Thursday 21 April 2011

CERPEN..TERIMA KASIH CINTA

Hari semakin kelam lamunanku padanya seakan membawa aku ke dunia lain.terbang ke langit biru mengapai-gapai awan yang membeku.
"su nak pergi mana tu? Lantang suara kimi menjerit memanggil aku yang tergesa-gesa ke bilik mesyuarat.
Kimi berlari-lari kearahku. Nafasnya turun naik kerana kepenatan.
"hey..apasal ni? ko lari macam nampak hantu je? Sapaku padanya
"ye la memang nampak hantu pun.kat toilet pompuan tadi tu
"eh aku dari toilet tadi tak nampak apa yang pelik pun?ko biar betul jangan main-mainkan aku kimi.ujarku padanya.
"betul la aku nampak hantu tu keluar dari pintu toilet tu"siap pakai lipstik pink lagi.
"cis...satu cubitan hinggap di tangan kimi.ambik kau,sakat aku ye"aku dengan geramnya mencubit-cubit tangan kimi.kulitnya yang putih menampakkan kemerahan.
"aduh...sakit la.kimi mengaduh sakit akibat tindakanku yang spontan.
"sapa suruh kau sakat aku . dah tu apasal ko nak jumpa aku ni?
"aku nak ajak ko minum. Jom aku belanja"kimi mempelawa aku sambil cuba mengambil buku yang ada di tanganku.
"eh sorry la aku dah janji dengan en fuad.hari ni.kat bilik mesyuarat tu."aku menunding jari kearah bilik mensyuarat.
"su tunggu apa lagi jom masuk.saya dah tak sabar nak dengar perbentangan projek u tu"kedengan suara en fuad yang kebetulan berada di belakang aku dan kimi.muka kimi seakan hampa namun aku tahu ada benda yang ingin disampaikannya kepadaku.
"su malam ni aku jemput ko kat umah k.Aku datang ambik ko lepas isyak.jangan lupa"kimi berkata sambil berlalu.
"eh..belum sempat aku menolak kimi menggeleng sambil tersenyum. Aku berfikir-fikir apa agaknya yang ingin dibeitahu oleh kimi padaku"
"su kamu nak tercegak kat situ lagi ka?kedengan suara en fuad membuatkan aku tersedar lantas ku berlalu memasuki bilik mesyuarat. disuatu sudut ku lihat teman baikku ada disana.




"cantik kau malam ni su"sapa kimi padaku.mama yang menghantarku ke pintu tersenyum simpul.
"untie kami pergi dulu ye"ucap kimi sambil mencium tangan mama.bersopan pula kimi malam ni.sepanjang mengenali kimi rasanya dia seorang yang lawak n periang.aku semakin pelik dengannya.
"eh su ko tak mahu turun ke?suara kimi mengejutkan aku sekali lagi.
"ko nak aku bukakan pintu ke?soal kimi padaku
dengan wajah yang terpingga-pingga aku cepat-cepat membuka tali pinggan dan segera turun




suasana yang tenang dan damai membuatkan aku begitu selesa.inilah pertama kali aku merasa begitu tenang. Ku hayati suasana itu agar menjadi memori yang indah buatku.kami duduk di meja yang paling hujung dan menghadap tasik.
"eh kimi kenapa ko bawa aku sampai sini?apa halnya sampai kesini kau membawa aku?soalanku pada kimi. Tiba-tiba merubah airmukanya. lama kelaman kimi kembali tersenyum.
"saja aku nak bawa ko?tak boleh ka?tiba-tiba kimi memegang tanganku.aku terkesima namun aku seakan terbuai dek perasaan yang aku sendiri tidak sedar bilakah ia hadir.






"su sudikah ko menjadi kekasihku untuk seminggu"terketar-ketar suaranya menyatakan maksud sebenar.aku terkejut lalu merentap tanganku yang dipenggang lembut oleh kimi. Kimi tertunduk malu.mungkin dia fikir aku menolak cintanya. perlahan-lahan aku bersuara.
"kimi kenapa seminggu?pelik la patutnya ko cakap la seumur hidup ke?ok la juga aku dengar, ini tak seminggu je. Apa kena dengan ko ni?
"ko biar betul su?ko nak ke orang seperti aku ni?
"kenapa plak dengan ko?belambak perempuan yang nak dekat ko. ko je yang jual mahal.liza,fika,tasya,nana,elly, emm minah mat saleh celup tu?budak yang aku benggang sangat tu?"
"kyra.eh baik la budak tu.ko cian dia, sal plak ko benggang sangat ni dengan kyra tu?
"minah tu ritu langgar aku kat cafe.habis basah baju aku.aku rasa la minah ni sakit hati kat aku la. Aku pun tak tau pa sebab dia.dah mereng agaknya minah tu.hangin aku kat dia. Tanpa aku perasan kimi sedang tersenyum.
"pesal plak ko tersenyum cam kambing ni" Gomel aku pada kimi. marahku pada kyra belum habis kini ditambah dengan senyuman kimi plak.
"sebenarnya ko nampak lagi comel la bila cam ni.tak sampai hati aku nak stopkan ko yang berceramah seperti mat sabu. Kata-kata kimi sebentar tadi membuat aku tersipu malu.entah kenapa bila berhadapan dengan kimi aku rasakan suatu yang amat indah.perasaan yang asing kini singgah didasar lubuk hatiku.perlahan-lahan aku akui aku sememangnya jatuh hati pada kimi sejak mula kami mendaftarkan diri di uthm.
"so sekarang ko dah jadi my steady girlfriend,sweetheart.aku tersipu malu. Kimi menghantar aku pulang kira-kira 11malam.malam itu kimi melayan aku seperti seorang puteri kayangan . Layanan dia padaku membuatkan aku terbuai oleh perasaanku sendiri. Aku tersenyum sendiri mengingatkan kembali malam yang indah itu.ucapan sayang dan kata-kata manis sentiasa menjadi halwa telingaku. Namun apa yang aku peliknya kenapa hanya seminggu kau melamarku menjadi kekasih hatimu kimi? Aku sanggup walau seumur hidupku. Hingga ke hujung nyawa kimi.


Kedengaran lagu katy perry-hot n cool di talefon bimbitku.sapa la yang menganggu awal pagi ni.ngomelku seorang diri. Lalu dengan perasaan malas aku mengangkat handpone.
"hello, sapa ni?soalku dengan suara separuh sedar
"assalamualaikum. Sayang tak bangun lagi ke?suara kimi lembut sahaja menyapa aku
"bangunla dah subuh ni.lepas tu boleh tido semula.
Aku bergegar bangun, malu aku pada kimi kerana kejutkan aku. Selalunya jam locengku yang berbunyi membangunkan aku bersembahyang subuh.aku dengan rasa malu menjawap "ye bangun da ni"
dengan suara yang romantik kimi mengucap salam. Sempat juga kimi membisikkan kata rindu.aduh mamat ni lama -kelamaan aku pun cair habis.


Kuliah hari ni terasa cepat sangat berlalu bila melihat kimi disebelahku. Dunia ku terasa lain sekali. Inilah nikmatnya cinta yang selama ini ku nantikan. Sepanjang seminggu tersebut masa banyak ku luangkan bersama kimi. Bahasa kami menjadi bahasa cinta yang tak dapat digambarkan.alangkah indahnya hidup ini. Bisikan cinta daripada kimi serta ucapan sayang sering menjadi halwa telinga ku. Seperti romeo n juliet sedang berkasihan.


Namun selepas seminggu berlalu kimi mula menjauhkan diri.ku mula binggung dengan sikapnya yang berubah secara mendadak. Adakah ini yang di maksudkannya.tempoh seminggu sudah berakhir maka berakhirla juga cintanya padaku. Kimi adakah aku yang bodoh? Dipermainkan oleh lelaki sepertimu? Mungkinkah ini yang kau lakukan pada mereka juga. Liza.fika,tasya,nana,elly dan juga minah mat saleh celup tu kyra? Ko kejam kimi. Airmataku jatuh berlinangan.




Tiba- tiba kedengaran lagu katy perry ditalefonku. Rasa malas aku untuk mengangkat talefon namun kugagahi jua.kelihatan nama en fuad yang tertera. Eh apa yang membuatkan en fuad menghubungiku?getusku dalam hati.
"hello,assalamualaikum su saya ni en fuad, boleh tak awak datang ke rumah saya sekarang juga. Kimi adik saya baru sahaja kembali kerahmatullah sebentar tadi."kedengaran suara en fuad sedikit sayu dari biasa.airmataku jatuh berlinangan kepipi.sederas air yang mengalir. Kuseka air mataku laluaku menuruni anaka tangga ke kereta. Di tangga aku bertembung dengan mama, mama memandangku dengan wajah yang sayu. Aku berlari menuju ke kereta.kupantu keretaku sederas yang mungkin, dalam sekejap saja aku sudah berada di hadapan rumah bangglo 2tingkat.besarnya rumah kimi. Tak pernah diceritakan kepadaku.




"su masuk ikut sini."ucap en fuad yang berada di sebelahku kini.
" kenapa dengan kimi en fuad? Apa dah jadi padanya?ujarku berkali-kali.
"sabar su, pergilah tengok kimi kat sana nanti sesudah jenazah kimi dikebumikan akan saya ceritakan lebih lanjut kepada awak. Tapi pernah tak kimi menceritakan yang dia menghidapi barah otak? Ujar en fuad.tangisku semakin kuat kedengaran . Sampai hati kau kimi.


Kutatap wajah kimi semahu mahunya.inilah detik terakhir aku dapat menatap wajah buah hatiku yang kucintai.hanya kenangan yang bakal menjelma dalam ingatanku nanti. Dengan perlahan aku bersuara. "kimi kenapa kau tak ceritakan pasal sakit ko? Apakah seminggu kita bercinta merupakan permintaan terakhir ko? Bangun kimi aku sanggup tunaikan sejuta permintaan dari ko.aku rela kimi. Kenapa ko tinggalkan aku terkapai-kapai begini? Bahuku terhenjut kuat menahan sebak didada.tiba- tiba satu terasa bahuku dipegang. Aku menoleh melihat siapa yang menyentuh bahuku.terkedu aku melihat kyra berada disini.dengan lembut kyra memeluk aku. Aku menangis semahunya walaupun aku sedari yang memelukku minah yang paling aku benggang.perasaan hibaku ku kongsi dengan kyra.


"su sabar la kita hantarkan jenazah kimi dengan selamat.jangan kau menangis begini pasti kimi sangat sedih melihat kau berduka diatas pemergiaan dia. Ikhlaskan la agar kimi tenang disana."kata kyra kepadaku membuatkan aku berasa sedikit kuat.kugagahi menahan lara dihati.sesudah jenazah dikebumikan aku dan kyra berjalan pulang.


"su ni ada surat dari kimi untuk kau.aku simpanya semenjak korang dah mula renggang."kyra menyerahkan surat yang bersampul hijau kepadaku.
"kenapa ada pada ko? Solaku padanya
"sebenarnya aku sepupu kimi. Apa yang terjadi selama ini aku tahu. Aku amat menyayangi dia namun cintaku ditolak kerana rasa cintanya yang mendalam pada kau.kes terlanggar kau dicafe tempoh hari tu aku sengaja je. Rasa sakit hatiku padamu kerana dapat memiliki kimi walaupun tanpa kau sedari yang kimi dah lama jatuh hati pada kau. Kimi meminta aku berbaik dengan kau. Katanya dia amat menyayangi kau jadi dia tak nak aku sakiti hati kau. Maafkan aku su.
"aku faham perasaan ko kyra.aku tak salahkan ko."




malam yang sayu aku menatap bangunan pencakar langit dari arah balkony bilikku..dalam kesamaran malam kuteringgatkan surat yang diserahkan padaku oleh kyra.segera ku koyakkan sampul surat tersebut.






Buat yang tersayang




disaat kau membaca warkah ini aku sudah kembali kerahmatullah.
Kesakitan yang tak tertanggung selama ini lenyap dalam sekelip mata pabila kau sudi menjadi kekasih ku.buat pengetahuanmu su aku menghidap penyakit barah otak sejak tiga tahun yang lepas. sewaktu itu kita baru sahaja mendaftar masuk ke uthm. Perlangaran kita di meja urusetia membibitkan rasa cinta dihati ini. Setiap hari wajahmu ku curi pandang. Dalam diam aku mencintaimu.itulah yang selami ini terbuku dihatiku.perhatianku padamu lebih kuutamakan dari pelajaranku sendiri. Ku perhatikan setiap tindakanmu.apa sahaja yang kau tidak tahu aku akan segera mencarinya buatmu.sebab tu la bila kau bertanya ku sumuanya aku tahu.. hehehe. Aku dah stand by la.semuanya buatmu sayangku.




Walaupun kini aku tak lagi berada disisimu tapi ketahuilah yang aku masih memiliki hati yang bernyawa. Ya... hati tersebut kini dimiliki oleh fuad abang ku. Kini aku sudah menjalani pembedahan dan aku redho andai aku pergi dengan cara begini kerana tempoh hidupku juga semakin dekat. Jadi apa salahnya andai aku melakukan semua ini. Keputusan ku menderma hati ini ku lakukan semata- mata kerana ingin melihat kau dan fuad bahagia kerana pada hakikatnya fuad mencintai mu sayangku. Kini hanya tinggal satu permintaanku padamu su. Sudikah kau mengahwini abg fuad?terima la cintanya kerana dia begitu ikhlas menyayangimu. jaga la abg fuad untuk ku kerana kalian insan yang amat ku sayangi .Sayanglah dia seperti mana kau menyayangi ku su.


Buat terakhir kalinya inginku mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiranmu sayang dalam hidupku. Derita ini mati bila bersamamu kerana kau la wanita yang telah mengetuk pintu hatiku. Ku redho kerana takdir tidak memihak kepadaku untuk memilikimu sayang namun takdir juga telah menemukan ku denganmu. Cukuplah dengan melihat dari jauh.


Yang ikhlas mencintaimu,
Muhammad Daniel Hakimi




Aku teresak menahan sedu yang semakin kuat. Kimi akan aku lakukan apa sahaja untukmu. Pengorbananmu begiu mulia. Aku akan menerima lamaran abangmu demi kau. Akan ku penuhi cintaku padamu melalui hati yang kau dermakan. Terima kasih kimi atas segalanya.


(fiqriey)

0 comments:

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM..
comment la cket walaupun 1 ekk
trimas semua..=)

 

PASAR BORONG NOVEL Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo