Saturday 10 December 2011

TOP TEN NOVEL MELAYU TERBAIK

CARTA NO 8








Category:Books
Genre:Romance
Author:Hani Fazuha

Penerbit: Alaf 21 (Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd)
ISBN 978-983-124-717-4
Harga: RM22.00 / RM25.00
M/S: 546
Cetakan 1 – 2011

Lya…hidup tanpa kau umpama dunia tanpa udara, seperti jasad tanpa nyawa.  - Zhafran

SINOPSIS:

Mereka rapat kerana berjiran, tetapi rencah hidup mereka adalah pertengkaran. Kata Zhafran, Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki. Kata Lya pula, Zhafran itu macam Hitler, suka memaksa orang mengikut kata dia.

Kemunculan Nurin menarik perhatian Zhafran, tetapi hati Lya pula tiba-tiba jadi penasaran. Entah sejak bila, ada rasa cinta bertapak dalam hatinya. Namun, semua sudah terlewat kerana Zhafran telah memilih Nurin sebagai suri hidupnya.

Saat yang sama, Hareez pula dating bertandang dan kehadiran lelaki kacak berlagak sombong itu menjengkelkan hati Lya. Kali pertama bertemu, dia tahu ada sebuah kebencian di dalam sepasang mata milik Hareez.

Tetapi, apa akan jadi jika kebencian Hareez itu tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya? Apa pula yang akan berlaku bila Zhafran mula sedar dia sebenarnya mencintai Lya? Paling rumit, Lya harus memilih satu antara mereka dan perlu tinggal sebumbung di dalam sebuah keluarga.

Kadangkala kuasa memilih bukan di tangan kita, tetapi kita tidak seharusnya menyerah kalah saat takdir menetapkan pilihannya.

‘Kalaulah aku punya berkeping-keping hati, akan kurelakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi’ - Lya

FIQ menukil:

Hani Fahuza masih lagi bermula kisah HKC ketika watak-watak utamanya di alam universiti. Kali ini dijelmakan watak Lya dan Zhafran yang sudah menjadi teman tapi mesra sejak di sekolah rendah lagi. Mereka berdua sering bersama walaupun setiap pertemuan sudah pasti ada pertengkaran kerana itulah rencah kehidupan mereka berdua. Memang benar kata orang, lelaki dan perempuan bila berteman sudah pasti ada yang akan tergelincir hatinya. Kebanyakan mata yang memandang menganggap mereka pasangan yang bercinta tetapi hanya mereka yang memahami makna perhubungan mereka.

Dalam tenang perhubungan yang rapat itu, kehadiran Nurin telah merenggut kejam hati Lya. Lya tidak pernah sangka hatinya telah dicuri oleh Zhafran dan perubahan Zhafran pula bagaikan petanda ada yang tidak kena. Apatah lagi kehadiran Nurin telah menjadikan Lya orang asing pada ibu sendiri. Dia rasakan sudah tidak disayangi oleh ibunya lantaran hatinya sudah tidak dipedulikan lagi.

Lya mencuba untuk menimbus cinta yang tersemat di hati buat Zhafran walaupun dia tahu sesaat pun dia tidak pernah melupakan Zhafran. Walaupun terluka dia terpaksa menerima kerana Zhafran telah pun memilih Nurin sebagai suri hidupnya. Saat Lya sudah berputus harap yang impiannya tidak mungkin dicapai, dia bingung dengan kelakuan Zhafran yang kembali dan menagih kasihnya? Mana mungkin dia menerima Zhafran kerana dia tahu antara mereka sudah pasti ada Nurin?

Lamaran dari Hareez dijadikan penyebab untuk dia menjauhi Zhafran dan juga demi menjaga hati keluarga. Dia tidak mahu hati ibu dan abah terluka kerananya. Benarkah lelaki yang sombong itu adalah jodohnya? Mampukah dia memberi hatinya yang sudah tiada ruang itu untuk lelaki lain selain Zhafran?

Sudut pandang FIQ:

Disebabkan karya ini diluahkan melalui Lya sebagai aku; kita hanya mampu merasai dan menyelami perasaan Lya. Oleh itu kita tertinggal rasa-rasa yang dimiliki watak-watak lain melainkan penulis memberi sedikit ruang pada Zhafran untuk ‘meluahkan’ rasanya pada bab 76.

Walaupun begitu pada FIQ masih ada sedikit tanda tanya yang tertinggal, contohnya bagaimana Nurin itu boleh berhubungan dengan Izwan? Selain itu, karektor Zhafran yang pada FIQ sedikit tidak stabil atau terlalu memendam rasa atau menjaga aib Nurin sehingga dia sendiri tersepit dan menyebabkan Lya serba salah dan tertekan.

Watak Hareez juga nampak menarik jika dia juga diberi lebih ruang atau peluang. Pada FIQ penamat kisah ini bagaikan sedikit tergantung kerana persoalan Nana bagaikan tiada kata penyudah.





CARTA NO 7

INGAT JANJI KITA



HARGA BUKU : RM21.00

DISKAUN 10%
HARGA JUAL : RM18.90
BUKU : BARU



Sinopsis


Menggelabah Raimi apabila Tok Jalal mahu menjodohkan dia dengan gadis yang tidak dikenali. Kalau dibantah, mengamuk pula datuknya itu. Terpaksalah dia mencipta helah untuk melepaskan diri. Idea gila datang tiba-tiba. Sahabatnya disuruh menjadi perempuan. Nak tak nak, Adi turutkan jua permintaan Raimi untuk menjadi ‘makwe’nya. 


Apabila tiba masanya...
“Eh... sesuai ke? Orang tak cam aku ke? Aku rasa kekok ni.” 
“Sesuai lagi secocok. Tak mungkin dia orang boleh cam kau ni jantan. Aku sendiri macam nak gugur jantung tengok rupa kau. Sebiji rupa perempuan. Mantap gitu.” Raimi menyentuh dada Adi dengan kedua-dua tangannya. Bagaikan terkena kejutan elektrik, spontan Adi menepis kasar hingga membuatkan Raimi terpinga-pinga. Tanpa pengetahuan Raimi, Adi ada banyak rahsia yang disimpan. Dan Adi terpaksa berbohong kepada semua. Mungkinkah seumur hidupnya dia terpaksa memendam nalurinya?
 


*cukuplah sampi sini dulu,esok sambung lagi ye,slamat membaca..XD

0 comments:

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM..
comment la cket walaupun 1 ekk
trimas semua..=)

 

PASAR BORONG NOVEL Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo