Monday 2 May 2011

CERPEN:BIARLAH RAHSIA

"Kau gila ke?"Aku menggeleng kepala. Mataku tertumpu pada skrin komputer.

"Mana ada lelaki nak bercinta dengan kau kalau dah macam begini..." Soal Zurnidah rakan serumahku lagi. Satu-satunya rakan yang boleh ku anggap rapat.

"Mestilah ada."Jawab aku acuh tak acuh.

"Mana ada lelaki nak kahwin dengan perempuan tua....Kau ingat ada ke lelaki yang sanggup tunggu perempuan macam kau yang kononnya nak bina kerjaya dululah. Dah tu kalau betul kau nak kahwin umur 30 tahun buat apa kau sibuk nak bercinta sekarang?"

"Eh kau ni!...sekaranglah aku kena cari calon bakal suami aku. Bukan lama pun kalau nak tunggu aku. Just 5 tahun je....Pap"Tidak semena-mena satu bantal menghempap mukaku pabila ku menoleh.

"Gila!..."Zurnidah berlalu meninggalkan aku termangu sendirian. Salahkah aku nak kahwin umur 30 tahun. Tak lah tua sangat. Ramai perempuan sekarang kahwin lewat. Sekurang-kurangnya aku kenalah kukuhkan kewanganku dulu sebelum kahwin. Rasanya tak salah aku nak rasa mencintai dan di cintai. Kalau dah bercinta mestikah berkahwin. Kalau nak kahwin mestikah bercinta dulu? Aduh pening...
************************************
"Takkan tak datang lagi kot?Semalam tak datang. Hari ini pun tak nampak batang hidung dia pun. Sakitkah dia?" Resah hatiku pabila mamat yang ku puja belum muncul di pejabat hari ini. Perasaan inilah yang mencabar prinsipku. Dulu aku rasa cinta ini hanya membuang masa. Orang yang bodoh sahaja sanggup menghambakan diri pada cinta manusia. Kan bagus cinta pada menguntungkan. Cinta pada kerjayakah..Cinta pada agama. Tetapi sekarang aku jadi blur. Tetapi benarkah ini perasaan Cinta?

"Lerk, tolong buatkan air aku. Milo panas." Tersentak aku yang asyik mengacau air tanpa henti. Rasa panas hatiku tiba-tiba.

"Eh!Kau ingat ni kedai mamak apa?Buat sendirilah" Cemuhku. Di ikutkan hati Malas betul aku melayan karenah Danish. Nama yang cukup buat aku meluat. Rasa rimas aku dengan perilakunya. Biarpun wajahnya hensome putih melepak kalau dah perangai macam budak-budak siapa yang ingin. Mengada-ngadanya melampau sangat.

"Alah..Mana ada aku ingat gitu. Tak salahkan aku minta bakal isteri aku buatkan air."Terbeliak mata aku mendengar seloroh Danish Hakim. Dengan selamba dia berdiri di sebelahku. Aku tahu sangat Danish memang dah lama cuba mengurat aku. Tetapi sengaja aku buat tidak faham. Pernah kak Nita cerita Danish minta nombor telefon. Tak cukup ke tengok muka aku hari-hari kat pejabat. Nasib baik Kak Nita tak bagi. Kalau tidak mesti hidup aku tak aman.

"Eh!Kau jangan nak berangan tau. Kau tahu tak aku anggap kau ni macam adik-adik aku je....tak sesuai langsung!" Semakin panas hatiku melihat perilaku Danish. Dengan muka selamba dia mengambil cawan di tanganku. Aku pula mati akal. Tengok je cawan bertukar tangan.

"Cik kak oi...Cuba awak cakap umur kau berapa?25 tahun sama dengan aku tau. Kalau kita kahwin pun boleh. Mesti anak kita cun kan macam bapaknya. Hidung mancung...."

"Pipi tersorong-sorong!"Terusku memotong kata-kata Danish. Menyampah betul melayan lelaki perasan paling hensem. Cakap bab kahwin memang buat Cair taik telinga aku je. Malas melayan karenah Danish buat kakiku atur keluar bilik rehat. Biarlahku sedekah sahaja air yang kubancuh padanya. Dan secara kebetulan Haryati masuk bilik rehat.

" Haa Yat, Danish kata dia suka air yang kau buat. Baru je dia cakap tadi. Katanya kalau dapat jadi bini untungnya diri dia."Ujarku sengaja mengusik. Terkekekku ketawa pabila mendengar Danish melepaskan keluhan lemah. Yati pula tersipu-sipu malu. Keluarku dari pintu tak sempatku memandang depan, tiba-tiba badanku dirempuh seseorang. Menjerit kecilku pabila tanganku yang di cemari air panas Nescafe. Ku perasan Danish terkocoh-kocoh keluar pabila mendengar suaraku.

"Kenapa Lerk?" Soal Danish kelam kabut.

En.Amirul?Ternganga mulutku melihat En.Amirul dihadapanku. Lemah lututku pabila bertentang mata dengan En.Amirul. Mamat inilah yang ku tunggu-tunggu dari tadi. Mamat inilah yang buat aku angau saban hari. Entah mengapa hati ini berdebar-debar pabila berhadapan dengan pengurus baru yang baru di tempatkan di sini sebulan lalu. Pelik dengan diriku sendiri. Biarpun sikapnya yang dingin namun hatiku masih menaruh hati pada yang tidak sudi. Habis pecah cawan En.Amirul di buatku. Kelam kabut aku di buatnya. Tidak tahu apa yang harus ku lakukan. Nak bersihkan kasut dia ke nak kutip kaca.

"SSselamat pagi Encik Amirul" Dalam tidak sedar ku memberi salam. Dalam tidak sedar juga aku tersengih macam kerang busuk. Entah kenapa mulutku boleh tersilap kata. Lawaknya sempat lagi aku beri salam. Patutnya aku minta maaf. Gelabah juga aku. Tetapi Danish lagi gelabah dari aku. Cepat-cepat dia tarik tanganku yang sedang mengutip serpihan kaca yang bertaburan. Entah apa dia belek pun aku tak tahu.

"Dahler tu Lerk. Biar aku hantar kau klinik. Merah tangan kau ni"Cepat-cepat aku menarik tanganku semula. Pabilaku mendongak En.Amirul sudah pun berlalu ke dalam bilik rehat.

"Eh!Aku tak apa-apalah. Tangan aku ni memang biasa merah." Geram aku dengan sikap Danish. Tak pasal-pasal melepas aku nak ayat En.Amirul.

"Orang nak tolong pun jual mahal. Macam lah aku nak kau sangat. Ngada-ngada betul!" Kasar di perdengaranku. Ah lantak dialah! Marah tak tentu pasal. Dahlah aku tengah gelabah dia lagi nak buat hal. Tidak semena-mena tanganku terluka. Cepat-cepat aku memcampak serpihan kaca ke dalam tong sampah. Niatku yang hendak membasuh luka di sinki terbantut. En.Amirul masih berada disitu. Tenang dia menghirup air. Inginku berlalu ke tandas darah semakin mengalir laju. Tidak keruan aku di buatnya. Macam-macam ada.

Malu? berdebar ?Ish! Aku yang lebih-lebih pula. Padahal Encik Amirul biasa sahaja. Dah sah otak ini Biol dalam kesakitan aku masih sempat melayan perasaan ini. Ah!Buat tak nampak sahajalah. Cepat-cepat aku membasuh jari yang luka. Dan baru kakiku hendak memulakan langkah tubuh En.Amirul menghalang langkahku di hadapanku. Dengan muka selamba tanganku ditarik dan meletakkan pembalut luka di telapak tanganku. Tanpa berkata apa-apa dia terus berlalu meninggalkan aku yang terkebil-kebil. Aduh machonya dia. Dia pegang tangan aku? Mimpikah aku?
*****************************************************************
SETENGAH HARI BERLALU.......

"Norlali, Ini kerja awak ke?" Sergah encik Amirul tiba-tiba. Cepat-cepat aku bangkit meneliti fail di hadapanku.

"Ye encik Amirul..."Gugup aku melihat wajahnya yang serius.
"Macammana awak buat keja ni ha? Cuba pakai otak itu sikit...Tengok semua ni. Sana sini salah ejaan. Cuai betul!" Telunjuk keras menghala setiap ejaan yang salah. Cuak aku melihat anginnya yang berubah. Suasana pagi kini ku rasa berubah sekelip mata. Tanpa angin tiba-tiba puting beliung melanda.. Nada suaranya yang cukup tinggi buat semua pekerja berpura-pura membuat kerja masing-masing. Dan aku pula menikuskan diri. Tersentak diriku sekali lagi pabila keluar Encik Amirul dari biliknya membawa fail dan terus melemparkan di atas mejaku. Nak ku kata kurang ajar entah patut ke tidak. Yang aku tahu hatiku sakit di perlakukan begitu. Baru sahaja aku berada di awangan mengenang layanan machonya tadi, alih-alih dia marah aku pulak. Sedih hatiku di buatnya.

"Apa ni lerk?Kenapa tak hantar sendiri fail kat Encik Amirul. Kan dia dah ok. Pergilah masuk. Dia ada kat bilik tu." Cepat-cepat aku angkat tangan.

"Serik"Ku lihat bibir Kat nita hanya mengorak senyuman sambil menggeleng kepala mendengar jawapanku. Memang fobia ku untuk bersua denganya lagi. Takut angin ributnya datang menggila. Kak Nita kini menjadi mangsaku. Nasib baik dia setiusaha yang sporting. Segala urusan Kak Nita ynag menjadi orang tengah antara aku dan Encik Amirul. Sedangkan dulu akulah orang yang tak sabar-sabar berjumpa dengannya. Sejak peristiwa hari tu tidak kubenarkan mata ini memandang wajah yang membuat hatiku cukup terguris. Patutkah aku buat begini. Tetapi dia lagi tidak patut marah aku begitu. Sekurang-kurang marahlah aku di dalam office dia ke. Ini tidak macam aku dah buat salah besar sangat. Dah tu marah aku macam orang gila.

"Ini surat jangan pula salah taip lagi."Pap!Satu fail di letakan di atas mejaku. Fuh!Hilang semangat aku di buatnya. Macam ribut. Suka sangat muncul tiba-tiba. Baru sahaja cakap dah muncul depan mata. Sempat aku menjelir lidah padanya yang membelakangkanku. Berlagak betul. Rasa Menyesal pula aku angau dekat dia. Sekarang baru nampak taring dia
************************************************************************
Biarpun sudah seminggu perkara itu berlaku tetapi aku masih bersikap dingin. Bukan aku nak jual mahal mamat itu pun berlagak sahaja aku tengok. Bila jumpa buat muka toya je. Buang masa je kalau aku nak senyum dekat dia. Bukan berbalas pun.

"Hai Danish."Sapaku sebaik sahaja berdiri sebelah Danish. Tiada respon dari Danish. Apahal pulak mamat ni? Pasal hal itupun nak masam muka lagi. Menyampah betul. Lantak kau lah.Gerutuku sendirian. Ku tahu Danish sengaja mencipta kemarahanku. Elok pula dia berbual dengan budak pejabat sebelah boleh ketawa terbahak-bahak lagi. Mataku memandang sekeliling. Ramainya orang menunggu lift buat aku rasa bosan.

"Eh En.Amirul?Hensomenya kau hari ini. "Biarpun dalam amarahku terselit kerinduan namun aku tidak ingin sesekali membenarkan benakku terus melayan perasaan. Entah mengapa rajuk ku lagak seperti sang kekasih yang ingin di pujuk. Kepadatan perut lif memaksa aku keluar menunggu lagi. Dan En.Amirul turut keluar. Berpeluh dahiku bila mendapati hanya aku dan dia tinggal menunggu lif. Entah mengapa hatiku jadi tidak keruan. Bercampur baur perasaanku ketika itu. Mungkin takut dia mengherdikku tiba-tiba. Cepat-cepat aku beredar. Jalan yang terbaik bagiku hanyalah menggunakan tangga. Setakat lima tingkat mampu lagi. Yang ku tak mampu untuk bersama satu lif dengan En.Amirul. Ku berpura-pura menggunakan telefon. Langkahku atur menuju ke pintu kecemasan.

"Norlaili!"Baru ku menolak pintu laluan menaiki tangga kedengaran suara Encik Amirul memanggil. Ku percepatkan langkah menaiki tangga. Tiba-tiba ku terasa lenganku di tarik kasar.

"Awak tak dengar ke saya panggil?Bila masa pulak awak ni pekak"Kedengaran kasar En.Amirul menegurku. Terkulat-kulat ku menjawab. Wajahnya tidak beraniku tentang.

"Saya tak dengar Encik Amirul panggil. Lagipun saya dah lewat ini"Kecut perutku melihat muka En.Amirul kemerahan.

"Ikut saya sekejap" Ku cuba menarik tanganku semula dari cengkamannya.. Bermacam-macam perasaanku pada waktu itu. Mengapa aku di perlakukan begini.

"Tolonglah lepaskan tangan saya encik. Nanti apa orang ofis kata."Kudengar En.Amirul mengeluh kecil.

"Awak nak ikut ke tidak?. Jangan paksa saya tarik awak."Mataku mula berkaca-kaca. Tiba-tiba kedengaran suasana bising di luar pintu. Cepat-cepat En.Amirul melepaskan cengkaman tangannya. Dan kesempatan itu aku berlari meninggalkan En.Amirul bersendirian. Ah!Gilanya semua ini.
*************************************************************
Berlalunya waktu kerja cepat terasa sekarang. Bahang di luar masih terasa. Dinginnya air con belum mampu menyejukkan hati yang sememangnya panas dengan sikap Danish. Sengaja dia meninggalkan berapa kerja berlonggok di atas mejaku. Tidak tahu berapa lama dia mahu bermasam muka denganku. Sedangkan entah dengan apa alasan dia hendak bersikap dingin denganku. Melihat jam di tangan yang hampir menunjukkan 6 petang. Cepat-cepat aku mengemaskan diri.

"Lerk, surat untuk kastam tu dah siap taip tolong hantar dekat bilik En.Amirul ye. Takut dia tiada pejabat esok." Aku mengangguk lemah. Kesian melihat Kak Nita yang terkocoh-kocoh menyiapkan kerja. Lagipun apasalahnya aku masuk bilik mamat ini. Kalau tidak silap aku dia dah keluar sejak tengahari tadi.

Berdebar-debar juga hatiku hendak melangkah ke bilik en.AMirul. Harap-harap mamat tu dah tiada. Fuh!lega. Kesempatan itu mataku melilau melihat sekeliling. Kemas juga bilik dia. Bau pun wangi. Perlahan-lahan ku meletakkan surat yang siap ku taip atas meja. Hatiku mula gusar melihat gambar seseorang di sebalik bingkai gambar yang terbalik. Ku belek gambar itu tanpa sedar kehadiran seseorang di belakangku. Padanlah dia bersikap dingin. Mungkin inilah kekasih hatinya atau tunangnya dan tak mustahil isterinya. Umur dah 30 tahun tidak mustahil dia sudah berkahwin.

"Tak balik lagi ke?" Tersentak aku pabila merasai nafas seseorang di telingaku. Pabila ku memalingkan mukaku wajahku hampir dekat wajah encik Amirul. Berderau darahku di buatnya. Tak tahu bagaimana aku harus menangani situasi ini. Kami saling bertentang mata. Yang pasti dadaku berdegup kencang. Aku tidak dapat menipu diri jauh disudut hati wajah di hadapanku ini telah lama bertahta di hati. Hendak ku berterus terang siapalah aku.

"Awak masih marah saya lagi ke?" Tiba-tiba En.Amirul bersuara setelah sekian lama menyepi. Aku hanya menggeleng kepala. Tahu takut rupanya. Ingatkan dia tidak peduli lagi bila dia marah aku. Besar juga pengaruh aku ye.Dalam tidak sedar bibirku menguntum senyuman. Dari raut wajahnya aku tahu akalnya tertanya apa yang mencuit hatiku.

"Senyuman inilah yang paling saya rindu. Tetapi senyuman ini semakin tawar. Tidak tahu apa yang kurang."Aku jadi malu. Aku cuba meminta diri. Terkejut aku dengan tindakannya. Pantas sahaja lenganku di paut.

" Saya tidak mahu tanya apa yang kurang dalam keindahan senyuman ini. Tetapi saya harap senyuman ini akan kembali indah semula."Aku menunduk wajah. Romantisnya terasa pabila mendengar kata-kata En.Amirul. Benarkah apa yang berlaku ini. Ku terasa di buai mimpi.

"Saya minta maaf. Saya rasa menyesal sebab marah awak. Saya tertekan waktu itu." Mendengar kata En.Amirul membuat aku tersenyum lega. Kedudukan tempat kereta yang agak jauh dari Offis membuat En.amirul meluahkan segalanya.

"Maaf Encik Mirul diterima. Lagipun salah saya." Entah mengapa berhadapan lelaki ini akalku menjadi bodoh seketika. Biarpun dulu marahku menggunung ketika dia memarahiku dihadapan pekerja. Aku terus hanyut di buai asmara pabila ketika melintas jalan tanganku di gengam kemas oleh En.Amirul. Dan bermula saat itu ku yakin ku tidak bertepuk sebelah tangan.

**************************************************************
"Dari tadi akak tengok lerk senyum je. Lerk bercinta ye." Tersentak aku melihat Kak Nita muncul tiba-tiba dihadapanku. Ku pura-pura marah.

"Ish!Mana ada..Kak Nita ni memandai je. Siapalah yang nak dekat saya ni. Saya tak lawa macam Kak Nita.." Usik ku

"Ye ke ni.....Siapa kata tiada nak kat awak. Tu budak danish tu. Kesian dekat dia. Lerk selalu buat tak layan dengan dia. Sampai merajuk buatnya budak itu" Bibir Kak Nita di muncungkan ke arah Danish. Ah! Lelaki kuat merajuk ni memang tak sesuai denganku. Mataku mencuri pandang ke arah Danish. Seriusnya wajah dia ketika bekerja.

"Hey, dah waktu rehat. Jom kita pi kantin." Tidak sedar waktu berlalu ke tengahari. Ku lihat Danish masih tekun menaip sesuatu di hadapan komputer. Rasa bersalah timbul di benakku. Mula akalku berniat nakal. Selalu dia yang usik aku. Apakata aku usik dia pula.

"En.Danish taknak makan ke?Marilah join sama." Ku sempat mengenyit mata pada Kak Nita. Kak Nita senyum sambil menunjuk isyarat dia menuju kantin dahulu. Ku lihat tiada sebarang reaksi dari Danish.

"Kalau En.Danish tak mahu makan...Lerk boleh tolong buatkan air milo kesukaan Danish." Danish masih dingin padaku. Mencebikku melihat sikap Danish. Rajuknya mengalahkan perempuan. Suka berpanjangan. Aku Marah Dengan En.Amirul pun tidak lama. Lagi-lagi bukan aku buat salah.

"Kalau Danish tak mahu makan, tak mahu minum takpelah. Lerk pergi dulu!" Ku keraskan sedikit suara. Biar dia tahu yang aku marah di perlakukan begitu. Marah tidak bertempat. Tak habis-habis dengan rajuknya.

"Lerk tunggu!" Bibirku menguntum senyuman mendengar suara Danish. Ku memberhentikan langkah menunggu Danish.

**************************************************************
Layanan En.Amirul buat aku terus hanyut di buai asmara. Terlupa aku memikirkan segalanya. Keikhlasan hatinya tidak pernah ku ragui. Dia memang ciri-ciri jejaka yang ku cari selama ini. Sembahyang tidak pernah tinggal. Setiap kali langkahku atur ke bilik sembahyang pasti ku bertembung dengannya. Kekadang En.Amirul mengingatkanku tentang solat. Setiap kali waktu Zohor pasti ada Sms datang darimya. Alangkah bahagianya kurasa. Namun Allah maha Kaya. Di saat ku hampir hanyut di buai cinta aku di sedarkan dengan sesuatu yang aku hampir lupa memikirkannya. Natijah ynag belum mampu mindaku menanganinya. Sewaktu pulang dari bersiar-siar di shopping compleks kami bertembung dengan seseorang perempuan yang berambut perang. Cantik orangnya. Ku rasa seperti pernah lihat wajah itu. Dan ketika itu baru ku teringat gambar yang terletak di atas meja En.Amirul.

"Eh!Abang nak pergi mana?" Soal wanita itu Lengan En.Amirul di paut mesra. Abang? Dari lenggoknya buat hatiku tersentap. Manjanya dia. Siapa perempuan ini.

"Abang nak balik office ni. Mai ikut sekalilah. Abang hantar Mai balik dulu. Lepas tu baru abang dengan ely balik office. Oh Ya..Ini NorLaili. My assistant." Mata Puan Maisarah memandangku sambil tersenyum. Dari renungan matanya ku dapat rasakan tiada sikitpun syak wasangka terbit di hatinya. Tangan yang di hulur cepat-cepat ku sambut.

"Tengoklah suami saya ni. Saya baru shopping sikit dia dah suruh balik. Cemburu bukan main." Kata-kata wanita itu buat ku terkesima. Suami? En.Amirul dah berkahwin?Gila!Permainan apa yang mamat ini buat. Rasa sakit hati buat kakiku mahu melangkah dengan segera dari tempat itu. Aku rasa diriku tertipu. Dalam amarah aku masih cuba bersikap biasa.

"Takpelah Encik En.Amirul. Saya boleh ambil teksi. Lagipun dah pukul 5 petang ni. Dah takde appoinment lain."Ku memandang wajah Encik Amirul dengan seribu macam perasaan. Wajahnya tetap selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku. Pandainya dia memainkan watak.

"Takpe. Sekarang masih waktu kerja. Apa-apa hal saya kena bertanggungjawab. Mari!" Terkulat-kulat aku mengikut langkah Encik En.Amirul. Sengaja ku memperlahankah langkah. Petapa kerdilnya diriku melihat Encik En.Amirul Shah berjalan seiring dengan Puan Maisarah. Mereka saling berpegang tangan. Sewaktu menunggu lift aku alpa. Hancur hatiku tidak terkata. Mengapa di saat ku di awangan datang puting beliung menyesatkan diriku. Keliru aku dengan apa yang berlaku. Keliru apakah yang sebenar berlaku. Sandiwara apakah ini. Melayan perasaan buat aku terlupa membontot Encik En.Amirul yang di telan perut lift. Tersedar ku pabila melihat suasana sepi di ruang lift. Nasib aku masih ingat di mana Encik En.Amirul meletakkan kereta. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.

"Awak dekat mana?"
"Saya dalam lift. Maaf Encik En.Amirul."
"Macam mana awak boleh hilang? Awak tak de apa-apa ke?"
"Tak..tak saya ok."
"Saya tunggu awak dekat car park. Hati-hati! Lekas ye. Saya tunggu." Terasa basah pipiku tiba-tiba. Mengapakah dia begini?Perihatinnya Encik En.Amirul buat aku hilang akal. Perasaan apakah yang merasukku. Gilakah aku jatuh cinta pada suami orang. Tiba sahaja di level G dari jauh ku lihat Encik En.Amirul menanti di luar kereta. Aku berpura menguntum senyum. Isterinya sudah sedia duduk di dalam kereta. Melihat muka Encik En.Amirul yang serius buat senyumku mati tiba-tiba.

"Awak pergi mana? Kan saya dah kata. Mana-mana saya pergi awak mesti ikut. Jangan nak memandai."Dari nadanya ku tahu Encik En.Amirul marah dengan sikapku.

"Encik, saya ingat saya....."

"Sudah jangan banyak cakap lagi. naik kereta! Biar saya hantar awak" Mahu hujan hatiku tatkala itu.
*********************
Berkali-kali telefon Nokia di tangan kurenung. Hatiku resah menanti. Tidak betah aku membuat kerja. Fikiranku melayan mengingati insan yang bernama Amirul. Perasaan aku jauh terlanjur. Pada siapa harus aku meluahkan keresahan di hati ku buntu. Jalan penyelesaian yang tidak ku temui. Peristiwa semalam buat ku sedar aku hanya bertepuk sebelah tangan. Ah!mana mungkin En.Amirul menyintai diriku sedangkan dia sudah punya isteri. Gila aku memikirkan persoalan yang terus menerpa di benakku. Padanlah dengan muka aku! Nak sangat bercinta sekali bercinta dengan suami orang. Entah apa aku nak buat aku bingung. Hendak cerita pada Zurnidah aku takut di perlekehkan. Biarlah rahsia ini ku tanggung sendirian.

"Saya suka awak Ely. Saya sendiri resah dengan perasaan ini. Mulanya saya ingat perasaan ini hanya sementara. Tapi saya tak boleh menipu diri saya lagi. Saya benar-benar jatuh cinta dengan awak. Dan saya hendak jadikan awak sebagai teman hidup saya "Luahan inilah buat aku bertambah gila memikirkannya. Belum sempat ku meluahkan larva kemarahanku En.Amirul meluahkan segalanya. Padanlah sewaktu aku makan tengahari tadi bersama Aidil ku lihat Encik En.Amirul seperti keresahan. Ku lihat dia tidak membeli apa-apa di food court. Langkahnya di atur semula ke office. Dan dalam 5 minit dia melangkah pergi telefonku berbunyi.

"Saya nak awak datang office sekarang"Mulanya arahan Encik En.Amirul buat larva kemarahanku makin menggunung. Bukan dia tidak nampak aku tengah makan. Nasib aku hanya membeli kuih. Terkebil-kebil Danish pabila aku meminta diri. Kuih dalam pinggan ku tolak ke tepi. Sangkaku dia tidak kisah lagi dengan diriku setelah rahsianya terbongkar. Sangkaku dia hanya ingin mempermainkan perasaanku. Ternyata semuanya ramalanku silap belaka. Bukan aku bertepuk sebelah tangan.

"Kenapa senyap?"Terkejut aku pabila Kak Nita menyoalku. Aku hanya menguntum senyuman sinis. Penat rasanyaku bermain dengan persoalan di minda. Haruskah ku teruskan semua ini. Mampukah aku menghadapi segalanya. Oh Tidak!Aku meraup wajahku dengan kedua tapak.

"Lerk akak tengok muram je hari ini kenapa?"Soal Kak Nita lagi.

"Makan pun taknak kenapa?" Rasa mahu hujan sahaja hatiku mengenangkan semua. Ya Allah bimbinglah hambamu ini.

"Kak, kalau akaklah... suami orang nak akak. Kak Nita nak terima ke tidak?Lagi-lagi akak pun suka dengan dia." Lamaran En.Amirul buat aku langsung tidak betah buat kerja. Ku lihat mata Kak Nita terbuntang luas. Mungkin terkejut dengan persoalanku.

"Kau nak kahwin dengan laki orang ke?"Cepat-cepat aku menggeleng kepala. Tiba-tiba Kak Nita ketawa kecil.

"Kalau Kahwin dengan suami orang pun apasalahnya. Dari kita berbuat maksiat. Akak sebenarnya pun bermadu. Janji kau tahu batas hak kau sebagai isteri kedua."Kali ini mataku pula terbuntang luas. Tidak ku sangka Kak nita mengalami semua ini.

"Tetapi kita kena tengoh sejauh mana keyakinan kita pada dia. Kalau rasanya Lerk tidak yakin dia akan berlaku adil janganlah teruskan perjalanan hidup. Bak kata Hamka perkahwinan ini menyatukan dua jiwa dengan seribu perbezaan. Kalau dah bermadu lagilah kita perlu menghadapi tiga jiwa yang dengan berjuta-juta perbezaan....."

"...Lagi satu cinta ini ibarat kita menunggu bas. Kita nak meneruskan perjalanan kenalah kena pada bas. Kalau bas itu tidak sama dengan destinasi kita buat apa kita nak naik. Tetapi jangan pulak kita tersilap bas. Bila dah tersilap bas macam-macam masalah timbul. Mungkin perjalanan kita jadi lambat atau macam-macam lagi."Ada betulnya kata kak Nita. Kalau aku silap memilih teman hidup meranalah hidupku. Nak berpatah balik pasti sukar.

"Kalau dah takdir kalau naik bas pelancong ke bas sekolah ke pasti sampai ke rumah juga. Yang penting kena sabar" Cepat-cepat ku menoleh. Sinis sahaja pernyataan Danish. Entah bila masa pulak mamat ini muncul. Tiba-tiba tanganku di tarik jauh dari tempat dudukku.

"Lerk, Saya tidak faham mengapa dia yang menjadi pilihan Lerk. Dari dulu lagi saya perasaan. Dengan dia Lerk layan lain. Tetapi dengan saya Lerk tidak pernah kata lembut macam dia. Tetapi saya sedar dan terima hakikat yang orang yang saya puja kini telah di miliki seseorang....Tetapi Lerk yang saya harap Lerk fikirlah sedalam-dalam dalam membuat keputusan. Banyak perasaan yang Lerk perlu jaga kelak. Saya kata begitu sebab saya tahu status orang yang Lerk sukai. Bukan calang-calang orangnya. Tetapi seperti saya kata tadi cinta perlu pengorbanan. Berbaloikah pengorbanan Lerk dengan melukai hati orang tua hanya kerana dia....Apapun saya harap Lerk akan bahagia". Perasaanku di selubungi pilu. Kata-kata Danish buat mindaku terbuka. Bahagiakah aku apabila kehilangan rakan. Bahagiakah aku apabila perkahwinanku tanpa restu orang tua.

"Terima kasih Danish."Rasa mengalir air mata di pipiku. Kata-kata Danish dan kak Nita buat aku termenung sepanjang hari memikirkannya. Cinta yang ku dambakan hadir bukan seperti yang ku sangka. Baruku tahu cinta seperti makan gula-gula. Tidak semuanya manis . Ada yang pahit pabila kita cuba menghabiskannya.


***************************************************
Keputusan yang ku buat pastinya sukar untuk ku luah. Fikiranku masih waras untuk meluahkan segalanya. Bersama air mata perpisahan terucap di bibirku.

"Ely, kenapa kita nak sia-siakan hubungan kita kerana orang lain?Ely perlu tahu bukan semua orang dapat mengecapi cinta seperti kita. Saling suka menyukai. Ely, abang bukan jenis yang suka mempermainkan perasaan prang. Pabila abang dah menyukai seseorang itu, untuk melepaskannya adalah terlalu berat.. Jangan terburu-buru dalam membuat keputusan."Kata-kata En.Amirul buat aku hampir menarik balik kata-kata. Kepalaku terus menggeleng.

"Andai ini keputusan Lerk, abang faham. Mungkin dengan perpisahan ini akan buat hati Lerk lebih tenang dan bahagia. Tetapi jangan ingat abang akan mengalah. Perpisahan ini mungkin sementara kerana abang akan berusaha selama mana abang bernyawa. Tidak sesekali dengan melukakan hati sesiapa." Airmataku terus mengalir mendengar katanya. Kenangan manis bersamanya takkan ku lupakan. Biarlah ku putuskan hubungan ini.. Berat untuk ku lepaskan dia berat lagi untukku melukakan hati kedua orang tuaku. Yang penting restu orang tua. Andai ini di katakan kegilaan ku rela terus di buai mimpi dalam cinta gila ini. 2 tahun berlalu berlalu bahagia tetap ku rasakan kini. Kini aku benar-benar bahagia bersama si dia.

"Bawa kereta itu baik-baik. Darah manis katakan." Aku tersenyum mendengar usikan Kak Nita.

"Ha!Danish jangan pula nak menggatal. Awak tu tinggal 24 jam lagi dah jadi suami orang tau."Danish yang duduk di sebelah mengangkat tangan. Dengan bismillah ku mulakan perjalanan meninggalkan perkarangan rumah Yati dan Kak Nita melambai tangan ke arah kami berdua.

"Wei kalau ye pun tak sabar nak kahwin janganlah lambai lagi. Tak lari bini kau tu." meluat pula aku melihat sikap Danish. Dah nak kahwin pun perangai tidak berubah. Masih nak bermanja dengan aku. Terpaksa aku menghantar mamat ini pulang ke rumah. Kalau bukan Yati yang meminta aku drive memang malas aku nak bawa mamat yang perasan ini. Kononnya tidak elok bakal pengantin di biar bawa kereta sebelum di ijap kabul. Entah mana adat di ikutnya aku pun tidak faham.

"Kau bila nak kahwin? Tulah dulu suruh kahwin dengan aku kau taknak. "Aku mencebik.

"Mmm Dulu rasanya memang taknak sekarang boleh?"Cepat-cepat Danish angguk. Tanganku pantas mendail Nombor telefon bimbit Haryati.

"Kau nak call siapa?

"Yat! Bagitahu kau nak cancel kahwin dengan dia. Lepas itu baru kau boleh kahwin dengan aku."Acahku sahaja. Gelabah di buatnya Danish. Cepat-cepat dia merampas telefon bimbit di tanganku. Ketawaku terburai melihat sikap gelabah Danish. Jauh di sudut hati aku mengucap syukur. Biarlah cerita cintaku menjadi rahsia kami berdua. Andai jodoh pasti kami akan bersatu jua. Biarlah rahsia cinta aku dan dia tersemat di jiwa. Kuasa tuhan tidak mampu kudratku melawan. Makin ku melupakan dia makin aku menyintainya. Tanpa ku pasti apakah penghujungnya cinta ini masih utuh di jiwa. Hanya 6 bulan ku mampu bertahan tidak menghubunginya. Tidak mampu ku melepaskan dia terus dari hidupku. Aku terpaksa akur cintaku pada En.Amirul bukan sementara. Begitu jua Amirul. Terpaksa kami merahsiakan segalanya agar tiada pihak yang terluka. Bukann niatku untuk merampas amirul dari sesiapa. Cukuplah aku dapat berpayung di bawah lembayung kasihnya biarpun sementara cuma. Aku redha andai jodoh kami terputus tiba-tiba.

"Lerk dengan mamat itu macammana.? Soal Danish tiba-tiba.

"Biarlah rahsia..." Ketawa kecil Danish mendengar jawapanku.


(FIQRIEY)

0 comments:

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM..
comment la cket walaupun 1 ekk
trimas semua..=)

 

PASAR BORONG NOVEL Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo