Sunday 24 April 2011

BERMULANYA DIARI CINTAKU..


Kasih sayang, cinta dan menyintai merupakan satu perkara yang sangat indah dalam melayari kehidupan. Setiap insan yang menghidapi penyakit cinta sukar diubati melainkan pasanganya. Aku, turut merasai panahan cinta dari seorang jejaka yang sangat aku sayang dan cintai.
Zafri merupakan seorang lelaki yang sangat peyayang,mempunyai lesung pipi di sebelah kiri, bermata bulat dan berwarna coklat menjadikan sekali pandang seiras Amir Khan pelakon pujaan ketika zaman kanak-kanak. Perkenalan yang tanpa disangka mengundang bait-bait cinta yang sangat mendalam. Sungguh, dulu aku sukar mempercayai perkenalan melalui alat komunikasi seperti telefon atau internet. Tapi kini aku yakin setiap yang terjadi pasti mempunyai sebab yang tersirat.
Terimbau kembali peristiwa sepuluh tahun lalu. Detik perkenalan aku dengan Muhammad Zafri Danial bin Ismail, jejaka yang membuatkan aku gila bayang bertahun-tahun lamanya.hahhaa..keputusan peperiksaan SPM ku yang sangat membanggakan memberiku ruang untuk aku memiliki sebuah telefon bimbit apabila ianya dihadiahkan oleh abahku. Dulu bukan seperti sekarang yang terlalu mewah sehinggakan pelajar sekolah rendah pun mampu mempunyai telefon bimbit. Bukan abahku tak mampu memberikan telefon bimbit buatku tetapi abah tidak suka memanjakan anak-anaknya dengan kemewahan melainkan disebabkan perkara yang boleh dibanggakan.
Apabila mendapat telefon bimbit, faham-faham jeala..pasti siang malam aku meniliknya sehinggakan nak tidur malam pun mencium telefon dahulu. Padahal pada masa tu, tak ada kawan yang boleh bermesej-mesej atau 'calling-calling'. Pada suatu hari, nak dijadikan cerita, aku menerima panggilan dari seorang lelaki. Suaranya yang garau dan sedikit keras bertanyakan aku kenapa menelefonnya. Pada mulanya aku terpinga-pinga, tidak mengetahui apa yang berlaku dan dengan ketakutan aku memberitahunya kemungkinan aku tertekan nombornya. Padahal aku sendiri tidak mengetahuinya..almaklumlah, aku selalu membuat 'miss call' pada nombor-nombor baru yang aku tidak ketahui. Selang seminggu selepas itu, dia menelefonku lagi mengatakan aku menelefonnya, aku sendiri tidak pasti adakah betul atau tidak, dan aku menyalahkanya dengan mengatakan dia dahulu yang membuat 'miss call' padaku. Sungguh aku sendiri tidak tahu bagaimana nombornya boleh berada dalam senarai kawan dalam telefonku.
Sejak itu, kami mula berkawan. Dengan sikapku yang nakal yang selalu menggangunya sehinggakan dia terbiasa dengan ' miss call' ku dan pada masa itu kami sama-sama sedang menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran menjadikan aku punyai banyak masa untuk melayan mesej-mesejnya. Perkenalan kami tanpa mengenal rupa ini berlanjutan selama dua bulan. Selepas mengetahui keputusan untuk melanjutkan pelajaran, dia meminta kebenaran untuk berjumpa denganku agar kami dapat terus berkawan walaupun sama-sama sibuk dengan pelajaran nanti.
" Nadia, saya betul-betul ingin mengenali awak, lagipun dah lama kita berkawan walaupun hanya dalam telefon. Apa salahnya kalau kita jumpa dan saling mengenali". luah Zafri padaku suatu hari.
"ermm..tengok la nanti, kalau ada masa kita jumpala yea.. lagipun, sekarang nie saya sibuk ngan persiapan untuk mendaftar minggu depan. Awak pun mesti sibuk jugakkan?" dugaku, agar permintaanya dibatalkan,
Sesungguhnya, aku tidak pasti sama ada aku ingin berjumpa denganya atau pun tidak. Aku takut, seandainya dia berniat jahat padaku. Seringkali dipaparkan jenayah rogol, penculikkan berlaku dengan kenalan baru. Hal ini menjadikan aku sering menangguhkan dan menepis setiap ajakannya untuk berjumpa bagi kami saling mengenali. Lagipun aku sibuk dengan persiapan untuk mendaftar di pusat asasi Universiti Malaya dan dia juga sibuk dengan persiapan untuk mendaftar mengikuti kursus bahasa untuk melanjutkan pelajaran ke Luar Negara. Walaupun kami hanya berada dalam daerah yang sama, namun perasaan takut sering menghantui setiap kali ingin berjumpa denganya.
" ermm..kalau begitu, apa kata kita sama-sama membuat persiapan tersebut? Kita ke pekan bersama dan membeli barang-barang keperluan.." pancing Zafri lagi.
" saya dah janji dengan ibu nak ke Bandar Kota Bharu esok.. jadi maaflah je Zaf, Nadia tak dapat menemani Zaf ke pekan esok. Ermm, kita jumpa laen kali la yea.". dalihku lagi.
" betul ke nie, atau sekadar alasan Nadia jea?" soal Zafri meraguiku.
" terpulanglah pada awak, lagipun kita masih tidak mengenali antara satu sama lain, agak susah saya nak menerima pelawaan awak, saya harap awak menghormati keputusan saya", jawabku tegas,terasa cuak menyangkakan Zafri dapat menghidu pembohonganku.
Sebenarnya aku ingin ke pekan Pasir Puteh esoknya, kerana ingin membuka akaun bank Simpanan Nasional, bagi memenuhi kehendak pihak university.
" xpea la kalu begitu, saya harap suatu hari nanti kita dapat berjumpa, saya ikhlas nak mengenali dan berkawan dengan awak". Jawab Zafri dengan tenang.

" Nadia, awk kat mana nie? Masih kat Kota Bharu ke?" kedengan suara itu apabila aku menekan butang berwarna hijau.
" yea la, masih kat cini, awk kat mana tu?" tanyaku menghilangkan rasa gugup kerana menipunya.
Aku kini berada di pekan, bukanya di bandar Kota Bharu seperti yang aku beritahunya semalam, segaja aku menipunya agar dia tidak mengajak aku berjumpa denganya. Dalam kekalutan itu sempat aku menjeling seorang lelaki yang berbaju biru muda dan kemas sedang bercakap ditelefonnya, lelaki itu la yang terlanggar aku ketika mula-mula masuk di bank pagi tadi. Sejak keputusan tawaran kemasukkan ke university diumunkan, kawasan bank merupakan kawasan yang paling digemari oleh pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran kerana ingin membuka akaun bank. Termasukla aku, yamg sejak dari pagi lagi menjadi penunggu di sini. Dalam keadaan yang sesak itu, aku berdiri berhampiran lelaki yang berbaju biru tadi.
" saya kat Bank nie,nak buka akaun baru." Jawabnya.
"ohwh.. yea ker? Bank mana?". Tanyaku. Ntah kenapa dadaku berdebar-debar.
" bank Simpanan Nasional, pasir puteh nia jea.." jawabnya ringkas.
'Hah, bank simpanan Nasional, pasir Puteh??? Aku pun berada di sini juga. Alamak! Tapi… dia bukanyan kenal pun aku… aku cuba menenangkan hatiku sendiri.
"ooo, jadi awak dah siap ke berurusan dengan pihak bank tu?". Suaraku menghilangkan rasa debarku.
"belum lagi, orang ramai sangat la..ntah kul berapa saya akan bertapa disini". Suaranya sedikit lemah.
Ntah mengapa aku merasakan yang suara itu terlalu dekat denganku, seolah-olah berada hanya beberapa lagkah saja dariku. Dalam aku memikirkan hal tersebut aku cuba mencari-cari kalu-kalau aku terjumpa dan dapat mengenalpasti empunya suara tersebut. Biarla kau, dapat melihatnya dari jauh sebelum aku berjumpa empat mata dengannya. Ntah mengapa aku merasakan lelaki yang berhampiran denganku ini, seolah-olah memandang aneh padaku.
" hello…??" kedengan suara tersebut..
" ohh, yea..yea.. saya masih di sini.." jawabku.
Ehh, kenapa aku seperti menjawab pertayaan lelaki itu…seolah-olah aku sedang bercakap dengannya,,..atau..dia…
" Nurul Nadia Huda, Right??" soal lelaki itu..
"ehh, takk..ehhh, yea, yea.." jawabku terkejut.
" saya, Muhammad Zafri Danial". Awak masih ingat? Yang sedang bercakap dengan awak di telefon tu.." terang Zafri memperkenalkan dirinya sambil menunjukkan telefon di tanganku.
"Haahh, ohh,yea ker..argghh.." aku jadi tak keruan..
" Ermm, apa kata kita putuskan call ni dan kita bercakap tanpanya " . tanyanya lagi.
"haahh? Ooo, ok!" segera aku mutuskan talian.
'aduh, macammana lelaki yang berdiri berdekatanku tu adalah Zafri, Maluku bertimpa-timpa kerana pembohonganku'
"Tak sangka kita jumpa disini, satu kebetulan atau memang telah di takdirkan kita dipertemuan disini". Katanya memulakan bicara apabila melihat aku terkulat-kulat kebodohan.
"ermm, yea…tak sangka juga kita jumpa disini". Jawabku dengan suara yang aku sendiri tak dapat mentafsirkanya.
Aku malu..aku malu! Kenapa la pertemuan pertamaku dengannya dalam keadaan yang begini?? Argh, malunye aku..pertemuan yang menunjukkan perbohanganku.
"erm, apa kata kita pergi minum? Lagipun saya rasa awak mesti panas berada dlam keadaan orang yang ramai nie". Tuturnya memutuskan kemana arah kami seterusnya.
"yea jugak tu". Aku mensetujuinya.
Aku sudah tidak dapat megelak lagi, tapi sekiranya aku mengikutnya pasti aku akan bertambah malu, memandangnya sekarang pun aku tak sanggup..tapi apakah dayaku..yang pasti aku terpikat dengan penampilanyan yang kemas dan senyumanya takkala menyapaku.. adakah ini cinta pandang pertama??
Hampir sejam aku dengan Zafri mehabiskan masa bersama sambil menunggu giliran kami dilayan oleh pihak Bank. Pelbagai perkara menjadi bualan kami, tanpa disangka Zafri merupakan seorang yang sangat kelakar dan berfikiran terbuka. Dia sedia mendengar pendapat orang lain dan banyak memberi pendapatnya, kami bercakar mengenai isu-isu semasa dan berkaitan bidang pengajian yang bakal kami lalui. Zafri mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Luar Negara dalam bidang kejuteraan dan mendapat tajaan Mara. Aku sedikit rendah diri pada mulanya karana dia mendapat peluang yang lebih baik dariku, tetapi Zafri bukan seorang yang sombong dan bongkak menjadikan aku boleh bercakap dan bergelak ketawa denganya.
" gembira dapat jumpa awak, Nadia. Saya harap kita dapat jumpa lagi selepas nie". Ujar Zafri selepas aku dilayan oleh pihak bank..
" iya, saya pun gembira juga, terima kasih kerana sudi menemani saya", kataku sambil membelek-belek akhbar yang aku beli sebentar tadi sambil melihat gambar perkahwinan Siti Nordiana dengan Faisal. Tak disangka, bercinta dengan Acik tetapi akhirnya bertemu jodoh dengan Faisal. Perkara tersebut yang menjadi antara bualanku dengan Zafri sebentar tadi. Nasib baik la aku sempat membeli akhbar tersebut, boleh la juga menjdi topik perbualanku.
"ok la yea, saya balik dulu.. insyaallah, ada jodoh kita jumpa lagi". Aku bersuara meminta diri.
"Ok..jap , ada sesuatu saya nak bagitau awak nie..". kata Zafri memintaku menunggu.
" apa dia?" soalku.
" errmmm, tak penting pun, juz saya nak bagitau awak…nie Pasir Puteh yea, bukan Kota Bharu" ujar Zafri dengan sengihanya mengigatkan ku akan penipuanku.
" ohh, yea.. saya tahu.tens". kataku sambil berlalu meningglkannya.
' aduh,..aku betul-betul malu… tak disangka dia mengenakanku pada pertemuan pertama kami.. tapi semua tu kerana penipuanku juga.. aku pulang dengan perasaan malu tapi hatiku girang kerana akhirnya aku dapat bertemu dengan lelaki bernama Muhammad Zafri Danial itu.
Detik pertemuan pertamaku denganya meninggalkan seribu kenagan yang akan ku ingati selamanya. Pertemuan tanpa disangka membenihkan rasa cinta dihati aku dan Zafri setelah hampir setahun aku dengannya selesa menjadi kawan. Zafri melamar cintaku setelah kami sama-sama saling mengetahui isi hati kami. Percintaan kami berjalan dengan baik di hiasi dengan gelak tawa, tangisan air mata, rajukkan, pergaduhan dan banyak lagi. Tidakku sangka, percintaan banyak mengajar erti kehidupan.
Cinta yang ikhlas banyak mengajar sebuah pengorbanan, contohnya, aku terpaksa berkorban apabila Zafri melanjutkan Pelajaran Ke Jerman. Sekali lagi, alat kominikasi menjdi penghubung cinta kami iaitu internet. Hanya email menjadi pengantara hubungan kami selama 5 tahun Zafri berada di rantauan. Benar kata orang, bila jauh barulah kita merasai pentingnya seseorang itu dalam hidup kita. Aku dan Zafri sama-sama merasainya, berkat kesabaran dan pengorbanan kami dengan jasa alat komunikasi kami dapat pengharungi onak dan duri di alam percintaan kami.
Hubungan aku dan Zafri pada mulanya ditentang oleh ibunya. Almaklumlah, aku tidaklah sehebat anaknya yang belajar sehingga ke Luar Negara. Aku hanya seorang Graduan yang menuntut di Universiti tempatan dan hanya bekerja sebagai pensyarah di Universiti tempat ku menuntut dahulu. Tidak juga seorang gadis yang boleh dibanggakan dengan kecantikkan bak puteri salju. Aku hanya seorang gadis kampung yang ikhlas menyintai anak terunanya. Aku tidak menyalahkan ibunya, kerana pasti ibunya inginkan yang terbaik buat anak terunanya. Sekali lagi, aku harus berkorban untuk sebuah cinta.
Hampir dua tahun aku terputus hubungan dengan jejaka yang sangat aku cintai. Setelah hubungan kami ditentang oleh keluarga, aku memutuskan hubungan dengannya. Bukan aku tak sayang padanya tapi aku tak nak dia menjadi anak yang menderhakai ibunya. Aku cuba memahami perasan ibunya, namun aku yakin sekiranya jodohku dengan Zafri, cepat atau lambat kami akan bersama juga.
Tanpa di sangka, aku bertemu kembali dengan Zafri ketika kami sama-sama ke pameran buku di PWTC. Aneh, akhirnya kami terlangar dan detik tersebut menjadi detik bermakna buat kami.
"Nadia Huda" Tegur Zafri terkejut.
"Zafri Danial". Ujarku dengan terkejut dan tanpa disangka air mataku megalir.
Sungguh, aku terlalu rindukan dia, aku tak dapat menipu diriku akan hal itu,
" Kenapa Nadia tinggalkan Zaf?". Tanya zafri menahan rasa
' tak, Nadia tak Tinggalkan Zaf, tapi Nadia terpaksa zaf…. Nadia merana selama ini.. tangisku dalam hati..
" Nadia dah tak sayangkan Zaf, tak cintakan Zaf lagi?" tanyanya lagi..
'Tak…Nadia sayang dan cintakan Zaf sepenuh hati ! namun semua itu hanya terluah dari hatiku.
"Cakap la dengan Zaf.. jangan buat Zaf macam nie..tolong la Nadia". Raju Zafri lagi
Hanya air mata yang mengalir saat ini… aku terlalu rindukan jejaka dihadapanku ini.
" Zaf, Nadia terlalu sayang dan cintakan Zaf..Tapi..". ujurku tersekat-sekat..
"Tapi apa?" Zafri terus mengasakku dengan soalanya.
" Nadia tak nak Zaf membelakangkan Ibu dan kelurga Zaf hanya kerana Nadia.. nadia tahu, ibu Zaf tak sukankan Nadia, Nadia sedar siapa diri Nadia, Nadia tak layak untuk Zaf". Aku berterus terang
"Nadia, Zaf tak kisah semua tu.. Zaf sayangkan Nadia.. dan ibu juga tidak dapat halang Zaf dari terus menyintai Nadia". Zafri menyatakan pendiriannya.
"tapi..Nadia tak nak menjadi punca pergaduhan Zaf dengan Ibu Zaf". Aku menyuarakan rasa takutku.
" ibu tidak lagi menghalang hubungan kita, ibu sudah menerima Nadia seadanya. Percayalah pada Zaf..". kata-kata Zafri segera mengukir senyumanku.
Aku tak sangka yang akhirnya aku akan dapat bersama dengan lelaki itu. Percintaan yang banyak menjadiakan aku dewasa, mengajar aku erti kesabaran, pengorbannan dan yang paling penting menbuatkan aku menghargai apa yang aku ada. Ibu bapaku seorang yang terbuka, mereka tidak terlalu memilih dan menerima siapa pilihanku. Semua yang terjadi hanya menguji kekuatan cinta aku dan Zafri….
Kini semua itu sudah berlalu..aku kini ibu kepada seorang bayi comel yang diberi nama Muhammad Akil Zarif Bin Muhammad Zafri Danial.
" sayang, papa dah balik". Ucapku pada bayiku ketika melihat kereta Zafri masuk ke halaman rumah.


(FIQRIEY) 

0 comments:

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM..
comment la cket walaupun 1 ekk
trimas semua..=)

 

PASAR BORONG NOVEL Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo