Monday 2 May 2011

CERPEN::IZINKAN AKU PERGI

" I tak sanggup! You dah gila ke Saiful? Dia tu kawan baik I. Dan dia terlalu baik pada I. I tak sanggup nak lukakan hati dia." Keputusan yang dibuat oleh Saiful membuatkan dada Maisarah sesak. Dia tidak mungkin mengkhianati rakan karibnya.
" Tapi I cintakan You. And I’m very sure yang you pun cintakan I." Saiful masih lagi bertegas dengan keputusannya. Memang sikap Saiful begitu. Suka membuat keputusan sendiri tanpa berbincang terlebih dahulu.
" Ya. I akui. Memang I cintakan you. Tapi you kena ingat. Cinta tak semestinya bersatu. Dan cinta perlukan pengorbanan. Mungkin dengan cara lepaskan you merupakan pengorbanan I terhadap cinta kita. Dan yang paling penting I berkorban untuk Zarina. I tak sanggup kalau Zarina tuduh I rampas you dari dia. Dia terlalu cinta dan sayangkan you. You anggap je lah percintaan kita ni satu kesilapan." Maisarah terpaksa akur dengan keadaan. Walaupun cintanya terhadap Saiful begitu dalam namun Zarina terlebih dahulu memiliki Saiful.
" I tak sanggup kehilangan you. You sendiri tahukan. Dah lebih tujuh tahun kami kahwin tapi sorang anak pun dia tak boleh bagi pada I. I perlukan zuriat untuk sambung keturunan I. Lagi pun seorang lelaki boleh mempunyai isteri hingga empat orang".
" So. You nak kahwin dengan I semata-mata kerana nak dapatkan zuriatlah ya? Bukan sebab you ikhlas cintakan I? Ada macam-macam cara lagi untuk dapatkan zuriat. Kenapa cara ini yang you pilih?"
" No. bukan macam tu maksud I. I cintakan you. I nak you jadi milik I. lagipun mak I pun lebih sukakan you dari Zarina. I sendiri tak tahu kenapa I macam dah tak ada perasaan cinta pada Zarina. macam tu jugalah cinta I pada you. I tak tahu kenapa perlu wujud perasaan cinta antara kita. Entahlah Sara. I buntu. You fikirlah dulu masak-masak dan I harap you tak hampakan I dan mak I." Saiful sendiri buntu. Zarina isterinya. Walaupun perasaan cinta terhadap Zarina kian pudar namun perasaan kasih itu tetap ada. Mungkin juga kerana asakan emaknya untuk mempunyai cucu membuatkan Saiful mengambil keputusan untuk memperisterikan Maisara.
**********
" Ina. Abang nak bincang sikit dengan Ina. Ina sibuk ke?"
" Tak adalah. Abang nak cakap apa? Pasal mak lagi ya? Kalau abang dah buat keputusan Ina ikut je. Abang ada hak. Lagipun Ina tak mampu nak bagi abang zuriat." Ah! Begitu kuat naluri seorang wanita. Sikap Zarina yang tak mudah melenting membuatkan Saiful merasa serba salah. Namun dia tahu jauh di sudut hati wanita ini dia terluka.
" Ina… Janganlah fikir bukan-bukan ya. Abang buat semua ni untuk mak. Abang tak sanggup nak dengar mak herdik Ina. Abang minta maaf bagi pihak mak ya." Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Saiful. Dia sudah kehabisan kata-kata. Ya Tuhan! Berdosanya aku pada Zarina. saiful hanya mampu berkata dalam hati.
" Tak ada apa-apa yang nak dimaafkan bang. Memang betul pun apa yang mak abang cakapkan. Bila abang nak nikah? Mana borangnya? Bagi la Ina sain" begitulah sifat Zarina. sungguh tabah dan sabar. Menyedari kekurangan dirinya dia sanggup bermadu daripada terpaksa terus kehilangan insan yang amat dicintai. Walaupun dia masih belum tahu siapa yang bakal menjadi madunya. Ah! Apa dia peduli. Asalkan suaminya bahagia. Semoga Tuhan menabahkan hatinya kelak.
" Ina tak marah abang? Abang rasa bersalah pulak. Sebenanya abang nak bagi tahu yang bakal jadi isteri abang tu orang yang Ina kenal." Patutkah Zarina tahu. Kenapa rasa berslah harus bersarang dalam diri Saiful? Bukan itukah yang dimahukannya.
" Siapa bang?" Walaupun Zarina sudah terasa akan lukanya namun dia tetap bertanya dengan nada yang lembut dan redha dengan apa sahaja keputusan suaminya itu.
" Ar.. Sara. Siti Maisarah Hamzah." Dalamn rasa gugup hanya sepotong nama yang mampu keluar dari mulu Saiful. Dia tahu isterinya pasti terluka. Melihat genangan air mata di bibir mata Zarina membuatkan hati Saiful juga menangis. Saiful begitu lemah dengan air mata wanita. Apatah lagi air mata Zarina. setits air mata Zarina yang gugur seperti melumatkan hatinya.

Namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. Apa yang dia tahu dia harus menunaikan hasrat emaknya. Dan juga kehendaknya juga. Zarina berlalu tanpa sepatah kata. Sudah pasti Zarina masih tidak mampu untuk menerima kenyataan yang baru sahaja yang keluar dari mulut suaminya.
Dia sendiri tidak menyangka akan bermadu dengan rakan karibnya. Dia mungkin pernah bermimpi untuk tinggal sebumbung dengan rakan karibnya tapi tidaklah sehingga berkongsi suami. Luluh hatinya. Tidak mungkin Zaina mampu mengubah kenyataan yang telah tersurat untuknya.
*******
Esok merupakan hari pernikahan Saiful dan Maisarah. Mereka sedang sibuk menyediakan persiapan terakhir. Atas permintaan Zarina acara akad nikah akan diadakan di rumahnya dan Saiful. Tempat yang sama dimana dia dan Saiful diijab kabulkan tujuh tahun lalu. Maisarah terpaksa akur dengan kehendak Zarina.
" Eh. Mana Ina?" dalam kesibukan itu Maisarah merasakan kehilangan Zarina.
" Kat atas kot. Kejap I pergi tengok."
Saiful cemas mencari Zarina. tapi kenapa dia harus cemas sedangkan dia tidak harus merasakan itu kerana dia sendiri pernah berharap agar Zarina pergi dari hidupnya. Tapi dia sendiri tidak sanggup untuk kehilangan Zarina.
Selepas usaha mencari gagal yang hanya ditemui adalah sepucuk surat dari Zarina.
Assalamualaikum abang,
Maafkan Ina sebab Ina keluar rumah tanpa kebenaran abang. Ina perlukan sedikit ruang untuk terima semua ini. Ina ingat Ina kuat dengan dugaan yang Dia bagi pada Ina. Ternyata Ina salah. Ina belum cukup kuat untuk semua ni.
Abang janganlah risau ya. Ina tak pergi jauh. Ina akan balik dalam masa seminggu. Ina harap abang faham dan izinkan Ina pergi buat sementara waktu.
Semoga berbahagia..

Salam sayang,
Ina

Saiful terduduk dibirai katil. Tanpa disedari air matanya gugur. Gugr kerana mengenangkan nasib Ina. Tiada apa yang harus dikesali. Ini jalan yang dipilihnya. Mungkin betul kata Zarina, dia perlukan sedikit masa untuk terima kenyataan yang begitu berat ini.
Walaupun tanpa Zarina perjalanan majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Kini Maisarah telah menjadi isteri Saiful yang sah. Sejak diijab kabulkan Saiful merasa hanya Maisarah sahaja isterinya. Dia lupa akan kesedihan yang ditanggung oleh Zarina. Saiful tidak peduli lagi akan perasaan isteri pertamanya.

Saiful kini telah berubah menjadi Saiful yang lain. Kini dia semakin dingin terhadap Zarina. Pantang silap sedikit pasti tubuh Zarina menjadi mangsa untuk Saiful melepaskan marah. Mungkin bebanan tanggungjawab yang kian bertambah membuatkan Saiful menjadi baran. Tetapi hanya Zarina tempat dia melepaskan marah tidak pada Maisarah. Baginya Maisarah adalah sesuatu yang berharga padanya.

Zarina tetap seperti dahulu. Hanya akur terhadap apa jua yang dilakukan terhadapnya. Dia tidak mahu digelar isteri derhaka. Dia seperti orang dungu. Dia akur. Asalkan Saiful tetap suaminya.
******
" Heh! Kau ni ada otak ke tak?! Dah lama jadi bini aku takkan kau tak tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka! Dah nyanyuk agaknya. Kau tahu kan aku tak suka orang usik kerja aku!" Sifat baran Saiful semakin menjadi.
" Maafkan Ina bang. Ina janji Ina tak buat lagi." Dalam esakan Zarina terpaksa meminta maaf walaupun ternyata bukan kesalahannya. Masakan dia tahu mana pergi semua dokumen kerja Saiful.
" Itu je lah yang kau tahu! Menangis tak habis-habis! Aku benci tengok air mata kau tu! Sudahlah! Tepi!" dengan kasar Saiful menolak Zarina. Zarina yang tidak sempat mengimbangi badanya terus jatuh menuruni anak tangga. Saiful kaget! Dia tidak seperti tidak mempercayai apa yang telah dilakukannya.
" Ina. Bangun… Bangun sayang.. Maafkan abang.. Abang tak sengaja." Hanya tangis sesalan yang mampu dilakukan oleh Saiful.
*******
" Doktor. Macam mana dengan isteri saya?" Saiful cemas. Apa yang berlaku dirasakan seperti mimpi.
" Encik ni suami Pn. Zarina ya?"
" Ada apa sebenarnya doctor? Isteri saya tak ada apa-apa kan?" Ya Tuhan! Kau selamatkanlah isteriku. Aku berjanji tidak akan mensia-siakan kurniaan-Mu itu.
" Saya minta maaf. Pihak kami sudah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan isteri encik dan kandungannya. Tetapi Tuhan lebih sayangkan dia. Pendarahan pada otaknya terlalu serius dan jika dia selamat sekalipun dia mungkin akan hilang ingatan."
" Apa? Kandungan?"
" Ya. Takkan encik tak tahu. Arwah isteri encik hamil 10 minggu."
" Ya Allah!" hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya. Selama ini dia telah mensia-siakan pemberian Tuhan padanya.
**********
Saiful masih termenung di birai katil. Air matanya tidak mampu berhenti menitis. Dia masih terkenang kenangan bersama Zarina. Perasaan bersalah mula bersarang dalam jiwa Saiful. Betapa dia merasa begitu berdosa kerana mengkhianati cinta yang tulus dan suci dari Zarina. Namun segalanya sudah terlambat untuk disesali. Zarina telah pulang kepangkuan-Nya.

Sedang Saiful mengemas barang milik Zarina, dia terjumpa sebuah diari. Dan Saiful yakin bahawa diari itu milik Zarina. Milik seorang isteri yang mencintainya dengan tulus dan suci. Cuma dia sahaja yang buta untuk menilai keikhlasan yang dicurahkan Zarina setelah diduga dengan masalah zuriat.

Dengan perasaan yang bercelaru Saiful membuka lembaran demi lembaran diari tersebut. Namun dia hanya tertarik dengan sekeping gambar. Ya. Gambar milik mereka 12 tahun lepas. Ketika mereka masih hangat dilamun cinta. Ditatapnya gambar dengan mata yang berkaca. Mereka begitu bahagia. Walau ketika itu dia mengharapkan cinta dari Maisarah.

Fikiran Saiful terus-terusan dihantui kenangan silam. Andai dia mampu mengubah segalanya dia akan mencintai Zarina setulusnya. Dia tidak mungkin sesekali melukai hati wanita itu. Betullah kata orang manusia hanya menghargai setelah merasa sakitnya kehilangan dan kini barulah Saiful mengakui kenyataan tersebut.

Diari Zarina masih lagi tersemat dalam dakapan Saiful. Perasaan rindu kian menggebu. Jika Zarina masih bernafas pasti ketika ini dia tidak kesunyian. Ada sahaja cerita yang ingin dikongsinya bersama Saiful. Walau sesebuk mana pun Zarina namun dia tidak pernah gagal menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri. Kebajikan Saiful tidak pernah terabai.

Tanpa disedari air mata Saiful semakin laju menitis. Gambarnya bersama Zarina masih ditatap. Hanya fikirannya sahaja yang menerawang entah kemana. Melihat diari yang telah terbuka Saiful tertarik untuk membacanya. Dibuka halaman pertama. Tertera tarikh dua bulan lepas.

7 Ogos 2007
Adakah aku yang salah kiranya aku tidak mampu memberi zuriat padamu hingga aku harus berkongsi kasih dengan wanita lain. Tahukah kau bahawa aku terlalu inginkan zuriat dalam rumah tangga kita. Sepahit-pahit dugaan adalah apabila insan yang aku cintai ingin mengahwini wanita lain kerana kekurangan aku sendiri. Yang lebih membuat aku terluka wanita itu adalah rakan baik aku sendiri. Maisarah, kenapa kau sanggup seksa diri aku? Ya tuhan. Tidak cukupkah dugaan yang kau berikan terhadap hambaMu ini. Berilah aku kekuatan agar aku mampu menghadapi segalanya. Abang…kenapa Maisarah yang abang pilih? Sudah kurangkah wanita dalam dunia ini?

Ya Allah. Berdosanya aku. Aku tidak mampu manjaga amanah yang Kau beri padaku. Saiful merasa begitu terkilan. Mengapa Zarina bersetuju ketika aku meminta izinnya untuk berkahwin dengan Maisarah walaupun dia tidak merelakannya. Besarnya pengorbananmu Zarina. Air mata Saiful berjujuran jatuh kerana begitu terharu akan pengorbanan Zarina terhadapnya.

20 Ogos2007
Berita kemunculan orang baru antara kalian membuat aku berasa semakin terguris. Saiful sudah jarang sekali bertanya khabarku. Apatah lagi pulang kerumah. Masanya lebih banyak diluangkan bersama Maisarah. Aku akui aku tidak mampu memberi Saiful zuriat. Tetapi adilkah aku di hukum begini? Adakah aku sudah kehilangan hak sebagai seorang isteri? Mana hilangnya janjimu untuk berlaku adil? Abang…sayang terlalu rindukan abang.. tapi mungkinkah Saiful akan rindukan aku? Atau dia sudah lupa. Sabarlah Ina. Mungkin Saiful sibuk bekerja.


27 Ogos 2007
Hari ini genaplah 12 tahun aku mendirikan rumah tangga bersama Saiful. Aku telah sediakan makan malam yang istimewa untuknya dan ingin kongsi berita gembira ini bersamaya bahawa aku sudah hamil. Dari awal pagi lagi aku meminta Saiful agar pulang kerumah untuk hari ini dan Saiful bersetuju. Bahagianya.... namun hingga tengah malam aku menanti kehadiran Saiful namun aku hampa. Aku hanya makan malam berteman air mata. Mungkinkah kasih buat aku sudah pudar? Tak apalah Ina. Mungkin Saiful ada temu janji bersama pelanggan dan mungkin juga keletihan. Atau mungkin juga Maisara patut diberi perhatian kerana dia sedang berbadan dua.

Saiful semakin sebak mengenangkan betapa sabarnya Zarina menanti kepulangannya. Tidak pernah langsung terlintas sesuatu yang buruk di hati Zarina terhadap Saiful. Perasaan bersalah makin menebal dalam diri Saiful. Dia masih teringat pada malam yang sepatutnya dia bersama Zarina menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka. Saiful memang sengaja tidak ke sana.

Deraian air mata kian laju menitis di pipi. Sudah seminggu Saiful murung. Dalam dirinya kini hanya ada rasa bersalah terhadap Zarina. Egonya telah memakan dirinya sendiri. Seandainya dia diberi peluang dia masih ingin jalani kehidupannya bersama Zarina. Cinta pertama dan terakhirnya. Walaupun Saiful masih mempunya Maisarah namun dia tidak mampu untuk mencintai wanita itu. Dia hanya mampu menyayangi tetapi tidak sama sekali mencintai Maisarah.
Pagi itu Saiful dikejutkan dengan bunyi deringan telefon bimbitnya yang menjerit minta diangkat. Tertera nama Maisara. Saiful sebal. Entah mengapa dia mengharapkan Zarina yang menelefonnya. Tetapi ia tidak mungkin akan berlaku. Zarina telah pergi. Ya. Telah pergi untuk selamanya. Saiful seharusnya menerima kenyataan itu. Bukankah itu yang boleh membuatkan dia terus hidup bersama Maisara tanpa ganggugan?

Kehidupan Saiful kini tidak terurus. Dia masih dihantui bayangan arwah Zarina. Terlalu banyak dosanya terhadap wanita itu. Dan yang paling membuat Saiful tertekan dia tidak sempat untuk meminta maaf dari Zarina. Malahan dia juga tidak dapat menemani Zarina di saat-saat Zarina menghembuskan nafas yang terakhir.


Assalamualaikum abang..
Mungkin masa abang baca surat ni Ina dah tak ada di sisi abang. Pertama sekali ina nak minta maaf zahir dan batin pada abang. Ina harap abang dapat halalkan makan minum Ina selama kita bersama. Halalkan apa yang abang bagi atau apa-apa yang Ina terambil dari abang.
Ina minta maaf lagi sekali kerana rahsiakan semua ini dari abang. Ina tak ada niat nak belakangkan abang. Tapi mungkin cara ini dapat ajar ina jadi insan yang tabah dan sabar. Dan ina tak nak bebankan abang dengan penyakit Ina ni.
Walaupun kita dah semakin jauh tapi Ina yakin abang tetap sayangkan Ina kan?
Ina tumpang bahagia dengan kebahagiaan abang sekarang. Mungkin masih belum terlambat untuk Ina ucapkan tahniah pada abang. Tak lama lagi abang akan jadi ayah. Ina yakin abang pasti bahagia. Dah lama abang impikan gelaran itu. Tapi Ina tak dapat nak tunaikan.
Ina tahu abang seorang lelaki yang kuat untuk menghadapi dugaan dan Ina nak abang lebih banyak bersabar dengan apa jua dugaan yang datang.
Ina harap abang akan terus membina keluarga yang bahagia dan sempurna dengan hadirnya orang baru dalam hidup abang dengan Maisarah.
Abang.. Ina minta izin abang untuk pergi. Ina nak pergi jauh dari semua ni. Izinkan Ina pergi…

Sepucuk surat telah membuatkan Saiful sedar bahawa apa setiap yang hidup akan pergi. Dia yang masih hidup harus teruskan hidup. Saiful telah berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia tidak akan menyiakan kurnia yang dia miliki kini seorang isteri dan sepasang bayi kembar. Mungkin Tuhan telah mengampunkan dosa silamnya. Kini Saiful berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lampau.





(FIQRIEY)

0 comments:

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM..
comment la cket walaupun 1 ekk
trimas semua..=)

 

PASAR BORONG NOVEL Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo