Wednesday 4 May 2011

CERPEN:COKE AND SUNDAE PART 5

"PERKENALKAN Cik Nur Azyan Binti Idris memerangkap Cik Tun Teja kekasih hati Abang Tuah." Syakir dengan hormatnya memperkenalkan Azyan kepada ahli-ahli kelab teaternya. Terkebil-kebil mereka memandang Azyan. Betullah seperti yang dikatakan oleh Syakir. Azyan memang cantik. Tidak perlu bertampal lebih-lebih seperti Emelda. Masing-masing berpuas hati dengan calon pilihan Syakir.
Azyan mencebik bibir melihat gelagat ahli-ahli kelab teater yang mengerumuninya. Mereka memang aneh. Sama seperti tuan pengerusi kelab mereka jugak. Rasa seperti manusia yang berada dalam kelompok makhluk asing. Rimas!
"Cayalah kau Syakir! Dapat calon yang begitu cantik. Dia ni memang sesuai pegang watak Tun Teja." puji Hamidi merangkap setiausaha kelab teater.
"Kan aku dah cakap….aku dah hensem so aku tak mahulah awek muka macam tongkang pecah yang bawa watak Tun Teja kekasih aku tu. Kau orang ingat Mel saja yang paling lawa kat kolej kita ni. Kau orang silapla…buta mata!" gerutu Syakir.
Bertambah cemberut muka Azyan. Huh! Perasan handsome betul si Syakir ni! Dasar mata keranjang! Buaya darat! Cicak kobeng! Kalau kau tak ugut aku…aku pasti takkan join kelab orang-orang aneh kau ini. Azyan mengeluh kecil. Ikutkan hati mahu saja dia belasah Syakir sampai masuk ICU macam dia belasah Fadhil, anak Mak Timah radio. Seminggu jugak kawan tu ditahan dalam hospital.
"Ini skrip untuk awak." Syakir menyerahkan satu fail kepada Azyan. Azyan mengetap bibir. Dia rentap fail itu dari tangan Syakir. Sengaja dia berbuat demikian. Syakir tersengih.
"Kau ni Syakir bab mengayat perempuan memang pandai." Mat Karan menepuk-nepuk bahu teman baiknya itu. Syakir ketawa.
‘Mengayat’ aku bukan mengayat. Tapi aku mengugut. Kalau tidak ada ugutan jangan haraplah minah ni nak masuk kelab teater. Siap dia percaya bulat-bulat yang aku dapat surat cinta yang dia tulis untuk Haziq. Haziq mana pernah berahsia dari aku. Apa yang dia dapat pastinya dia beritahu aku dahulu. Termasuk surat cinta yang Azyan tinggalkan dalam lokernya. Malah aku sudah menghafal seluruh isi kandungan surat cinta Azyan untuk Haziq. Pergh! Boleh tahan jugak jiwang si gorilla ni. Nasib kaulah Azyan.
Aku memang lelaki yang pantang mengalah. Heh…heh..hehhehhe….kata orang ikan sudah makan umpan. Walaupun Azyan ni kuat dan cerdik tapi dia kekurangan jugak. Kadang-kadang otak Azyan lembab dan bodoh jugak.
"Tolong sikit!" Azyan bersuara lantang. "Aku tidak berminat langsung dengan mamat sengal ni! Kalau dia tak ugut aku…aku tidak akan berada di sini tau! Dasar otak banyak kuman diternak. Main kotor!"
"Dah agak pun…" Nani bersuara. Kesian pula dia pada Azyan. Si Syakir kalau tak guna taktik kotor dia memang tak sah. Nani tahulah Syakir memang sukakan Azyan. Ya…hanya Nani yang tahu segala rahsia Syakir. Itupun secara kebetulan dia jumpa gambar Azyan dalam buku nota Syakir. Syakir langsung tiada riak gelabah masa tu. Dia tetap cool dan selamba. Malah bukan Nani yang mengugut Syakir untuk membongkarkan rahsia sebaliknya Nani pula yang diugut agar tidak bongkarkan rahsia. Syakir lelaki yang sukar dijangka apa yang dia fikirkan.
"Kau nak rahsia kau pecah pada pada umum ye." Syakir berbisik pada telinga Azyan. Berkerut seribu dahi anak gadis itu.
"Kau ni kan Syakir…." Azyan mula mengayunkan penumpuknya. Syakir mengelak sambil ketawa berdekah-dekah. Suka benar dia melihat muka Azyan yang merah menahan marah itu. Comel….
"Jangan kau nak rapat-rapat dengan aku! Gatal! Miang keladi! Buaya! Cicak kobeng!" marah Azyan. Berdebar hatinya bila Syakir begitu rapat dengan dia tadi.
Tercengang-cengang muka ahli-ahli kelab teater. Terkejut beruk melihat kekuatan Azyan yang dipamerkan. Fuyoooo! Ganas rupanya gadis yang tampaknya zahirnya lemah lembut itu. Terbeliak biji mata diaorang. Azyan umpama gorilla yang terlepas dari kandang.
"Apa pandang-pandang!" jerkah Azyan. Masing-masing kecut perut menyorok belakang Syakir kecuali Nani.
"Aku terlupa nak bagi tau kat kau orang yang aku tangkap gorilla ni dari kandang. Itu sebab aku kena kasi umpan sikit baru dapat jinakkan dia. Kalau kau orang nak tahu gorilla ni sebenarnya nak jadi lebih feminin tapi dia tak dapat juga sekat aura gorilla yang telah sebati dalam badan dia tu. " Syakir menyilangkan tangan sambil memalit senyuman bangga. Mencuka wajah ayu Azyan. Kurang asam punya Syakir!
"Umpan apa kau bagi dia?" soalan bodoh keluar dari bibir Mat Karan.
"Umpan ni!" sahut Azyan sambil menayangkan penumbuknya. Tertelan air liur Mat Karan. Mak oiii! Memang garang.
"Cukup!" Syakir memandang Azyan tajam. Dia duduk di atas pentas. Dia mengoyang-goyangkan kedua belah kakinya. Tangannya dihala tuju pada muka Azyan. "Tiada sebarang bantahan dari mulut awak yang mahu saya dengar. Kalau saya kata A maka A lah jawapannya. Ada faham!" Seriusnya wajah Syakir. Seserius pada waktu permusuhan pertama mereka dahulu. Tapi Azyan tak takut dengan jelingan Syakir.
"Aku tak suka diperintah oleh diktaktor!" getus Azyan.
"Aku memang diktaktor. Macam kau perintah aku di sekolah dahulu." sengih Syakir. Dia mengangkat-angkat keningnya.
Oooooo…masing-masing memuncungkan mulut mereka. Lepas ini azablah mereka dikerjakan Syakir. Apa tidaknya,…pertunjukkan pentas hanya tinggal tiga hari. Kena kerja keraslah jawabnnya. Paling teruk pastinya terkena pada Cik Nur Azyan yang membawa watak utama dalam teater mereka. Boleh ke Azyan menanganinya nanti? Mereka memandang ke arah Azyan yang masih bertekak dengan Syakir..

"MURAMNYA muka akak malam ni?" Ringan saja mulut Syamil bersuara. Monyok benar Azyan. Ini mesti ada tak kena dengan cikgu tuisyen kesayangannya itu. Apa yang dia dengar dari mulut abangnya, Azyan sekarang sedang menjalani latihan ketat dalam kelab teater. Kesiannnnn…Abang Syakir dera dialah tu.
"Akak tiada moodlah malam ni Syam. Letih! Hari-hari kena parktis atas pentas. Naik lenguh seluruh badan ni dah! " rengus Azyan. Tengok budak-budak dalam kelasnya itu mulalah terbayangkan muka Syakir yang seakan sedang ketawakan dia. Azyan hilang tumpuan. Malah anginnya mula tidak menentu. Takut nanti jadi ribut taufan je. Celaka punya Syakir!
"Ala…tak best lah kalau akak monyok macam nenek tua gini. Ini mesti akak bergaduh lagi dengan mamat sengal tu kan."
"Cicak kobeng tu memang selalu kasi akak naik darah. Lama-lama akak boleh kena darah tinggi Syam. Tengok muka akak yang cun ni pun dah jadi cengkung tau. Akak tak nak jadi cicak kobeng macam mamat sengal tu." Dengan Syamil…Ayzan meluahkan ketidakpuas hatinya. Dia tidak tahu Syamil dan Syakir punya pertalian darah. Muhammad Syamil Bin Ilyas adalah adik bongsu kepada Muhammad Syakir Bin Ilyas. Takkan Nur Azyan binti Idris tak perasan kot! Muka mereka ada iras-iras.
"Syam ada satu penyelesaian untuk akak." Syamil menongkat dagu merenung wajah ayu Azyan. Syamil merasakan dia lebih layak berada di sisi Azyan berbanding abangnya, Syakir. Syakir tu tak pandai ambil hati perempuan. Tak pandai mengorat!
"Iyer ke… Syam boleh tolong akak." Azyan rasa teruja. Syamil paling rapat dengan Azyan di antara anak-anak murid yang dia ajar.
"Iyerlah…apa kata akak jadi girlfriend Syam. Syam akan lindungi akak dari mamat sengal yang kacau akak tu. Nampak je badan Syam kecik tapi Syam kuat jugak tau." Bersemangat Syamil menuturkan katanya.
Terjegil biji mata Azyan. Budak kecik….ligat tangannya memulas telinga Syamil. Menjerit lantang Syamil.
"Siapa ajar ni? Tak padan kecik dah miang ye."
"Syam gurau sikit dah meradang. Tak sporting la akak ni." Syamil mencebikkan bibirnya. Melepaslah dia. Azyan langsung tak pandang dia sebab dia cuma budak kecik dalam pandangan mata Azyan. Azyan cun sangat sebab itu budak kecik macam dia pun tersangkut. Cinta tak mengenal usia beb!
"Syam gurau tak kena time lah. Saja nak bagi akak terkejut beruk." gerutu Azyan. Syamil ketawa kecil. Dalam hati kecewa tau.
"Okaylah. Syam salah pada akak. Apa kata Syam belanja akak coke. Nak tak?" Syamil memulakan langkahnya. Mengajak Azyan minum bersama. Malam pun masih muda lagi. Kedai mamak Corner tu tidak berapa jauh dengan rumah Azyan. Keluar dengan budak kecik, Encik Idris misai melentik takkan marahnlah punya. Kiranya Azyan berdating dengan budak keciklah.
"Orait. Kita tamatkan kelas awal malam ini." Azyan menyatakan persetujuan.
"Cantik!"

WAH! Sibuk jugak kedai mamak Corner malam-malam ni. Azyan dan Syamil memilih tempat duduk yang agak terperuk. Azyan ada mengajak Salwa turut serta bersama mereka. Tapi temannya itu menolak sebab ada assignment yang perlu dibereskan. Jika tidak mengamuk sakan Encik Tamdan tu nanti. Malas Salwa nak bertegang urat dengan orang tua yang agak tiga suku sikit tu. Tak baik betul Salwa mengutuk Encik Tamdan.
Dapat point rendah baru dia tahu. Dengan Encik Tamdan jangan main-main sangat. orang tua tu staright the point. Tak pilih kasih. Itu yang Azyan suka sangat dengan Prof Tan-Dan. Gelaran yang Azyan bagi dekat Encik Tamdan.
Melebar senyuman Azyan melihat coke minuman kesukaannya terhidang depan mata. Tak menyempat-yempat dia hirup coke yang sudah berisi dalam gelas besar tu. Geli hati Syamil melihat gelagat Azyan. Tak nampak garang macam gorilla pun. Dia marah pun masih tampak kelembutannya. Syamil mengusap-usap dagunya.
"Aik! Malam-malam makan ais krim sundae." Berkerut dahi Azyan melihat pesanan Syamil.
"Mil suka sundae. Abang Syam pun suka sundae. Sedap kak."
"Eeeeiiiiii…akak tak suka sundae. Manis lah. Mil cakap tadi Syam ada abang. Tak pernah pun citer kat akak ye." Azyan menarik pipi Syamil. Syamil tersengih. Tak pernah tanya macam mana nak tahukan.
"Adik-beradik cuma ada dua orang je. Dua-dua lelaki kak. Pening juga abah dan mak nak layan karenah kami dua beradik terutamanya Along tu. Nakal sangat kak. Sekarang along masih belajar. Ambil jurusan medical. Itupun atas desakkan abah. Along tu lebih suka bab-bab enjin-enjin kereta ni. Dia nak jadi mekanik buka bengkel sendiri. Tapi abah tak kasi." cerita Syamil.
"Habis along Syam tak memberontak ke?"
"Along dalam nakal-nakal dia dengar kata jugaklah. Kebetulan pula awek yang dok dia ushar selama ni belajar dalam satu kolej. So makin bersemangatlah dia belajar. Lupa dah dengan minat dia dengan enjin-enjin kereta."
"Berpengaruh betul gadis tu pada dia sampai dia ubah fikiran. Dia dapat tak tackle gadis tu?" Azyan kian berminat dengan cerita abang Syamil.
"Tak. Awek itu lembab sangat pick-up. Dari sekolah lagi sampai sekarang awek tu masih buat bodoh dengan dia. Along bukan pandai ayat-ayat cinta macam mat jiwang. Dia pendam perasaan. Dia jugak selalu cari gaduh dengan awek kesayangan dia tu. Kadang-kadang along tu bengong jugak kak. Harap muka je handsome."
"Alahai kesian along Syam. Bodoh betul gadis tu. Takkan dia tak faham-faham
lagi kot ada orang syok kat dia diam-diam." Azyan simpati. Kisah along Syamil seakan macam kisah dia jugak. Si Haziq pun lembab otak. Sampai la ni masih tak tunjuk sebarang respon pada dia. Takkan dia nak mulakan dulu kot. Surat yang dia kasi sudah dirampas oleh malaun cicak kobeng tu.
"Mana dia nak faham dah otak dia pun lembab." Syamil mengeluh. Dia kerling Azyan dengan ekor matanya. Kenapalah kau langsung tak mengesyaki yang aku tengah bercerita tentang kau, Kak Azyan oiiii! Along aku itulah musuh ketat kau dari sekolah lagi tau. Kalau kau nak tahu dia sudah lama gila bayang dengan gadis bernama Nur Azyan Binti Idris. Gadis gagah berperwatakkan maskulin. Tapi di mata aku takder langsung ciri-ciri gagah dan maskulin seperti yang along ceritakan.
"Along Syam dan akak senasib tau. Mamat yang akak minat giler tu pun selalu buat bodoh je. Bengkak jugak hati akak tengok muka bangang dia. Rasa nak give-up je."
Azyan menongkat dagu.
"Eh! Ada masalah cinta jugak ye. Sapa mamat bertuah tu? Bodoh betul dia tak pandang akak yang cun ni. Kalau Syam dah lama dah Syam rembat akak jadi awek Syam."
"Haziq." Laju Azyan menyebut nama Haziq.
Gelap dunia di sekeliling Syamil. Ingatkan nama Syakir yang keluar dari bibir Azyan tapi nama Haziq sepupu mereka. Parah gini. Dia mesti laporkan hal tersebut kepada Syakir nanti!
Sedang asyik mereka berbual, handphone Azyan berbunyi. Bergema irama lagu theme dari The Rock. Nama Anuar terpapar pada skrin telefon. Pantas Azyan menjawab panggilan. Azyan menepuk dahi. Dia mematikan talian telefonnya. Wajah Syamil dipandang.
"Akak kena geraklah Syam. Lupa pulak malam ini ada game liga Inggeris. Chelsea lawan Mancester United." Azyan menyusun sepuluh jari. Syamil anggukkan kepala.

MUNCUNG mulut Syamil melihat Syakir yang sedang asyik menonton televisyen di ruang tamu sebaik saja dia membuka pintu rumah. Tengok bolalah tu. Malam ini siaran langsung Mancester United berlawan dengan Chelsea. Patutlah Azyan juga tergesa-gesa nak balik tadi. Lupa yang Azyan cun-melecun itu pun kaki bola. Amboi! Siap bawak popcorn dengan nescafe mengadap depan peti televisyen. Syakir penyokong Chelsea. Dia dengan abah pulak penyokong Mancester United atau singkatannya MU.
"Abah mana?" soal Syamil sambil melabuhkan punggung di sebelah Syakir.
"Abah pergi kenduri rumah Pak Usu. Malam esok baru balik. So adik takder back-up lah malam ini." Syakir memaut bahu Syamil. Cebik wajah Syamil. Dia tenung abang itu. Syakir memang hensem sikit dari dia. Kkenapalah dia lambat membesar. Kalau tidak boleh dah dia pikat Azyan jadi awek dia.
"Tadi adik keluar dengan Kak Yan minum-minum."
"Oh! Baguslah tu keluar minum-minum dengan bakal kakak ipar adik." Riak wajah Syakir selamba je.
"Kak Yan beritahu adik yang dia suka pada Abang Haziq. Macam mana ni?" Syamil menyuapkan popcorn dalam mulutnya. Matanya turut mengikuti siaran langsung liga-liga juara Inggeris itu.
"Along dah tahu. Don’t worry. Bakal kakak ipar adik takkan jadi milik Haziq tu." Segala rancangan sudah disetkan dalam kepala otak Syakir. Dia tidak akan beri peluang Azyan mendekati Haziq.
"Yakin sungguh!"
"Mestilah. Kau kan tahu tiada perkataan ‘TIDAK’ dalam moto hidup along. Azyan akan jadi awek abang!"
"Baguslah along bersemangat waja. Adik pun akan berusaha."
"Adik nak berusaha buat apa pulak."
"Adalah. Mana boleh kasi sama along. Ermmmm….macam mana game?" Syamil ubah topik.
"Awal lagi. Retak pemain masing-masing slow. Kau jangan risaulah. Malam ini Chelsea akan benam Mancester United."
"Hmmmm. Tak tahu lagi tu. Permainan baru bermula. Silap-silap adik benam abang tau."
"Cuba ulang sekali lagi."
"Tiada apa-apalah."
"Yan mesti ada mengadu pada adikkan."
"Along dera Kak Yan. Kejam sangat cara along nak pikat dia. Main kasar." desis Syamil.
"Api mestilah laga dengan api jugak. Abang tak mau jadi air."
Syamil mengeluh kecil. Pada Syamil coke dengan sundae memang tidak boleh bercampur. Kalau Syakir lambat sangat ingin meluah isi hati yang terpendam dia akan rembat Azyan dahulu. Tak kisahlah Azyan tujuh tahun tua dari dia. Umur bukan lagi ukuran. Syamil mula memasang angan-angan dalam kepala. Gelagat yang terlalu tertonjol tu disedari oleh Syakir. Apa lagi kena ketuk kepala Syamil dengan buku limaSyakir. Syamil menjuihkan bibir. Digosok-gosokkan kepalanya. Berangan sikit pun tak boleh!

"GOLLLLLLL!" laung Azyan sambil mengangkat kedua belah tangannya. Geleng kepala Encik Idris melihat gelagat anak daranya yang seorang itu. Azuan dan Anuar juga meniru aksi adik kesayangan mereka. Pada pandangan mata Encik Idris anak daranya itu memang failed kalau nak dijadikan menantu mithali. Tapi salah dia juga kerana mendidik Azyan dengan ketat seperti abang-abangnya.
"Yan dah cakap Chelsea mesti menang punyalah." sorak Azyan gembira. Senang hati meliha kekalahan Mancester United kepada Chelsea. 2-0 Chelsea bantai Mancester United.
"Nasib baik Yan sempat balik kalau tidak melepas tadi." Azuan memaut bahu adiknya.
"Ala itu pun sempat tengok dah separuh masa pertama. Yang dok gatal pergi dating dengan budak kecik tadi pasal pe. Kalau abang tak call tadi pasti Yan melepas tengok game." celah Anuar.
"Yan keluar dengan budak kecik pun nak kecoh. Bukannnya Yan apa-apakan dia pun."
"Yan tu bukan boleh tengok lelaki hensem sikit. Mulalah nak menggatal. Baik-baik Yan. Anak teruna orang! Baru umur 13 tahun. Belum akil baligh lagi tu." Anuar mengayun-ayunkan jari telunjuknya ke muka Azyan.
Azyan pecah ketawa. "Yan tak berseleralah nak lahap budak kecik tak cukup umur tu. Si syakir yang hensem giler itu pun Yan tak kebulur inikan pula si budak kecik yang baru nak membesar. Yan masih waraslah. Otak abang ni selalu fikir benda-benda kotor tau. Tak baiklah."
"Manalah tahu. Perempuan sekarang lebih bahaya dari lelaki. Abang sekdar bagi peringatan je. Jangan rosakkan anak teruna orang."
Bertambah besar tawa Azyan diikuti dengan tawa Azuan. Apa kena dengan Anuar hari ini. Semacam je gaya percakapan dia. Ini mesti ada benda yang tak kena ni.
"Mengarut betul abang ni."
"Mana dia tak mengarut Yan. Dia kena gangguan seksual dengan seorang awek
satu falkuti dengan dia. Hari-hari awek tu baik dia bunga dengan coklat. Siap ada flying kiss lagi pada surat yang dia bagi. Paling kelakarkan semalam awek tu bagi warning dengan Nuar. Kalau Nuar pandanglah awek lain dia nak rogol Nuar."
"Hahaha…hahaha…." Terburai lagi tawa Azyan dan Azuan. Boleh pulak macam itu. Cemberut Anuar bila kena ketawa dengan Azuan dan Azyan. Terkena dia kali ini.

0 comments:

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM..
comment la cket walaupun 1 ekk
trimas semua..=)

 

PASAR BORONG NOVEL Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo