahap macam tu ko kata cantik"marah shahrul,dialih pandangannya ketempat lain apabila melihat gelagat gadis yang kononnya disangka cantik itu menghirup sup tulang dengan mengangkat mangkuk sup kemulut..akibatnya,shahrul tidak dapat melihat wajah gadis didepannya itu.
    "alah rol..ko tengok lah muka dia dulu,cantik tahap gila babun ni"nasihat aril,cuba memujuk shahrul..
  shahrul menoleh kearah gadis itu,pada masa itu juga..mangkuk sup itu diturunkan..
  "cantiknya.."bisik shahrul didalam hati.belum pernah dia melihat gadis pelahap yang sencantik ini..
  "macam mana,cantikkan?"soal adam,mahukan kepastian..
  "boleh la.."balas shahrul bersahaja..tidak mahu rakannya menyedari yang dia sudah tertarik pada gadis pelahap itu.
 "apa lagi rol,pegi lah mengayat.."pinta adam
  "kalau ko dapat budak ni,ko memang hebat la.."kata aril cuba menarik minat shahrul
  "aleh,setakat budak macam ni..petik jari je dia dah datang"ucap shahrul
  "budak ni bukan calang-calang orang rol.."
 "apa yang lainnya?"soal shahrul kehairanan..
  "aku dengar,si asri tu pun dah cuba ngorat budak ni.."
  "asri..yang ko nak sama kan aku ngan dia tu pe hal..dia mana sama taraf ngan aku"tengking shahrul,panas dia bila di bandingkan dirinya yang glamour itu dengan mamat yang berlagak macho tu..
   "yea lah,aku tahu lah ko hebat..aku cuma nak ingatkan je.."nasihat aril
    "tengok lah esok,dia akan berada dalam dakapan aku.."kata shahrul,mereka ketawa bersama-sama..
 "ok lah,jom kita bla dulu..esok baru mula projek"ucap shahrul,dia berlalu pergi setelah mengeluarkan sekeping lot 50ringgit.
   5minit kemudian.."akak,kira ni"pinta adliana pada seorang pelayan wanita yang berhampiran dengannya itu..
  "semuanya 15ringgit dik"
adliana berlalu pergi setelah membayar bil makanan kepada akak pelayan itu..
  "mahal betul.."rungut adliana didalam hati
......................................................................

 "rol..budak pelahap tu"
 "mana aril?"balas shahrul
 "tu ha..dia tengah makan"ucap adam sambil menunding jari kearah adliana yang sedang menjamu sepinggan nasi lemak..
  "kuat makan betul minah ni.."sampuk aril..
  mereka menghampirinya..
 "hai..boleh kenal tak?saya shahrul.."ucap shahrul dan menghulurkan tangan
 tangan yang dihulur tidak bersambut..ucapan yang dikata tidak berbalas..
  adliana cuma menoleh sekilas,kemudian dia kembali menjamu selera semula.panas shahrul bila dirinya diperlakukan sebengitu oleh gadis pelahap..
  "awak ni tak reti beradap ke?"marah shahrul
  "adap..siapa yang takde adap sebenarnya ni"jeling adliana,lantang sungguh suaranya membalas
  "awak lah yang takde adap,saya hulurkan tangan bukannya nak bersalam..saya cakap,awak buat bodoh je.awak ingat saya ni tunggul kayu ke ha?"tengking shahrul..semua pelajar yang berada di kantin kolej itu memerhatikan mereka..
  "hai..mamat ni nak cari gaduh nampaknya ni.."bisik adliana didalam hati..
  "encik shahrul..awak dengar sini baik-baik yea..yang takde adap sekarang ni bukan saya,tapi awak.tiba-tiba je datang sini nak marah saya,bersalam dengan awak?awak siapa..awak tahu ke tak sebenarnya ni,apa maksud adap tu..kalau tak tahu jangan main cakap je..dan satu lagi..saya tak teringin langsung nak kenal orang yang takda adap bila bercakap"balas adliana..bulat matanya memandang shahrul
 "hilang selera makan aku"ucap adliana,dia berlalu pergi..
.........................................................................

  marah betul shahrul pada adliana..bila pergaduhan dia dan gadis pelahap itu menjadi gosip terhangat di kolejnya..malu shHRUL bila diperli asri yang mengata dia tewas pada adliana..gadis pelahap..
   shahrul berteakat untuk memalukan adliana..dendam sungguh dia pada gadis itu.
 "walau macam mana pun caranya,adliana pasti akan aku dapat"ucap shahrul..gerun aril dan adam melihat wajahnya yang penuh dengan kemarahan itu..
   "ko nak buat apa rol?"soal adam
   "aku nak jerat dia.."
   "korang tengok lah esok,dia pasti akan dapat malu.."
 "aku nak bla dulu.."shahrul mencapai begnya dan berlalu meninggalkan dua orang rakannya yang ke binggungan..



   "adam..ko tahu tak rol kena tangkap semalam"ucap aril sambil tercungap-cungap menarik nafas..dia yang baru sahaja mendapat berita kejadian itu dari prof kamal terus berlari mendapatkan adam.
   "macam mana boleh kena tangkap ni..?"soal adam terkejut.
 "aku dengar,dia nak langgar adliana..tapi lain pulak yang jadi.dia kena tangkap sebab langgar sorang pakcik tua sampai mati"cerita aril
     "sekarang ni dia kat mana?"
  "aku dengar dia kat penjara sungai buloh sekarang ni"balas aril
       "ayah dia dah cuba nak jamin dia tapi tak boleh,sebab dia dah bunuh orang"
 "so,sekarang ni kita nak buat apa..?"
     "kita pergi jengok rol..aku nak tahu macam mana dia boleh langgar pakcik tu"
   "rol..macam mana boleh jadi macam ni?"soal aril..

 "aku terlalu pandang rendah pada dia aRIL..sebab prinsip yang aku pegang selama ni,aku jadi macam ni"
  "betul cakap ko aril..dia bukan calang-calang perempuan..aku termasuk dalam perangkap yang dia dah lama rancang.."
   "apa maksud ko ni rol..aku tak faham lah,apa yang dia rancang?"
 "ko ingat tak lagi,dua tahun yang lepas..amira,amira yang aku hancurkan tu..amira tu kakak adliana,dia dah tahu aku yang bunuh kakak dia,dia nak balas dendam.."
    "macam mana boleh jadi macam tu,apa kaitan pulak dengan pakcik yang kau langgar tu?"
    "sebenarnya aku nak langgar adliana,dia rakam pengakuan yang aku buat..tapi aku tak bernasib baik,pakcik tu melintas depan aku.."
    "aku tak dapat pikat dia seperti mana aku buat kat kakak dia..mereka memang  sangat berbeza,amira seorang yang penuh dengan kelembutan,dia percaya pada cinta..adliana dia lain,hatinya keras untuk terima cinta..aku tewas..aku menyesal bunuh amira dulu..aku menyesal...aku rindu dekat amira ril.."



 "dah terlambat shahrul..kakak aku tak akan hidup lagi..aku nak kau tahu,ini mohd imran..anak amira!"
   "anak amira.."dilihatnya imran yang berada dalam dukungan adliana itu..
 "yea..anak amira,anak kau shahrul.."
      "anak aku.."
   "boleh aku pegang dia?"pinta shahrul penuh harapan
 "kau tak layak shahrul..aku cuma nak kAU tahu,di sebabkan kau..dia lahir tanpa berbin."
     "aku pergi dulu shahrul..harapan aku moga kau sudah insaf..assalammualaikum"adliana meninggalkan shahrul dan aril disitu..


   3bulan kemudian..

adliana terbaca artikel tentang kematian shahrul,anak seorang jutawan kilang arak mati di tali gantung.
   adliana..panggil seorang jururawat..
 "yea,saya.."
   "mari ikut saya.."arah jururawat muda itu
 "cik adliana..cantik nama tu,secantik orangnya"puji doktor haikal..
  adliana tersenyum hambar mendengar pujian doktor muda didepannya itu..dia tak nafikan,doktor itu cukup kacak..wajahnya bersih berseri.adakah ini namanya cinta pandang prtama?soal adliana didalam hati..

Sunday 19 June 2011

CERPEN:PUNGGUK DAN BULAN

CANTIKNYA dia. Kali pertama aku terpandang romannya. Jantungku berdetak kencang seperti genderang mahu perang. Kelembutannya menyejuk bayuku. Belum pernah aku melihat perempuan sebegini dalam hidupku. Dalam persekitaranku. Dalam dunia bunyiku. Kelembutannya menarik diriku mendekatinya. Selangkah dan selangkah. Semakin dekat dengannya. Aku semakin gemuruh menghampiri belakangnya. Dia menoleh dan menyapaku "Boleh saya bantu saudara" dalam silu aku bertanya namanya. "saya Solehah" sambil memberiku sekilas senyuman. Dia, sangat menawan. "Saudara mahu membeli buku atau kitab agama? Atau, ada sesuatu yang saudara cari?" aku tercengal. Mataku menerawang di pelosok penjuru kedai itu. Begitu banyak ayat-ayat suci, begitu banyak buku-buku, begitu bayak kopiah-kopiah dan sejadah. Rupanya dia menjual "barangan" ini. Sahut hati kecilku. Panoramaku kembali menatap romanya. Kelembutan wajahnya meruntunkan hatiku. Ingin sekali ku katakan kaulah yang ku cari selama ini. Perasaan yang asing hadir dalam sanubariku. Adakah ini cinta? Jatuh cintakah aku ini.? Melihat raut wajahnya membuatkan aku selesa dan tenang. Wajah sebeginilah yang ku cari sekian ini. Seorang perempuan yang mampu memberi ketenangan kepadaku. Memberi kesejukan kepadaku. Dan senyumannya mampu mendamaikan hatiku.


Tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu suara garau dari belakang. "Awak Islam ke?" kata pemuda yang warak pemakaiannya. Aku bisu. "Abang, kenapa cakap macam itu? Dah tentu dia Islam. Kalau tidak kenapa dia datang ke kedai kita." Solehah menyebelahiku. "Betulkah? Awak cuba lihat dirinya, cara dia berpakaian, baju apa yang dia pakai. Berantai, bersubang, bertindik sana sini. Rambutnya, berkarat macam lalang kena racun! Awak rasa dia Islam ke?. "Saya tidak suka dengan nada suara abang. Sesungguhnya Islam tidak membenarkan kita berprangsangka buruk terhadap orang lain. Dia pelanggan kita. Sekurang-kurangnya hormatinya sebagai seorang pelanggan. "Dia bukan pelanggan yang sesuai untuk singgah di kedai kita. Jangan-jangan engkau cuba mengambil kesempatan!" Pemuda itu menoleh ke arahku. Hatiku kurang senang dengan nada suaranya. "Ya Tuhan, kenapa dengan abang ini? Kesempatan apa yang dia mahu ambil? Saya kurang senang sikap abang begini" Solehah seolah-olah merajuk. "Maafkan abang Solehah. Tapi dari tadi abang perhatikan dia, seolah-olah mahu memikat Solehah. Orang seperti dia bukan boleh dipercayai. Lagi pun dari tadi lagi, bukannya ada benda lain yang dia cari, sebaliknya hanya menanyakan nama Solehah". Pemuda itu terus memujuk Solehah panjang. Aku senyum sinis. Aku lihat Solehah yang sudah mual dengan pemujukan pemuda itu. Sikapnya sangat menjengkelkan bagi Solehah. Dan juga bagiku. Aku merenung mata Solehah tanpa menghiraukan pemuda itu. Solehah menawan senyum padaku. Aku meminta diri sambil menoleh ke arah pemuda itu. Air mukanya seperti kendi yang sedang mendidih. Aku rasa aku menang. Sambil melangkah berlalu dengan tawa kecil.


Begitulah kehidupanku di pulau kecil ini. Hidupku penuh dengan ronar dari pandangan masyarakat pada siang hari. Tetapi tidak pula pada masyarakat pada malam hari. Di mana aku begitu disangjung tinggi oleh mereka. Anehnya. Di Wilayah Persekutuan ini. Aku berkerja di sebuah kelab malam bersama-sama dengan ayahku yang turut sama memeriahkan pesta di situ. "Ayah, aku sudah jatuh cinta dengan seorang perempuan." Aku menyapa ayahku. "Yakah? Jadi kamu mahu minta nasihat dari aku? Begini anakku, kunci branya ada di belakang. Tekan dan tarik sahaja. Perempuan itu akan jadi milik kau." Sambil ketawa ayahku terpingga-pingga dalam kemabukan. Aku tidak berani hendak membantah ayahku tentang kenapa kita harus berada dalam keadaan ini dan memuja kepada "agama" ini. Sekian lama ini aku tahu ayahku tidak mahu mendengarnya. Apa yang aku tahu aku dibesarkan dengan suasana sebegini. Pekara ini sangat merumitkan aku. Disini merupakan tempat orang mengenal "syurga" dan "neraka". Tapi bagiku "syurga" dan "neraka" yang aku lalui selama ini tiada bezanya. Walaupun pekara ini sentiasa bermain di benak akalku. Tapi aku tidak berdaya untuk menyelesaikannya. Ianya hilang dalam kemabukan sewaktu berkerja. Jeng… Jeng… Jeng….

Ku harap suatu hari nanti!!

Ada orang yang mampu bantu Aku!!.

Meyelesaikannya!!.

Aku sampai ke tempat ini!!.

Kita yang berlegar dengan bunyi-bunyi!!.

Iringan Intrumen muzik!!

Tepikkan!!

Tawaan!!


Yeah…yeah…!!!


Mengilailah orang-orang disini!!.

Kita datang dari pelusok manusia,

Bermacam-macam jantina!!.

Dan punyai satu pegangan "agama"

Yang sama menghinggapi diriku selama ini.

Mungkin inilah "syurga" yang kita cari.!!

…………………


Suatu petang aku merayau seorang diri di kota kecil ini. Selepas bangkit dari tidur yang terpinga. Di sini tidak perlu berkenderaan untuk merayau mengelilingi kota. Sekadar berjalan kaki aku dapat sampai ke tempat yang dituju. Semasa aku sedang membeli rokok di sebuah kedai runcit. Aku dikejutkan dengan suara lembut yang menyapa salam padaku. Rupanya Solehah. Hatiku sangatlah riang dan menjawab salamnya. "Saya sebenarnya tahu saudara ini Islam. Maafkan saya mengenai kejadian tempoh hari. Saya harap saudara tidak ambil hati dengan kejadian itu." Pinta Solehah dengan kelembutannya. "Tidak mengapa. Saya tidak ambil hati." Tapi sebenarnya hatiku telah diambil oleh kelembutannya. "Boleh saya tahu siapa nama saudara?" Nyata aku sudah menarik perhatian Solehah. "Nama saya Dhani, saya seorang pemuzik di sebuah kelab di sini." Aku lihat Solehah kembali sunggul. Aku tahu latar belakang diriku tidak enak baginya."Awak mahu ke mana?" seiringan aku berjalan dengannya. "Saya mahu balik ke rumah" "Awak tidak berkerja hari ini?." Solehah menggelengkan kepalanya. Wajahnya suram membatalkan niatku untuk merokok. Mungkin Solehah tidak suka dengan kelakuanku nanti. Aku teringin sekali mengenali dirinya dengan lebih mendalam. "Boleh saya temankan awak balik?" Solehah tercengal. "Itu pun kalau awak tidak keberatan berjalan dengan orang macam saya. Tapi kalau awak rasa saya tidak molek. Tidak mengapalah." "Tidak mengapa, lagi pun tidak ada salahnya." Solehah seolah-olah keberatan menolak permintaanku. Aku cuba hilangkan rasa keberatannya dengan berborak dengannya. "Kenapa awak boleh tahu saya ini Islam?" Solehah memandangku. "Melalui gerak hati saya." "Nampaknya awak mempunyai gerak hati yang tepat". Sahutku. Solehah tersenyum. Dari garis senyumnya, adakah aku dapat mengurangkan sedikit keberatan di hatinya?. Adakah?. Kemudian dominasi bisu kembali mengisi ruang antara kami. Aku tidak mahu kesempatan ini berakhir begini. Sedangkan saat ini adalah saat paling bahagia dalam hidupku. Aku buntu memulaskan akalku untuk berbicara dengannya. Dalam kebuntuan itu, Solehah bersuara. "Awak lelaki yang dingin." Aku tersipu dengan telahannya "Mungkin untuk orang macam awak." "Kenapa?" Solehah terus menyahut. " Sebab saya hormat pada awak." Solehah terus tersipu. Aku menyambung lagi. "Siapa lelaki yang hari itu?" wajah Solehah kembali sunggul. "Namanya Shah. Dia adalah bakal tunang saya. Pilihan keluarga. Sebab keluarga kami ada hubungan yang baik. Tapi saya tidak sukakannya. Tidak suka dengan sikapnya." Jadi kenapa awak harus terus bersamanya? Awak harus ada sedikit keadilan untuk hati awak." Ku lihat wajahnya kembali kebuntuan. Dan inilah masa yang sesuai aku masukkan "guna-gunaku" "Solehah, sebenarnya saya ada sesuatu yang mahu beritahu awak." Teja berhenti dan memandang arahku. "Sebenarnya kali pertama saya lihat awak. Saya rasa ketenangan dalam diri saya. Mungkin sebab diri saya tidak pernah tenang sebelum ini. Tapi, sejak saya kenal dengan awak. Saya dapat rasakan sesuatu. Yang saya inginkan selama ini." Solehah terus menyahut dengan perlahan. "Apa yang awak inginkan selama ini?" "Perubahan hidup. Saya mahu berubah. Melihat diri awak. Saya dapat lihat keseimbangan yang saya perlukan. Saya perlukan orang yang boleh memberi dorangan kepada saya ke jalan yang benar. Solehah, awaklah orang itu. Bantulah saya untuk saya lepas dari neraka yang membelenggu hidup ini. Solehah terkelu. Dari anak matanya yang memandang aku. Tercermin seribu persoalan, keberatan, dan keterharuan. Tetapi sejak dari itu kami menjadi semakin rapat. Kami selalu berjumpa. Solehah, mula mengajar aku tentang agama Islam. Dan aku mendalaminya. Semakin hari aku dapat rasakan kebahagian dan ketenangan yang aku impikan. Dan juga aku dapat lihat dari ombakkan mata Solehah kian mesra dengan ku. Dari situ aku beranikan diri melamarnya. "Solehah, saya ingin katakana sesuatu pada awak. Sejak saya kenal dengan awak. Saya rasa sangat gembira. Hati saya riang. Bila bersama awak adalah saat yang paling bahagia dalam hidup saya. Senyuman pada wajah awak tidak pernah lenyap di hati saya. Solehah, hidup bersama awak adalah impian hati saya. Sudikah awak jadi teman hidup saya?"


Belum sempat aku melangkah seterusnya. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan beberapa sergahan suara kasar dari arah belakang kami. "Engkau lagi! Engkau buat apa dengan Solehah? Aku diam. "Solehah tidak malukah orang tenggok Solehah bersamanya. Dia tidak layak untuk mendekati Solehah. Dia ini umpama sampah yang selayaknya ada bersama-sama dengan sampah-sampah di dalam tong sampah itu. Solehah tidak kenalkah dia. Dia adalah salah seorang dari tempat "neraka" itu. Orang macam dia yang bercalit dosa dan maksiat tidak sesuai dengan orang macam kita!" "Cukup! Cukuplah abang menghinanya lagi. Saya tidak sanggup mendengarnya". Air mata Solehah berlinangan. Kecewa dan kesedihan jelas terpancar di riak wajahnya. Solehah terus berlalu pergi meninggalkan aku. Hatiku terusik dengan linangan air matanya. Tiba-tiba aku disentak lagi oleh pemuda itu. "Engkau dengar sini baik-baik. Solehah itu adalah bakal isteri aku. Engkau jangan cuba hendak mendekatinya lagi. Orang macam engkau hanya boleh lihatnya dari jauh sahaja. Engkau perlu sedar diri. Engkau tidak layak untuk mendekatinya apatah lagi mahu bersamanya." Kata-katanya begitu menusuk hatiku. Tapi aku tidak berbuat apa-apa. Pengecutkah aku?


Sejak dari peristiwa itu diriku menjadi sunggul. Aku duduk termenung memikirkan peristiwa itu. Di ruang malam jendela rumahku. Aku berlagu dengan gitar. Pada masa itu aku lihat bulan purnama yang mengambang indah. Malam yang cantik tetapi banyak bintang di langit. Dengan petikan gitar. Aku terus berlagu. Jeng… Jeng… Jeng….

Dimalam yang indah….

Berdirinya aku disini….

Seperti selalunya aku….

Menantimu….


Wajahmu secantik purnama…

Keayuanmu tiada bandingan….

Membuat ku terasa….

Rindu padamu….



Aku sedar siapa diriku. Sekiranya hendak di bandingkan dengan Solehah. Aku bak pungguk yang mendambakan bulan. Yang mampu melihatnya dari jauh. Yang mampu menyebut namanya. Tapi aku tahu aku tak mampu untuk mendekatinya. Walau sekali pun aku terbang kepadanya. Si bintang pasti akan menghalang ku dari mendekatinya. Dengan petikan gitar. Aku terus berlagu. Jeng… Jeng… Jeng….

Kau umpama bulan purnama….

Yang dipagari bintang bercahaya….

Manakala ku hanyalah….

Pungguk di hutan…


Benarlah kata si bintang….

Diriku mampu melihatmu….

Diriku mampu sebut namamu….

Namun ku tak mampu….

Untuk aku mendekatimu….



Hari berlalu begitu sahaja dan Solehah sudah semakin jauh dariku. Sudah lama aku tidak Nampak Solehah. Aku begitu rindu padanya. Tapi apakah daya, aku cuma seorang pemain muzik. Mana mungkin aku dapat memilikki perempuan seperti Solehah. Dengan petikan gitar. Aku terus berlagu. Jeng… Jeng… Jeng….

Ku hanya tahu mencintaimu….

Ku hanya tahu rindu padamu….

Namun ku tahu ….

Ku takkan dapat….

Memilikkimu….

Ku takkan dapat….

Memilikimu!!!


Tiba-tiba suatu hari aku Solehah datang menemui aku. Dia menyatakan bahawa keluarganya mahu melangsungkan perkahwinanya dengan lelaki itu pada hujung bulan ini. Tapi dari riak wajah Solehah nyata dia tidak sukakan keputusan itu. Aku mampu senyum. Dan aku menyuruhnya mengikut akan kehendak keluarganya. Kerana itu adalah jalan yang terbaik untuk dirinya. Pada masa yang sama aku memberikannya sekeping cakera yang di dalamnya adalah lagu-lagu yang ku cipta dia. Dan juga sebagai tanda berakhirnya kisah aku dan dia. Dalam suasana hati yang kian rawan. Solehah bersuara kesayuan. "Bukankah awak ada cakap yang awak mahu jadikan saya teman hidup awak? Kenapa awak kata begitu?" suaranya tersekat-sekat menahan kehibaannya. "Lupakan apa yang saya beritahu dulu. Saya sedar saya bukanlah orang selayak untuk diri awak. "Tapi saya tidak kisah! Kenapa awak berubah hati? Awak tidak macam saya kenal dulu. Adakah awak mencintai saya?" Air matanya sudah berlinangan di pipinya. "Sudahlah Solehah. Sekiranya saya mencintai awak tak semestinya saya harus bersama awak. Kisah antara kita seperti pungguk dan bulan. pungguk tetap pungguk. Yang hanya setia dan tetap merindui kemunculan bulan purnama. Bulan tetap bulan. Bila ia mula mengambang ramailah si bintang yang berkelipan di sekelilingnya. Bak kata pungguk dapat melihat hati yang pergi lebih memadai daripada melihat cinta yang hilang." Aku menambah senyumku. "Masih belum cukup untuk saya menjadi cenderawasih. Solehah, terima kasih kerana memberi sedekit ketenangan dan kebahagian kepada diri saya. Solehah meraung kesebakan "Awak jahat! Awak tipu saya. Awak permainkan saya. Saya benci awak!. Solehah terus menangis. Dengan mengucapkan selamat tinggal. Aku terus berlalu pergi meninggalkan Solehah. Dalam masa itu. Sempat lagi aku menoleh melihatnya. Walaupun sekental mana aku menahan perasaan aku. Tapi di dalam hati ini hanya tuhan sahaja yang tahu.

Tuesday 14 June 2011

CERPEN:SEINDAH MEMORI

Azan subuh mengejutkan aku dari tidur yang begitu nyenyak. Terasa begitu sukar untuk bangun dari selimut yang membaluti tubuhku. Aku lantas mencapai tuala yang berwarna merah jambu yang disangkut pada tepi almari dan terus menuju ke bilik air untuk mandi. Setelah selesai mandi aku mengenakan baju kurung dan terus menunaikan solat serta memohon doa kepada Allah S.W.T . Nenek yang berada di dapur sedang sibuk menyiapkan kuih-muih dan nasi lemak untuk dijual. Aku begitu kagum dengan nenek yang begitu gigih melakukan kerja untuk menanggung kehidupan kami berdua. Walaupun harta peninggalan arwah ayah cukup untuk menyara kami berdua, namun nenek tidak mahu menggunakan wang tersebut. Katanya harta tersebut perlu disimpan untukku di masa hadapan kelak jika dia sudah tiada. Sebelum keluar untuk mengikut nenek pergi menjual nasi lemak, aku masuk ke bilik untuk mengambil tongkat yang menjadi mata kedua aku selepas kejadian enam bulan lalu yang begitu tragis dan tidak akan aku lupakan seumur hidupku. "Kisya…oh Kisya…" Kedengaran suara nenek memanggilku dari luar. Lantas kucapai selendang ditepi katil untuk menutupi rambut yang sememangnya menjadi aurat bagi wanita. Suasana pagi di kampung begitu berbeza sekali dengan bandar. Gerai nenek di tepi jalan yang berdekatan dengan rumah amat sesuai sekali untuk menjual kuih-muih. Aku hanya duduk di atas bangku kayu yang panjang sambil menemani nenek menjual nasi lemak dan kuih-muih. Alhamdulillah hasil pendapatan tersebut cukup untuk menanggung hidup kami berdua. Beginilah rutin harian hidupku selama lebih enam bulan dan hari yang bakal dihadapi akan datang.

Aku merupakan anak tunggal dalam keluargaku. Ketika itu aku merasakan hidupku begitu bahagia kerana mama dan papa begitu menyayangi aku. Namun kadang kala aku merasa sepi kerana mama dan papa terlalu sibuk dengan kerjaya mereka. Aku lebih gembira apabila berada di sekolah kerana adanya kawan-kawan disekelilingku. Farra, Jun dan Ifa sentiasa menjadi teman setiaku apabila aku dahagakan kasih sayang mama dan papa. Aku tidak menyalahkan papa dan mama kerana kurang memberikan perhatian kepadaku kerana tujuan mereka bekerja bertungkus lumus adalah semata-mata untuk memberi kesenangan kepada anak kesayangan mereka. Namun kesenangan sahaja tidak cukup untuk menjadikan sesebuah keluarga itu bahagia. Aku mula lalai dalam pelajaranku dan keputusan peperiksaan hujung tahun sewaktu tingkatan empat begitu teruk. Aku tidak mahu memberitahu papa dan mama tentang keputusan tersebut. "Kisya kalau kau takut sangat nak tunjukkan buku rekod tu, lebih baik kau ikut cara aku." Beritahu Farra ketika waktu rehat. Dia telah mengajar aku supaya menandatangani sendiri buku rekod itu. Selain itu aku juga sudah mula ponteng sekolah mengikut Farra, Ifa dan Jun pergi melepak di shopping complex. Aku merasa begitu bebas pada waktu itu kerana tiada siapa yang mengambil peduli tentang hal aku. Lamunan aku terhenti seketika apabila aku mendengar nenek sedang bercakap dengan seorang pemuda yang aku tidak pernah mendengar suaranya sebelum ini."Nenek tak kenal saya lagi ke?" Tegur pemuda tersebut dengan sopan. "cucu ni sapa? Nenek tak pernah nampak cu pun sebelum ni." Balas nenek yang betul-betul tidak mengenali siapa pemuda itu. Kemudian aku mendengar pemuda itu memberitahu bahawa dia adalah anak Pak Karim, ketua kampung di sini. "Oh anak Pak Karim rupanya. Nenek ingatkan siapa tadi. Dah besar panjang rupanya sampaikan nenek dah tak kenal kamu." Nenek mula mengenali pemuda itu setelah diberitahu. Aku hanya diam mendengar perbualan mereka. "Nek boleh tolong berikan saya dua bungkus nasi lemak?" Kata pemuda itu lagi. Pemuda itu bernasib baik kerana nasi lemak itu sememangnya tinggal dua bungkus sahaja lagi.

Petang itu,seperti biasa aku akan pergi ke tepi pantai untuk menghirup udara segar yang begitu damai dan mengasyikkan. Pulau Pangkor sememangnya antara salah satu pulau di Malaysia yang menjadi destinasi pelancongan sama ada pelancong dalam dan luar Negara. Nenek tidak risau melepaskan aku pergi ke pantai seorang diri kerana berdekatan dengan rumah nenek dan aku juga telah mengetahui selok belok jalan untuk ke pantai. Desiran bunyi ombak yang menolak air laut ke tepi pantai membuatkan hatiku tenang. Sesekali angin yang sepoi-sepoi bahasa meniup selendang panjang yang menutupi rambutku. Tiba-tiba aku dapat rasakan seperti ada seseorang yang memerhatikan aku. Aku mulai merasa cemas dan berjalan tergopoh-gapah untuk pulang ke rumah. Tongkat di tangan sudah tidak digunakan lagi. Akibatnya aku tersungkur kerana melanggar tunggul kayu di hadapan. Kedengaran satu suara menegurku. "saudari tak apa-apa?" Aku tidak menjawab pertanyaannya. Aku bingkas bangun dan membetulkan bajuku. Aku tercari-cari tongkatku yang terpelanting entah ke mana. Sedang tanganku teraba-raba diatas pasir, pemuda yang menegurku tadi telah menghulurkan tongkat itu. Tanpa mengucapkan terima kasih aku terus berlalu dari situ. Dalam hatiku terdetik juga perasaan bersalah kerana pergi tanpa berkata apa-apa. Sampai di rumah aku terus meluru masuk kebilik. Nenek yang melihat kelibatku terus menegur. " Awalnya Kisya balik petang ni, biasanya hari dah senja baru Kisya pulang," tanpa sempat membuka pintu aku memberitahu nenek. " saja je Kisya balik awal nek." Lalu aku terus masuk ke bilik dengan muka yang masih dengan tanda tanya.

* * *

Sudah lebih sebulan aku mengenali seorang pemuda yang dulunya begitu takut untuk aku dekatinya. Memang benar pepatah melayu ada mengatakan bahawa ‘tak kenal maka tak cinta’. Dia tidak seperti pemuda yang lain yang pernah aku kenal. Khairul Adib Muzaffar tidak pernah menganggap aku sebagai seorang buta, malah dia sentiasa memberi semangat dan motivasi untuk aku mengharungi hidup yang penuh ranjau ini. Perkara inilah yang membuat aku merasa selesa bersahabat dengannya. Namun kadang kala perasaan merendah diri juga sentiasa hadir dalam diriku kerana Khairul merupakan pelajar Universiti Oxford, sedangkan aku kelulusan SPM pun tiada. Namun aku redha dengan ketentuan tuhan, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa hidupku. Itulah kata-kata yang selalu diucapkan oleh Khairul. Kehidupanku kembali ceria seperti aku menemui satu kehidupan baru. Setiap petang aku dan Khairul akan bersama-sama pergi ke tepi pantai untuk menghirup udara yang segar. Aku dapat merasakan bahawa pemandangan disitu begitu indah, terutamanya pada waktu senja. "Alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati pemandangan matahari terbenam di waktu senja," keluhku sendirian. Khairul yang dari tadi asyik menceritakan keindahan pemandangan tersebut menambah lagi keinginan aku untuk melihat pemandangan tersebut. "Kisya, andainya Khairul dapat meminjamkan mata ini walau hanya lima minit kepada Kisya, akan Khairul berikan dengan perasaan bangga," ucap khairul yang tiba-tiba begitu emosional. Aku tidak tahu mengapa secara tiba-tiba ucpaan tersebut keluar dari mulutnya. Aku cuba bertanya kenapa dia bersikap begitu pada petang itu. Namun soalanku tidak dijawabnya. Aku tidak memaksa dan membiarkan sahaja Khairul dengan perasaannya. Petang itu, Khairul menghantar ku pulang tanpa berkata apa-apa.

Hujan renyai-renyai di luar seolah-olah menangisi sesuatu. Aku bersama nenek menemaninya menonton televisyen. Aku mula memberanikan diriku untuk bersembang tentang Khairul yang sebelum ini aku amat malu apabila nenek menanyakan hal itu. Nenek memberitahuku tentang kisah hidup Khairul. Rupa-rupanya hidupnya juga penuh dengan masalah yang selama ini dirahsiakan daripada aku. Nenek memberitahuku lagi bahawa Pak Karim iaitu ayah Khairul telah mengahwini wanita berbangsa Perancis. Namun perkahwinan itu tidak direstui oleh ibu bapa Pak Karim sehingga menyebabkan mereka berpindah dan memulakan hidup baru di kampung ini. Oleh sebab itulah rupa Khairul tidak sedikitpun seperti orang melayu. Rambutnya perang, berkulit putih dan matanya kebiruan persis ibunya. "Abistu ke mana ibunya nek?" aku menyampuk ketika nenek sedang rancak bercerita. Ibu Khairul telah melarikan diri bersama lelaki lain sewaktu Khairul berumur setahun. Lelaki itu merupakan pelancong yang datang ke Pulau Pangkor ini. Semenjak itu, Pak Karim membesarkan Khairul seorang diri. Kadang-kadang nenek selalu juga membantu Pak Karim menjaga Khairul, kerana ketika itu Pak Karim bekerja sebagai nelayan. Sebab itulah Khairul amat rapat dengan nenek dan menganggap nenek seperti neneknya sendiri. Aku sama sekali tidak menyangka bahawa orang yang selama ini kuanggap begitu sempurna dalam hidupnya tetapi adalah sebaliknya. Mungkin sebab itulah selama ini Khairul tidak pernah menceritakan tentang ibunya kepadaku. Hujan renyai-renyai sebentar tadi sudah mulai reda. Suasana yang begitu sejuk membuatkan kami masuk tidur awal dan lagipun esok nenek harus melakukan rutin hariannya menjual nasi lemak dan kuih-muih.

* * *

Pagi itu seperti biasa aku menemani nenek menjual nasi lemak dan kuih-muih di warungnya. Aku tertunggu-tunggu juga kedatangan Khairul yang kebiasaannya orang pertama yang akan datang membeli nasi lemak nenek. Memang tidak dinafikan nasi lemak nenek begitu sedap sehinggakan pelancong yang datang ke Pulau Pangkor pasti akan merasai nasi lemak nenek. Aku sedikit sebanyak begitu berbangga dengan nenek. Matahari sudah mula memunculkan dirinya manakala nasi lemak nenek seperti biasa sudah pun habis, dan ini bermakna sudah tiba masanya untuk kami pulang ke rumah. Sewaktu di rumah, gelagat aku yang daripada tadi tidak duduk diam rupa-rupanya disedari oleh nenek. Aku tersipu-sipu malu apabila gelagat aku rupa-rupanya diperhatikan dari tadi. "Kenapa nenek tengok kamu ni dari tadi macam kucing nak beranak je Kisya," tegur nenek. Aku mula menggelabah apabila ditegur oleh nenek. Lidah ku bagaikan tersekat-sekat untuk mengeluarkan patah demi patah perkataan."Tak..tak…ada apa…nek," jawabku tergagap-gagap. Aku pun pelik dengan sikapku dari tadi ayik memikirkan tentang Khairul. Aku mula tertanya-tanya kemana perginya Khairul tanpa meninggalkan apa-apa pesan kepadaku. "Takkan Khairul dah pulang ke London tanpa memberitahu aku, rasanya dua minggu lagi cutinya di sini," bisik hatiku sendirian. Sedang asyik aku mengelamun, terdengar azan zohor sedang berkumandang. Tanpa membuang masa aku terus mencapai tuala dan masuk ke bilik air untuk mandi dan seterusnya mengambil wuduk untuk mengerjakan kewajipan kepada Ilahi. Selesai solat zohor aku menadah kedua tangan memohan kepada Tuhan agar melindungi Khairul walau di mana dia berada. Tanpa aku sedari air mata mula mengalir di pipi dan membasahi telekung yang membaluti tubuhku. Perasaan ku bagaikan merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Entah mengapa fikiranku mula teringat kepada kedua ibu dan bapaku. Masih terngiang-ngiang di ingatanku bagaimana kejadian yang tragis itu telah mengorbankan kedua ibu bapaku. Ketika itu hujan terlalu lebat sehinggakan kereta yang dipandu oleh ayah terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan. Kepalaku telah terhantuk pada cermin kereta sehingga menyebabkan aku tidak dapat melihat sehingga hari ini. Selama sebulan lebih aku terlantar di hospital. Pada waktu itu jugalah nenek berulang setiap hari ke hospital untuk menjaga ku. Tambahan pula pada waktu itu, aku tidak dapat menerima kenyataan bahawa kedua ibu bapaku sudah meninggal, manakala hidupku pula sudah tiada maknanya lagi tanpa sepasang mata. Namun masa telah merubah segalanya sehinggalah perkenalan aku bersama Khairul.

Hari ini aku dapat merasakan seolah-olah hidupku akan terang seperti dahulu apabila nenek memberitahuku bahawa ada orang yang sudi untuk menderma sepasang mata kepadaku. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana mengabulkan impianku untuk melihat kembali dunia ini. Orang pertama yang ingin aku lihat apabila membuka mata nanti sudah tentulah nenek dan Khairul yang banyak merubah seluruh hidupku. Namun aku tidak pasti sama ada hasrat ku untuk melihat Khairul akan tercapai kerana sejak daripada hari itu, aku sudah tidak lagi mendengar berita daripadanya. Khairul pernah mengatakan bahawa jika diberi peluang dalam hidupnya, dia teringin sangat melihat pemandangan di waktu senja bersama-sama denganku jika aku dapat melihat semula. Dia juga mahu aku merasakan kebesaran Allah S.W.T yang menciptanya terlalu indah sehingga sukar dirungkai dengan kata-kata. Aku begitu merindui tawa mesranya, usikan manja serta sikapnya yang begitu yakin bahawa aku akan dapat melihat semula pada suatu hari nanti. Aku juga terfikir kenapa sejak ketiadaan Khairul, aku selalu memikirkan tentang dirinya. "Adakah ini perasaannya apabila seseorang itu dilamun cinta? Entahlah, mungkin ya dan mungkin juga tidak." Keluhku seorang diri sambil bermain dengan rambutku yang agak lurus dan keperangan. Kemudian nenek datang menghampiriku sambil membelai lembut di belakangku. Aku agak terkejut apabila nenek menghampiriku. "Nek siapakah orang baik hati hendak menderma mata kepada Kisya nek?" Tanyaku yang begitu ingin tahu. Nenek yang dari tadi mendiamkan diri mula bersuara. " Entahlah Kisya, nenek pun tidak tahu. Kata Pak karim orang itu mahu identitinya dirahsiakan."

* * *

Hari yang dinanti telah tiba. Aku bagaikan tidak percaya dan merasakan seolah-olah segala yang terjadi bagaikan mimpi. Aku sedang terbaring di atas katil untuk menunggu di bawa ke bilik pembedahan. Aku dapat merasakan bahawa nenek dari tadi agak kegelisahan. Sejak dari tadi nenek tidak duduk diam serta berjalan mundar mandir di dalam wad tersebut. Mungkin dia terlalu risaukan aku yang bakal menjalani pembedahan sebentar sahaja lagi. Aku memanggil nenek untuk bercakap kali terakhir sebelum aku dibawa masuk kedalam bilik pembedahan. Nenek memeluk erat badanku begitu juga denganku. Nenek berkali-kali menyuruh aku bertenang dan kuatkan semangat. Aku hanya menggangguk dan terasa berat sekali untuk melepaskan pelukan nenek. Kemudian aku terdengar jururawat yang bertugas memberitahu nenek bahawa sudah tiba masanya aku dibawa ke bilik pembedahan. Aku dipindahkan ke katil yang disediakan untuk ditolak masuk kedalam bilik pembedahan. Tangan nenek yang kugenggam erat dari tadi kuleraikan sedikit demi sedikit. Air mata yang kutahan dari tadi telah bercucuran mengalir di pipi. Seperti yang nenek katakan tadi, aku perlu menguatkan semangat untuk menghadapi apa jua yang bakal berlaku ketika pembedahan berlaku. Selepas aku dibawa ke dalam bilik pembedahan, aku terus tidak sedarkan diri kerana badanku telah disuntik dengan ubat bius. Masa seakan berhenti seketika ketika aku tidak sedarkan diri. Setiap saat, minit, jam yang telah berlalu tidak akan berpatah kembali. Memang benar seperti pepatah yang mengatakan bahawa masa itu diibaratkan seperti emas yang terlalu berharga.

Setelah berakhirnya pembedahan tersebut, aku masih lagi tidak sedarkan diri selama beberapa jam. Doktor memberitahu nenek supaya pulang ke rumah kerana selepas pembedahan tersebut, tiada sesiapa yang dibenarkan melawat kerana aku perlu berehat secukupnya. Keesokan harinya aku tersedar daripada tidurku apabila terasa seperti ada orang yang sedang memegang tanganku. Aku sememangnya cukup mengenali tangan tersebut iaitu tangan nenek yang selama ini telah bersusah payah menjagaku. Namun satu perkara yag masih belum berubah ialah dunia ini masih lagi gelap dan aku masih belum dapat melihat apa-apa. Doktor memberitahu selepas seminggu balutan di mataku akan di buka. Aku tidak sabar menunggu hari tersebut yang terasa begitu lama. "Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan akhirnya cucu nenek dapat melihat kembali," nenek memulakan bicara. "Betul tu nek, Kisya rasa seperti mimpi je nek," balasku terhadap nenek. Nenek membawa makanan kesukaan aku iaitu sup ayam. Selepas selesai pembedahan tersebut, baru hari ini aku dapat makan makanan kesukaanku sepuas-puasnya kerana sebelum ini doktor melarang aku daripada makan makanan dari luar. Hal ini adalah untuk mengelakkan agar kesan pembedahan ke atas mataku akan pulih secepat mungkin. " Dah lama rasanya Kisya tak dapat makan masakan dari air tangan nenek," aku berkata sambil menghirup kuah sup ayam tersebut. "kalau macam tu Kisya makan la puas-puas ye," balas nenek yang begitu gembira melihat aku begitu berselera menghirup kuah sup ayam tersebut.

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Aku bangun lebih awal kerana hari ini doktor akan membuka balutan mataku ini. Aku tidak sabar untuk menatap dunia ini. Awal-awal lagi nenek sudah sampai untuk melihat apa yang bakal berlaku setelah doktor membuka balutan tersebut. Semasa doktor membuka balutan itu, dia berpesan agar aku membuka mata secara perlahan-lahan kerana kesan pembedahan tersebut belum sembuh sepenuhnya. Aku mengambil masa beberapa saat untuk membuka mata. Aku seakan tidak percaya apabila aku dapat melihat nenek yang berada di hadapanku serta doktor dan jururawat yang juga turut sama di dalam wad tersebut. Nenek terus memeluk aku kerana terlalu gembira kerana aku dapat melihat semula selepas pembedahan tersebut. Sejuta kesyukuran kupanjatkan kehadrat Ilahi yang telah menentukan segala yang telah berlaku. Namun jauh disudut hati aku tetap bersedih kerana tidak dapat melihat wajah yang sangat aku rindui iaitu Khairul. Tanpa aku sedari air mataku menitis membasahi pipi. Nenek menegur kehairanan melihat aku menangis. Aku memberitahu nenek yang air mata tersebut adalah air mata gembira kerana aku dapat melihat dunia ini semula. Aku sengaja menyembunyikan kesedihanku yang sebenarnya. Tidak lupa juga orang yang amat aku terhutang budi iaitu orang yang telah menderma sepasang mata ini kepada aku. Aku teringin untuk berjumpa dengan penderma tersebut untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas pemberian yang amat bermakna buatku. Pengorbanan yang dilakukan olehnya tidak dapat kubalas, dan hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya.

Setelah lebih dua minggu aku di hospital, doktor telah membenarkan aku pulang ke rumah kerana mata aku sudah sembuh sepenuhnya. Namun aku perlu pergi ke hospital sebulan sekali untuk mendapatkan rawatan susulan. Aku begitu gembira apabila dapat menghirup semula udara segar di tepi pantai. Jika dulu aku hanya menghirup udara segar sahaja tetapi sekarang aku dapat menikmati pemandangan yang begitu indah dengan mata baruku ini. Mata biru inilah yang memberi ruang baru dalam hidup untuk aku merancang masa depanku dengan lebih cerah. Aku sudah membuat keputusan untuk mengambil peperiksaan SPM di sekolah swasta. Aku akan belajar bersungguh-sungguh dan mencapai cita-cita aku untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Aku pulang ke rumah kerana hari sudah pun lewat petang. Aku melihat nenek sedang memasak di dapur untuk hidangan makan malam. Aku menegur nenek yang sedang sibuk memasak. "Nenek masak apa tu?," tegur ku sambil memeluk nenek dari belakang. "Ya Allah, kamu ni Kisya buat nenek terperanjat la," nenek menjawab sambil mengurut dadanya kerana terkejut. Kedengaran solat maghrib berkumandang dengan begitu merdu sekali. Aku lantas ke bilik untuk mandi dan solat maghrib. Selepas makan malam bersama nenek, aku terus ke ruang tamu untuk menonton televisyen yang selama ini aku hanya mendengar sahaja tetapi sekarang aku sudah dapat menontonnya juga. Nenek memberitahuku bahawa ada surat untuk aku telah sampai petang tadi. Aku terus mengambil surat yang diberitahu oleh nenek dan masuk kebilik untuk membacanya. Aku begitu gembira kerana Khairul masih lagi mengingati aku setelah sekian lama dia tidak mengirim berita. Sebelum membuka surat tersebut aku melihat sampul surat tersebut yang menulis bahawa ianya di hantar dari Kuala Lumpur. Hati ku berbisik mengatakan mungkin Khairul sudah pulang ke Malaysia dan sekarang berada di Kuala Lumpur. Sangkaan ku tepat kerana pengutus surat tersebut sememangnya daripada Khairul Adib Muzaffar. Setelah selesai membaca surat tersebut aku terus meraung dan merasakan seolah-olah sekelilingku gelap. Nenek yang sedang menonton televisyen terkejut mendengar aku yang menjerit. Nenek terus meluru masuk ke bilik dan melihat aku terlantar di atas lantai. Nenek terus menampar perlahan pipiku sambil memanggil-manggil namaku. Aku sedar dan melihat nenek sedang mengelap rambutku dengan tuala yang basah. Badanku terasa lemah dan tidak bermaya. Aku terus memeluk nenek dan menangis sepuas-puasnya. Nenek yang tidak tahu sebab aku menjadi begitu masih lagi terkejut tetapi dia tetap menenangkan aku. Perlahan-lahan aku bangun menghampiri meja dan menatap mata biru di hadapan cermin. Air mataku bercucuran menahan sebak apabila mengetahui segala yang berlaku. "Mengapa ini semua harus terjadi nek, Kisya dah tak sanggup nak menghadapi dugaan ini lagi nek." Aku mengeluh sambil merenung mata biru yang kini menjadi milik aku. Nenek mengusap belakangku setelah membaca surat yang membuatkan aku begitu sedih.

Ombak pantai mengalun menolak air laut ke tepi pantai dan membasahi kakiku. Aku melihat pemandangan di hadapanku. Serta-merta mengingatkan ku pada kandungan surat yang kuterima semalam. Begitu mulianya hati Khairul kerana tela menderma matanya kepadaku. Air mata menitis membasahi pipiku yang gebu. "Mengapa dia tidak memberitahuku sebelum ini bahawa dia menghidap kanser tulang. Mengapa dia melarikan diri tanpa memberi penjelasan kepadaku. Mengapa perkara ini harus berlaku kepadaku.," pelabagai soalan menerjah kedalam fikiranku. Masih bermain-main difikiranku isi surat yang di tulis oleh Khairul. "Kisya, sewaktu Kisya membaca surat ini Khairul sudah tiada lagi di dunia ini. Tetapi Khairul sentiasa dekat dengan Kisya kerana mata biru milik Khairul kini menjadi milik Kisya. Sesungguhnya Khairul begitu mencintaimu. Namun segala yang tersurat tidak dapat kita halang. Khairul tidak dapat lagi menemani Kisya untuk melihat pemandangan ketika waktu senja di tepi pantai. Penyakit penyakit kanser tulang khairul sudah merebak keseluruh badan dan tidak dapat diselamatkan lagi. Tiada apa yang berharga dapat khairul tinggalkan untuk Kisya dan hanya sepasang mata biru ini yang dapat Khairul berikan untuk Kisya sebagai tanda cinta Khairul terhadap Kisya. Sekurang-kurangnya mata ini dapat menemani Kisya melihat pemandangan waktu senja yang begitu indah. Khairul memohon maaf di atas segala kesalahan Khairul terhadap Kisya dan halalkan makan minum Khairul. Jangan tangisi pemergian Khairul kerana Khairul sentiasa berada dengan Kisya buat selama-lamanya selagi mata biru itu ada pada Kisya. Sesungguhnya memori indah bersamamu begitu membahagiakan aku. Khairul amat mencintai Balkisyah." Isi surat tersebut amat menyentuh hatiku. Kelihatan dihadapanku pemandangan di waktu senja yang begitu indah sekali. Aku melihat sepuas-puasnya sambil ditemani Khairul walaupun bukan jasadnya tetapi melalui sepasang mata biru miliknya. "Khairul, terima kasih di atas pemberian yang begitu bernilai dalam hidup Kisya. Memang benar kata Khairul bahawa pemandangan di waktu senja sememangnya cantik. Akan Kisya jaga pemberian Khairul ini sebaik mungkin. Kisya terlalu merindui Khairul. Kisya juga amat mencintai Khairul. Kenangan bersama Khairul merupakan kenangan yang paling indah dalam hidup Kisya. Terima kasih di atas segalanya." Manik-manik jernih menitis mencurah ke dalam air laut dan bercantum menjadi satu. Aku mengesat air mata yang mengalir dan memejamkan mata sambil berbisik, "setiap detik kenangan indah bersamamu ibarat pemandangan indah di waktu senja. Hidup harus diteruskan dan segala yang terjadi mungkin ada hikmah di sebaliknya. Ya Allah ya Tuhanku kau cucurilah rahmat ke atas roh Khairul Adib Muzaffar…..Amin ya rabbal alamin."
 

PASAR BORONG NOVEL Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo