Sunday 19 June 2011

CERPEN:PUNGGUK DAN BULAN

CANTIKNYA dia. Kali pertama aku terpandang romannya. Jantungku berdetak kencang seperti genderang mahu perang. Kelembutannya menyejuk bayuku. Belum pernah aku melihat perempuan sebegini dalam hidupku. Dalam persekitaranku. Dalam dunia bunyiku. Kelembutannya menarik diriku mendekatinya. Selangkah dan selangkah. Semakin dekat dengannya. Aku semakin gemuruh menghampiri belakangnya. Dia menoleh dan menyapaku "Boleh saya bantu saudara" dalam silu aku bertanya namanya. "saya Solehah" sambil memberiku sekilas senyuman. Dia, sangat menawan. "Saudara mahu membeli buku atau kitab agama? Atau, ada sesuatu yang saudara cari?" aku tercengal. Mataku menerawang di pelosok penjuru kedai itu. Begitu banyak ayat-ayat suci, begitu banyak buku-buku, begitu bayak kopiah-kopiah dan sejadah. Rupanya dia menjual "barangan" ini. Sahut hati kecilku. Panoramaku kembali menatap romanya. Kelembutan wajahnya meruntunkan hatiku. Ingin sekali ku katakan kaulah yang ku cari selama ini. Perasaan yang asing hadir dalam sanubariku. Adakah ini cinta? Jatuh cintakah aku ini.? Melihat raut wajahnya membuatkan aku selesa dan tenang. Wajah sebeginilah yang ku cari sekian ini. Seorang perempuan yang mampu memberi ketenangan kepadaku. Memberi kesejukan kepadaku. Dan senyumannya mampu mendamaikan hatiku.


Tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu suara garau dari belakang. "Awak Islam ke?" kata pemuda yang warak pemakaiannya. Aku bisu. "Abang, kenapa cakap macam itu? Dah tentu dia Islam. Kalau tidak kenapa dia datang ke kedai kita." Solehah menyebelahiku. "Betulkah? Awak cuba lihat dirinya, cara dia berpakaian, baju apa yang dia pakai. Berantai, bersubang, bertindik sana sini. Rambutnya, berkarat macam lalang kena racun! Awak rasa dia Islam ke?. "Saya tidak suka dengan nada suara abang. Sesungguhnya Islam tidak membenarkan kita berprangsangka buruk terhadap orang lain. Dia pelanggan kita. Sekurang-kurangnya hormatinya sebagai seorang pelanggan. "Dia bukan pelanggan yang sesuai untuk singgah di kedai kita. Jangan-jangan engkau cuba mengambil kesempatan!" Pemuda itu menoleh ke arahku. Hatiku kurang senang dengan nada suaranya. "Ya Tuhan, kenapa dengan abang ini? Kesempatan apa yang dia mahu ambil? Saya kurang senang sikap abang begini" Solehah seolah-olah merajuk. "Maafkan abang Solehah. Tapi dari tadi abang perhatikan dia, seolah-olah mahu memikat Solehah. Orang seperti dia bukan boleh dipercayai. Lagi pun dari tadi lagi, bukannya ada benda lain yang dia cari, sebaliknya hanya menanyakan nama Solehah". Pemuda itu terus memujuk Solehah panjang. Aku senyum sinis. Aku lihat Solehah yang sudah mual dengan pemujukan pemuda itu. Sikapnya sangat menjengkelkan bagi Solehah. Dan juga bagiku. Aku merenung mata Solehah tanpa menghiraukan pemuda itu. Solehah menawan senyum padaku. Aku meminta diri sambil menoleh ke arah pemuda itu. Air mukanya seperti kendi yang sedang mendidih. Aku rasa aku menang. Sambil melangkah berlalu dengan tawa kecil.


Begitulah kehidupanku di pulau kecil ini. Hidupku penuh dengan ronar dari pandangan masyarakat pada siang hari. Tetapi tidak pula pada masyarakat pada malam hari. Di mana aku begitu disangjung tinggi oleh mereka. Anehnya. Di Wilayah Persekutuan ini. Aku berkerja di sebuah kelab malam bersama-sama dengan ayahku yang turut sama memeriahkan pesta di situ. "Ayah, aku sudah jatuh cinta dengan seorang perempuan." Aku menyapa ayahku. "Yakah? Jadi kamu mahu minta nasihat dari aku? Begini anakku, kunci branya ada di belakang. Tekan dan tarik sahaja. Perempuan itu akan jadi milik kau." Sambil ketawa ayahku terpingga-pingga dalam kemabukan. Aku tidak berani hendak membantah ayahku tentang kenapa kita harus berada dalam keadaan ini dan memuja kepada "agama" ini. Sekian lama ini aku tahu ayahku tidak mahu mendengarnya. Apa yang aku tahu aku dibesarkan dengan suasana sebegini. Pekara ini sangat merumitkan aku. Disini merupakan tempat orang mengenal "syurga" dan "neraka". Tapi bagiku "syurga" dan "neraka" yang aku lalui selama ini tiada bezanya. Walaupun pekara ini sentiasa bermain di benak akalku. Tapi aku tidak berdaya untuk menyelesaikannya. Ianya hilang dalam kemabukan sewaktu berkerja. Jeng… Jeng… Jeng….

Ku harap suatu hari nanti!!

Ada orang yang mampu bantu Aku!!.

Meyelesaikannya!!.

Aku sampai ke tempat ini!!.

Kita yang berlegar dengan bunyi-bunyi!!.

Iringan Intrumen muzik!!

Tepikkan!!

Tawaan!!


Yeah…yeah…!!!


Mengilailah orang-orang disini!!.

Kita datang dari pelusok manusia,

Bermacam-macam jantina!!.

Dan punyai satu pegangan "agama"

Yang sama menghinggapi diriku selama ini.

Mungkin inilah "syurga" yang kita cari.!!

…………………


Suatu petang aku merayau seorang diri di kota kecil ini. Selepas bangkit dari tidur yang terpinga. Di sini tidak perlu berkenderaan untuk merayau mengelilingi kota. Sekadar berjalan kaki aku dapat sampai ke tempat yang dituju. Semasa aku sedang membeli rokok di sebuah kedai runcit. Aku dikejutkan dengan suara lembut yang menyapa salam padaku. Rupanya Solehah. Hatiku sangatlah riang dan menjawab salamnya. "Saya sebenarnya tahu saudara ini Islam. Maafkan saya mengenai kejadian tempoh hari. Saya harap saudara tidak ambil hati dengan kejadian itu." Pinta Solehah dengan kelembutannya. "Tidak mengapa. Saya tidak ambil hati." Tapi sebenarnya hatiku telah diambil oleh kelembutannya. "Boleh saya tahu siapa nama saudara?" Nyata aku sudah menarik perhatian Solehah. "Nama saya Dhani, saya seorang pemuzik di sebuah kelab di sini." Aku lihat Solehah kembali sunggul. Aku tahu latar belakang diriku tidak enak baginya."Awak mahu ke mana?" seiringan aku berjalan dengannya. "Saya mahu balik ke rumah" "Awak tidak berkerja hari ini?." Solehah menggelengkan kepalanya. Wajahnya suram membatalkan niatku untuk merokok. Mungkin Solehah tidak suka dengan kelakuanku nanti. Aku teringin sekali mengenali dirinya dengan lebih mendalam. "Boleh saya temankan awak balik?" Solehah tercengal. "Itu pun kalau awak tidak keberatan berjalan dengan orang macam saya. Tapi kalau awak rasa saya tidak molek. Tidak mengapalah." "Tidak mengapa, lagi pun tidak ada salahnya." Solehah seolah-olah keberatan menolak permintaanku. Aku cuba hilangkan rasa keberatannya dengan berborak dengannya. "Kenapa awak boleh tahu saya ini Islam?" Solehah memandangku. "Melalui gerak hati saya." "Nampaknya awak mempunyai gerak hati yang tepat". Sahutku. Solehah tersenyum. Dari garis senyumnya, adakah aku dapat mengurangkan sedikit keberatan di hatinya?. Adakah?. Kemudian dominasi bisu kembali mengisi ruang antara kami. Aku tidak mahu kesempatan ini berakhir begini. Sedangkan saat ini adalah saat paling bahagia dalam hidupku. Aku buntu memulaskan akalku untuk berbicara dengannya. Dalam kebuntuan itu, Solehah bersuara. "Awak lelaki yang dingin." Aku tersipu dengan telahannya "Mungkin untuk orang macam awak." "Kenapa?" Solehah terus menyahut. " Sebab saya hormat pada awak." Solehah terus tersipu. Aku menyambung lagi. "Siapa lelaki yang hari itu?" wajah Solehah kembali sunggul. "Namanya Shah. Dia adalah bakal tunang saya. Pilihan keluarga. Sebab keluarga kami ada hubungan yang baik. Tapi saya tidak sukakannya. Tidak suka dengan sikapnya." Jadi kenapa awak harus terus bersamanya? Awak harus ada sedikit keadilan untuk hati awak." Ku lihat wajahnya kembali kebuntuan. Dan inilah masa yang sesuai aku masukkan "guna-gunaku" "Solehah, sebenarnya saya ada sesuatu yang mahu beritahu awak." Teja berhenti dan memandang arahku. "Sebenarnya kali pertama saya lihat awak. Saya rasa ketenangan dalam diri saya. Mungkin sebab diri saya tidak pernah tenang sebelum ini. Tapi, sejak saya kenal dengan awak. Saya dapat rasakan sesuatu. Yang saya inginkan selama ini." Solehah terus menyahut dengan perlahan. "Apa yang awak inginkan selama ini?" "Perubahan hidup. Saya mahu berubah. Melihat diri awak. Saya dapat lihat keseimbangan yang saya perlukan. Saya perlukan orang yang boleh memberi dorangan kepada saya ke jalan yang benar. Solehah, awaklah orang itu. Bantulah saya untuk saya lepas dari neraka yang membelenggu hidup ini. Solehah terkelu. Dari anak matanya yang memandang aku. Tercermin seribu persoalan, keberatan, dan keterharuan. Tetapi sejak dari itu kami menjadi semakin rapat. Kami selalu berjumpa. Solehah, mula mengajar aku tentang agama Islam. Dan aku mendalaminya. Semakin hari aku dapat rasakan kebahagian dan ketenangan yang aku impikan. Dan juga aku dapat lihat dari ombakkan mata Solehah kian mesra dengan ku. Dari situ aku beranikan diri melamarnya. "Solehah, saya ingin katakana sesuatu pada awak. Sejak saya kenal dengan awak. Saya rasa sangat gembira. Hati saya riang. Bila bersama awak adalah saat yang paling bahagia dalam hidup saya. Senyuman pada wajah awak tidak pernah lenyap di hati saya. Solehah, hidup bersama awak adalah impian hati saya. Sudikah awak jadi teman hidup saya?"


Belum sempat aku melangkah seterusnya. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan beberapa sergahan suara kasar dari arah belakang kami. "Engkau lagi! Engkau buat apa dengan Solehah? Aku diam. "Solehah tidak malukah orang tenggok Solehah bersamanya. Dia tidak layak untuk mendekati Solehah. Dia ini umpama sampah yang selayaknya ada bersama-sama dengan sampah-sampah di dalam tong sampah itu. Solehah tidak kenalkah dia. Dia adalah salah seorang dari tempat "neraka" itu. Orang macam dia yang bercalit dosa dan maksiat tidak sesuai dengan orang macam kita!" "Cukup! Cukuplah abang menghinanya lagi. Saya tidak sanggup mendengarnya". Air mata Solehah berlinangan. Kecewa dan kesedihan jelas terpancar di riak wajahnya. Solehah terus berlalu pergi meninggalkan aku. Hatiku terusik dengan linangan air matanya. Tiba-tiba aku disentak lagi oleh pemuda itu. "Engkau dengar sini baik-baik. Solehah itu adalah bakal isteri aku. Engkau jangan cuba hendak mendekatinya lagi. Orang macam engkau hanya boleh lihatnya dari jauh sahaja. Engkau perlu sedar diri. Engkau tidak layak untuk mendekatinya apatah lagi mahu bersamanya." Kata-katanya begitu menusuk hatiku. Tapi aku tidak berbuat apa-apa. Pengecutkah aku?


Sejak dari peristiwa itu diriku menjadi sunggul. Aku duduk termenung memikirkan peristiwa itu. Di ruang malam jendela rumahku. Aku berlagu dengan gitar. Pada masa itu aku lihat bulan purnama yang mengambang indah. Malam yang cantik tetapi banyak bintang di langit. Dengan petikan gitar. Aku terus berlagu. Jeng… Jeng… Jeng….

Dimalam yang indah….

Berdirinya aku disini….

Seperti selalunya aku….

Menantimu….


Wajahmu secantik purnama…

Keayuanmu tiada bandingan….

Membuat ku terasa….

Rindu padamu….



Aku sedar siapa diriku. Sekiranya hendak di bandingkan dengan Solehah. Aku bak pungguk yang mendambakan bulan. Yang mampu melihatnya dari jauh. Yang mampu menyebut namanya. Tapi aku tahu aku tak mampu untuk mendekatinya. Walau sekali pun aku terbang kepadanya. Si bintang pasti akan menghalang ku dari mendekatinya. Dengan petikan gitar. Aku terus berlagu. Jeng… Jeng… Jeng….

Kau umpama bulan purnama….

Yang dipagari bintang bercahaya….

Manakala ku hanyalah….

Pungguk di hutan…


Benarlah kata si bintang….

Diriku mampu melihatmu….

Diriku mampu sebut namamu….

Namun ku tak mampu….

Untuk aku mendekatimu….



Hari berlalu begitu sahaja dan Solehah sudah semakin jauh dariku. Sudah lama aku tidak Nampak Solehah. Aku begitu rindu padanya. Tapi apakah daya, aku cuma seorang pemain muzik. Mana mungkin aku dapat memilikki perempuan seperti Solehah. Dengan petikan gitar. Aku terus berlagu. Jeng… Jeng… Jeng….

Ku hanya tahu mencintaimu….

Ku hanya tahu rindu padamu….

Namun ku tahu ….

Ku takkan dapat….

Memilikkimu….

Ku takkan dapat….

Memilikimu!!!


Tiba-tiba suatu hari aku Solehah datang menemui aku. Dia menyatakan bahawa keluarganya mahu melangsungkan perkahwinanya dengan lelaki itu pada hujung bulan ini. Tapi dari riak wajah Solehah nyata dia tidak sukakan keputusan itu. Aku mampu senyum. Dan aku menyuruhnya mengikut akan kehendak keluarganya. Kerana itu adalah jalan yang terbaik untuk dirinya. Pada masa yang sama aku memberikannya sekeping cakera yang di dalamnya adalah lagu-lagu yang ku cipta dia. Dan juga sebagai tanda berakhirnya kisah aku dan dia. Dalam suasana hati yang kian rawan. Solehah bersuara kesayuan. "Bukankah awak ada cakap yang awak mahu jadikan saya teman hidup awak? Kenapa awak kata begitu?" suaranya tersekat-sekat menahan kehibaannya. "Lupakan apa yang saya beritahu dulu. Saya sedar saya bukanlah orang selayak untuk diri awak. "Tapi saya tidak kisah! Kenapa awak berubah hati? Awak tidak macam saya kenal dulu. Adakah awak mencintai saya?" Air matanya sudah berlinangan di pipinya. "Sudahlah Solehah. Sekiranya saya mencintai awak tak semestinya saya harus bersama awak. Kisah antara kita seperti pungguk dan bulan. pungguk tetap pungguk. Yang hanya setia dan tetap merindui kemunculan bulan purnama. Bulan tetap bulan. Bila ia mula mengambang ramailah si bintang yang berkelipan di sekelilingnya. Bak kata pungguk dapat melihat hati yang pergi lebih memadai daripada melihat cinta yang hilang." Aku menambah senyumku. "Masih belum cukup untuk saya menjadi cenderawasih. Solehah, terima kasih kerana memberi sedekit ketenangan dan kebahagian kepada diri saya. Solehah meraung kesebakan "Awak jahat! Awak tipu saya. Awak permainkan saya. Saya benci awak!. Solehah terus menangis. Dengan mengucapkan selamat tinggal. Aku terus berlalu pergi meninggalkan Solehah. Dalam masa itu. Sempat lagi aku menoleh melihatnya. Walaupun sekental mana aku menahan perasaan aku. Tapi di dalam hati ini hanya tuhan sahaja yang tahu.

Tuesday 14 June 2011

CERPEN:SEINDAH MEMORI

Azan subuh mengejutkan aku dari tidur yang begitu nyenyak. Terasa begitu sukar untuk bangun dari selimut yang membaluti tubuhku. Aku lantas mencapai tuala yang berwarna merah jambu yang disangkut pada tepi almari dan terus menuju ke bilik air untuk mandi. Setelah selesai mandi aku mengenakan baju kurung dan terus menunaikan solat serta memohon doa kepada Allah S.W.T . Nenek yang berada di dapur sedang sibuk menyiapkan kuih-muih dan nasi lemak untuk dijual. Aku begitu kagum dengan nenek yang begitu gigih melakukan kerja untuk menanggung kehidupan kami berdua. Walaupun harta peninggalan arwah ayah cukup untuk menyara kami berdua, namun nenek tidak mahu menggunakan wang tersebut. Katanya harta tersebut perlu disimpan untukku di masa hadapan kelak jika dia sudah tiada. Sebelum keluar untuk mengikut nenek pergi menjual nasi lemak, aku masuk ke bilik untuk mengambil tongkat yang menjadi mata kedua aku selepas kejadian enam bulan lalu yang begitu tragis dan tidak akan aku lupakan seumur hidupku. "Kisya…oh Kisya…" Kedengaran suara nenek memanggilku dari luar. Lantas kucapai selendang ditepi katil untuk menutupi rambut yang sememangnya menjadi aurat bagi wanita. Suasana pagi di kampung begitu berbeza sekali dengan bandar. Gerai nenek di tepi jalan yang berdekatan dengan rumah amat sesuai sekali untuk menjual kuih-muih. Aku hanya duduk di atas bangku kayu yang panjang sambil menemani nenek menjual nasi lemak dan kuih-muih. Alhamdulillah hasil pendapatan tersebut cukup untuk menanggung hidup kami berdua. Beginilah rutin harian hidupku selama lebih enam bulan dan hari yang bakal dihadapi akan datang.

Aku merupakan anak tunggal dalam keluargaku. Ketika itu aku merasakan hidupku begitu bahagia kerana mama dan papa begitu menyayangi aku. Namun kadang kala aku merasa sepi kerana mama dan papa terlalu sibuk dengan kerjaya mereka. Aku lebih gembira apabila berada di sekolah kerana adanya kawan-kawan disekelilingku. Farra, Jun dan Ifa sentiasa menjadi teman setiaku apabila aku dahagakan kasih sayang mama dan papa. Aku tidak menyalahkan papa dan mama kerana kurang memberikan perhatian kepadaku kerana tujuan mereka bekerja bertungkus lumus adalah semata-mata untuk memberi kesenangan kepada anak kesayangan mereka. Namun kesenangan sahaja tidak cukup untuk menjadikan sesebuah keluarga itu bahagia. Aku mula lalai dalam pelajaranku dan keputusan peperiksaan hujung tahun sewaktu tingkatan empat begitu teruk. Aku tidak mahu memberitahu papa dan mama tentang keputusan tersebut. "Kisya kalau kau takut sangat nak tunjukkan buku rekod tu, lebih baik kau ikut cara aku." Beritahu Farra ketika waktu rehat. Dia telah mengajar aku supaya menandatangani sendiri buku rekod itu. Selain itu aku juga sudah mula ponteng sekolah mengikut Farra, Ifa dan Jun pergi melepak di shopping complex. Aku merasa begitu bebas pada waktu itu kerana tiada siapa yang mengambil peduli tentang hal aku. Lamunan aku terhenti seketika apabila aku mendengar nenek sedang bercakap dengan seorang pemuda yang aku tidak pernah mendengar suaranya sebelum ini."Nenek tak kenal saya lagi ke?" Tegur pemuda tersebut dengan sopan. "cucu ni sapa? Nenek tak pernah nampak cu pun sebelum ni." Balas nenek yang betul-betul tidak mengenali siapa pemuda itu. Kemudian aku mendengar pemuda itu memberitahu bahawa dia adalah anak Pak Karim, ketua kampung di sini. "Oh anak Pak Karim rupanya. Nenek ingatkan siapa tadi. Dah besar panjang rupanya sampaikan nenek dah tak kenal kamu." Nenek mula mengenali pemuda itu setelah diberitahu. Aku hanya diam mendengar perbualan mereka. "Nek boleh tolong berikan saya dua bungkus nasi lemak?" Kata pemuda itu lagi. Pemuda itu bernasib baik kerana nasi lemak itu sememangnya tinggal dua bungkus sahaja lagi.

Petang itu,seperti biasa aku akan pergi ke tepi pantai untuk menghirup udara segar yang begitu damai dan mengasyikkan. Pulau Pangkor sememangnya antara salah satu pulau di Malaysia yang menjadi destinasi pelancongan sama ada pelancong dalam dan luar Negara. Nenek tidak risau melepaskan aku pergi ke pantai seorang diri kerana berdekatan dengan rumah nenek dan aku juga telah mengetahui selok belok jalan untuk ke pantai. Desiran bunyi ombak yang menolak air laut ke tepi pantai membuatkan hatiku tenang. Sesekali angin yang sepoi-sepoi bahasa meniup selendang panjang yang menutupi rambutku. Tiba-tiba aku dapat rasakan seperti ada seseorang yang memerhatikan aku. Aku mulai merasa cemas dan berjalan tergopoh-gapah untuk pulang ke rumah. Tongkat di tangan sudah tidak digunakan lagi. Akibatnya aku tersungkur kerana melanggar tunggul kayu di hadapan. Kedengaran satu suara menegurku. "saudari tak apa-apa?" Aku tidak menjawab pertanyaannya. Aku bingkas bangun dan membetulkan bajuku. Aku tercari-cari tongkatku yang terpelanting entah ke mana. Sedang tanganku teraba-raba diatas pasir, pemuda yang menegurku tadi telah menghulurkan tongkat itu. Tanpa mengucapkan terima kasih aku terus berlalu dari situ. Dalam hatiku terdetik juga perasaan bersalah kerana pergi tanpa berkata apa-apa. Sampai di rumah aku terus meluru masuk kebilik. Nenek yang melihat kelibatku terus menegur. " Awalnya Kisya balik petang ni, biasanya hari dah senja baru Kisya pulang," tanpa sempat membuka pintu aku memberitahu nenek. " saja je Kisya balik awal nek." Lalu aku terus masuk ke bilik dengan muka yang masih dengan tanda tanya.

* * *

Sudah lebih sebulan aku mengenali seorang pemuda yang dulunya begitu takut untuk aku dekatinya. Memang benar pepatah melayu ada mengatakan bahawa ‘tak kenal maka tak cinta’. Dia tidak seperti pemuda yang lain yang pernah aku kenal. Khairul Adib Muzaffar tidak pernah menganggap aku sebagai seorang buta, malah dia sentiasa memberi semangat dan motivasi untuk aku mengharungi hidup yang penuh ranjau ini. Perkara inilah yang membuat aku merasa selesa bersahabat dengannya. Namun kadang kala perasaan merendah diri juga sentiasa hadir dalam diriku kerana Khairul merupakan pelajar Universiti Oxford, sedangkan aku kelulusan SPM pun tiada. Namun aku redha dengan ketentuan tuhan, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa hidupku. Itulah kata-kata yang selalu diucapkan oleh Khairul. Kehidupanku kembali ceria seperti aku menemui satu kehidupan baru. Setiap petang aku dan Khairul akan bersama-sama pergi ke tepi pantai untuk menghirup udara yang segar. Aku dapat merasakan bahawa pemandangan disitu begitu indah, terutamanya pada waktu senja. "Alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati pemandangan matahari terbenam di waktu senja," keluhku sendirian. Khairul yang dari tadi asyik menceritakan keindahan pemandangan tersebut menambah lagi keinginan aku untuk melihat pemandangan tersebut. "Kisya, andainya Khairul dapat meminjamkan mata ini walau hanya lima minit kepada Kisya, akan Khairul berikan dengan perasaan bangga," ucap khairul yang tiba-tiba begitu emosional. Aku tidak tahu mengapa secara tiba-tiba ucpaan tersebut keluar dari mulutnya. Aku cuba bertanya kenapa dia bersikap begitu pada petang itu. Namun soalanku tidak dijawabnya. Aku tidak memaksa dan membiarkan sahaja Khairul dengan perasaannya. Petang itu, Khairul menghantar ku pulang tanpa berkata apa-apa.

Hujan renyai-renyai di luar seolah-olah menangisi sesuatu. Aku bersama nenek menemaninya menonton televisyen. Aku mula memberanikan diriku untuk bersembang tentang Khairul yang sebelum ini aku amat malu apabila nenek menanyakan hal itu. Nenek memberitahuku tentang kisah hidup Khairul. Rupa-rupanya hidupnya juga penuh dengan masalah yang selama ini dirahsiakan daripada aku. Nenek memberitahuku lagi bahawa Pak Karim iaitu ayah Khairul telah mengahwini wanita berbangsa Perancis. Namun perkahwinan itu tidak direstui oleh ibu bapa Pak Karim sehingga menyebabkan mereka berpindah dan memulakan hidup baru di kampung ini. Oleh sebab itulah rupa Khairul tidak sedikitpun seperti orang melayu. Rambutnya perang, berkulit putih dan matanya kebiruan persis ibunya. "Abistu ke mana ibunya nek?" aku menyampuk ketika nenek sedang rancak bercerita. Ibu Khairul telah melarikan diri bersama lelaki lain sewaktu Khairul berumur setahun. Lelaki itu merupakan pelancong yang datang ke Pulau Pangkor ini. Semenjak itu, Pak Karim membesarkan Khairul seorang diri. Kadang-kadang nenek selalu juga membantu Pak Karim menjaga Khairul, kerana ketika itu Pak Karim bekerja sebagai nelayan. Sebab itulah Khairul amat rapat dengan nenek dan menganggap nenek seperti neneknya sendiri. Aku sama sekali tidak menyangka bahawa orang yang selama ini kuanggap begitu sempurna dalam hidupnya tetapi adalah sebaliknya. Mungkin sebab itulah selama ini Khairul tidak pernah menceritakan tentang ibunya kepadaku. Hujan renyai-renyai sebentar tadi sudah mulai reda. Suasana yang begitu sejuk membuatkan kami masuk tidur awal dan lagipun esok nenek harus melakukan rutin hariannya menjual nasi lemak dan kuih-muih.

* * *

Pagi itu seperti biasa aku menemani nenek menjual nasi lemak dan kuih-muih di warungnya. Aku tertunggu-tunggu juga kedatangan Khairul yang kebiasaannya orang pertama yang akan datang membeli nasi lemak nenek. Memang tidak dinafikan nasi lemak nenek begitu sedap sehinggakan pelancong yang datang ke Pulau Pangkor pasti akan merasai nasi lemak nenek. Aku sedikit sebanyak begitu berbangga dengan nenek. Matahari sudah mula memunculkan dirinya manakala nasi lemak nenek seperti biasa sudah pun habis, dan ini bermakna sudah tiba masanya untuk kami pulang ke rumah. Sewaktu di rumah, gelagat aku yang daripada tadi tidak duduk diam rupa-rupanya disedari oleh nenek. Aku tersipu-sipu malu apabila gelagat aku rupa-rupanya diperhatikan dari tadi. "Kenapa nenek tengok kamu ni dari tadi macam kucing nak beranak je Kisya," tegur nenek. Aku mula menggelabah apabila ditegur oleh nenek. Lidah ku bagaikan tersekat-sekat untuk mengeluarkan patah demi patah perkataan."Tak..tak…ada apa…nek," jawabku tergagap-gagap. Aku pun pelik dengan sikapku dari tadi ayik memikirkan tentang Khairul. Aku mula tertanya-tanya kemana perginya Khairul tanpa meninggalkan apa-apa pesan kepadaku. "Takkan Khairul dah pulang ke London tanpa memberitahu aku, rasanya dua minggu lagi cutinya di sini," bisik hatiku sendirian. Sedang asyik aku mengelamun, terdengar azan zohor sedang berkumandang. Tanpa membuang masa aku terus mencapai tuala dan masuk ke bilik air untuk mandi dan seterusnya mengambil wuduk untuk mengerjakan kewajipan kepada Ilahi. Selesai solat zohor aku menadah kedua tangan memohan kepada Tuhan agar melindungi Khairul walau di mana dia berada. Tanpa aku sedari air mata mula mengalir di pipi dan membasahi telekung yang membaluti tubuhku. Perasaan ku bagaikan merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Entah mengapa fikiranku mula teringat kepada kedua ibu dan bapaku. Masih terngiang-ngiang di ingatanku bagaimana kejadian yang tragis itu telah mengorbankan kedua ibu bapaku. Ketika itu hujan terlalu lebat sehinggakan kereta yang dipandu oleh ayah terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan. Kepalaku telah terhantuk pada cermin kereta sehingga menyebabkan aku tidak dapat melihat sehingga hari ini. Selama sebulan lebih aku terlantar di hospital. Pada waktu itu jugalah nenek berulang setiap hari ke hospital untuk menjaga ku. Tambahan pula pada waktu itu, aku tidak dapat menerima kenyataan bahawa kedua ibu bapaku sudah meninggal, manakala hidupku pula sudah tiada maknanya lagi tanpa sepasang mata. Namun masa telah merubah segalanya sehinggalah perkenalan aku bersama Khairul.

Hari ini aku dapat merasakan seolah-olah hidupku akan terang seperti dahulu apabila nenek memberitahuku bahawa ada orang yang sudi untuk menderma sepasang mata kepadaku. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana mengabulkan impianku untuk melihat kembali dunia ini. Orang pertama yang ingin aku lihat apabila membuka mata nanti sudah tentulah nenek dan Khairul yang banyak merubah seluruh hidupku. Namun aku tidak pasti sama ada hasrat ku untuk melihat Khairul akan tercapai kerana sejak daripada hari itu, aku sudah tidak lagi mendengar berita daripadanya. Khairul pernah mengatakan bahawa jika diberi peluang dalam hidupnya, dia teringin sangat melihat pemandangan di waktu senja bersama-sama denganku jika aku dapat melihat semula. Dia juga mahu aku merasakan kebesaran Allah S.W.T yang menciptanya terlalu indah sehingga sukar dirungkai dengan kata-kata. Aku begitu merindui tawa mesranya, usikan manja serta sikapnya yang begitu yakin bahawa aku akan dapat melihat semula pada suatu hari nanti. Aku juga terfikir kenapa sejak ketiadaan Khairul, aku selalu memikirkan tentang dirinya. "Adakah ini perasaannya apabila seseorang itu dilamun cinta? Entahlah, mungkin ya dan mungkin juga tidak." Keluhku seorang diri sambil bermain dengan rambutku yang agak lurus dan keperangan. Kemudian nenek datang menghampiriku sambil membelai lembut di belakangku. Aku agak terkejut apabila nenek menghampiriku. "Nek siapakah orang baik hati hendak menderma mata kepada Kisya nek?" Tanyaku yang begitu ingin tahu. Nenek yang dari tadi mendiamkan diri mula bersuara. " Entahlah Kisya, nenek pun tidak tahu. Kata Pak karim orang itu mahu identitinya dirahsiakan."

* * *

Hari yang dinanti telah tiba. Aku bagaikan tidak percaya dan merasakan seolah-olah segala yang terjadi bagaikan mimpi. Aku sedang terbaring di atas katil untuk menunggu di bawa ke bilik pembedahan. Aku dapat merasakan bahawa nenek dari tadi agak kegelisahan. Sejak dari tadi nenek tidak duduk diam serta berjalan mundar mandir di dalam wad tersebut. Mungkin dia terlalu risaukan aku yang bakal menjalani pembedahan sebentar sahaja lagi. Aku memanggil nenek untuk bercakap kali terakhir sebelum aku dibawa masuk kedalam bilik pembedahan. Nenek memeluk erat badanku begitu juga denganku. Nenek berkali-kali menyuruh aku bertenang dan kuatkan semangat. Aku hanya menggangguk dan terasa berat sekali untuk melepaskan pelukan nenek. Kemudian aku terdengar jururawat yang bertugas memberitahu nenek bahawa sudah tiba masanya aku dibawa ke bilik pembedahan. Aku dipindahkan ke katil yang disediakan untuk ditolak masuk kedalam bilik pembedahan. Tangan nenek yang kugenggam erat dari tadi kuleraikan sedikit demi sedikit. Air mata yang kutahan dari tadi telah bercucuran mengalir di pipi. Seperti yang nenek katakan tadi, aku perlu menguatkan semangat untuk menghadapi apa jua yang bakal berlaku ketika pembedahan berlaku. Selepas aku dibawa ke dalam bilik pembedahan, aku terus tidak sedarkan diri kerana badanku telah disuntik dengan ubat bius. Masa seakan berhenti seketika ketika aku tidak sedarkan diri. Setiap saat, minit, jam yang telah berlalu tidak akan berpatah kembali. Memang benar seperti pepatah yang mengatakan bahawa masa itu diibaratkan seperti emas yang terlalu berharga.

Setelah berakhirnya pembedahan tersebut, aku masih lagi tidak sedarkan diri selama beberapa jam. Doktor memberitahu nenek supaya pulang ke rumah kerana selepas pembedahan tersebut, tiada sesiapa yang dibenarkan melawat kerana aku perlu berehat secukupnya. Keesokan harinya aku tersedar daripada tidurku apabila terasa seperti ada orang yang sedang memegang tanganku. Aku sememangnya cukup mengenali tangan tersebut iaitu tangan nenek yang selama ini telah bersusah payah menjagaku. Namun satu perkara yag masih belum berubah ialah dunia ini masih lagi gelap dan aku masih belum dapat melihat apa-apa. Doktor memberitahu selepas seminggu balutan di mataku akan di buka. Aku tidak sabar menunggu hari tersebut yang terasa begitu lama. "Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan akhirnya cucu nenek dapat melihat kembali," nenek memulakan bicara. "Betul tu nek, Kisya rasa seperti mimpi je nek," balasku terhadap nenek. Nenek membawa makanan kesukaan aku iaitu sup ayam. Selepas selesai pembedahan tersebut, baru hari ini aku dapat makan makanan kesukaanku sepuas-puasnya kerana sebelum ini doktor melarang aku daripada makan makanan dari luar. Hal ini adalah untuk mengelakkan agar kesan pembedahan ke atas mataku akan pulih secepat mungkin. " Dah lama rasanya Kisya tak dapat makan masakan dari air tangan nenek," aku berkata sambil menghirup kuah sup ayam tersebut. "kalau macam tu Kisya makan la puas-puas ye," balas nenek yang begitu gembira melihat aku begitu berselera menghirup kuah sup ayam tersebut.

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Aku bangun lebih awal kerana hari ini doktor akan membuka balutan mataku ini. Aku tidak sabar untuk menatap dunia ini. Awal-awal lagi nenek sudah sampai untuk melihat apa yang bakal berlaku setelah doktor membuka balutan tersebut. Semasa doktor membuka balutan itu, dia berpesan agar aku membuka mata secara perlahan-lahan kerana kesan pembedahan tersebut belum sembuh sepenuhnya. Aku mengambil masa beberapa saat untuk membuka mata. Aku seakan tidak percaya apabila aku dapat melihat nenek yang berada di hadapanku serta doktor dan jururawat yang juga turut sama di dalam wad tersebut. Nenek terus memeluk aku kerana terlalu gembira kerana aku dapat melihat semula selepas pembedahan tersebut. Sejuta kesyukuran kupanjatkan kehadrat Ilahi yang telah menentukan segala yang telah berlaku. Namun jauh disudut hati aku tetap bersedih kerana tidak dapat melihat wajah yang sangat aku rindui iaitu Khairul. Tanpa aku sedari air mataku menitis membasahi pipi. Nenek menegur kehairanan melihat aku menangis. Aku memberitahu nenek yang air mata tersebut adalah air mata gembira kerana aku dapat melihat dunia ini semula. Aku sengaja menyembunyikan kesedihanku yang sebenarnya. Tidak lupa juga orang yang amat aku terhutang budi iaitu orang yang telah menderma sepasang mata ini kepada aku. Aku teringin untuk berjumpa dengan penderma tersebut untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas pemberian yang amat bermakna buatku. Pengorbanan yang dilakukan olehnya tidak dapat kubalas, dan hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya.

Setelah lebih dua minggu aku di hospital, doktor telah membenarkan aku pulang ke rumah kerana mata aku sudah sembuh sepenuhnya. Namun aku perlu pergi ke hospital sebulan sekali untuk mendapatkan rawatan susulan. Aku begitu gembira apabila dapat menghirup semula udara segar di tepi pantai. Jika dulu aku hanya menghirup udara segar sahaja tetapi sekarang aku dapat menikmati pemandangan yang begitu indah dengan mata baruku ini. Mata biru inilah yang memberi ruang baru dalam hidup untuk aku merancang masa depanku dengan lebih cerah. Aku sudah membuat keputusan untuk mengambil peperiksaan SPM di sekolah swasta. Aku akan belajar bersungguh-sungguh dan mencapai cita-cita aku untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Aku pulang ke rumah kerana hari sudah pun lewat petang. Aku melihat nenek sedang memasak di dapur untuk hidangan makan malam. Aku menegur nenek yang sedang sibuk memasak. "Nenek masak apa tu?," tegur ku sambil memeluk nenek dari belakang. "Ya Allah, kamu ni Kisya buat nenek terperanjat la," nenek menjawab sambil mengurut dadanya kerana terkejut. Kedengaran solat maghrib berkumandang dengan begitu merdu sekali. Aku lantas ke bilik untuk mandi dan solat maghrib. Selepas makan malam bersama nenek, aku terus ke ruang tamu untuk menonton televisyen yang selama ini aku hanya mendengar sahaja tetapi sekarang aku sudah dapat menontonnya juga. Nenek memberitahuku bahawa ada surat untuk aku telah sampai petang tadi. Aku terus mengambil surat yang diberitahu oleh nenek dan masuk kebilik untuk membacanya. Aku begitu gembira kerana Khairul masih lagi mengingati aku setelah sekian lama dia tidak mengirim berita. Sebelum membuka surat tersebut aku melihat sampul surat tersebut yang menulis bahawa ianya di hantar dari Kuala Lumpur. Hati ku berbisik mengatakan mungkin Khairul sudah pulang ke Malaysia dan sekarang berada di Kuala Lumpur. Sangkaan ku tepat kerana pengutus surat tersebut sememangnya daripada Khairul Adib Muzaffar. Setelah selesai membaca surat tersebut aku terus meraung dan merasakan seolah-olah sekelilingku gelap. Nenek yang sedang menonton televisyen terkejut mendengar aku yang menjerit. Nenek terus meluru masuk ke bilik dan melihat aku terlantar di atas lantai. Nenek terus menampar perlahan pipiku sambil memanggil-manggil namaku. Aku sedar dan melihat nenek sedang mengelap rambutku dengan tuala yang basah. Badanku terasa lemah dan tidak bermaya. Aku terus memeluk nenek dan menangis sepuas-puasnya. Nenek yang tidak tahu sebab aku menjadi begitu masih lagi terkejut tetapi dia tetap menenangkan aku. Perlahan-lahan aku bangun menghampiri meja dan menatap mata biru di hadapan cermin. Air mataku bercucuran menahan sebak apabila mengetahui segala yang berlaku. "Mengapa ini semua harus terjadi nek, Kisya dah tak sanggup nak menghadapi dugaan ini lagi nek." Aku mengeluh sambil merenung mata biru yang kini menjadi milik aku. Nenek mengusap belakangku setelah membaca surat yang membuatkan aku begitu sedih.

Ombak pantai mengalun menolak air laut ke tepi pantai dan membasahi kakiku. Aku melihat pemandangan di hadapanku. Serta-merta mengingatkan ku pada kandungan surat yang kuterima semalam. Begitu mulianya hati Khairul kerana tela menderma matanya kepadaku. Air mata menitis membasahi pipiku yang gebu. "Mengapa dia tidak memberitahuku sebelum ini bahawa dia menghidap kanser tulang. Mengapa dia melarikan diri tanpa memberi penjelasan kepadaku. Mengapa perkara ini harus berlaku kepadaku.," pelabagai soalan menerjah kedalam fikiranku. Masih bermain-main difikiranku isi surat yang di tulis oleh Khairul. "Kisya, sewaktu Kisya membaca surat ini Khairul sudah tiada lagi di dunia ini. Tetapi Khairul sentiasa dekat dengan Kisya kerana mata biru milik Khairul kini menjadi milik Kisya. Sesungguhnya Khairul begitu mencintaimu. Namun segala yang tersurat tidak dapat kita halang. Khairul tidak dapat lagi menemani Kisya untuk melihat pemandangan ketika waktu senja di tepi pantai. Penyakit penyakit kanser tulang khairul sudah merebak keseluruh badan dan tidak dapat diselamatkan lagi. Tiada apa yang berharga dapat khairul tinggalkan untuk Kisya dan hanya sepasang mata biru ini yang dapat Khairul berikan untuk Kisya sebagai tanda cinta Khairul terhadap Kisya. Sekurang-kurangnya mata ini dapat menemani Kisya melihat pemandangan waktu senja yang begitu indah. Khairul memohon maaf di atas segala kesalahan Khairul terhadap Kisya dan halalkan makan minum Khairul. Jangan tangisi pemergian Khairul kerana Khairul sentiasa berada dengan Kisya buat selama-lamanya selagi mata biru itu ada pada Kisya. Sesungguhnya memori indah bersamamu begitu membahagiakan aku. Khairul amat mencintai Balkisyah." Isi surat tersebut amat menyentuh hatiku. Kelihatan dihadapanku pemandangan di waktu senja yang begitu indah sekali. Aku melihat sepuas-puasnya sambil ditemani Khairul walaupun bukan jasadnya tetapi melalui sepasang mata biru miliknya. "Khairul, terima kasih di atas pemberian yang begitu bernilai dalam hidup Kisya. Memang benar kata Khairul bahawa pemandangan di waktu senja sememangnya cantik. Akan Kisya jaga pemberian Khairul ini sebaik mungkin. Kisya terlalu merindui Khairul. Kisya juga amat mencintai Khairul. Kenangan bersama Khairul merupakan kenangan yang paling indah dalam hidup Kisya. Terima kasih di atas segalanya." Manik-manik jernih menitis mencurah ke dalam air laut dan bercantum menjadi satu. Aku mengesat air mata yang mengalir dan memejamkan mata sambil berbisik, "setiap detik kenangan indah bersamamu ibarat pemandangan indah di waktu senja. Hidup harus diteruskan dan segala yang terjadi mungkin ada hikmah di sebaliknya. Ya Allah ya Tuhanku kau cucurilah rahmat ke atas roh Khairul Adib Muzaffar…..Amin ya rabbal alamin."

Sunday 12 June 2011

CERPEN:SUCI NUR QASEH

Prolog

Derap langkah di atur perlahan, lemah tak bermaya, terasa sudah tiada tenaga semenjak menerima perkhabaran duka tadi. Dia mengetap bibir menahan air mata daripada gugur. Kenapa begitu berat dugaanMu kali ini Tuhan? Kenapa diri ini tak pernah putus- putus Kau uji? Banyak sangatkah dosaku padaMu sehingga terlalu sering ku Kau hukum.. Ya ALLAH maafkan aku atas masa-masa lalu ku, ampunkan aku atas segala ingkarku padaMu..

Ujian ini yang terlalu berat penanggungannya kurasakan, baru sekejap rasanya bahagia itu di kecap, kini sekelip mata pula ia disentap.

***********

Jari jemarinya laju menaip bait-bait akhir asignmentnya, walaupun kerja itu sepatutnya di hantar pada hari isnin depan tetapi memang menjadi kebiasaannya untuk meyiapkan tugasan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan. Dia tak suka tergesa-gesa. Dia mengurut-ngurut tengkuknya perlahan, terasa sengal, yelah berapa jam duduk mengadap laptop, adeyys nak tercabut dah rasa urat pinggang aku ni, getus hatinya. Dia menggeliatkan tubuhnya perlahan, berhajat mengendurkan urat-urat yang semakin tegang. Mug Nescafe yang terdapat di sisi meja kerjanya di capai, terus dibawa kemulut, dengan lafaz bismillah, air itu ditegukknya perlahan. Memang menjadi kebiasaannya andai punya kerja, pasti berteman dengan secawan Nescafe.

Sesekali matanya mengerling pada telefon bimbitnya, seperti tadi telefon itu tetap diam kaku tidak berdering petanda ada panggilan atau mesej yang masuk. Dia mengeluh perlahan, hai mana lah dia ni, call tak angkat, mesej tak balas, ada suami macam tak punya suami.. Kadang-kadang dia sendiri tak faham dengan perangai suaminya itu, kata cintakan dia, sayangkan dia, tapi gaya perlakuan tak seperti orang yang menyayangi dan mencintai dirinya.. hisy tak faham aku ngan perangai laki aku ni. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

Aku ni kadang-kadang rasa macam perempuan simpanan dia jea, bila dia rasa dia perlukan aku, dia hubungi aku, datang dekat dengan aku, kalau tak, macam nilah, buat endah tak endah je dengan aku ni, macam aku ni tak wujud, bukan aku mintak macam-macam dari dia cuma aku nak sedikit masa bersama dengan dia seperti pasangan lain, keluar menghabiskan masa di hujung minggu, dah lah hari-hari lain takda masa untuk bersama, yelah aku dengan kuliah, dia dengan kerja…. Suci Nur Qaseh mengeluh lagi… dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal, hai kalau asyik fikirkan dia semua kerja aku boleh tak jadi. Dah-dah aku taknak ingatkan dia, aku nak siapkan kerja, hati kecilnya membentak mencuba mengalau bisikan demi bisikan yang mengganggu fikirannya. Ah dia ingat dia tu siapa yang perlu aku ingat selalu, tapi…. Dalam aku menafikan sebenarnya aku terlalu merindui dan mencintainya, setiap waktu akal fikiranku tetap tak dapat lari daripada memikirkannya walau berjuta kali aku menafikannya.

**************

" Kamu tak pegi jenguk isteri kamu hari ni Neal" tegur Hajah Marsyitah, hairan sedari tadi dia melihat anaknya asyik berbaring bersantai di ruang tamu, lagak seperti orang bujang je....

" Jap lagi saya jenguklah, mama ni macam tak suka saya balik tengok mama jea…" Nada menyindir jawapan yang keluar dari mulut anaknya.

" Bukannya tak suka kamu balik, tapi mama lagi suka kalau kamu balik bawa isteri kamu sekali, kamu ni bukannya orang bujang macam dulu-dulu, boleh ke mana-mana seorang diri." Bebelan Hajah Marsyitah mula terbit. Geram dengan tingkah anak itu yang masih tak berubah-rubah dari zaman bujang sampai dah berkahwin.

Razaleigh Azneal bangun dari pembaringannya, mencapai kunci kereta yang terdapat di atas meja kecil yang terdapat disitu.

" Neal balik dululah ma…." Ringkas ayat yang keluar dari mulutnya.

" Aik… mama cakap sikit kamu dah nak balik, bilalah kamu nak berubah ni Neal, cakap sikit merajuk, cakap sikit merajuk…" Hajah Marsyitah menggeleng-geleng kepala melihat tingkah perangai anak lelakinya itu.

Tulah dulu aku tak setuju tapi si Neal ni nak sangat, yelah dah tau budak perempuan tu masih belajar tapi gatal sangat nak kahwin, sebab sayangkan sangat si Neal tulah aku ikutkan kehendaknya, kononnya saling cintalah, apalah, tapi ni baru berapa bulan nikah dah lain pulak rentaknya, sorang ke hulu sorang ke hilir… hai tak faham aku dengan budak-budak sekarang ni, apa diaorang ingat kahwin nikah ni perkara main-main… bebel hati kecilnya..

"Hai mama jauh benar papa tengok menungan tu" tersentak Hajah Marsyitah bila tiba-tiba dirinya di sapa.

Dia menoleh, sambil mengurut dadanya, hai bila masalah suami kesayangan aku ni balik, tak perasan pun, tau-tau muncul jea tak bagi salam…selalu begitu! Marahnya dalam hati.

"Papa ni cuba balik tu bagi salam dulu, takdalah mama terkejut, nasib baik mama takda lemah jantung tau, kalau tak dah lama jalan." Jelingan tajam dihadiahkn kepada suaminya, Haji Redha bukannya marah betul pun, sengaja menduga suaminya.

" Alah sebab tau mama sihat walafiatlah papa berani buat gitu… mama kalau menjeling boleh buat papa bertambah jatuh cinta dengan jel…."

Belum sempat ayat dihabiskan jari jemari isterinya laju mencubit…

"Aduyyy sakitlah sayang, gurau sikit jea dah kena ketam…"

Mengekek tawa Hajah Marsyitah melihat tingkah suaminya, tulah usik mama lagi…"

************

Deringan telefon bimbit menggangu pemanduannya, dengan malas dia menjawab..

" Hallo… abang tengah drive ni…" Razaleigh Azneal menjawab acuh tak acuh.

"Abang nak datang ke tak ni, Suci dah siap, dah lama tunggu, kan abang janji nak dinner sama hari ni..takkan abang dah lu…"

"Yelah-yelah abang ingat, sabarlah sikit, abang tengah drive ni.." tak sempat isterinya menghabiskan kata dia dah memotong mematikan terus bicara Suci.

"Ok Suci tunggu…" dia memutuskan talian… hurm perempuan memang tak tahu sabar.. getus hati kecilnya…

***************

Aku yang dikatakan tak sabar? Hai nasib suami, kalau orang lain memang dah kena jawab balik gamaknya. Pantang betul bagi aku orang tak tepat masa ni.. omelnya perlahan geram, yelah dah lah lambat lepas tu tak minta maaf lepas tu senang-senang jea marah-marah kan kita balik… geram… geram…geram… gumpalan tisu ditangannya di carik-carik melepas geram..eeee….geram kenapa lelaki ni ego dan payah nak minta maaf bila buat silap?? Tanya dia pada diri sendiri..yelah jatuhlah standard kalau lelaki minta maaf, takkan itu pun kau tak tahu.. jawab hati kecilnya.

Opocot….! Dia terkejut bila telefon bimbitnya tiba-tiba berlagu, isk termelatahlah pulak… ops!

Ehem-ehem… " Hello…." Dia menjawab.

"Mana ni abang dah sampai, cepatlah turun…" terdengar suara suaminya di talian.

"Ok 5 minit lagi Suci sampai…"

Dia bingkas bangun menjeling sekilas penampilannya pada cermin..hurm comel gak aku ni, sempat lagi dia memuji diri sendiri.. Ekekeke, Beg tangan di capai lalu dia bingkas, walaupun lambat takpalah janji sampai, dan dapat habiskan masa bersama, dah memadai baginya.

***************

Riang hatinya bila suaminya melayan dengan baik pula kali ni, tadi dalam talian bukan main bad mood suaranya, hai kadang-kadang memang pening nak faham perangai suami aku yang satu ni.. yang satu??? Of course lah suami aku kan sorang jea… isk dah nak termengarut lak aku ni..

"Balik rumah abang ye hari ni.. esok kelas petang kan?" Razaleigh Azneal bertanya lembut sambil matanya menjeling sekilas ke wajah isterinya.

"Yup esok kelas petang.." Suci Nur Qaseh menjawab ringkas dah tau dah, biasa kalau keluar bersama, memang dia akan bermalam di rumah suaminya itu…macam selalu…

***********

Tut…! Tut…! Telefon bimbinya berbunyi, pertanda ada mesej masuk.

Pantas tangannya dipanjangkan untuk menggapai telefon itu.. Mesej dari siapa pulak ni… no tak ada dalam simpanan.

<017-7773456> Lepaskan Neal dia milik aku!

Tersentak dia membacanya, berderau darahnya, mesej dari siapa ni, siapa dia ni sampai sanggup hantar mesej kat aku macam tu sekali….

Siapa awak?

Butang send ditekan membalas pesanan mesej itu.

<017-7773456> Saya kekasih Neal! Orang yang Neal sayang dan cinta selama ini.

Lagilah bertambah terkejut membaca balasan mesej itu..

orang yang Neal sayang dan cinta? Hey Neal cuma sayang dan cintakan saya seorang, sebab saya isterinya.

<017-7773456> Kau yang dia sayang dan cinta? Hey perempuan jangan perasanlah…

Apa maksud awak? Mana awak dapat no saya ni?

<017-7773456> Kalau kau nak faham yang aku maksudkan, apa kata kita jumpa, dan aku nak kau sedar siapa diri kau di mata Neal. Jangan jadi minah perasan.. mana aku dapat no kau, tu tak penting.

Pedihnya mata membaca mesej-mesej yang dibalas oleh insan yang tak dikenali itu, pandangannya sudah kabur dek kerana air mata yang bertakung yang menanti bila-bila masa sahaja hendak tumpah.

Nak jumpa kat mana? Saya tak kenal awak, macam mana saya nak tau itu awak.??

<017-7773456> Jumpa dekat Restoran Anjung Citra jam 3 pm ni, jangan risau aku kenal kau..

Dia kenal aku? Siapa dia sebenarnya? Kenapa abang tak pernah cerita apa-apa tentang dia kepada aku?? Sampai hati abang, buat Suci macam ni… dia teresak pilu, terasa seperti dikhianati..

Jangan fikir bukan-bukan Suci, entah-entah perempuan tu sengaja nak duga kau kot, jangan menghukum tanpa mengetahui perkara yang sebenar, pujuk hati kecilnya.

Ya…! Aku tak boleh terus percayakan mesej-mesej tu.. pantas air mata yang gugur dipipinya di kesat perlahan, isk kang menangis banyak-banyak bengkak pula mata ni waktu jumpa orang tu, aku tak mahu dipandang lemah, rapuh dan goyah, menerima apa sahaja tanpa sedikit menentang…

Adeyys sakit kepala ni datang lagi, dia mengurut-ngurut perlahan kepalanya, tulah banyak sangat fikir, kan dah datang balik sakitnya, alah apa susah, active fast kan ada.. esok keputusan ujian kesihatan tu, mintak-mintak takda apa-apalah… doanya dalam hati…

Akhir-akhir ni dia memang sering sangat diserang sakit kepala yang melampau, hingga kadang dia tak mampu menahannya, akibatnya seringkali dia menelan empat biji active fast sekali gus..memang tak elok untuk kesihatan mengambil ubatan tanpa nasihat doktor.. tapi itu yang paling jimat kosnya..

***************

Razaleigh Azneal termenung didalam pejabatnya, entah kenapa lewat ini makin kerap wajah isterinya itu terlayar di mindanya, mengganggu waktu tenangnya. Ah… kenapa kadang-kadang aku rasa terlalu sayangkan kau, tapi kadang-kadang aku terlalu bencikan kau..

Mungkin….. tingkah perlakuan kau, saling tak tumpah seperti dia.. kenapa kau mampu menggegarkan hati dan kenapa kau juga mampu mengeraskan hatiku sehingga kadang-kadang aku keliru dengan perasaan ku sendiri. Kenapa kau mesti kadang-kadang suka minum Nescafe tanpa gula? Kenapa aku sering nampak bayang-bayang dia dalam diri kau…kenapa??

Dia meraup wajahnya berkali-kali, ah dia masa laluku, dan Suci masa kiniku, dia sepatutnya tak terlibat dengan masa laluku… tapi…entahlah aku buntu..

*******************

Nilah tempatnya… ya.. tempat yang akan merungkaikan segala tanda tanya.. Suci Nur Qaseh melangkah perlahan memasuki ruang Restoran Anjung Citra… dipandang ke arah sekeliling mencari kalau-kalau ada wajah yang di kenali berada di situ…tapi tiada nampaknya…

"Cik…" dirinya disapa oleh seorang pelayan restoran itu, pantas dia menoleh…

"Ye?" dia bertanya..

"Teman cik di sana…" Kata pelayan itu dan menyebabkan dia mengikut atur langkah pelayan tu.

Dirinya kini menghampiri seorang wanita yang berkaca mata hitam..

"Silakan duduk cik…" ujar pelayan itu.

Beberapa ketika hanya suasana bisu menjadi peneman mereka, Suci macam tak percaya, wanita di hadapannya seolah pantulan wajahnya dari cermin, hampir serupa, sama…

"Cik berdua nak order apa..?" pelayan itu bertanya teragak-agak.

"Bagi Nescafe O suam, kurang manis.." jawab mereka serentak.. isk peliknya..

Situasi yang menjanggalkan bagi Suci, udara sekeliling terasa kaku dan melemaskan…

"So… cik…?"

"Panggil I Suria, Suria Lestari…" jawab wanita dihadapannya ringkas.

"Awak nak bagitau apa kat saya?" Suci bertanya terus, malas bermukadimah mengatur bicara berbunga-bunga, straight to the point lagi cepat.

" I rasa I tak perlu bagi tau kat you pun you dah tau kan?, Neal tu bukan cintakan you, dia datang kepada you sebab you seiras macam I, dan kelakuan kita pun hampir sama, contohnya waktu kita nak order tadi, padahal tak dirancang bukan??" panjang lebar jawapan Suria.

"Lagipun 5 tahun hubungan kami, mana mungkin semudah itu untuk Neal dapat melupakan I, .."

"Then kenapa you tinggalkan Neal kalau you betul-betul sayangkan dia?" Suci bertanya

"Dulu I ingat mampu hidup sendiri tanpa dia, tapi I silap, 5 tahun tempoh perkenalan banyak pahit manis kami lalui bersama..now I nak you pulangkan hak I..dia milik I" tegas suara Suria..

Suci tergamam mendengar pemintaan itu, mana mungkin aku memberikan suamiku pada orang lain, dia bukannya barang dagangan.

"Kenapa Suria tak jumpa Neal dan bincangkan masalah kalian ni? Kenapa mesti libatkan saya? Saya tak kisah kalau sekiranya Neal sudi terima awak kembali, dalam kata lain, saya tak kisah berkongsi…" akhirnya jawapan itu yang keluar dari bibirnya.

"Masalahnya aku kisah…" pantas dan agak memeranjatkan bicara yang terlahir dari mulut Suria.

"So sebelum kalian punya anak, dan keadaan bertambah rumit, aku nak kau tinggalkan Neal.." Berubah rentak bahasanya dari you dan I kepada aku dan kau…

"Kalau saya tak nak??" Suci cuba bertarik tali.

"Kau akan tau akibatnya…" bernada keras kali ini bicara yang terlahir dari Suria.

Suci tersentak dari lamunannya bila terasa bahunya di tepuk lembut oleh seorang jururawat hospital itu, memecahkan terus ingatannya kepada detik-detik pertemuan dia dengan Suria semalam.

"Maaf kan saya cik, Doctor Finola ingin berjumpa dengan cik…"

*************

"You nak apa lagi jumpa I ni? Hubungan kita dah habis semenjak you tinggalkan I hari.. finish! Over! Ok… jangan ganggu hidup I lagi, I dah bahagia dengan family I …" Kasar sungguh suara Razaleigh Azneal hingga membuatkn Suria Lestari tersentak..

" Bahagia you kata, hey kalau bahagia kenapa pilih perempuan yang iras I sebagai isteri you? Jangan tipulah, I tau you takkan semudah itu buang I dari hidup you kan??" yakin sekali nada Suria.

"Hey you ingat you tu bernilai sangat ke untuk belai you sampai bila-bila, bagi I kita tak pernah ada apa-apa lagi semenjak you berambus hari tu.. you dekat hati I dah lama berkubur..dah mati…!!" tengking Azneal kuat sambil menunjuk ke arah dadanya.

"Lagipun I dah ada Suci, wanita yang seribu kali lebih baik dari you.." sambungnya lagi, memang sakit bila cinta tak dihargai dan bertambah sakit bila orang yang membuang kita datang kembali mengutip kita seolah kita ni hanya barangan yang boleh disorong tarik tanpa nilai dan perasaan..

"Neal, I tak boleh lupakan you, lagi pun I dah bincang dengan Suci, dan dia sanggup berundur," lain yang Suci beritahu lain pula yang disampaikan.

"Wha…what…!! You jumpa Suci..? kenapa you nak libatkan Suci sedangkan ni cuma masalah kita berdua?" sabarnya hilang sudah kini, marahnya makin menyala meluap-luap, tak sangka Suria sanggup bertindak hingga ke tahap itu.

"You listen here cik Suria Lestari, walaupun seribu kali you merayu kepada I untuk terima you balik, I tetap takkan terima you, never! Pintu hati I dah tertutup untuk you.. you boleh keluar dari my office dan jangan sesekali tunjukkan muka you kat sini, get out…!" Dia betul-betul marah, hilang sabar.

Bertahun dulu kau ada peluang tapi kau tolak peluang tu demi kehendak kau yang tak terbendung, kini bila peluang untuk kau telah tertutup kau merayu untuk diberikan satu peluang lagi, hidup bukannya sentiasa punya peluang… bisik hati kecilnya.

***************

Dia menoleh untuk terakhir kalinya pada kondominium yang banyak mencatatkan kenangan cintanya itu.

Selamat tinggal semua kenangan.. aku perlu berlalu, menagih kasih pada yang tak sudi buatkan diriku terlalu letih, menagih cinta kepada yang tak rela membuatkan aku terlalu lelah.

Segalanya ditinggalkan dirumah mewah itu, dia hanya membawa apa yang sebenar-benarnya adalah hak milik mutlaknya. Cuma…. Sebentuk cincin pernikahan di jari manisnya itu tak mampu dirungkaikan dari jarinya, kalau boleh dia mahu bersama cincin itu sehingga akhir hayatnya, lambang sebuah ikatan suci yang pernah terpateri.

Minggu yang terlalu melelahkan buat dirinya… diganggu dengan kemunculan Suria, diikuti pula dengan berita duka yang diterimanya semalam membuat dia mengambil keputusan untuk berundur, walaupun hakikatnya dia terlalu cintakan lelaki itu.

"Selamat tinggal abang, biarlah Suci pergi andai kehadiran Suci tak diperlukan, Suci faham kini, Suci cuma pengganti abang untuk mengubati kerinduan pada Suria, sepatutnya Suci kena sedar dari dulu lagi, cuma Suci memang tak sedar diri, terhegeh-hegeh pada abang." Bisiknya perlahan.

Kakinya di atur kearah sebuah teksi yang sedari tadi sedia menanti, aku akan pergi, jauh dari semua, biar aku tanggung derita ini sampai aku menutup mataku… tekad hatinya.

Selamat tinggal kenangan, selamat tinggal cinta, selamat tinggal segalanya….

*****************

Kakinya melangkah masuk ke dalam rumahnya, terasa kemas daripada biasa, mungkin Suci balik dan kemaskan agaknya.. dia melangkah pula ke ruang dapur, melihat lauk yang telah siap di masak tersimpan elok di bawah tudung saji, kecur liurnya, perut terasa lapar tiba-tiba…

Usai makan Razaleigh Azneal tercari-cari kelibat Suci, mana pulak dia ni.. semua bilik telah diintai tapi orangnya tiada..Dia pelik… tiba-tiba matanya terpandang sekeping kertas berlipat elok terdapat di atas meja telefon.. pantas kertas itu dicapai, dibuka rakus lipatannya, tak sabar ingin mengetahui isinya…

Assalamualaikum suamiku, kekasih hatiku, maafkan Suci andai surat ini mengganggu hidup abang, tapi Suci janji ni yang terakhir, Suci sedar, Suci bukan siapa-siapa pada abang, sejak awal-awal lagi Suci dah rasa kelainan hubungan kita, tak seperti pasangan lain, kita dekat tapi sentiasa jauh… Suci sedar dan Suci juga faham, Suci cuma pengganti dalam hidup abang.. jadi sebelum abang membuang Suci, biarlah Suci undur diri dengan sendirinya, Suci kembalikan segala milik abang, Suci pulangkan semua, cuma Suci minta izin pada abang benarkan cincin pernikahan kita terus melekat di jari manis ini sebab Suci tak mampu nak tanggalkannya, Suci kembalikan abang pada Suria sebagaimana kehendak dia, dan Suci tahu abang akan lebih bahagia bersama Suria, kekasih yang paling abang cinta dan sayangi.

Dari kejauhan Suci titipkan doa abang bahagia selamanya dalam hidup abang, pemergian Suci ni tak perlulah abang jejaki atau kesali. Maafkan segala silap dan salah Suci sepanjang kita bersama, halalkan segala yang abang telah beri pada Suci selama ini…

Sayang, Rindu, Kasih dan Cinta selamanya dari:

Suci Nur Qaseh…

Sept 10,2009.

Menggigil tangannya seusai habis membaca isi surat itu, tubuhnya di hempas lemah pada sofa, ya ALLAH, Suci kenapa bertindak melulu macam ni, kenapa tak nak bincang dulu dengan abang… Razaleigh Azneal mengeluh hampa.. terasa kehilangan bila telah tiada di sisi sedangkan sebelum ini jarang kelibat wanita itu dihargai.

Ah……. Dia mesti masih ada dekat-dekat sini, aku kena cari dia.. pantas kunci kereta dicapainya, dia percaya Suci masih ada berdekatan sini… yakin hatinya.

**************

Suci termenung bersandar di birai tingkap, tak sedar berapa lama dia di situ, kerinduan yang semakin menyala terutama semenjak disahkan hamil.. Dia mengusap perlahan perutnya yang semakin membuncit. Sedar tak sedar 3 bulan telah berlalu bererti kandungannya kini menginjak ke 5 bulan, dia tersenyum pahit. Anak ini tak bersalah, tak perlu aku pisahkan pada ayahnya, bisiknya perlahan. Satu masa nanti, bila tiba waktunya aku akan pulangkan kembali anak ini pada ayahnya, sebab aku tahu aku sendiri tak akan mampu menjaganya sendiri.

Malam tadi aku mimpikan dia lagi, Suci mengeluh.. melepaskan hembusan nafas berat, Ya ALLAH kenapa semakin aku cuba nak melupakan dia semakin menyala-nyala ingatan aku pada dia, semakin aku menjauhkan diri ini daripadanya, aku semakin rasa dia sentiasa berada dekat dihatiku. Adakah dia memang tercipta untukku? Adakah dia juga merasakan apa yang aku rasa??? Ah jangan perasan lah Suci, kau tu cuma hanya pengganti, hanya PENGGANTI!!!, kau kena ingat tu, kalau betul kau tu begitu penting buat dia, mesti dia akan berusaha cari kau sampai dapat, lagipun buat apa dia cari kau lagi, sedangkan si Suria kekasih hatinya telah kembali, kau kena sedar diri kau tu Suci.. bisik hati kecilnya

Ye…! Aku kena sedar diri ini, aku tak boleh terlalu perasan yang dia juga ada perasaan padaku.. Aku kena lupakan dia, tak perlu ingatkan dia… apa yang penting sekarang jaga kandungan ni, dan lahirkan anak ini dengan selamat.. tekadnya.

************

Jambang yang tumbuh meliar di wajahnya sudah cukup menceritakan derita beban penanggungan jiwanya kini, segalanya di buat serba tak kena, Razaleigh Azneal begitu buntu, puas mencari jejak isterinya itu, tapi sedikit tanda pun tak ditemui. Betul kata orang, kita hanya akan berasa sesuatu yang kita anggap tak bererti itu terlalu bererti bila ia sudah menghilang tiada di sisi..

Ya ALLAH, di mana kau Suci, Abang terlalu merindui kamu, terlalu risaukanmu… kenapalah abang terlalu ego, tak pernah pedulikan perasaan Suci, abang hanya fikirkan tentang diri abang, abang memang pentingkan diri.. tapi sekarang abang sedar, Suci yang berada dalam diri abang, bukan Suria, Suci yang abang cinta bukannya Suria lagi.

Ya ALLAH andai aku diberikan satu peluang lagi, izinkan aku menemui insan kesayanganku dan memberikan dia sebuah bahagia, Ya ALLAH aku tahu kau mendengar pintaku ini. Doa hatinya.

"Kamu dah cari si Suci tu Neal?" tiba-tiba suara Hajah Marsyitah yang entah dari mana munculnya menegeur.

Dia menoleh, melepaskan keluhan berat sebelum menjawab pertanyaan mamanya itu.

"Entahlah mama, Neal tak tau nak cari mana lagi, dah buntu dah rasanya.. semua tempat dah cari tapi tak juga jumpa.." dia menjawab lemah.

"Cuba kamu ingat-ingat balik mana tempat yang Suci suka pergi atau selalu pergi?"

"Setahu Neal, Suci selalu balik rumah arwah mak ayah dia kalau Neal keluar outstation."

"Kamu ada jenguk dia kat rumah arwah mak ayah dia?" Soal Haji Redha tiba-tiba menyampuk.

"Saya tak tau mana rumahnya papa, yang saya tau rumahnya dekat Hulu Selangor.."

" Kamu ni, isteri sendiri pun tak tau tinggal mana, patut sangatlah isteri kamu tu lari tinggalkan kamu, kamu langsung tak ambil berat pasal dia.. keciklah hati dia…hey tak fahamlah papa dengan kamu ni…" Haji Redha membebel.

"Papa, anak kita tengah serabut tu, papa janganlah tambah lagi serabut dia, sekarang ni bukan masa untuk papa marah dan salahkan dia, sekarang ni kita kena fikir mana nak cari si Suci tu, sihat ke dia, hidup ke dia, makan ke tidak dia…" Hajah Marsyitah menegur.

"Ha…!" Tiba-tiba dia menjerit, menyebabkan kedua orang tuanya terjerit.

"Ha.. kamu ni kenapa Neal terjerit-jerit tiba-tiba, terkejut mama dan papa.."

"Neal rasa Neal ada simpan salinan ic Suci, kat situ ada alamat rumah Suci.." Wajahnya tiba-tiba berbunga harapan. Mungkin pencariannya akan bertemu titik noktahnya hari ni

" Ha kalau gitu mana ? boleh kita cari dia hari ni, cepat cari cari cepat jumpa, cepat jumpa cepatlah settle masalah kamu tu… mama dah tak larat nak tengok kamu angau semacam jea…"

*****************

Suci mengurut-ngurut perlahan-lahan pinggangnya yang sengal, kandungan yang semakin membesar membuatkan dia sering mengalami sakit pinggang. Aduyy anak ibu, kenapa nakal sangat ni sayang… tak kesian ke pada ibu.. dia berbisik perlahan sambil mengusap perutnya yang terasa sedikit senak… begitulah yang dilakukan bila sikecilnya mula menendang…

Masa berlalu terlalu cepat rasanya.. Suci mengeluh, sehingga kini dia masih tak mampu melupakan suaminya, bahkan semakin hari kerinduannya semakin menyala-nyala menekan jiwanya.. Hari ini dirasakan terlalu meluap-luap rindunya.. dia tak tahu kenapa. Air mata terasa bertakung tiba-tiba di tubir mata, bila masa akan gugur membasahi pipinya.. Wahai angin tolong sampaikan salam penuh kerinduanku pada sidia, moga dia sentiasa mendengar bisikan cintaku ini..

"Assalamualaikum…" terdengar nada memberi salam dari luar, membuatkan dia tersentak, pantas air matanya yang hampir gugur diseka, perlahan-lahan dia bangun dalam sukar, menilik sepintas lalu penampilannya di cermin. Siapa pulak yang datang ni.. selama aku di sini belum pernah ada tetamu.. isk makcik jual jamu ke?? Dia tertanya-tanya…

Tombol pintu utama dibukanya..

"Waalaikumussa…." Jawapan salam mati di pertengahan, lidahnya terkaku kelu.. apabila mata melihat gerangan tetamu yang bertandang.. Ya ALLAH aku bermimpikah atau apa??? Serentak dia rasa pandangannya gelap dan tubuhnya melayang terjatuh longlai tapi belum sempat menyembah lantai dia disambut… Selepas itu dia langsung tak ingat apa-apa.

***************

Epilog

Anak kecil yang berlari-lari kearahnya dipandang mesra, dia tunduk menanti si kecil itu ke dalam dakapannya.. Neal tersenyum.. Qaseh Nur Cinta permata yang berusia tiga tahun ini satu-satunya peninggalan arwah isterinya. Sedar tak sedar 3 tahun sudah berlalu dan 3 tahun jugalah Suci meninggalkan dia membesarkan Cinta seorang diri..

3 tahun lalu….

"Abang…" perlahan suara yang keluar dari mulut isterinya..

"Ye sayang?..." jemari isterinya masih tak lepas dari genggaman tangannya..

"Suci minta maaf, halalkan makan minum Suci.. Suci banyak susahkan abang, risaukan abang, Suci tau Suci dah tak lama.. kalau Suci dah tak da abang…" tak sempat dia menghabiskan ayatnya, Razaleigh Azneal telah meletakkan jari telunjuk ke bibirnya.

"Syyy…apa sayang mengarut ni.. sayang akan selamat sihat seperti dulu.." Sangkanya Suci kata begitu sebab kerisauan mahu melahirkan anak mereka, tapi rupanya Suci menyembunyikan sesuatu…dan itu yang di kesalkan hingga kini..

2 minggu Suci koma selepas melahirkan Cinta, akhirnya isterinya pergi juga selepas sekian lama melawan penyakit barah otaknya… Betapa hancur luluh hatinya tika itu, belum sempat dia menebus segala silapnya, isterinya itu terlebih dahulu pergi meninggalkannya..Cintalah pemberi semangatnya dan kerana itulah juga anak itu diberi nama Qaseh Nur Cinta, sebagai bukti cahaya cinta isterinya padanya.

Terasa ada air hangat mengalir dipipinya.

"Ayah nangis?" tanya si kecil yang belum faham apa-apa itu memecahkan terus lamunan panjangnya.

Dia menggeleng-geleng pantas, " Tak mata ayah masuk abuk sayang.." Dia berdalih, dia tak mahu anaknya itu tahu lara hati yang ditanggungnya kini.

"ayah kate nak bawah Cinta gi playground?" si kecil menuntut janji..

Dia menepuk dahi, hampir terlupa dengan janjinya..

" Kiss ayah dulu, baru ayah bawa cinta gi.." katanya sambil menyuakan pipi.

Dan si kecil itu dengan senang hati mengucup pipinya, siap kiri kanan lagi..

Razaleigh Azneal tersenyum bahagia.. Terima kasih sayang hadiahkan abang permata hati secomel Cinta, abang akan jaga Cinta selagi ada hayat abang ni, abang doakan Suci tenang dan damai disana…

CERPEN:AKU TIDAK BERNYAWA LAGI

Gelap.

Mataku ditutup dengan kain hitam. Aku didukung oleh seorang lelaki yang tidak ku kenali. Rontaanku yang lemah dan kerdil tidak mampu melawan kudrat lelaki yang mengusungku. Aku takut. Teramat – amat takut. Emak…..tolong aku. Emak!!!! Ayah!!!...aku takut!!!.....jeritanku tidak didengari oleh sesiapa pun.

Aku telah dibawa ke sebuah tempat yang sunyi. Rumah lama yang usang dan asing bagi diriku. Keadaan yang gelap, bau busuk menyusuk hidung, bunyi cengkerik begitu kuat bergema.

Tubuhku diikat dengan tangan ke belakang, lalu dicampak ke atas tilam nipis yang kusam dan berbau. Aduh! sakitnya. Aku menjerit dengan mulut yang disumbat dengan kain. Kasihanilah aku …aku masih kecil. Aku takut sangat. Emak…tolong!! Ayah …tolong!!. Aku menangis teresak – esak.

Bunyi suara orang bercakap – cakap sesama mereka. Aku gerun mendengar suara garau lelaki itu. Kemudian suara itu hilang. Keadaan kembali sunyi. Rasanya mereka telah pergi meninggalkan aku keseorangan di situ.

Lama aku dibiarkan. Mungkin sepanjang hari, mungkin juga sepanjang malam. Aku tidak dapat membezakanyan hari siang ataupun malam kerana mataku telah ditutup rapat. Aku mula merasai kelaparan. Tubuhku mengerekot, kedinginan mencengkam hingga ke tulang. Aku dengar bunyi hujan. Hujan yang sangat lebat. Bunyi petir berdentum. Aku benar – benar takut. Aku menangis sekuat – kuat hati. Emak…ayah…

Lenaku dalam mimpi. Dakapan emak dan ayah yang aku rindui. Kakak dan abang tempat aku bergurau senda. Mimpi – mimpi indah tika aku keseorangan dikala ini. Aku tersenyum di dalam mimpi.

Tidurku tersentak. Aku bangkit. Suara garau itu kembali. Nyaring percakapannya, butiran maksud yang aku tidak fahami kerana aku masih kecil lagi. Aku tidak memahami maksud percakapan orang dewasa. Yang aku tahu hanya menangis, sakit dan takut. Itulah perasaan aku kini.

Emak…ayah…
Aku menangis lagi.

"Diam!" marah lelaki bersuara garau itu.

Pipiku ditampar berkali – kali. Aku menjerit kesakitan. Mengalir darah dibibir comelku. Aku masih kecil kenapa dipukul tubuhku yang tidak berdaya ini. Aku dipukul lagi tanpa belas lalu tidak sedarkan diri.

Aku berusaha untuk bangun namun lemah. Aku rebah terdampar di atas tilam usang itu. Perutku tidak langsung menjamah sedikitpun makanan sejak diusung oleh lelaki itu. Mungkin 2 hari, mungkin juga 3 hari. Aku tidak tahu menghitungnya kerana aku masih kecil. Yang aku tahu, aku nak balik. Aku nak emak, aku nak ayah ….aku menangis lagi.

Lemah dan tidak berdaya. Diriku telah dipukul berkali – kali. Rasa sakit di seluruh tubuhku umpama kebas di gigit semut – semut. Diriku rasa terawang – awang, antara di bumi nyata ataupun sebaliknya.

"Angkat budak itu" suara garau itu kembali. Aku kecut perut.Takut.

Pakaianku direntap. Tubuh kecilku digoncang – goncang. Aku meraung kesakitan yang teramat – amat sangat. Bahagian bawahku telah dimasukkan sesuatu yang aku tidak mengerti benda itu. Rasa pedih, amat sakit yang aku tahu. Berkali – kali aku diperlakuan sebegitu sehingga aku tidak mampu menahannya lagi kerana aku masih kecil. Aku tidak sedarkan diri buat sekian kali.


Kali ini aku langsung tidak mampu lagi mengangkat tubuhku. Ibarat bangkai bernyawa, tubuhku terkujur tanpa seurat benang. Namun begitu, aku tidak pula merasa sejuknya atau panasnya suasana ketika itu. Yang aku tahu aku masih dapat menghirup nafas. Nafasku yang lemah....dan semakin lemah.

Hanya mataku yang mampu melihat, telingaku yang masih mendengar. Gelak ketawa lelaki itu tanpa menghirau aku yang kecil ini terbiar. Yang sedang nazak hanya menunggu Maha Pencipta menjemput aku ke mahligai-Nya.

Tubuhku didatangi lagi oleh lelaki itu. Benda yang aku tidak mengerti itu di tujah lagi ke bahagian bawahku. Kali ini aku tidak lagi meraung ataupun merasai kesakitannya. Aku rasa diriku telah dibawa jauh oleh seseorang. Seseorang yang aku amat senanginya.

Wajahnya putih bersih. Tersenyum kepadaku. Hilang rasa sakitku. Luput segala ketakutanku. Lupa aku seketika pada emak dan ayah. Wajah yang begitu menyenangkan. Aku tidak takut padanya. Aku mengikutinya terbang ke langit yang luas.

Aku pandang ke bawah, masih jelas melihat perlakuan lelaki itu ke atas tubuhku yang tidak bernyawa lagi. Dia menyumbatkan sesuatu di bahagian bawahku. Kemudian menghempaskan tubuh kecil itu ke tanah. Aku sedih melihat diriku sendiri. Tidak ada rasa belaskah lelaki itu kepadaku yang masih kecil dan tidak mengerti.

Tubuhku yang tidak bernyawa itu diusung dan dimasukkan ke dalam sebuah beg plastik berwarna hitam. Ditinggalkan tubuh kecilku di rumah usang itu, terbiar lama hingga dikerumuni serangga dan ulat.

Akhirnya tubuhku yang hampir reput itu ditemui di dalam keadaan yang amat dahsyat sekali. Pasti ada insan yang tak sanggup melihat tubuhku itu. Ngeri….sadis….kejam… itulah antara ungkapan yang akan diluahkan oleh insan yang melihatku.

Emak dan ayah meraung tika mendakap tubuhku yang sudah berulat. Keluar airmata darah sekalipun tidak mampu menghidupkan aku kembali. Kasihan aku melihat emak dan ayah yang tidak henti – henti menangis.

"Mak…ayah…maafkan adik. Adik kena pergi jauh, tinggal mak dan ayah. Mak jangan nangis – nangis , ayah pun …jangan sedih – sedih ya. Adik tunggu mak ayah kat sana nanti"

Aku melambai dari jauh, terpaksa pergi meninggalkan mak dan ayah. Tubuhku yang sudah tidak bernyawa lagi ditinggalkan untuk disempurnakan oleh mereka yang masih menyayangi aku.




# Cerita ini digarap sempena memperingati arwah adik Nurin, adik Shuhada , adik Aliyah dan ramai lagi. Tidak lupa juga kpd adikS halini yang masih hilang dan tidak diketahui nasibnya.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al – Fatihah buat mereka.

Monday 6 June 2011

CERPEN:BEST COUPLE OF THE YEAR

" Woit! Sha!"
" Aduh! Sakitlah bahlul..." rungut ku sambil mengosok-gosok kepala yang terkena cermin tingkap.
" Alahai ko ni...baru panggil sket dah terkejut siamang.."
" Eh! mangkuk tingkat ko ni reti tak panggil aku elok-elok, masuklah class aku cakap depan aku. Ni tak main panggil kat celah ni je’, pastu aku gak yang terkejut. Ni ai ni terkena tingkap, esok esok tingkap pecah tercucuk kepala aku ko nak ganti dengan kepala ko ke? " marahku.
" Ish! Ko ni macam mak nenek lah! Aku nak tanya sket dah jadi panjang lebar dengar ko bercakap berjela-jela." Sungut si Romli panggilan khas untuk dia. Hua hua hua...
" ko nak apa la ROMLI! "
" wei! Ko jangan panggil aku Romli boleh tak. Benci siot aku nama tu..."
" suka mulut aku lah! Bukan aku pinjam mulut ko pun! Ha! Yang ko dok panggil aku ko nak apa ni?" soal ku
" Ala...aku cuma nak mintak gula-gula je dari ko..nak pegi berasap nih..."
" Lorh...nak mintak gula je la ni? Aku ingat nak apa la tadi, eh asal ko tak nak pegi beli sendiri ah?kan hari-hari ko dok melepak kat kedai mamak tu, ko belilah gula sendiri. Ko ingat aku kilang wat gula ke apa" becok aku bercakap sambil tangan ku menghulurkan gula-gula yang diminta.
" ala apa guna ada kau kan...mekasih...esok aku mintak lagi. Rehat nanti jumpa ek" katanya berlalu. Aku cuma mengelengkan kepala. Mamat tiga suku betul, hari-hari kerjanya mintak gula pada aku, kadang tu aku rasa dia ada gula-gula tapi tetap jugak nak mintak pada aku.
" Mira! Dah pi duduk tempat ko sana. Suka sangat sebok tempat aku." halau si Yana. Aku bangun tersengih-sengih.
" Tapikan Yana tempat ko memang puaka la. Masuk ni dah 3 kali kepala aku terkena tingkap tu, cam ne ko boleh tak terkena ek? Nasib baik tingkap tu tak jatuh keluar, kalau tak saja je aku kena bayar ganti rugi, tak pasal-pasal berhutang dengan sekolah" ujar ku
" Ko tu duduk tempat aku mengelepar, tak reti diam. Pastu orang panggil sket terkejut cam cimpanzi manalah tak terhantuk" sempat lagi mengutuk aku cam cimpanzi tadi si Romli cakap aku siamang. Apa diorang ingat aku ni adik beradik dengan binatang bertangan panjang tu ke? Sikit punya comel mak ayah aku punya acuan ada ke diorang samakan aku dengan mahluk tu. Syukurlah dapat kawan dengan orang comel cam aku nih, omel ku dalam hati.
" ha! Tu nak wat muka tak puas hatilah tu!" Yana bersuara.aku cuma menjelirkan lidah. Uwek!
" cantik sangatlah muka ko cam tu...malas nak pujuk"
" tak nak pujuk sudah!" kataku sambil berdiri dan berlalu pergi.
" Mira! Alahai...janganlah majuk..ko ni..dengan aku pun nak majuk!cam nelah pakwe ko nanti ek? Jangan majuk eh..kejap lagi aku belanja ko mee rebus! Tadi makcik kantin cakap tengah hari nanti ade mee rebus. Ko suke kan." Pujuk Yana.
" Hahahaha....tau ko takut..wei gelilah aku nak majuk-majuk ni. Aku nak pegi toiletla tu pun sebok kejar2, nanti orang ingat kita wat drama hindustan versi lesbian lak." Kataku sambil menyambung tawa cam haram jad. Yana menarik muka masam. Aku menarik tanganya sambil memberi senyuman paling manis.
---
Shamira! Aku suka dengan perempuan ni, tapi dia ni lain sket. Garang dengan lelaki tapi taklah anti-lelaki, tapi kalau kena gayanya dia ok je...cute sangat masa dia ketawa walaupun kadang-kadang dia ketawa macam haram jad, lepas tu suka sangatlah ponteng kelas, sesekali dia ponteng kelas dengan aku-aku sekali join tempat dia ponteng, yang tak tahan siap dia boleh beli roti sambal ikan bilis dengan air sirap kat kantin lagi. Perangai memang hampes tapi bila dia dah bagi nasihat taik telinga aku rasa nak cair. Ada je yang tak kena kat mata dia, kasut aku kotorlah, baju kena masukkan dalam, rambut kena potong, janggut jangan bela. Serba-serbi kena elok, tapi dia sendiri bukanlah elok sangat kasut sama je hitam cam kasut aku, tapi tu jela yang tak kemas yang lain sume perfect, cun je selalu. Yang paling aku suka dia panggil aku ROMLI. Entah mana dia dapat nama tu aku pun tak tahu, sesedap rasa ajinomoto je dia panggil aku, punyalah baik makna nama aku mak bapak aku bagi dia boleh gelar aku ROMLI sebab dia cakap aku ni muka orang lama-lama. Hai...lah Shamira....
---
" Romli!" hish! Entah dari celah mana ntah dia ni tetiba je muncul depan aku.
" Weh! Ko tak pandai bagi salam eh?" soal ku malas melayanya.
" Yelah...aku kuar baliklah..." ujarnya sambil melengang keluar kemudian mengetuk pintu " Assalamulaikum....boleh saya masuk Incik Ridhwan Adam..." Sha memberi salam sambil buat lawak bengong.
" Waalaikumsalam..masuklah Cik Puan Shamira..boleh saya bantu" saja aku buat muka poyo kat Sha.
" Incik Ridhwan Adam..boleh tulun Cik Shamira tak? " jawab Sha poyo sama poyo macam aku, dengan muka konon2 serius.
" Ya..my pleasure..." kenkunun macho ah.
" aku dah tak kentut 3 hari la...apa nak ..." aku dah pun bangun nak hempuk kepala pompuan tak cam pompuan nih.
" Wakakaka...buat lagi ko punya poyo tuh!!" jerit Sha sambil ketawa-ketawa. Aku berhenti separuh jalan bila tengok Sha makin laju ke depan. Hampesnye budak! Aku merengus masuk ke kelas semula. Baru jejak tempat duduk " Romli! Aku tau ko sayang aku kan! Janganlah marah..tengah hari nanti dating dengan aku kat kantin ek. Makan mee rebus ko belanja" kata Sha sambil tersengih tapi masih ternengah-mengah. Tu lah lari lagi cam orang tak cukup tanah.
" Erm..yelah...oi! loceng dah bunyilah, dah abis rehat. Ko pegi masuk kelas sana! " halau ku. Sha buat muka seposen duduk depan aku.
" Ko ni kan suka sangat garang-garang dengan aku. Kang aku garang dengan ko baru tahu. Huh!" katanya sambil bangun menuju ke kelasnya. Aku hanya tersenyum dan " aku tau ko sayang aku, ko tak kan wat cam tu kat aku kan" Sha menoleh menjelir lidah, aku mengenyitkan mata.
----
Hish! Apalah Romli nih ade ke pegi kenyit mata kat aku. Dah lah aku ni dah nak terjatuh ati tergolek-golek kat dia. Mempermainkan perasaan aku betullah! Rungutku dalam hati.
" woit! Yang ko terkuamt-kamit cam orang baca jampi ni asal?" sergah Yana.
" Oi!! mak kau meletup!!" latahku. Yana dan Sally dah berdekah ketawakan aku. Aku ni memang ada sindrom latah sket tak tahulah ikut sape.
" ko ni..muda belia lagi dah melatah" ujar Sally bila tawanya reda.
" Alah..aku terkejut je..bukan melatah sungguh pun.." aku membela diri.
" Ha! Yang kau bercakap sensorang tadi tu kenapa?" Yana mengulang pertanyaanya.
" Ada ke aku cakap sensorang?" soal ku semula. Ade ke aku cakap sensorang?? Konfius lak eh...
" Yana!Sally! tadikan....Eh! tak yah lah.entah-entah aku je perasan sensorang." Terus aku pandang depan buat muka tak bersalah kat dua mahluk yang tengok aku macam rimau tak makan sebulan.
" eh! Ko ni memang tau suka sangat menyakitkan ati aku! Cancellah makan mee rebus!" ugut Yana.
" alah...ok ok...aku cite eh..tadi...Romli dia kenyit mata kat aku...tapikan kalau ko tak belanja pun Romli boleh belanja aku lah..tak heran pun" terus lancar je ayat bongkak sombong dari mulut aku.
" ngeh ngeh ngeh..si Romli kenyit mata kat ko pun ko nak jatuh hati ker...." Ujar Sally sambil buat muka cam termakan tosey basi. Hish! Tak basi pun dah masam, kembang tekak aku.
" ko ni..manelah aku nak tau..aku tetiba rasa cam aku tersuka, aku sukalah kat dia..." kataku jujur sejujur jujurnya. Yana dah tayang gigi nak ketawakan aku takutlah tu.
" dah tu ko nak wat pe? Ko tak nak bagi tahu dia ke?" soal Sally bodoh.
" wei...aku cuma cakap aku cam suka kat dia je..bukan nak pegi berterus terang pada dia. Lagipun dia cuma anggap aku ni kawan dia je la..cukup baik dia nak cakap baik2 dengan aku, dari dia maki hamun aku macam Noni hari tu lagilah haru hidup aku nanti"
" aku cuma bagi ko cadangan je..dah ko cakap ko suka..." Sally membela diri. Sally ni memang blur sket berbanding aku ngan Yana. Aku dengan Yana hanya tersenyum menengokkan kawan aku yang blur ni.
---
Semakin hari hubungan aku dengan Sha makin rapat. Semua orang panggil dia Mira, tapi aku saja nak panggil Sha, kenkunun special la sket, tapi minah tu dia wat dunk je dengan kelainan panggilan aku tu, cam tak de kesan apa-apa pun pada dia. Hari tu aku kenyit mata kat dia pun dia leh jelir lidah kat aku...hish! Shamira..Shamira...lampi tul lah.
" Hai...Sha kelas ko tak de cikgu ek?" soal ku menonong masuk ke kelasnya sebab tak de cikgu dan kebetulan kelas aku juga tak ada cikgu yang masuk.
" Ko nampakkan cikgu tak de, lagi nak tanya mamat poyo ni" selamber kodok je dia sembur muka aku.
" Ko ni kan...makin montellah geram aku tengok" sambil laju je tangan ku mencubit pipinya. Ya Allah hai tangan...gatalnya ko ni..ada kang aku kena flying kick dengan dak garang nih.
" Ish! Ko ni..main cubit-cubit lak. Blah lah pegi kelas ko" marah dia perlahan.
" Aku nak gula, nak berasaplah" mintak ku.
" Nah! Baju jangan lupa masukkan. Macam orang dari utan!" hulurnya sambil mulut membebel. Aku tersengih macam kerang wangi. Alahai Sha...dulu aku rimas tapi sekarang aku makin senang dengan suaranya. Aku selesa dengan dia walaupun dia suka tegur aku macam-macam tapi aku pulak cam kena sampuk dek jembalang ikut je apa dia suruh. Dia suruh basuh kasut, walau lambat tetap aku basuh, dia suka aku bau wangi, so ayah aku punya pefume pun aku rembat je, asalkan wangi. Sume sebab Shamira. Kalaulah kau tahu apa yang aku rasa.
Masa berlalu pantas, hubungan kami bertambah baik sampilah aku dapat tau Sha kawan dengan Zamil, budak paling nakal dalam sekolah aku. Apa dah hilang akal gamaknya minah ni, dengan si Zamil pun dia boleh kawan padahal aku depan mata dia leh buat don’t know je. Sha masih seperti biasa, mesra dengan aku tapi aku pula yang cuba melarikan diri denganya, dalam pada tu aku mula rapat dengan Zati kawan baik Zamil. Bertambah renggang hubungan kami. Selalunya aku perhatikan Sha dari jauh. Dia nampak happy walaupun aku dah jauh dari dia. Sehinggalah...

" wan! Mira bagi nih kat kau" hulur Sally.
" Apa nih?" soal ku sambil tangan ku menyambut huluran Sally.
" Fir mana? Aku nak bagi dia ni ha. Ko bagikan kat dia eh?"
" aku tanya apa ni..." soal ku lagi.
" La...amik je la..ade rupa pembungkus belacan ke tu, sampai banyak sangat tanya?" soal Sally semula. Loyar buruk lak minah nih sama je cam Sha. Dah nama pun kembar siam sepusat sepusing mak bapak asing-asing memanglah gitu gamaknya ye.
" aku tanya je..susah sangat nak jawab" Sally terus berlalu. Aku membuka kertas yang di beri ...Erm..Sha ni ingat aku perempuan agaknya siap bagi kad kreatif tapi tak berapa nak kreatif nih. Siap tulis-tulis pakai pen color2 lagi. Hai kalau dah perempuan memang cam ni lah. Aku baca yang di tulis ...

Salam...
Wei! Wan naper ko dah tak tegur aku lagik?? Ko marah pada aku erk? Kenapa ko dah lain skang?? Kalau kau marah pada aku, aku mintak maaf la..ppe pun aku nak jumpa ko face to face...
‘ sayang ko’
‘ study hard wa smart ‘
‘ jangan luper aku ‘

Shamira

Aku tersenyum..Sha kenapalah kau hadir bila aku sudah punya yang lain??
----
"My crazy bedroom"
Ridhwan Adam..kenapalah kau dah berubah skang ni??ko dah xnak kawan lagi ker ngan aku...aku rasa kehilangan lah..kenapalah kau x cuba phm aku ni...xkan lah aku nak terhegeh-hegeh pada kau...Wan...knp ko blh plak kwn dengan Zati tu? Dah tak de org lain ke? Aku jeles tau..aku yang kwn dengan ko tetiba ko kwn ngn orang lain. Tapi..aku pun kwn dengan Zamil jugak skang nih. Alah..aku cuma kawan sebulan je!!dia yang gila sangat dekat aku, aku layan je la janji pasni de tak kaco hidup aku lagi. WAN!!!! Mehlah kawan ngan aku semula..wa!!!!

Fuh!! lega...semua aku dah luahkan. Semuanya tersimpan kemas dalam diari aku ni, padahal dulu tak pula aku sebok berdiari mairi ni, tapi sejak aku kawan dengan si Romli ni, lagi tepat sejak aku jatuh hati pada Romli aku mula ada diari aku sendiri. Semua yang terpendam aku tulis dalam ni, hanya inilah tempat aku curah segalanya. Kat mahluk dua ekor yang tak berekor tu pun ye jugak aku luahkan perasaan tapi kekadang suka betul mempermainkan perasaan aku yang suci lagi bersih nih.
---
Setahun berlalu kini aku bukan lagi di tahun honeymoon, aku dah nak SPM. Kelas pun dah pindah kat depan sekali. Puaslah kami sekelas mengemas, azam baru konon tak nak lagi jadi kelas paling corot bila setiap kali pertandingan kelas tercantik kami dapat kelas terkotor, malulah wei..kelas top 3 tapi dapat kelas paling kotor. Huhuhuhu....tahun baru azam baru, baju baru , beg baru, kasut baru serba serbi baru tapi Romli je yang masih lama bertapa dalam hati aku. Romli..Romli...
" Mira!"
" Oi!! Romli ku sayang!!" latahku lagi merapu dari selalu. Pantas mulut ku tutup. Hantu dua ekor tu dah ketawa cam siamang.
" Hoi!! Korang reti-retilah bagi salam. Suka buat aku jadi mak nenek tau, cam ne lah latah aku nak ilang kalau korang selalu jadi siamang sesat" bebelku terus.
" Ok Ok ...sori ye...tak tau lak ko boleh pulak sebut nama Romli, nasib dia tak de tau. Aku ada cerita baru nih! Hangat di pasar malam permai beb..." kepoh mulut Sally bercerita.
" Apa dia..cerita je lah, panjang sangat mukadimah kau tu" masih lagi bersisa marah dalam nada suara ku.
" Mira! Romli dah putus dengan Zati! Sebelum abis paper lagi diorang dah tak kawan..Zati dah ada orang lain.." Yana meneruskan cerita Sally.
" Mana ko dapat tau??" soal ku berminat. Wah...bestnye...tak lah aku sakit mata bila terserempak diorang kat town atau dimana-mana saja.
" Ala..semua dah tau..ko je yang buta tuli" slumber bomba Sally sound aku.
" Erm..yelah..aku lah buta tuli korang semua celik tak pekak..."
" Tak lah..ko tu yang tak nak amik tau pasal Romli, bila orang cerita kau angkat kaki. Bila aku bukak mulut ko suruh diam cam ne nak cakap. Eh! Tapi kenapa hari ni ko boleh sudi lak nak dengar erk?" soal Yana.
" entahlah! Aku rindu dia kot" jawab ku bersahaja. Dah memang aku rindu dia, walaupun aku sakit hati bila dia buat tak tahu pada aku bila dia kawan dengan Zati.
---
Sha...aku nak sangat tegur kau Sha..tapi beratnya mulut ni..aku dah tak kawan dengan Zati Sha..Sha...tegurlah aku Sha..tegurlah..kalau kau tegur confirm aku baik dengan kau Sha..please Sha....
Ah! Tu semua hanya mampu aku suarakan dalam hati je. Bila bertembung aku tak pernah senyum pun malah pandang pun tidak. Egonya aku nih....Eh! tu Sha lah...aku mesti tegur dia hari ni! Aku mesti! Tekad hati ku.
" Hai Wan! Hapi bday ek" katanya sambil lalu sambil memberi ku senyuman yang paling aku dambakan. Aku hanya memandang tanpa sempat berkata-kata. Sha..kau ingat birthday aku Sha..Eh! hari ni birthday aku ke??? Kan hari ni 26/2 birthday aku kan tahun lompat. Hish! Budak ni memang suka kenakan aku tau. Jaga kau Sha..patutlah dia gelak-gelak tadi. Hampes!!
" Hoi! Wan! Kau asal tetiba berangan tengah-tengah jalan ni? Dah lupa jalan balik kelas ke?" sapa Fir
" Erm..aah! tunjukkan aku jalan, jom!" Fir terpinga-pinga. Aku dah tergelak-gelak sambil jalan menuju ke kelas. Alahai Fir..kau ni memang sesuai dengan Sally, sama-sama blur.
----
Pagi-pagi lagi aku dah nampak Sha tengah menyapu dalam kelas dia. Awal pulak dia ni datang sekolah.
" Morning Sha" sapaku perlahan, takut dia melatah ada dia hempuk aku pakai batang penyapu tu, abis suwey aku sepanjang hari, bukan boleh kira dia ni.
" Eh! Romli..opss!! azam baru aku nak panggil ko Wan" ujarnya.
" Sha..balik nanti aku tunggu kau ek. Aku tunggu kat kedai mamak Ali tu"
" Ala..tak nak lah nanti kene gosip liar, tak kuasa aku nak jadi glamor" tolaknya
" ok..cam ni..kau jalan je la nanti aku ikut dari belakang erk" cadang ku
" Ok Rom..eh! Wan"
" Thank sayang" sambil aku mencuit hidungnya. Sha kelihatan terpinga-pinga dengan tingkah ku. Sha..aku harap kau dapat rasa apa yang aku rasa.

Di kelas Mira..
" Eh! Korang..dengarlah ni..nanti balik Wan, Eh! Romli nak balik sekali dengan aku..." sedikit excited aku bercerita. Seronoklah katakan...
" Mira, aku rasa dia suka kat kau lah" si Yana membuat kesimpulan sendiri.
" Yup! Sokong 200% beb.." celah Sally.
" Ish! Tak kot..kan aku memang rapat dengan dia dari dulu lagi..cuma last year je ada masalah dalaman sket..." sangkal ku
" Ko tak caya..tunggu hujung tahun nanti confirm dia sound stead ngan ko..trust my word lady!" ujar Yana bersemangat. Poyo je minah ni kekadang tau. Aku terdiam sendiri. Mungkinkah??
----
Sejak dari hari tu hubungan aku dengan dia semakin baik dan kami semakin rapat malah lebih rapat dari dulu. Setiap hari time rehat Romli akan datang kelas aku, dok berbual dengan aku itu pun kalau aku tak pergi kantin la. Tengah hari pulak balik sekolah kiteorang balik sama-sama, bila terserempak Zati muka dia macam nak telan aku gamaknya. Huh! Baru dia tahu, aku dulu lagi sakit hati tau!
" Sha..nak hujanlah macam mana ni? Nanti kau demam pulak. Nak redah je ke?" tanya Romli.
" entah, redah jelah" putus ku. Berlari-lari aku dan Romli ke tempat menunggu bas.
" Eh! tu bas kau dah sampai" ujar Romli sambil tangan melambai menahan bas agar berhenti.
" Nasiblah tak yah tunggu lama-lama. Dah sampai rumah call aku tau" ucapku. Bas telah pun sampai, Romli sekadar menganggukan kepalanya.
Sesampainya aku dirumah mak ku menyapa..
" Kakak, la..kenapalah tak balik naik bas sekolah..nak jugak naik bas tambang, dah tu susahkan diri. Tengok time hujan-hujan pun kena redah, lepas tu demam merengek cam budak tak cukup bulan" bebel mak ku sambil mengelap tubuh ku dengan tuala. Aku hanya tersengih-sengih. Demi Romli aku sanggup meredah hujan dan panas. Cewah! Dah keluar dah ayat poyo aku. Ahahha...
" Ha! Yang tersegih tersenyum sorang-sorang tu kenapa?? " sergah mak
" Oi!! Mak! Kakak ingat Romli mak!!!" latah ku. Alamak ....mulut aku ni betul tak de insurans.
" Sape pulak Romli...dah jangan nak merapulah. Pegi masuk sana, mandi. Demam pulak nanti" suruh mak ku.
" Yelah..kakak memang nak masuk pun..mak tu yang tercegat depan kakak camne kakak nak lalu..." mak ku hanya tersenyum bila tersedar dia masih lagi depan ku, menghalang laluan. Baru kakiku melangkah telefon berdering, pantas aku mengangkat..
" Hello..Salam..."
" Waalaikumsalam...Sha..Wan ni..."
" Erm..tau..kau dah sampai rumah ek. Dah mandi belum?" soal ku " Kakak tu yang belum mandi jangan nak tanya orang...letak dulu cakap kat kawan tu nanti boleh call" bising suara mak ku di belakang. " yer..kakak nak cakaplah ni.." sahut ku.
" Wan, nanti Sha call semula ek. Mak bisinglah, lagipun Sha belum mandi, baru masuk rumah"
" Owh! Ok ok...nanti malam macam biasa eh"
" Ok...bye"
" bye sayang" wan terus meletak telepon, aku pulak macam kena paku terkedu kat tepi telepon.
" Kakak!!! Mandi!!!" jerit mak ku.
" Ha?? Ok ok.." pantas ku meletak gagang. Hish!! Ko ni Mira...marahku pada diri sendiri.
----
Hari ini ada sambutan Hari Guru di sekolah ku, ramailah yang dok ke hulu ke hilir jadi ‘pengetua’ tak bertauliah, termasuklah aku dengan kengkawan aku yang lain. Dah penat kesana-sini aku ajak masuk kelas, bosan pulak bila dah tak de kerja ni. Penat aku merayau-rayau, nak join aktiviti semua untuk guru-guru. Aku masuk ke kelas, tengah duduk-duduk berbual dengan Yana n Sally aku ternampak Wan dengan Fir.
" Wan!Fir! nak pegi mana?" soal Yana
" tak tau lah, aku bosan dok..." Ujar Fir seraya melangkah masuk ke kelas ku. Kami duduk melepak di kelas ku,ada jugak budak2 dari kelas lain juga turut melepak di kelas ku, mungkin malas masuk ke kelas masing2, kebetulan kelas ku berada di depan sekali jadi kelas ku selalu menjadi sasaran diorang melepak. Sedang aku leka berbual dengan Wan tetiba...
" Shamira! Ridhwan! Apa awak berdua buat dalam kelas ni berdua???" jerit Cikgu Azizah penolong kanan sekolah ku. Aku menoleh ke arah suara yang macam petir berdentum tu.
" Eh! Cikgu..tapi tadi kami ramai-ramai dalam kelas..." jawab si Romli terketar-ketar. Aku pula diam seribu bahasa.
" Mari sini kamu berdua, orang lain tengah ada majlis kamu buat benda tak elok dalam kelas? Kamu nak kena kawin ke???" soal Cikgu Azizah bengkeng.
" Tak cikgu...tadi kami ramai-ramai..tapi tak perasan pulak semua dah tak ada" Romli cuba mempertahankan diri. Tapi memang kami tak buat apa-apa cuma Cikgu Azizah memang agak anti denganku kerana aku selalu kena tangkap dengan dia bila aku cabut kelas.
" tak kira apa juga alasan awak, sekejap lagi saya kawinkan awak berdua. Biar ini jadi pengajaran untuk semua" ucapnya garang, bila dia melihat ke wajahku satu jelingan tajam dia hadiahkan. Setitis air mataku menitis.
" Sha...janganlah nangis...Wan ada kan." Pujuk Wan
" Wan..Sha malulah nanti...mesti semua ketawakan kita..." ucapku. Terlihat dua buah kerus diletakkan di Dataran Kejat tempat semua selalu berhimpun.
" Baiklah...Ridhwan Adam dan Shamira Adela sekarang sila naik atas pelamin awak!!" panggil Cikgu Azizah dengan mikrofon. Semua pelajar berkerumun di depan Dataran. Aku melangkah longlai....
Sebaik aku dan Romli meletakkan punggung satu tepukan gemuruh kami dapat, siap ada yang menjerit " Woo!!! Best couple of the year!!!" " cayalah cikgu!!!" Ya Allah..malunyalah aku.....si Romli pulak tersengih-sengih sebelah aku, dasar muka tepu betul mamat sekor ni.
-----
" Kakak!!!call!" jerit mak
" Mak ni..panggil je macam biasa..bukan kakak tak dengar..suka jerit tau " omel ku. Dahlah aku tengah bengang kena denda hari tu, malu ku tak habis lagi dengan Romli-Romli sekali kena tempias angin kus-kus ku.
" Hello!" sapaku garang. " Kakak..cuba cakap elok-elok" bebel mak ku. Hish! Dengar ajelah mak aku ni tau, suka sangat pasang telinga.
" Sha..Sha jangan letak ok..." cepat Romli berkata, sebab dah banyak kali dia call aku dah letak phone bila dengar suara dia.
" Nak apa..."
" Sha..kenapa Sha jauhkan diri dari Wan..apa salah Wan..ala pasal kena kawin tu janganlah pikir sangat..anggap je kita buat show ok?" apa punya blurlah mamat nih. Ada ke pujuk aku cakap aku just buat show hari itu. Romli...Romli...aku tersenyum sendiri.
" Erm...yelah..Wan nak apa ni?" soalku tenang sedikit dari tadi.
" Sha..esokkan sabtu kita pergi town nak?" ajaknya. Ish! Dia ajak dating ke???
" Kita berdua je ke?" tanya ku semula.
" Eh! Tak lah...dengan Yana, Sally and Fir..cam biasalah, diorang cakap nak ajak Sha tapi takut Sha marah pulak. Tengoklah tu awak ni kalau dah marah tak ingat dunia, semua dia nak boom macam Hitler" sedap je Romli mengutuk aku sambil cuba memujuk, entah siapa ajar dia kau pun tak tahulah.
" Owh..ye ke??ok lah esok kita keluar, cam biasa eh. Tunggu tempat biasa ek. Ok Wan..Bye.." ucapku seraya meletak telefon.
----
Di town...
" Yana! Romli mana? Tak jadi datang ke?" soal ku.
" Dia dah sampai tapi pergi main snooker dengan Fir, dia cakap kita pergi jalan2 dulu nanti dia joinlah. Dia cakap pukul 4 tunggu kat mcD" aku cuma menganggukan kepala.
Setelah aku puas me’round’ satu shopping complex kami duduk melepak di mcD sambil menunggu dua mangkuk tingkat tu.
" Hai..dah lama tunggu?" soal Fir sambil mengambil tempat di sebelah Sally.
" Kalau boleh tumbuh janggut dah berjanggut dah kiteorang nih..." sindir ku. Mamat dua ekor tu hanya tanyang gigi je.
" Sha..teman aku beli barang jom" ajak Wan sambil menghulur tanganya, aku bangun dan menyambut huluranya.
" wah..couple of the year dah baik..." Fir bersorak, Yana dan Sally pula hanya gelak-gelak. Aku cuba buat muka serius tapi haram diorang tak heran. Last-last aku pun tergelak.
" Dah lah korang, aku majuk lagi baru tau..." ugut ku.
" heheheh..janganlah..nanti kesian kat orang sebelah kau tu, macam ayam berak kapur bila kau boikot jumpa dia" Wan tersegih-sengih cuma.
" Jomlah, jangan layan diorang ni. Sampai sudah tak habis" ujar Wan sambil menarik tanganku.
Kami berjalan-jalan sambil berbual-bual kosong tentang pelajaran memandangkan kami akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.
" Sha..kalau kau dapat sambung belajar ko nak pergi mana?" soal Wan.
" aku nak pergi Perak..aku nak cari pengalaman kat negeri orang, rimas asyik duduk Johor je" ujarku.
" Jauhnya...kau rimas jugaklah dengan aku ek?"
" Eh! Ke situ pulak kau ni..aku just nak tengok negeri orang je la...bukannya aku tak balik pun nanti..abis ko pulak?"
" aku pulak tak kisah, mana-mana pun aku ON je. Kalau dapat kat JB jugak pun ok, kalau jauh pun ok"
" Nanti..mesti bila kau dah belajar kau jumpa orang lainkan?" soalku. Ada rasa gusar dalam hatiku.
" Sha...aku tetap milik kau, kau jangan risau ye" kata Wan sambil mengangkat sedikit dagu ku agar melihat wajahnya. Aku tunduk kembali dan meneruskan langkah. Romli..satu janjikah itu???
-----
Peperiksaan SPM dah pun berakhir, hari ini merupakan paper lukisan bagi yang mengambil lukisan. Aku memang tak terlibat langsung tapi Romli mintak aku datang ke sekolah dia ingin menemui ku katanya. Aku menunggu Romli di rumah Yana seperti biasanya.
" Assalamualaikum..Yana..." kedengaran suara Romli di luar memberi salam.
" Waalaikumsalam...kejap eh aku panggil Mira"
" Mira!! Ni laki hang dah sampai!" jerit Yana
" Yer..aku datanglah ni...suka je cakap laki aku" omel ku.
" Jom Sha!" ajak Wan.
" Yana, aku blah dulu ek. Apa-apa hal call aku tau. Bye..kirim salam kat mak kau" aku pamit dari Yana.

Di tempat menunggu bas...
" Sha..aku ada benda nak cakap"
" Apa dia?" soal ku, dadaku berdebar-debar.
" Erm...macam ni...sebenarnya, Wan suka kat Sha, can u be my girl? Kita couple Sha? " aku terkesima, tak mampu bersuara. Aku hanya tergelak-gelak untuk menghilang debar di dadaku. Wajahnya ku pandang sekilas, aku terasa pipi ku panas, serasa darah mnyerbu ke wajah.
" Wan..r u serious with your word?" soal ku
" Yup!!" cukup yakin jawapanya.
" Bagi aku masa, aku terkejut sangat aku tak boleh nak bagi jawapan sekarang" ada riak hampa di wajahnya.
" Ok..Esok kita keluar. Kita dah janjikan nak keluar once paper dah habis"
" Ok..esok kita keluar"
" Sha..bas kau dah sampai. This is for you, Happy Birthday sayang...walaupun kau kenakan aku sebelum birthday aku." Ujarnya meningatkan peristiwa aku menegurnya pertama kali setelah sekian lama kami berperang. Aku hanya ketawa sambil tangan ku menyambut huluran hadiah buatku.
" Thanks Wan, see you tomorrow" ucapku sambil naik bas, tangan ku lambai padanya.

Di bilik ku...
Hadiah ku buka ternyata ada sekeping bingkai gambar dan gambar di dalam adalah gambar "perkahwinan" kami di dataran kejat sekolah dengan word "BEST COUPLE OF THE YEAR". Aku tersenyum sendirian. Siapalah yang baik hati ambil gambar kami ni. Sejarah betul!!
Telefon di tepi katil ku, ku angkat lantas nombor ku dail...deringan ku bersambut..
" Salam..."
" Sha.."
" Wan..Sha terima Wan" ucapku ringkas.
" Yahooo!!!"
" n thanx for the BEST COUPLE OF THE YEAR"
 

PASAR BORONG NOVEL Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo