Tuesday 3 May 2011

CERPEN:MASIH ADA CINTA

Arghhh... Mia seakan- akan mahu menjerit. Dengusan keras kedengaran sebelum Mia bangkit dari katil. Pintu lungsur ditolak kasar. Keindahan malam tidak menyejukkan hati Mia sekarang. Mia duduk bersandar di pintu lungsur sambil mendongak ke dada langit. Bintang- bintang bersinar gemerlapan cuba dihitung. Satu tabiat yang kini menjadi hobi. Mengira bintang- bintang di saat- saat hati kecewa. Air mata cuba ditahan. ‘Sampai hati mama buat macam ni. Ada ke patut dia suruh aku bertunang dengan anak kawan lama dia. Tapi, padan muka! Selamat je cincin tu dalam laci. Ada aku kisah. Tunang aku pun aku tak tau macam mana rupa dia. Hish!!’

"Mia!" laung satu suara. Suara yang setiap hari didengarinya. Dia berpaling. Nabil tersengih. "Jom, temankan aku makan." Rengek Nabil. Mia hanya mencebik sebelum membalas. "Kau ni kat rumah tak makan ke?" sengihan bertukar menjadi senyuman. "Ala, prof kan tak datang lagi. Awal lagi kan..? Macamlah kau tak biasa dengan aku. Kau takut pakwe kau marah ke?"Soal Nabil lagi. Wajahnya diseriuskan. Mia mendengus geram. "Weh, kau ni! Kau yang dok berkepit dengan aku 24 jam, kau ada nampak aku dengan jantan lain ke?" marah Mia. "Alala, janganlah marah. Aku gurau je pun. Tu pun nak sentap. Jom, aku belanja minum Horlicks nak? Kau kan suka Horlicks!"pujuk Nabil. Mia tidak jadi marah. "Aku tak nak Horlicks saje. Aku nak makan mee goreng sekali." Sengaja Mia mengenakan Nabil. Tahu sahabatnya itu seorang yang tidak berkira. Namun, hanya dia yang menganggap Nabil lebih dari seorang sahabat. Dia melepaskan keluhan. ‘Kan best kalau tunang aku, orang yang aku cinta.’

Wajah Nabil di sebelah, diperhati sedalam- dalamnya. Celoteh Nabil yang tidak putus- putus keluar dari mulutnya langsung tidak masuk di dalam fikiran Mia. "Kau dah sampai ke angkasa lepas ke?"gurauan Nabil itu berjaya mengembalikan Mia yang sudah jauh dalam dunia khayalan. Khayalan di mana dia dan Nabil sedang mengecapi bahagia. Berdua. "Huh? Kau tanya apa tadi?" Dia memandang Nabil terkebil- kebil. Nabil sudah menggeleng. Kerusi ditarik. Dia duduk bertentangan dengan Mia. "Kau ada problem ke? Nak kongsi dengan aku?" Nabil bersuara prihatin. Mia terharu. Sahabatnya yang satu ini amat menyenangkannya. Sentiasa peka dengan segala perubahan yang ditonjolkannya. ‘Macam manalah aku tak jatuh hati dengan dia.’bisik hati Mia lagi.

"Ermm, aku mana ade problem. Kau je yang saje- saje buat cerita. Dah order belum?" Nabil masih merenungnya. Riaknya serius. Mia terasa bagai lehernya dijerut. "Bil, aku tak tipulah. Aku takde problem ni, jangan risau!" "Betul ni?" Nabil masih bertanya. Mia mengangguk sekali. Seketika, dia menunduk. Menyembunyikan air jernih yang mula memenuhi tubir mata. "Mia..."seru Nabil lagi. Nabil mengeluh perlahan. ‘Konon takde problem, tapi matanya berkaca. Nak tipu aku konon.’getus hati Nabil. Faham benar dengan sahabatnya itu. Rapat sehingga dapat dibaca segala tindak tanduk Mia. "Jom ikut aku. Sini tak sesuai." Pantas Mia mendongak. "Tangan kau dah cukup insurans ke? Nak aku potong?" Mia menjeling lengannya yang dipegang oleh Nabil. Nabil tersengih. "Opps, sorry." Dia melepaskan pegangannya. Langkah kaki mereka menuju ke arah taman mini yang disediakan di fakulti mereka.


"Malam ni mama nak adakan parti. Mia kena pakai pakaian yang cantik- cantik sebab tunang Mia akan datang malam ni. Faham?" mama mengarahkan. Mia hanya mengangguk perlahan. "Ma, kalau Mia ajak Nabil, boleh tak?" "Ikut sukalah. Parti ni pun parti Mia jugak. Mama akan beritahu tentang pertunangan Mia dengan Amat." Mia terkedu. Dia berpaling ke arah mamanya. Mamanya sudah melangkah ke biliknya. Dia berpaling pula ke arah Uncle Nazim, bapa tirinya. "Sorry, dear. Uncle tak dapat bantu. Mama dah keluarkan arahannya." Mia mendengus. ‘Choop..choop..tunang aku nama Amat? Macam pernah dengar je?’ Deringan telefon bimbitnya mematikan lamunan. "Waalaikumussalam. Ermm. Asal?" Mia bingkas bangun dari duduknya. Dia keluar mencari privasi. Suara Nabil di hujung talian kedengaran ceria. Menceritakan gosip yang baru didengarinya. "Bil, aku nak jemput kau datang malam ni. Mama adakan parti. Ok, aku ada kerja ni. Jumpa kau malam ni." Slide ditarik. Dia berlari menaiki tangga. Dia menghempaskan dirinya ke atas katil. Laungan Mak Jah tidak dihiraukannya. Biarlah dia bersendiri seketika. ‘Papa, Mia rindukan papa.’

Baju kebaya yang disediakan mama, dipandang sebelah mata. ‘Mak oi, sendat gila!’ Dia mencari- cari pakaian yang sesuai di dalam almari pakaiannya pula. Sepasang baju kurung dicapai. Tudung warna senada juga ditarik. Dia segera menyerika pakaiannya. Tetamu mula hadir setelah dia siap menunaikan solat maghrib. Dia segera bersiap. ‘Aiyaak, make-up siapa ada atas meja ni? Mama, Mia tak suka make-up la...’ Dia mendengus perlahan. Tanpa amaran, pintu dikuak dari luar. "La...kenapa tak pakai kebaya yang mama belikan?" Mama bercekak pinggang. Wajah Mia yang telah siap bertudung, ditenung tajam. "Mama, baju tu sendat sangatlah. Mia kan tak suka pakai baju sendat- sendat. Rimas!" Mamanya masih mencerun marah. Mama mendengus marah sebelum dia melangkah keluar. "Ikut sukalah. Jangan turun lambat sangat. Amat dah sampai." Mia menempek bedak buat kali terakhir.

‘Siapalah Amat tu? Handsome macam Nabil ke tak?’ Dia tersenyum kecil sebelum melangkah turun untuk mendapatkan tetamu di luar rumah. Mama menarik Mia mendekatinya. "Amat ada di luar." Bisik mama sambil bibirnya menguntum senyuman manis. Uncle Nazim pula tersenyum penuh makna. Dada Mia tiba- tiba berdetak laju. Berdebar dalam keinginannya untuk melihat tunangnya. Perlahan dia mengorak langkah. Wajah seorang pemuda terlayar di pandangan. ‘Kacak!’ Pemuda itu memberikan senyuman kepadanya. Pemuda itu melangkah ke arahnya. "Hai." Mia terkaku apabila pemuda itu menegurnya. ‘Wahh, untungnya aku jadi tunangnya. Handsome siot! Macam Max kumpulan TVXQ dan iras macam Jerry kumpulan F4 pun ada jugak!’bisik hatinya. "Hai, Amat." Pemuda itu jelas terkejut. "Macam mana awak tahu nama saya Ahmad? Saya Ahmad Haikal." Giliran Mia pula terpana. ‘Pandai betul dia buat lawak!’

"Oh, saya Mia. Mia Irin." Dia hanya menunduk memberi penghormatan apabila Haikal menghulurkan tangan untuk bersalam. "Weh, puas aku dok melambai- lambai kau." Nabil yang entah dari mana muncul di hadapan Mia. "Eh, kau bila sampai? Kejap, Haikal." Mia segera berlalu. Dia menggamit Nabil mendekatinya. "Bil, handsome tak lelaki itu?" Nabil membuang pandang ke arah pemuda yang diunjukkan Mia. "Handsome lagi aku!" Nabil berseloroh. Mia menjeling. "Eleh, perasan! Dialah tunang aku." Mia memperkenalkan. Nabil terkedu. Dia melihat Mia dengan pandangan tidak percaya. "Kau pun dah naik angkasa lepas ke?" ejek Mia. Nabil tersengih. Dia mengerling jari manis sahabatnya. Sebentuk cincin terletak elok di situ. Matanya kembali menala ke wajah Mia yang masih mengusha lelaki yang dikatakan tunangnya itu. ‘Kenapa aku rasa semacam je ni? Jealous? Ngaa~~’ Dia menggeleng perlahan menidakkan apa yang difikirkannya.

"Mia, sudah- sudahlah kau usha dia. Aku ni lapar tahu tak?"ujar Nabil sambil mengusap- usap perutnya. Mia yang terlupa akan kehadiran Nabil di sebelahnya, menepuk dahi. Dia tersengih. "Jom. Kita pergi makan. Aku belanja." Nabil ketawa. "Kepala lutut kau! Dah parti kau, mestilah kau yang belanja. Tapi duit semua, mama kau yang bawa keluar. Bukan guna duit kau pun. Kalau kedekut, cakap je kedekut." Mia menjeling sedas. "Ha...jelinglah jeling. Kang, aku terjatuh hati kat kau, merana tunang kau yang handsome tu... padan muka!" ujar Nabil selamba. Wajah Mia di sebelahnya sudah memerah. Geram kerana dipermainkan. "Jomlah. Banyak songehlah kau ni!" Mia melampias rasa marahnya. Dengan Nabil, dia bebas melakukan apa sahaja. Dia tahu, Nabil tidak kisah semua itu.



"Amboi, Mia. Sekarang ni susah aku nak tengok kau. Kau pergi mana lepas kelas? Dah tak nak lepak dengan aku dah ke?"ujar Nabil. Ada rasa kecewa terselit di dalam nadanya. Dia bertenggek di meja tempat duduk Mia. Mia hanya tersenyum. "Aku jumpa tunang aku lah. Dating! Jangan jealous!" Mia tersenyum bangga. "E’eleh...macam kau seorang yang ada tunang! Kau nak pergi mana lepas ni? Jom teman aku makan?"ajak Nabil. Mia menggeleng. "Aku tak bolehlah. Aku ada janji dengan Amat. Aku cau dulu. Bye." Mia berlalu meninggalkan Nabil yang terpinga- pinga.

Nabil mengeluh perlahan. Sejak parti Mia, Mia seakan- akan jauh darinya. "Assalamualaikum." Salam yang diberikan oleh satu suara dijawab perlahan. Nabil tersenyum hambar. Wajah Amir dipandangnya. "Boleh aku duduk?" Nabil hanya mengangguk. "Sure. Kau dah makan?"soalnya. "Nak makan lah ni. Jom."
"Kau makanlah. Aku minum je. Aku tak lapar." Straw di dalam gelas, diputar- putar. Fikirannya kosong. Seketika, dia menyedut horlicks. Teringat akan air kesukaan Mia. Mia akan sentiasa meminta horlicks sehinggakan dia terikut- ikut dengan gadis tersebut. "Bro, aku nak tanya sikit." Nabil kembali memandang wajah teman sebiliknya di kolej.

"Kau ada problem ke dengan Mia? Jarang dah aku nampak korang sama- sama lagi?" tanya Amir prihatin. "Entahlah aku. Aku okey je dengan dia. Dia dah ada lelaki lainlah. Dah tak pandang aku lagi dah." Nabil tersenyum hambar. Amir di hadapan memandang simpati. "Bunga bukan sekuntum, Bil. Aku sure ramai lagi perempuan yang nakkan kau. Cuba kau pergi ayat mana- mana minah dekat kolej ni, confirm mesti lekat punyalah!" nasihat Amir berunsur cabaran.

Nabil hanya mengangguk. Malas melayan idea sahabatnya. Hatinya hanya untuk Mia. ‘Eh, sejak bila aku jatuh cinta dengan sahabat sendiri ni?’ Hatinya gelisah memikirkan jawapan persoalannya itu.


Mia duduk setentang dengan Nabil. "Asal hari ni tak keluar?" Soalan pertama yang keluar dari mulut Nabil setelah mereka diam buat beberapa ketika. Mia hanya tersengih. "Kalau ikutkan aku, hari ni pun aku keluar jugak tau! Cuma Amat je sibuk. Orang dah bekerjalah katakan!!"Sengihannya masih belum cair. Sengaja menaikkan api cemburu rakannya itu. Nabil di hadapan hanya mencebik. "Ye la. Jom. Aku dah boring study ni. Kita jalan- jalan dekat Mid, amacam?"usul Nabil. Matanya sengaja dikedip- kedipkan beberapa kali. Terpana Mia melihat reaksi yang ditonjolkan oleh Nabil. Jarang benar Nabil bereaksi manja dengannya. Dadanya berdebar kuat. Spontan dia memegang dadanya dengan harapan agar debaran tidak menggila.

"Oih, kau ni tak habis- habis dengan berangan! Nak ikut jejak Mat Jenin ke?" Teguran Nabil memecahkan lamunan Mia. Mia tersengih. "Hehe...kenapa? Kau jealous ke kalau aku ikut jejak mat Jenin sekalipun? Aku tau lah kau tu teringin sangat nak ikut Pak Pandir!" Mia memerli. Lidahnya dijelir sedikit.

"Pandailah kau!" Tangannya dihayun ke udara. Lagaknya seperti ingin memukul bahu Mia. Akan tetapi terhenti di udara. "Opps, sorry. Terlupa pula, kau bukan adik aku. Jomlah. Banyak cakaplah kau ni!" Nabil menghayun langkah meninggalkan Mia yang masih terpinga- pinga. Mia merenung belakang Nabil yang makin jauh melangkah. ‘Kenapa dia tak macam Amat? Kenapa dia lebih buat hatiku tertarik kepadanya? Mia! Ingat Amat banyak- banyak! Dia tu tunang kau, bukan Nabil.’ Mia menggeleng perlahan. Dia segera mengejar Nabil yang sudah bercekak pinggang beberapa meter di hadapannya. Wajahnya diserikan dengan senyuman manisnya.


Pang! Langkahnya mati. Dia perlahan- lahan berpaling. "Kau ingat kau tu siapa hah? Perempuan tak tahu malu!"seusai kata- kata itu, tangan perempuan yang mungkin tua setahun atau dua tahun dari Mia kembali dihayun. Mia yang melihat cemas. Wajahnya pucat kerana tidak menyangka dia akan berhadapan dengan situasi ini. Nabil cepat- cepat menangkap lengan perempuan itu sebelum sempat mendarat buat kali kedua di pipi Mia.

"Kau ni siapa nak halang aku ganyang perempuan ni?"penuh kebencian dia mempamerkan wajahnya. Dia memandang jelik ke arah Mia. Mia masih menikus. Tidak tahu ingin berkata apa walaupun dia tahu dia tidak bersalah. Orang yang lalu lalang berbisik- bisik sesama sendiri. Nabil menarik nafas. Orang yang sedang marah, tidak seharusnya memakinya kembali. "Apa yang terjadi sebenarnya ni cik?"soal Nabil lembut. Dia tidak mahu menambah lagi kekecohan di kompleks beli belah itu. "Apa kata kita duduk dulu. Kita bincang baik- baik?" cadang Nabil lagi. Dia memandang Mia. Wajahnya seperti tadi. Sepatah perkataan pun belum keluar dari mulutnya.

"Tak usah! Perempuan perampas macam ni sepatutnya tak payah nak buat baik dengannya. Awak jangan terpedaya dengan perempuan macam dia ni!"marah perempuan itu lagi. Tangannya dipanjangkan ke kepala Mia. Dia mencubit kuat pipi Mia tanpa sempat dihalang. Nabil terlongo. ‘Perempuan ni kalau marah, dahsyat betul!’ "Cik...bertenang." Nabil menarik lengan perempuan agar menjauhi Mia yang wajahnya kini memerah. Ada takungan di tubir matanya. "Kita tak boleh berbincang dengan rasional kalau cik marah macam ni. Jom, kita ke situ." Nabil menghala langkahnya menuju ke restoran.

"Apa yang Mia dah buat sebenarnya?"soal Nabil. Entah kenapa dia tidak sanggup melihat wajah di sebelahnya muram sebegitu. Disebabkan inilah dia dengan secara tidak langsung menjadi jurucakap bagi pihak Mia. "Oh. Nama perempuan perampas ni Mia rupanya! Encik, perempuan ni telah merampas tunang saya. Siapa yang tak marah, kalau ada perempuan yang nak rampas tunang kita! Encik tahu tak, gara- gara perempuan ni, pertunangan kami putus! Majlis perkahwinan kami tak sampai sebulan lagi tahu! Mak bapak saya dah tak tahu nak sorok muka di mana. Kerana perempuan ni, keluarga saya dapat malu!"lancar perempuan yang belum memperkenalkan namanya itu bercakap. Nabil dan Mia mempamerkan wajah ‘blur’. "Siapa tunang cik?"soal Nabil lagi. Mia di sebelah juga bagaikan tidak sabar mendengar jawapan dari perempuan tersebut.

"Haikal. Ahmad Haikal." Mia tersandar sebaik sahaja telinganya menangkap sebaris nama yang terluncur keluar dari mulut perempuan tersebut. Nabil berpaling demi melihat wajah Mia. "Haikal tunang awak? Macam mana...macam mana dia boleh bertunang dengan dua orang dalam masa yang sama?" Mia menyoal. Barangkali dia sudah mempunyai kekuatan untuk berbicara. Kali ini, perempuan itu pula yang terpinga- pinga. "Dia tu tunang saya. Macam mana dia boleh bertunang dengan awak pula?" Mia menyedut air minuman di hadapannya. Meredakan ketegangan yang mula berbuah.

"Better kita tanya Haikal." Mia segera mencari telefon bimbitnya di dalam beg. Nabil segera menahan tangan Mia yang lincah mendail nombor telefon Haikal. Dia tersenyum. Mia kehairanan. ‘Kenapa Nabil ni? Aku tengah nak cepat ni!’ Mia merengus di dalam hati. "Kejap." Kemudian dia berpaling. "I think, cik ni dah salah faham sebenarnya. Actually, Mia tunang saya." Mia berpaling lipat maut. Matanya membuntang terkejut. "Apa maksud awak?" perempuan itu turut terkejut.

"Haikal sengaja nak menguji kesetiaan awak. Haikal cakap awak banyak sangat rakan lelaki. Kadang- kadang dia cakap, awak macam tak setia padanya. Sebab tu, dia buat macam ni. Majlis tu tak batal sebenarnya. Dia cuma minta ditangguhkan, right? Awak yang salah faham."panjang lebar Nabil menjelaskan andaian yang dibuatnya. "Tapi..." Nabil tersenyum. Perempuan itu kelihatan sedikit lega.
"Mia, maafkan saya atas tindakan terburu- buru saya. Okeylah. I’m so sorry for both of you. Saya gerak dulu." Perempuan itu bingkas berdiri. Sebuah senyuman dilemparkan sebelum dia meninggalkan mereka berdua. Nabil mengubah posisi. Dia duduk berhadapan dengan Mia. Wajah Mia yang tadinya muram kelihatan tegang.

"Aku rasa kau kena putus dengan Haikal." Mia mengangkat wajah. "Stop it, Nabil. Aku tak sangka, kau sanggup buat aku macam ni! Apasal kau cakap kat perempuan tu, aku ni tunang kau? Bukan tunang Haikal? Entah- entah perempuan tu yang syok sendiri dengan si Haikal tu!"terjah Mia disusuli dengan rengusan kasar. Nabil kelihatan tenang. ‘Mungkin ini masanya.’bisik hati kecil Nabil.
"Kau langsung tak beri peluang aku untuk bercakap dengan perempuan tu. Kenapa?"ujar Mia lagi. Wajah lelaki di hadapannya ditenung tajam. "Habis, kau nak aku buat apa? Beritahu dia yang kau tu tunang Haikal? Kalau betul..."ungkapannya sedikit meleret.

"Satu lagi. Apasal kau halang aku bila aku nak telefon Haikal?" Mia menerjah dengan satu lagi soalan. Tidak dibiarkan Nabil duduk senang tanpa soalan- soalan yang kini makin banyak di dalam mindanya. Geram pun ada dengan sikap main- main Nabil. "Aku tak nak kau terluka."hampir tak kedengaran jawapan yang diberikan. Mia tergelak sinis. "A lame excuse! Sudah! Aku nak balik. And, don’t you dare to appear in front of me again! Aku tak ada sahabat macam kau ni. Yang suka menjatuhkan kawannya sendiri!" Mia bangkit lalu pantas mengorak langkah meninggalkan Nabil yang kini terluka. Nabil melepaskan nafasnya perlahan. Bayangan Mia hilang di pandangan mata.


Seminggu berlalu. Berganti dengan sebulan. Mia masih tidak berubah. Nabil mengeluh lemah. Sedaya upaya dia mendekati perempuan yang makin dekat dengan hatinya itu. Selagi itulah, Mia akan mengelakkan diri darinya. Sehinggalah suatu hari...

"Bil, kau tau tak, Mia nak pindah?"soalan yang terpacul di bibir Amir menyentakkan urat nadinya. Serasa degupan jantungnya kini terhenti. Dia bakal kehilangan Mia. Penyelesaian yang sepatutnya selesai suatu masa dahulu kini mula menghantui mindanya. Jika dia tidak bertindak sekarang, dia akan kehilangan Mia. Sahabatnya dan juga perempuan yang dia cintai.

"Bil, kau dengar tak ni?" Amir bertanya lagi. Nadanya kedengaran tidak puas hati. "Dengar. Dah la. Aku nak balik. Jumaat ni lepas solat, aku nak balik kampung." "Kenapa?" Amir kehairanan. ‘Apa kena mamat ni? Bawa diri dengan balik kampung ke? Ingatkan nak pujuk Mia.’ Amir berbisik di dalam hati. "Baliklah. Tenangkan fikiran dan hati kau tu. Aku doakan yang terbaik untuk kau." Ujar Amir penuh prihatin. Dia menepuk bahu rakannya perlahan. Nabil hanya tersenyum lemah. Senyumannya mati tatkala matanya bertembung dengan sepasang mata milik Mia. Dia kembali mengukir senyuman. Mia menjeling. Dia buntu dengan sikap Mia.


"Kau dah give up ke dengan Mia?"soal lelaki itu. Wajah Nabil direnung sedalamnya. "Kau nak putus tunang dengan dia ke?" Nabil mengangkat wajah. Wajah sepupunya di hadapan, ditatap. Dia menggeleng kemudian dia mengangguk. "Jika itu yang terbaik dengannya. Aku dah tak tau nak buat apa untuk mendekati dia. Apatah lagi nak beritahu dia pasal ni."Nabil mengeluh buat kesekian kalinya. "Buntu Kal, buntu. Aku ingat dengan bantuan Zira, dia boleh terima aku. Sebelum aku buka cerita pasal pertunangan aku dengan dia. Rupa- rupanya aku salah buat perhitungan. Kau pun tahu kan, kalau aku tak halang dia telefon kau, aku tak tahu apa benda lagi yang akan jadi." Haikal tersenyum. Hambar. Mana mungkin dia tersenyum gembira jika sepupu rapatnya itu sedang bermuram durja.

"Fikir- fikir balik, macam mana boleh dia ingat aku ni tunang dia?" Haikal tersenyum lucu. Bibir Nabil perlahan- lahan mengoyak senyum. "Entah. Aku ingat dia akan kenal aku. Macam manalah minah tu tak perasan aku ni Amat. Teman sepermainan dia waktu kecil- kecil dulu? Sakit hati aku tau, bila dia selalu keluar dengan kau! Nasib baik Zira tu baik. Kalau tak, Zira pun serang kau tau. Pandai juga dia berlakon."puji Nabil kepada tunang sepupunya itu. Haikal menayang gigi.

"Apa kata kalau aku yang cuba cakap dengan Mia?" Nabil memandang Haikal dengan pandangan tidak percaya.


"Kau dengan Nabil ada masalah ke? Selalu susah nak berenggang korang berdua. Sekarang korang macam tak kenal."soal Amy ketika mereka sedang leka mencari buku yang mahu dibuat rujukan. Memecahkan kesunyian yang mencengkam. Buku yang dikenal pasti sama seperti kod yang dicari di laman web perpustakaan, ditarik. Wajahnya dipaling ke arah Amy yang menunggu jawapannya. "Aku dah tak ada seorang rakan lelaki yang bernama Nabil lagi. Dia tu kau tahu, hipokrit. Penipu besar!"suara yang dilontarkan, dikawal sepenuh hati. Kecoh pula satu perpustakaan jika dia mengamuk nanti. "And, satu lagi. Kalau kau kawan dengan dia, hati- hati. Dia tu suka menjatuhkan rakannya sendiri!"Usai kata, Mia melangkah meninggalkan Amy. Amy menjongket bahu. Dia mengambil buku yang berada di rak setentang dengannya. Buku yang dipegang jatuh dari pegangan pabila wajah Nabil yang muram ditangkap oleh pandangannya. "Nabil." Dia hanya mengungkapkan nama lelaki itu tanpa suara. Nabil hanya tersenyum hambar. Amy terkedu. Kaku tanpa respon.

"Kau buat apa lagi ni, Amy?" Amy pantas menghala pandangannya di hadapan. Tindakan spontan dari Amy membuatkan Mia turut berpaling ke kanannya. Mia terpempan. Nabil melangkah pergi. Meninggalkan Mia yang merasakan dirinya dihimpit perasaan bersalah yang mula menggebu.


Tangga didaki pantas. ‘Macam mana boleh tak perasan handset tertinggal? Janganlah ada orang yang panjang tangan di dalam tu!’ Nabil cemas memikirkan hal yang satu itu. Dia segera berlari ke meja yang didudukinya tadi. Dia menggaru kepalanya setelah melihat apa yang dicari tiada di atas meja. ‘Sah! Hangus duit aku! Bangsat mana pula yang ambil ni? Hish! Satu nombor pun aku tak ingat ni, macam mana aku nak call orang?’ Dia mengeluh. Dia tidak perasan seseorang yang sedang memerhatikannya. "Nah, telefon kau." Nabil mendongak. Wajah milik Mia terpampang di matanya.

"Kalau kau nak sabotaj aku pun, tak payahlah guna cara macam ni! Cukuplah kau kutuk aku depan orang lain!"Meledak perasaan marah yang terbuku di hati sejak tadi. Nabil merampas handset di tangan Mia. Terkaku Mia dengan amarah Nabil. Belum pernah lelaki itu meninggikan suaranya. Mia sekadar mengeluh lemah. ‘Salah aku jugak.’


Salam dilaung. Mia menjawab sambil berlari- lari menuju ke pintu hadapan. Kepulangan mama ditunggu sejak dia pulang dari kolej. Tidak sabar dia untuk bertanya tentang satu hal ini. "Ma, Mia ada benda nak tanya."terjahnya terus tanpa menunggu mama duduk. Uncle Nazim tersenyum melihat kerenah anak tirinya itu. "Ma belum duduk lagi, Mia dah terjah mama. Macam Melodi! Apa hal yang sampai tak sabar- sabar ni?"soal mama. Kepenatan jelas terlayar di wajah mama. Mia tersengih.

"Ma,tunang Mia siapa?" Mama berkerut dahi demi mendengar satu soalan yang terluncur di bibir anaknya itu. "Kan ma dah cakap hari tu. Amat!" Mia ternyata tidak puas hati. "Nama penuhlah ma." Mama mendengus.

"Ahmad Nabil bin Ahmad Zahid. Hai, takkan Mia tak dapat cam Amat? Bukan dia ke yang Mia tergila- gilakan masa kecik- kecik dulu? Sampaikan Amat nak pindah dulu bukan main lagi nak ikut dia pindah jugak. Anak mama ni cepat sangat lupa! Dahlah, mama penat. Nak naik, mandi." Mama tidak mempedulikan Mia yang tersandar lemah.

‘Amat tu Nabil? Kenapa...kenapa aku langsung tak kenal dia? Dan, betullah apa yang aku lihat tadi..’ Terimbas kembali detik di mana dia membuka flip telefon Nabil. Terpampang wajahnya sewaktu bertunang di layar skrin telefon bimbit rakannya itu. Atau lebih tepat, tunangnya sendiri. Tidak berpuas hati dengan itu, dia membuka folder gambar. Mia tergamam pabila dia melihat wajahnya sendiri di dalam folder gambar Nabil. Namun, dia tidak sempat membuka lebih banyak lagi kerana dia terlihat kelibat Nabil yang sedang tercari- cari telefonnya. ‘Nabil...’seru Mia. Kenangan di zaman kecil kembali menerjah di fikirannya. Di mana dia dan Amat sama- sama berjanji untuk hidup bersama ketika mereka sudah dewasa nanti.


Langkah Nabil dihalang Mia. "Please, we need to talk."ujar Mia. Wajah Nabil direnung dalam. Nabil menghadiahkan sebuah senyuman sinis. "Talk? Aku ingat kau dah tak nak cakap dengan aku lagi. Ye lah, aku ni hipokrit, suka jatuhkan rakan sendiri..."ejek Nabil. Langkah dihayun lagi. "Amat!"laung Mia sekuat hati setelah Nabil jauh meninggalkannya. Kaki Nabil terpaku. Mia pantas mengejar Nabil di hadapannya.

"I’m sorry, Amat." Nabil berpaling perlahan. "Mia minta maaf banyak- banyak." Esakan halus mula kedengaran. Nabil hanya membiarkan Mia mengalirkan air matanya. "Mia tak patut kutuk awak. Mia tak..." "Mia tak patut sebab tak kenal tunang sendiri."Nabil memintas kata- kata Mia. Namun, nadanya kedengaran keras. Nabil melangkah pergi.

"Amat!" Mia berlari mendapatkan Nabil. Dia pantas menghalang langkah kaki Nabil. "Mia minta maaf sebab kutuk awak. Please, maafkan saya. Tapi, awak pun bersalah juga! Kalau awak berterus terang dari awal, mesti tak jadi macam ni!"nadanya yang tadinya lembut, kedengaran sedikit keras. Nabil hanya memandang. Dia membiarkan Mia memarahinya.

"Oh, macam tu ke? Dah habis cakap?" Nabil bercakap acuh tak acuh. Dia menapak kembali meninggalkan Mia. Mia terkedu dengan sikap Nabil. Belum pernah dia melihat Nabil merajuk. Dia mengeluh perlahan.

"Ahmad Nabil bin Ahmad Zahid!" Mia melaung. Nabil masih melangkah. "Kau nak suruh aku buat apa lagi untuk dapatkan kemaafan kau?" Tiada lagi perkataan ‘awak dan Mia’ yang disebut Mia menandakan dia tengah geram dengan sikap Nabil. Langkah Nabil terhenti. Dia mula memikir.

"Apa kata kalau kita putus je tunang?"ayat yang meluncur laju dari bibir Nabil membuatkan Mia terpana. "Lagipun, kau bukan cintakan aku."sambung Nabil lagi. Dia berpaling. Tidak sanggup melihat wajah Mia. Tidak juga dia sanggup mendengar pengakuan dari Mia yang mengatakan Mia tidak cintakan dia. Menitis air mata Mia. Perlahan- lahan menuruni pipi. "Siapa cakap aku tak cintakan kau?"suaranya hampir tidak kedengaran. Sayang, Nabil tidak mendengarnya. Mia terduduk melihat kelibat Nabil meninggalkannya. Dia memeluk lutut lalu menunduk.

"Aku cintakan kau, Nabil. Kau yang tak sedar. Aku cintakan kau sejak dari kecil lagi. Sejak kau memujuk aku tika aku jatuh dari basikal. Sejak kau berusaha menggembirakanku tika aku merajuk dengan mama. Sejak kau pinjamkan bahu kau untuk aku bila papa aku meninggalkan aku dan mama."Mia mengungkapnya perlahan. Mia tersedu-sedu menahan tangis.

Nabil menahan sebak. Dia berpatah balik pabila melihat Mia terduduk memeluk lutut. Rupa- rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan. Sengaja dia menguji hati Mia tadi. "Mia..."seru Nabil. Mia pantas mendongak. "Kau tak nampak ke aku sukakan kau?"tiba- tiba Mia memarahi Nabil. Nabil terkejut namun dia kembali tenang. Mia bangun lalu mengeluarkan cincin dari jari manisnya.

"Nah! Kau cakap nak putus tunang kan? Puas hati?" Mia menghulurkan cincin. Mia berpaling lalu beredar. "Kau pun tak nampak ke yang aku juga cintakan kau?"soal Nabil. Mia terkedu. Itulah pengakuan yang ditunggu- tunggunya. Air mata yang kering kembali menuruni pipi. Nabil mendapatkan Mia.

"Mia, please don’t cry. I’m sorry and I’m here with you. But, Amat tak boleh peluk lagi. Haram!"ada usikan terselit dalam kata- katanya. Mia tersenyum. Tahu, Nabil sudah memaafkannya. Dan, dia juga sudah memaafkan Nabil."Dah, kesat air mata tu. Nanti diorang ingat Amat buli Mia pulak!" Mia mengesat air matanya. "Mia.."seru Nabil lembut. "Sorry, sebab rahsiakan semua ni. And susahkan Mia time perempuan tu serang Mia. Tapi semua tu untuk kebaikan kita. Even, caranya tak betul."panjang lebar Nabil memeberi penjelasan kepada Mia. Mia hanya mengangguk. "Lain kali, jangan buat macam ni. Mia tak cukup kuat nak hadapi semua ni. Tambah- tambah bila perempuan tu serang. Terkejut Mia."

"I’m promise that it won’t happen again. Sorry."ujar Nabil lagi.Mia sekadar mengangguk. Tiba- tiba Nabil melutut. Cincin tunang di genggaman disua. "Mia Irin, will you marry me? Sanggupkah Mia hadapi susah senang bersama Amat? Sentiasa mencintai Amat hingga akhir hayat?"Nabil bertutur dengan penuh kelembutan. Mia terkedu. Dia tidak tahu hendak menjawab. Hanya air mata yang mengalir menyatakan kesudiannya berkongsi hidup bersama Amat. Cincin diambil lalu disarungkan. Nabil tersenyum bahagia. ‘Akhirnya...alhamdulillah!’bisik hati Nabil. Tiada lagi ungkapan yang keluar cuma mata mereka yang meluahkan perasaan masing- masing.





(FIQRIEY)

0 comments:

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM..
comment la cket walaupun 1 ekk
trimas semua..=)

 

PASAR BORONG NOVEL Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo