Friday 20 May 2011

CERPEN:MUNGKIN NANTI

Bantal berbentuk hati itu dipeluknya erat. Dicuba untuk memejamkan matanya yang belum mengantuk lagi. Fikirannya tidak tenang dan asyik terfikirkan pertemuannya dengan Haikal di butik siang tadi. Tidak disangkanya lelaki yang selama ini dianggap tidak akan kembali semula dalam hidupnya tiba-tiba muncul semula.





Ish! Asal lambat sangat Julia masuk kerja hari ni.Selalunya dia yang sampai dulu sebelum aku. Tapi memang aku datang awal sikit hari ni.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Erm, siapa pula la yang call aku pagi-pagi ni.
" Assalamualaikum.."
" Cik Ika, saya mintak maaf. Hari ni saya datang lambat sikit. Ada hal sikit nak diuruskan. Dalam pukul 12.00 tengah hari nanti saya masuk kerja."
" Erm, baiklah. Jangan lambat pula. Sue tak kerja hari ni. Tak ada orang kat butik. Pukul 2.00 petang nanti saya ada appointment."
" Terima kasih Cik Ika. Saya janji saya tak akan lambat. Assalamualaikum."
Salam dijawab dan lantas panggilan tadi dimatikan. Aku terus ke bahagian belakang butik untuk melihat-lihat jika ada kerja yang perlu diselesaikan disitu. Tiba-tiba bell di pintu butik berbunyi menandakan ada seseorang melintasinya. Menyedari bunyi bell tadi, langkahku ku atur ke bahagian depan butik. Kelihatan seorang lelaki sedang membelek-belek baju di satu sudut butik.
" Assalamualaikum encik, boleh saya bantu? Encik nak beli baju untuk siapa? Kalau untuk isteri encik, saya rasa baju kurung biru ini sesuai untuk isteri encik," aku mengulurkan baju sutera berwarna biru kepada lelaki tersebut.
Lelaki yang sedang sibuk membelek-belek baju itu sedar dengan kedatangan aku dan lantas memalingkan mukanya ke arahku. Aku tergamam. Seperti tidak kusangka lelaki di hadapan ku ini adalah Haikal. Dia kelihatan tenang memandangku. Hati ku berdetik adakah benar lelaki yang berada di hadapanku ini adalah Haikal.
" Haikal." terpacul juga nama itu dari mulutku. Nama yang sudah lama aku tidak menyebutnya.
" Ya" dia masih lagi memandangku dan memberikan senyumannya yang sudah lama tidak aku lihat.
Aku menudukkan muka ku. Tidak tahan untuk aku memandang wajahnya dengan begitu lama. Setitis demi setitis air mata mula mengalir membasahi pipiku. Segala peristiwa lama yang sudah lama aku simpan kemas dalam kota ingatanku kini terimbas kembali. Ya Allah! Kenapa kau pertemukan aku dengannya semula. Bertahun-tahun untuk aku melupakannya. Tetapi kini setelah aku dapat melupakannya, tiba-tiba dia muncul di depan mataku. Aku tak boleh nak menghadapinya lagi. Walaupun pada hakikatnya nama itu tidak pernah luput dari kotak ingatanku.





Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Keletihan keluar berjalan-jalan dengan adiknya yang sedang cuti semester sungguh dirasainya.
Selesai menyiapkan kerjanya di depan skrin komputer, dia merebahkan dirinya di atas katil.
"Letihnya..baik aku masuk tidur. Esok boleh pergi butik awal sikit." gomelnya.
Selimut kutarik separas dada. Tiba-tiba telefon bimbit ku memainkan lagu kegemaranku, "Never Say Good Bye". Aku mencapai telefon bimbit yang terletak di atas meja. Siapa pula la call aku malam-malam ni. Tak boleh tengok orang senang sikit. Tak boleh ke call esok je? Hatiku mengomel sendirian.
" Assalamualaikum.. Ika ke tu?," kedengaran suara dihujung talian. Suara di hujung talian itu cukup dikenalinya. Tak mungkin dia yang call aku. Dia bukan ada nombor telefon aku yang baru ni.
" Waalaikumsalam.. Ye, siapa ni? Ada apa call malam-malam ni?"
"Ika,ni aku la, Haikal. Dah tak kenal lagi ke? Sori la kalau mengganggu kau malam-malam ni." Aku tergamam mendengar nama itu disebut. Macam mana pula dia boleh dapat nombor telefon aku ni? Aku rasa,aku baru je guna nombor ni tahun lepas.
"Hello Assalamualaikum..Ika, are you still there?" Haikal bersuara, mungkin sudah terlalu lama aku membisu.
"Erm,yup!" aku masih tidak percaya dengan apa yang kudengar.
"Ika apa khabar? Saja je nak tanya khabar. Dah lamakan kita tak berbual macam ni."
" I’m okey. Kenapa tiba-tiba nak tanya khabar ni? Dah tak ada kerja lain ke? Macam mana kau boleh dapat nombor telefon aku?" bertalu-talu soalan keluar daripada mulut ku.
" Aku minta daripada Julia, staf kau kat butik. Nasib baik dia datang lepas kau tinggalkan aku sorang-sorang kat butik hari tu. Nasib baik aku bukan perompak, kalau tak dah lama aku rompak kedai kau."
" Kenapa kau minta nombor telefon aku? Bukan ke kau dah tak nak contact aku lagi, seperti kau pernah bagitau aku 5 tahun dulu. Kau yang suruh aku lupakan kau. Tapi tiba-tiba kau datang balik dan contact aku. Apa semua ni? Aku tak faham." Pantas saja bibir ku mengatur ayat.
" Ika, aku sedar semua tu salah aku. Aku contact kau ni pun sebab nak mintak maaf atas apa yang berlaku. Aku harap kita dapat jadi kawan baik macam dulu lagi. Kita buang yang keruh dan ambil yang jernih"
" Cukup la Haikal apa yang dah berlaku dulu. Aku tak nak ianya berlaku lagi. Maafkan Ika.." Talian terus dimatikan. Tak tahan rasanya dia mendengar suara itu lagi. Haikal kenapa baru sekarang kau muncul. Cerita kita dah lama berakhir. Kau juga yang mintak persahabatan kita berakhir dulu.





" Hai, Cik Ika! Awal datang hari ni? Hah! Tadi ada orang hantar bunga untuk Cik Ika. Bunga tu saya letak atas meja bilik Cik Ika. Wah! Cik Ika sekarang dah ada peminat la." Julia tersenyum sambil melihat aku melangkah masuk ke bilikku.
" Eh, awak ni Julia pandai-pandai je cakap saya ada peminat. Awak kenal siapa yang hantar bunga tu?" tanyaku kepada Julia.
" Mana la saya kenal peminat Cik Ika. Lagipun florist girl yang hantar bunga tu tadi. Kalau Cik Ika nak tau siapa yang hantar, Cik Ika tengok la sendiri dekat kad tu. Mesti nama pengirimnya ada tertulis dalam kad tu." Julia menudingkan jarinya ke arah kad yang berwarna biru.
Ada-ada aje si budak Julia ni. Bunga dan kad biru yang diletakkan di atas meja diambil. Siapa pula la yang bagi aku bunga hari ni. Nak kata hari ni hari lahir aku,lama lagi. Erm, tapi tak apa la. Dah orang bagi ambil je la, Lagipun ros ‘putih’ ni memang bunga kesukaan aku. Zie membuka kad biru itu dan tulisan berdakwat hitam yang tertulis kemas di dalam kad itu dibaca.

"Forgive me, please… give me a chance.."
M.H.M.Y..

Kad biru itu ku letakkan di atas meja. Setitis demi setitis air mataku mengalir. Nama itu sudah cukup untuk memberitahu siapa pengirim ros ‘putih’ itu.
Tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit memainkan lagu "Never Say Good Bye". Nama Haikal tertera di skrin telefonnya. Dia membiarkan sahaja telefonnya berbunyi.
Lima minit kemudian, telefonnya berbunyi lagi. Lagi sekali nama Haikal tertera di skrin telefonnya. Dia memandang telefonnya. Telefon di atas meja itu dicapai.
"Assalamualaikum.." sayu sahaja suaranya menyambut panggilan itu.
" Waalaikumsalam.. Ika.." sambut suatu suara dihujung talian.
" Haikal nak apa ni?"
" Aku betul-betul nak mintak maaf dengan kau ni. Please Ika..forgive me."
" Bukan ke aku dah cakap dengan kau malam tadi. Cukup la dengan apa yang kau dah buat dengan aku dulu. Aku tak nak ungkit lagi perkara tu. Persahabatan kita dah lama berakhir. Cukuplah hati aku pernah dilukai dulu. Aku tak nak ianya terluka lagi."
" Give me a chance untuk terangkan perkara sebenar. Aku sedar kesalahan aku dulu. Tolong bagi aku peluang untuk betulkan semuanya. Please Ika.." amboi,sedih semacam je mamat ni. Kesian la pula.
" Okey, aku bagi kau satu peluang." Kenapa la aku selalu kalah dengan mamat ni.
" Okey, aku ambil kau dekat rumah malam ni pukul 8.00 malam." Erm, ceria pula suara dia. Tadi punya la sedih.
" Ambil dekat rumah aku? Macam mana kau boleh tahu rumah aku dekat mana? Julia bagitau lagi ke?" tanyaku hairan. Si budak Julia ni memang nak kena.
"Eh! Tak ada la.. Dah lama dah aku tahu kau duduk mana. Aku dapat alamat rumah kau daripada Suria. Aku jumpa dia time reunion sekolah kita bulan lepas. Aku cari juga kau masa reunion tu. Tapi tak jumpa."
" Kenapa cari aku time reunion tu? Maya tak marah ke kau cari aku?" sempat juga aku memerlinya. Tiba-tiba suasana sepi seketika. Haikal hanya terdiam di hujung talian.
"Erm, Haikal..Okey la. Aku banyak kerja ni. Assalamualaikum.." Sengaja dia menamatkan perbualan itu. Takut keadaan menjadi semakin tegang.





Satu persatu baju dikeluarkan dari almari bajunya. Semuanya dirasakan tidak sesuai.
"Ah! Apa yang aku kesah sangat nak pakai baju apa malam ni. Bukannya aku nak pergi candle light dinner dengan ‘my prince charming’. Aku just nak keluar makan dengan Haikal aje. Buat ape nak melaram sangat.",bebel Ika sambil mengeluarkan baju yang terakhir dalam almarinya.
"Huh!" Ika mengeluh sambil melihat baju-baju yang telah dikeluarkan bersepah diatas katil. Jam di dinding menunjukkan pukul 7.00 malam. Tangannya lantas mencapai tuala. Dia perlu bersiap cepat.
Selesai menunaikan solat maghrib, blouse berwarna biru lembut disarung dibadannya. Blouse tadi nampak cantik di badannya yang tinggi lampai sambil dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam. Selepas bersolek ala kadar, dia mencapai tas tangan berwarna biru yang sepadan dengan blousenya. Buat kali terakhir dipandangnya sekali imbas di depan cermin. Setelah dirasakan segalanya complete, dia mengatur langkah ke ruang tamu. Tiba-tiba, bunyi loceng pintu kedengaran.
Huh! Cepat juga mamat ni sampai. Lagi lima minit pukul lapan dah terpacak depan rumah aku. Tiba-tiba dadanya terasa berdebar. Dengan perlahan dia membuka pintu rumahnya. Dia terdiam sebentar. Terkejut melihat Haikal yang nampak lebih hensem malam ni.
"Hai! Cik adik saya tahu la saya ni hensem. Tapi jangan la pandang sampai macam tu."
Eh! Alamak, apa yang aku buat ni. Mak!!! Malunya. Ish! Perasan betul la mamat ni. Tapi aku memang mengaku la dia nampak hensem malam ni. Erm, relax Ika, kau jangan mengaku kalah dengan mamat ni. Ingat ape yang dia pernah buat dekat kau dulu.





Daripada tadi diam je mamat ni. Dia juga yang ajak aku keluar tapi sepatah haram pun dia tak cakap. Membisu je dari tadi. Tak akan dah jadi bisu kot. Tadi bukan main seronok kenakan aku dekat depan pintu rumah aku.
Huh!macam mana aku nak mulakan ni. Tadi aku rasa okey je masa nak keluar rumah. Bila dah jumpa dia depan mata, hilang semua idea aku nak cakap. Dia memang dah berubah. Ika yang nakal dan ganas yang aku pernah kenal dulu dah berubah menjadi seorang perempuan yang sopan. Erm,ni barulah dinamakan betul-betul perempuan.
Teringat pula peristiwa lama. Ika pernah mengamuk sebab ada seorang budak lelaki cakap perangai dia tak macam perempuan. Harap pada nama je perempuan. Bagai nak tergelak aku masa dia mengadu kat aku. Ika memang selalu cerita masalah dia dekat aku. Sehingga masalah kecil pun dia cerita kat aku. Walaupun pada mata kasar dia nampak ganas dan tak selembut gadis-gadis lain tetapi hatinya sangat lembut dan sensitif. Aku rindukan saat-saat itu. Tapi…tu semua dulu. Masa kami rapat. Tapi keakraban kami tak lama. Persahabatan yang indah itu aku sendiri yang telah hancurkan. Semuanya salah aku yang percaya dan sayang sangat dekat kekasihku sampai aku sanggup lukakan hati orang yang bergelar sahabat. Aku memang buta. Buta dalam mengenal erti persahabatan yang sebenar.
Aik? Bertambah pelik aku tengok mamat ni. Macam dah tak betul. Senyum sorang-sorang lepas tu tiba-tiba buat muka sedih. Ni tak boleh jadi. Baik aku tanya dia apa yang dia nak cakap dengan aku. Parah pula jadinya nanti kalau dibiar lama-lama.
"Erm,assalamuailaikum En.Haikal. Boleh tanya tak? Apa tujuan kita datang sini? Dah lama saya tunggu."
"Oh! Sorry..sorry..Terlupa pula. Apa ek sebenarnya tujuan kita datang sini?" Apa aku cakap ni? Blur pula rasanya otak aku malam ni. Agaknya dia perasan tak aku senyum sorang-sorang tadi. Malu aku kalau dia perasan.
Eh!mamat ni. Aku tanya dia, dia boleh tanya aku balik pula. Aku rasa mamat ni dah tahap kritikal ni.
"Anyway kalau tak ada apa-apa. Aku rasa lebih baik aku balik je. Aku tak nak buang masa. Aku ada banyak kerja ni. Tak de masa nak layan benda-benda bodoh macam ni." Aku bingkas dari kerusi dan mencapai tas tanganku.
Lantas tangan Haikal menarik tanganku. Aku menoleh kearahnya.
"Ika,duduk dulu. Kita bincang dulu. Nanti aku hantar kau balik. I’m sorry ok."
Aku duduk semula. Dengan tenang aku menunggu Haikal untuk memulakan kata-katanya. Haikal tertunduk dan sesekali matanya yang redup dan kuyu itu memandang tepat ke arah mataku. Aku lemah melihat mata itu. Mata yang pernah membuat aku jatuh cinta dengan pemiliknya. Mata redup yang membuatkan sesiapa yang memandangnya pasti akan berasa tenang.
"Ika,maafkan aku dengan apa yang aku dah buat pada kau dulu. Aku mengaku, aku yang silap menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Aku hanyut dalam mainan cinta yang Maya cipta untuk aku sehingga aku lebih percayakan Maya daripada kau,sahabat baik aku yang telah lama hadir dalam hidup aku. Aku percaya semua tuduhan yang dilemparkan kepada kau. Walaupun pada hakikatnya aku tahu Maya yang memulakannya dengan mengada-adakan cerita untuk melagakan kita. Aku ikut aje apa yang Maya suruh. Aku tinggalkan kau. Aku lukakan hati kau. Hati seorang insan yang tak pernah sekali melukakan hati aku." Haikal tertunduk.
"Masa malam kejadian tu, selepas korang berdua berbincang untuk berdamai. Maya minta aku buat pilihan antara kau atau dia. Aku keliru malam tu. Seperti aku pernah cakap dengan kau dulu. Bila nak jaga hati kau, Maya kecil hati. Bila nak jaga hati Maya, kau pula kecil hati. Aku tak tahu nak buat apa. Korang berdua penting dalam hidup aku. Kau sahabat baik aku. Maya pula awek aku. Aku betul-betul bingung malam tu. Sebab aku tak nak pening-peningkan kepala aku, pagi tu aku buat keputusan untuk putuskan persahabatan kita. Aku minta maaf sebab pagi tu aku tak dapat bagitau kau kenapa aku nak putuskan persahabatn kita. Sekarang… Selepas Maya tinggalkan aku, barulah aku sedar aku dah banyak lukakan hati kau. Masa tu barulah aku tahu bagaimana sakitnya hati kau. Aku nak contact kau, tapi aku malu. Aku malu pada kau sebab aku pernah suruh kau jangan contact aku lagi. Aku tak hiraukan perasan kau waktu tu. Aku dah banyak buat salah. Aku pernah maki kau masa kau minta penjelasan dari aku dulu. Maafkan aku...Aku harap kita boleh jadi kawan baik macam dulu lagi."
Kelihatan air mata jernih mengalir di pipi Haikal. Dia betul-betul insaf. Hasratnya untuk menemui Ika dan menerangkan segala kesalahannya akhirnya tercapai. Tidak disangka pertemuannya dengan Suria semasa di reunion sekolahnya bulan lepas membuahkan hasil. Sudah lama dia cuba untuk menghubungi Ika tapi gagal. Sehingga dia bertemu Suria yang memberinya alamat rumah dan alamat butik Ika.
"Tapi kenapa baru sekarang kau sedar? Kenapa tak dari dulu? Banyak kali aku try nak pulihkan persahabatan kita. Tapi apa yang kau balas dekat aku? Kau maki aku, kau paksa aku jangan contact kau lagi. Segala-galanya dah terlambat. Kau tahu tak betapa sakitnya hati aku. Dimaki sahabat baik sendiri. Aku sedar, aku tak lebih daripada hanya seorang sahabat bagi kau. Tapi kebencian yang kau berikan pada aku memang susah aku nak maafkan. Aku memang betul-betul tak faham, kenapa kau mesti benci aku sampai macam aku ni buat salah yang besar sangat! Aku tak kesah kalau kau tak nak anggap aku ni sahabat baik kau lagi, tapi kenapa mesti buang aku macam tu sekali? Okey lah..sekarang ni,aku rasa lebih baik kita dengan life kita masing-masing. Kita lupakan semua cerita kita yang dulu. Anggap macam kau tak pernah kenal aku sebelum ni."
Ika tunduk. Tidak tertahan rasa hatinya. Segala yang terpendam selama ini dikeluarkannya. Hatinya puas dapat meluahkan segala-galanya. Dia bingkas dari tempat duduknya dan meninggalkan sepucuk surat kepada Haikal. Dia perlu beredar secepat mungkin sebelum kekuatannya hilang.
Haikal yang tak terdaya membuat apa-apa hanya mampu memandang gadis itu mengatur langkah meninggalkannya. Dia sedar dia yang bersalah. Dia tak salahkan Ika. Ika memang ada hak untuk berkata begitu kepadanya setelah apa yang dia pernah lakukan kepada gadis itu. Lalu dia mengambil surat yang ditinggalkan oleh Ika. Dia membuka dan membacanya..


Haikal,

Aku tahu kembalinya kau kali ini untuk menyambungkan kembali ikatan persahabatan kita yang telah kau putuskan dulu. Aku tahu kau dah sedar kesalahan kau. Dan kau datang berjumpa aku dengan niat yang suci untuk memohon kemaafan daripada ku. Namun, aku nak kau tahu bahawa sejak dulu lagi aku telah memaafkan segala kesalahan kau. Walaupun kau buang aku, kau benci aku, kau maki aku, tapi aku tetap anggap ianya bukan kehendak kau. Kau tersepit di antara sahabat dan kekasih. Demi untuk kebaikan kau dan aku, cukuplah segala-galanya sampai di sini. Anggaplah semuanya sudah berakhir. Aku harap selepas ni kau tak cari aku lagi dan kau tak ungkit lagi peristiwa lama tu. Biarlah ianya menjadi sebuah kenangan buat kita dan aku harap kita dapat belajar sesuatu daripadanya. Dulu kau pernah tanya aku kenapa aku selalu tujukan lagu ‘sahabat’ nyanyian aizat tu untuk kau. Sekarang aku rasa kau dah faham kenapa aku tujukan lagu ‘sahabat’ tu pada kau dulukan. Lagu tu menceritakan tentang cerita kita. Aku harap keputusan aku ini tepat. Bukan aku nak buang kau daripada hidup aku. Tapi mengertilah sehingga hari ini aku tak pernah lupakan kau. Setiap tahun aku ingat tarikh lahir kau,aku ingat semua kenangan manis kita, aku ingat segala nasihat dan kata-kata kau. 5 tahun aku cuba untuk melupakan kau. Dalam 5 tahun aku bagaikan orang bodoh yang masih mengharapkan sahabat baiknya akan kembali kepadanya. 5 tahun hidup aku tak seceria seperti semasa kita bersama. Aku seperti orang yang kehilangan tempat mengadu, tempat meluahkan masalah. 5 tahun aku belajar untuk hidup berdikari tanpa seorang teman baik di sisi. Bukan aku tak menerima kehadiran teman baru, tetapi tiada seorang pun yang seperti kau, yang memahami aku, yang biasa dengan perangai aku. Kadang-kadang aku menangis sendiri kerana tiada siapa untuk aku berkongsi masalah. Kawan-kawan baruku di kampus lah yang banyak memberi aku kekuatan untuk aku meneruskan perjalanan hidup aku selepas ketiadaan kau. Mereka lah yang menyedarkan aku bahawa aku tidak keseorangan. Aku sedar aku pun salah kerana merahsiakan perasaanku terhadap diri kau. Bukan aku sengaja merahsiakannya. Tetapi aku takut. Aku takut persahabatan kita akan terputus jika kau mengetahuinya. Aku tak nak kehilangan kau. Disebabkan itu, aku bertahan untuk merahsiakannya. Dan aku juga memaksa diriku untuk hanya menerima dirimu sebagai seorang sahabat baik dan tidak lebih daripada itu. Aku sedar diriku tidak sepadan dengan dirimu. Aku tidak seperti perempuan-perempuan yang kau cintai. Kau sendiri faham dengan perangaiku dulu. Buat pengetahuan kau, hatiku sakit ketika kau memberitahu diriku yang kau meminati Maya. Namun demi kebahagian kau aku sanggup menolong kau mendapatkan Maya. Namun tidak ku sangka pertolonganku itu akan kau balas dengan kebencian. Kau buang aku semata-mata kerana kau lebih percayakan kekasih kau yang baru hadir di antara kita. Aku sedar kedudukan aku tidak lebih hanya sebagai seorang sahabat baik. Tetapi perbuatan kau itu membuatkan aku cukup terkilan. Di sini aku nak minta maaf daripada kau atas kesalahan-kesalahan aku selama ini. Aku harap kau dapat memaafkannya.. Akhir kata, aku harap kau akan dapat hidup lebih bahagia selepas ni.

Sahabatmu,
Ika






Haikal melipat kembali surat yang sudah dibacanya entah yang ke berapa kali itu. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap pejabatnya.
Ika, bahagiakah kau dengan keputusan yang kau buat? Maafkan aku Ika aku tak dapat nak melupakan kau. Aku harap suatu hari nanti hati kau akan terbuka untuk menerima diriku kembali…

0 comments:

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM..
comment la cket walaupun 1 ekk
trimas semua..=)

 

PASAR BORONG NOVEL Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo