Friday 29 April 2011

COKE AND SUNDAE PART 3

"Lawak kau tak kelakarlah."
"Aku tak cakap lawak aku kelakar. Yan…tak boleh ke kita berdamai sekejap. Aku belanja kau minum Sundae. Kau nak tak?" Syakir sudah mengalihkan motorsikalnya. Saja dia menhimpit skuter Azyan. Bukan ada niat apa-apa. Dia cuma ingin melambatkan masa Azyan untuk pulang.
"Eiiiii…aku tak suka sundae. Manis. Kau memang sengaja nak kenakan aku ke!"
"Sundae lebih sedap dari coke apa. Coke tu tak elok minum selalu Yan. Bahaya untuk kesihatan. kandungan gula dalam coke lagi bannyak tau! Boleh dapat kencing manis nanti!"
"Lantak akulah. Dah coke minuman kegemaran aku! Dahlah…bertekak dengan kau ni buang masa aku je. Aku nak blah. Lapar tahu tak. Nak balik rumah makan nasi." Azyan sudah bertenggek atas skuter. Masa untuk beredar setelah berjam-jam memanaskan punggung dalam dewan kuliah.
"Aku join sekali boleh."
"Kau nampak ni?" Azyan tunjukkan penumbuknya.
"Eiiiiii….takutnya…." Syakir mengacah. Bertambah-tambah kerut muka Azyan. Aku debik pulak mamat ni nanti. Makin dilayan makin dia loyar buruk.
"Syakir! Syakirrrrr! Tunggu kejap!" Terkecoh-kecoh Haziq berlari mendapatkan Syakir yang masih berada di tempat parkir motorsikal. Kehadiran Haziq disambut dengan senyuman manis di bibir Azyan. Senyuman berbalas senyuman. Syakir jadi pemerhati. Bila pulak Azyan mula jadi perempuan mengeletis begitu. Tidak seperti Azyan yang dikenalinya sebelum ini.
"Baru balik Yan?" soal Haziq lembut.
"Haah. Awak kenal dia ni ke?" Azyan menundingkan jarinya pada Syakir.
"Kenal sangat! Aku abang sepupu dialah." Syakir menjawab bagi pihak Haziq. Berubah wajah Azyan. Biar betul! Ahhhhhhh! Sudah! Habis aku kalau gini. Azyan memengang kepalanya yang sudah dibaluti helmet.
"Ya….Syakir abang sepupu saya. awak kenal dia ye."
Perlahan-lahan Azyan anggukkan kepala. Syakir tersengih. Dia memang dah tahu Azyan minat pada Haziq, sepupunya itu. Haziq ada bercerita tentang seorang pelajar junior yang menjadi sebutan di universiti. Seorang gadis ayu yang sering menjadi perhatian pelajar-pelajar lelaki. Bila Syakir menyelidik, gadis itu adalah Azyan. Gadis yang begitu memusuhinya ketika di sekolah dulu.Gadis yang selalu buat Syakir menjadi bengang. Naif sangat dan lembab dalam menggunakan otak walaupun dia seorang seorang gadis pintar.
"Agaknya dia gadis yang abang sukakan dulu tu?" sambung Haziq. Tajam dia meneliti wajah Azyan. Rasanya bukan kot. Tengok gambar yang Syakir tunjukkan dulu
agak berlainan sekali. Gadis itu tampak garang dan tegas.
"Kau merepek apa Ziq. Bukan dia inilah. Gadis yang abang minat tu lagi cantik dari dia." gerutu Syakir. Azyan mencebik. Macam aku tak tahu siapa yang kau maksudkan tu Syakir. Aku tahulah Emelda tu lebih cun dari aku. Si gedik tu memang jadi pujaan hati kau dari sekolah dulu. Kau selalu bezakan aku dengan diakan! Bila aku dah cantik gini kau mulalah jealous pulak!
"Ya…kau memang salah orang Ziq. Kami just kenal gitu-gitu je masa sekolah dulu." Azyan buat-buat tawa kecil. Control Azyan…control…jangan sampai terkantoi dengan Haziq. Mati kau kalau Haziq tahu siapakah diri kau yang dulu. Dari data yang diperolehi oleh Salwa, Haziq tidak suka perempuan yang ganas-ganas.
"Iya…kenal gitu-gitu aje." Syakir sudah buat senyuman merbahayanya. Senyuman itu yang buat Azyan benci sangat. Adalah yang dirancang dek cicak kobeng tu. Ini tidak boleh jadi. Syakir pasti akan menggunakan peluang yang ada untuk membuat ugutan pada dia. Azyan perlu buat persediaan.
"Saya balik dululah ye. Bye-bye." Azyan start skuter kesayangan cepat-cepat. Lama melayan nanti susah pulak kalau tersilap cakap.
"Bye-bye." Haziq lambaikan tangan pada Azyan. Siap dengan senyuman yang memukau hati Azyan lagi tu. Timbul lagi simbol love pada mata Azyan. Tak boleh tahan dengan senyuman Haziq tu. Lenalah malam ini tidur gadis yang sedang di panah beribu-ribu panahan cinta.
"Kau minat pada dia ke Ziq?" Syakir di belakang mencuit bahu Haziq.
"Ermmmm….sukalah gak. Tapi takut nak dekat dengan dia. Haziq dengan dia macam langit dengan bumi je. Abang pun tahu Haziq gemuruh sikit dengan perempuan ni. Lebih-lebih dengan gadis cantik macam dia."
"Oooooo…." Syakir mengusap-usap dagu yang licin. "Kau lapang tak?"
"Naper?"
"Temankan aku ke kedai CD kejap. Aku belanja kau sundae."
"Okay."

TERMENGAH-mengah Syakir berlari menuju ke pintu pagar. Sesak nafas dia dibuatnya. Boleh pulak motor kapcainya buat hal dipertengahan jalan. Sudahlah dia bangun lambat
pada hari pertama persekolahan pagi ni. Tali kasut pun tak sempat nak ikat dah. Hari ini dia berlari mengalahkan orang yang berlari seratus meter tu. Apa tidaknya anjing Mr. Chan mengejar dia dari belakang. Entah apa halnya pulak anjing sewel tu naik angin hari ini. Apakah dia tidak dapat mengorat anjing cun di sebelah rumahnya itu. Ala anjing betina tu pun perasaan lawa sebenarnya. Setakat bulu ciput gitu dah berlagak cantik. Alamak, pintu pagar dah tutup! Syakir melihat jam di tangan. Dia sudah terlewat sepuluh minit. Mata pelajaran pertama pastinya sudah pun bermula. Apa lagi Syakir brek mengejut.
"Kenapa awak lambat!" tengkingan seorang pengawas depan matanya itu buat Syakir terkejut beruk. Amboi! Garang nak mampus! Cubalah tanya elok-elok. Ini main tengking-tengking orang je! Woi! Aku budak barulah….awak tu seorang perempuan tau! Muka saja nampak lemah lembut. Dahlah tocang tinggi macam ekor kuda!
"Kenapa tak jawab soalan saya tadi?"
Syakir tersentak. Tertelan gak air liur. Kemain garang pengawas di depannya. Muka pun serius habis. Pengawas lelaki di sebelahnya relaks saja.
"Siapa nama awak?"
"Muhammad Syakir…." jawab jelah apa yang dia tanya.
"Nama penuh! Takkan tak ada nama bapak di belakang. Habis siapa pulak yang kasi nama awak tu kalau bukan mak bapak awak!" leter gadis itu dengan suara yang tetap meninggi. Syakir sempat menjeling pada tag nama yang tersangkut di baju gadis itu. Nur Azyan….sedap nama dia. Tapi orangnya garang mengalah singa jantan.
"Awak pekak ke? Saya tanya siapa nama penuh awak!" Lebih meninggi suara gadis itu.
"Dekat tag nama awak tu pun tiada nama bapak awak?" Syakir menjawab.
"Berani awak menjawab ye. Saya ulang sekali lagi! Siapa nama penuh awak? Itu pun kalau awak tak nak jalan itik round satu kawasan sekolah ni!"
Main ugutan nampak. "Nama saya Muhammad Syakir Bin Ilyas. Puas hati!" Gadis mencatatkan sesuautu pada buku notanya.
"Kelas awak?"
"Saya tak tahu lagi."
Gadis angkatkan kepala yang asyik menunduk tadi. Syakir nyaris terburai ketawa melihat wajah gadis depan matanya itu. Ingatkan cun tadi. Rupanya tidak.
"Bagaimana awak boleh tak tahu awak kelas mana?" Berbaris pendakap gigi di dalam mulutnya. Cepat-cepat syakir menekup mulut. Gadis ini lebih dahsyat dari Ugly Betty.
"Saya budak baru. Hari ini hari pertama saya di sini. So manalah saya tahu kelas saya lagi." balas Syakir selamba.
"Hmmmmm…" Gadis itu mendengus kecil. "Zam…kau bawa budak baru nak belajar ni jumpa pengetua."
"Okay." Barulah pengawas seorang tu nak bersuara. Ingatkan bisu tadi.
"First day dah lewat. Ingat jangan lewat lagi selepas ini. Pagar tutup tepat pukul 7.30 pagi. Seminit pun tidak boleh terlewat." Dia berleter lagi. Syakir angkat kening. Bengang betul dengan minah tu. Berlagak!
"Dia ketua pengawas sekolah. Dia tu memang tegas. Lebih baik jangan lawan kata-kata dia kalau nak selamat la." Pengawas bernama Zam tu memberitahu.
"Patutlah…." Ketua pengawas rupanya. Tengok mamat ni pun macam okay je dengan minah tu tadi. Dah biasa agaknya.
Selesai jumpa pengetua, seorang guru perempuan menunjukkan kelas yang bakal dia duduki. Dalam perjalanan ke kelasnya, Syakir terserempak lagi dengan gadis yang menahan dia dipintu pagar tadi. Gadis itu kelihatan sedang mendenda dua orang pelajar di luar kelas. Nampak kecut wajah kedua-dua pelajar terbabit.
"Selamat pagi cikgu."
"Selamat pagi Azyan. Awak lapang tak balik nanti."
"Lapang. Mengapa cikgu?"
"Cikgu nak adakan mesyuarat untuk pasukan bola tampar kita petang ini. Awak maklumkan pada ahli yang lain nanti ya."
"Baik cikgu."
Syakir terus membuntuti cikgu tersebut dengan menundukkan kepala. Buat masa ini dia tidak mahu bertentangan muka dengan gadis itu. Buat-buat tidak nampak. Itulah cerita perkenalan pertama Syakir dengan gadis bernama Nur Azyan Binti Idris. Pertemuan seterusnya membingitkan lagi perkelahian antara mereka. Syakir tersenyum sendiri bila mengingati cerita masa sekolah dulu-dulu. Seronok sekali.
"Coke and sundae tak boleh bercampur ke? Soalnya sendiri dalam hati.
"Kak Yan makin cun adik lihat. Abang tak jealous ke?" Adiknya Syamil muncul mengejut dari depan pintu bilik. Kus semangat! nasib baik tak ada lemah jantung. Budak seoranng ni kalau muncul bukan nak bagi salam dulu.
"Tak kisah pun. Macam mana kelas tuisyen adik dengan dia?" Syakir bingkas bangun dari katil. Dia membuka t-shirt yang dipakai lalu dilontarkan dalam bakul pakaian.
"Buat permulaan ini okay. Dia tak tahu siapa adik lagi. Naper abang nak adik masuk kelas tuisyen dengan dia. Adik kan dah pandai macam abang. Abang nak adik intip dia ye." Syamil mengoyang-goyangkan jari telunjuknya.
"Buat ajelah apa yang abang suruh. Itu pun kalau adik nak abang belikan adik PS3." Syakir kenal sangat dengan perangai Syamil. Buat kerja mesti ada upahnya.
"Nak-nak…" Mata Syamil sudah terbayang-bayangkan permainan kesukaannya itu. Setakat ini Syakir sudah membelikan dia PS2 dan PSP. Dapat PS3 nanti boleh dia menunjuk pada kawan-kawannya nanti. Haha..haha…hahaha…
"So apa perkembangan intipan adik setakat ini." Syamil laju melangkah masuk. Dia duduk di sisi abangnya itu.
"Kak Yan tu yang abang panggil gorilla tu sekarang nak jadi lebih feminin. Nak jadi lemah lembut gitu. Betul ke dia dulu lebih maskulin dari lelaki abang Syakir. Macam tak percaya je." Syamil menongkat dagu. Dia tengok Azyan itu memang cun. Masa mengajar pun lemah lembut je. Tak pernah nampak garang pun. Saja je kot Syakir mahu kelentong dia. Orang cun macam Azyan siapa yang tak mahu mengorat. Dia pun boleh jatuh hati. Nasib baik dia budak sekolah baru belajar.
"Feminin…" Syakir diam seketika. Kemudian dia pecah ketawa. "Patutlah pun dia nampak lain benar sekarang ni." Syakir tepuk dahi. Tak terfikir pulak dia.
"Amboi! Meriah ketawa."
"Adik mesti tak percaya kalau abang cakap. Sekejap ye." Syakir bingkas menyelongkar laci almari bajunya. Sekeping gambar dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Syamil.
"Picture sapa ni?"
"Tengoklah betul-betul."
"Biar betul."
"Betullah apa yang tak betulnya."
"Impossible."
"Possible…."
"I don’t believe it. Betul ni picture Kak Yan. Mana abang cilok ni…." Terkebil-kebil mata Syamil melihat gambar tersebut.
"Biar betul ni…"
"Betullah." Syakir mengiakan.

KITA lihat pulak cerita yang di sebelah sini. Muncung sedepa mulut Azyan di meja makan. Mulutnya terkumat-kamit membebel. Ayah hanya diam sambil menyuap nasi di pinggan. Matanya tetap tajam merenung ketiga-tiga orang anaknya. Ada saja yang buat pasal. Sudah tahu Azyan jenis degil dan panas baran masih juga diusik.
"Depan rezeki tak baik masam muka Yan." tegur ayah. Dia jeling Anuar yang buat muka tak bersalah. Anuar kuat menyakat Azyan. Anuar jugak yang banyak mengajar adiknya itu jadi lebih gagah dari lelaki. Segalanya bermula bila suatu hari Azyan balik dalam keadaan pakaian yang comot dengan keadaan yang kusut masai ketika di tadika dulu. Bila ditanya Azyan hanya diam. Azuan dan Anuar pergilah menyiasat. Rupanya ada sekumpulan budak-budak lelaki membuli Azyan. Peliknya Azyan sedikit pun tidak menangis atau melawan balik. Diam saja menurut kehendak budak-budak tersebut. Balik rumah Azuan dan Anuar paksa Azyan bercakap. Si adik pun ceritalah dari A hingga Z. Anuar naik berang. Anuar turunkan ilmu yang konon-kononnya tersimpan di dada. Tak sedar yang awak tu pun budak kecik jugak masa tu. Ajar si adik agar tahu mempertahankan diri dari buli.
Dari seorang budak perempuan yang hanya duk diam dan tidak bersuara banyak jadi budak perempuan yang terlebih aktif. Habis dikerjakan budak-budak lelaki yang membulinya. Malah ada yang bawak mak bapak jumpa ayah mereka. Tiga-tiga kena balun dengan rotan ayah. Sejak itu Azyan nak jadi gagah macam abang-abangnya. Duduk sama tinggi sama taraf. Ayah pula tidak menghalang si anak perempuan jadi kuat. Lagi lasak lagi bagus. Kena denda pun setara dengan dua abangnya. Tak perlu susah sangat lagi nak menjaga si anak gadis seorang itu. Sebab orang kata jaga anak gadis ni macam jaga sekumpulan lembu. Itu alkisah asal usul Azyan menjadi lebih kuat dan gagah macam lelaki.
"Macam mana boleh salah target Yan?" soal si ayah bila si anak gadis masih duk senyap. Nasi dalam pinggan tak terkuik sedikit pun.
"Sapa suruh mamat sengal tu lalu depan rumah kita. Lagipun bukan Yan sengaja nak baling pasu bunga tu kena kepala dia. Abang Nuar yang mengelak." Azyan buka mulut menjawab.
"Kalau abang tak elak kena kepala abanglah. Kesian si anak Mak Timah Radio. Satu kepala berbalut. Macam kepala mumia dah." sampuk Anuar.
"Padan muka dengan dia jugak! yan memang nak belasah dia pun sebab suka sangat report kat mulut radio mak dia."
"Yan…." Ayah jegilkan biji mata. Tak sudah-sudah marahnya pada si Fadhil tu. Dah tahu budak tu sewel sedikit di layan jugak. Salah sapa? "Esok pergi tengok anak teruna Mak Timah Radio kat hospital. Minta maaf kat dia."
"Buat apa? Mengabiskan minyak skuter Yan aje. Bukannya koma duk ICU pun. Mengada-ngadalah mamat sewel tu!" Azyan membantah.
"Yan…." Ayah keraskan suara sedikit. Azyan ada saja jawapan yang diberikan.
"Ala pergilah. Bukan luak pun. Mamat tu bila tengok muka kau kuranglah sakit dia tu. Bukan kau tak tahu Mak Timah Radio berkenan dengan kau untuk dijadikan menantu." Menyampuk lagi abang seorang ni.
"Yan debik pula abang nanti!" Azyan sudah lipat lengan kemejanya yang atas paras siku.
"Yan…" si ayah menjeling lagi. Azyan turunkan balik lengan kemejanya.
"Nuar pun pergi sekali dengan Yan. Dua-dua pergi mintak maaf. Ini arahan. Tiada sebarang bantahan atau surat-menyurat. Muktamad!!!!" Ayah bangkit membawa pinggan ke dapur.
"Hmmm!" Makin muncung mulut Azyan.
"Buruk betul mulut muncung-muncung gitu. Tak cun dah. Kalau mamat tu tengok mesti dia reject Yan jadi awek dia." Azuan yang baru menghabiskan dua kali tambahan nasi dalam pinggan. Kelaparan sangatlah tu. Tak padan dengan badan kurus.
"Eh! Kau tahu ke siapa mamat malang yang bakal jadi adik ipar kita tu?" Anuar merapati Azuan. Cerita panas ni. Tak patut dilepaskan.
"Tahu sesangat."
"Abang jangan nak cari pasal dengan Yan pulak!" Lengan kemeja yang dilurutkan tadi naik semula ke pangkal siku. Menyorot mata Azyan memandang kedua-dua abangnya itu. Auranya sudah makin menghampiri Azuan dan Anuar.
"Ayahhhhhhhh! Yan jadi gorilla lagi!" jerit Azuan dan Anuar sebelum dia dikerjakan oleh adik tersayang. Leher Azuan dan Anuar sudah dipaut oleh Azyan ala-ala pautan The Rock dalam wrestling tu. Ayah terhormat bercekak pinggang depan mereka. Azuan dan Anuar sudah berpeluh.
"Tiga-tiga tekan tubi seratus kali!" perintah si ayah. Dan ketiga-tiganya telan air liur.



(disambung pada hari esok)

Wednesday 27 April 2011

COKE AND SUNDAE PART 2



Bab 2....

"Handsome kan mamat tadi tu." Salwa bersuara ketika mereka sedang mengadap
teh tarik di kedai mamak.
"Handsome ke?" balas Azyan acuh tak acuh. Hatinya sedang bengkak. Wajah Haziq tidak nampak ini hari. Ponteng pulak mamat tu berjogging. Penat saja dia bersiap cantik-cantik untuk menarik perhatian Haziq.
"Handsome la dia. Aku suka kat rambut dia yang ala-ala Korean tu. Kaukan suka hero-hero citer Korean tu. Dia lebih handsome dan cute dari Haziq apa." desis Salwa. Alahai…awat kau buta sangat Azyan oiii! Mamat tadi memang lebih handsome dari Haziq. Ada iras-iras dengan Eiji Wentz tu. Bertuah kalau sapa-sapa yang jadi girlfriend dia. Berdengup kencang jantung ku.
"Kau ni kenapa Wawa. Merah muka kau. Dah mula naik mianglah ni. Aku tengah tension kau boleh buat muka menggatal kau tu." Azyan menarik cuping telingan Salwa. Menjerit kecil temannya tu. Muncung sedepa mulut Salwa. Kemudian dia tersengih.
"Relaks Yan. Mengapa nak tension-tension gini. Kau takut sangat tak dapat pikat si Haziq tu naper. Kau tu lebih cun dari Mel la. Peluang kau lebih cerah Yan. If kau Risau sangat kau bagilah surat cinta kau pada Haziq. Bak kata pepatah siapa cepat dia dapat." Salwa menghirup perlahan gelas teh tarik mamak kegemarannya. Kalau dah sejuk tak rasa dah nikmat teh sudah ditarik-tarik oleh mamak tu tadi. Azyan menongkat dagu. Tak berkerdip mata dia pandang cara Salwa menghirup teh tarik. Control ayu si Salwa ni. Aku tahulah kau tengah curi perhatian mamat duk selang dua meja dari kita tu. Menggatal betul kau Salwa!
"Mamat bermisai lebat tu pun kau berkenan Wawa." komen Azyan.
"Tu taste akulah Yan. Aku suka. Lagi-lagi kalau ada misai melentik macam ayah kau. Macho…."
"Suka hati kaulah Wawa." Azyan memulas botol coke yang dipesan. Minuman kesukaan sejak azali lagi. Wajah kacak Haziq terbayang di ruang mata Azyan. So Azyan mulala imbas-imbas kembali pertemuan pertama dia dengan si Haziq tu. Jika tidak kerana peristiwa dia selamatkan kucing dari dilanggar motorsikal Haziq, dia tidak berpeluang berkenalan dengan mamat tu.
"Awak tidak apa-apa?" suara yang ada nada kerisauan itu buat hati Azyan cair. Haziq tidak kisah dengan motorsikalnya yang sudah terbabas masuk ke dalam longkag. Dia lebih pentingkan keadaan aku tu yang best. Juga tidak hiraukan luka-luka kecil di-
tubuhnya. Itu buat Haziq nampak gagah dalam mata Azyan. Azyan bingkas bangun sambil memaut kucing yang diselamatkan tadi. Apa lagi buatlah muka yang lemah lembut seorang gadis ayu.
"Tak apa-apa. Sikit je." balas Azyan dengan selembut-lembut suaranya. Ala Azyan tidak kisah sangat dengan luka takat gitu. Diakan gadis yang gagah. Tak rocklah luka sikit dah menangis beb. Ini Nur Azyan anak Encik Idris.
"Sikit awak cakap. Tengok lengan awak tu berdarahlah." Haziq keluarkan sapu tangan dari poket seluarnya. Berhati-hati dia membalut luka pada lengan Azyan. Aduh! Hati Azyan dah dicuit dek keprihatinan Haziq. Timbul simbol love dalam anak mata Azyan.
"Terima kasih."
"Saya yang patut ucapkan terima kasih pada awak. Kalau bukan kerana awak pasti saya sudah langgar kucing yang comel ini." Haziq tersenyum. Dia usap lembut bulu kucing yang berada dalam pegangan Azyan itu. Memang cantik senyuman Haziq. Merah padam wajah Azyan. Kelu lidah Azyan nak bersuara.
"Awak pun comel macam kucing ni." sambung Haziq lagi. "Alamak! Saya nak lewat ni. Saya kena gerak dululah ye." Dia berlari-lari anak ke arah mortorsikalnya. Mengangkat motorsikal yang jatuh. Seketika Haziq hilang dari padangan mata Azyan. Azyan sudah terpaku. Rasa terawang-awang dengan pujian Haziq tadi. Dia kata aku comel….Yes! aku dah jumpa! Aku dah jumpa bakal menjadi permaisuri hatiku! Apa pulak permaisuri hati kau Cik Nur Azyan oiii! Raja hatiku lah. Azyan tersenyum-senyum sampai lupa coke yang dituang sudah berbuih-buih keluar dari gelasnya. Salwa gelengkan kepala. Berangan teman seorang ni. Dia ketuk perlahan kepala Azyan.
"Adoiiii! Kau nak kena belasah ngan aku ke Wawa?" gerutu Azyan.
"Kau tu berangan sampai ke benua Afrika. Tengok air kau dah tumpah atas meja ni." desis Salwa. Azyan tersentak. Cepat-cepat dia behenti dari menuang. Basah lapik meja kedai mamak tu. Azyan tarik nafas panjang.
"Kau berangan Haziq lagi ya."
"Sibuklah kau ni Wawa."
"Yan…Yan…." Salwa menciut-cuit bahu Azyan.
"Apa lagi ni."
"Abang Zuan kau and the gang."
"Lantak pi dengan dialah. Abang Zuan memang penduduk tetap di kedai mamak corner ni. Kau nak hairan apanya."
"Yang aku hairan sebab mamat tadi tu ada dengan abang kau sekalilah." Salwa tudingkan jari ke arah Azuan dan geng-gengnya. Lantas Azyan berpaling. Memang betul kata Salwa. Mamat tadi tu satu kumpulan dengan abangnya, Azuan. Azyan hentak tangan atas meja. Dia bingkas bangun tak puas hati! Bukan dengan mamat tu tadi tapi dengan abangnya. Kebelakangan ini Azuan tidak lagi ajak dia main bola bersama.
"Yan…" Salwa menurut langkah Azyan merapati meja Azuan and the gang.
"Ehemmm…ehemmmm…" Azyan berdehem kecil. Azuan yang asyik berborak angkat kepala. Azuan buat muka poyo. Adik kesayangannya ada minum di sini jugak. Dia pandang Salwa di sebelah Azyan. Salwa tersengih sambil jungkit bahu.
"Ya…ada apa yang abang boleh bantu adik kesayanganku?" soal Azuan. Azyan mencebik.
"Jangan buat-buat tidak tahu ya." Azyan menunjukkan jari atas kepala. Azuan menjuihkan bibirnya.
"Ala kena sikit je tu. Kepala Yan kan keras. Takder hal kan."
Mamat tadi tu hanya membisu sambil mencekik mee goreng yang telah terhidang atas meja sebentar tadi. Malas nak ambil port dalam perbualan adik-beradik tu. Tak duga pulak jumpa minah cun tu lagi. Dan lebih tak sangka minah tu adik Azuan teman sefakultinya.
"Orang main bola tuju tiang gol bukan tuju kepala orang. Reti ke tak ni main bola. Kalau tak reti Yan boleh ajarkan." Azyan seakan memerli. Mamat tu senyap je. Ligat menyuap mee gorengnya.
"Yan bukan main bola tapi hentak kaki orang. Itu sebab abang dah tak ajak Yan main bola dengan abang dah. Abang boleh kira berapa orang member abang yang kakinya lembam Yan tackle." Teman-teman Azuan ketawa. Mamat tu masih senyap sambil meneruskan suapan. Kenal sangat mereka dengan adik Azuan ni. Cun tapi ganas. Nak mengorat kena fikir dua tiga kali.
"Argh! Sapa suruh diaorang kawal Yan ketat-ketat. Salah diaoranglah bukan salah Yan tau!" protes Azyan.
"Memang dah sahlah ni." Mamat yang tadi tu diam bersuara. Dia angkat kepala. Lebar senyuman di bibirnya. Mee goreng satu pinggan dah habis dia pulun kasi licin. Lapar lepas main tadi. Tak berkerdip mata Azyan melihat pemuda itu. Betul kata Salwa yang mamat ni ada stail ala-ala Korean. Kacak pulak tu. Apa ni Yan. Kau nak menduakan Haziq ke? Azyan cepat-cepat membuang anasir yang ingin meracuni fikirannya. Haziq tetap yang terbaik. Hanya Haziq bertakhta di hati.
"Apa yang sahnya Syakir?" soal Azuan. Oooo….mamat ni namanya Syakir. Aik! Macam pernah ku dengar namanya ini. Tapi di mana ya? Azyan mengaru-garukan kepala. Seketika…dia bulatkan biji mata sebulat-bulatnya. Alamak! Syakir yang itukah? Azyan sudah menyorotkan mata. Mereka saling bertentangan anak mata tanpa berkelip. Azuan kerutkan dahi begitu jugak dengan yang lain. Apa hal pulak ni. Syakir dan Azyan saling mengenalikah?
"Cicak kobeng!" lantang suara Azyan. Azuan dan yang lain tersentak. Syakir genggam penumbuk. Dunia ini memang kecil. Patutnya muka awek cun ni familiar semacam. Hampir dia tidak dia kenali kerana imej awek ni dah banyak berubah.
"Gorilla tak sangka kau dah banyak berubah ye. Patutla aku tak beberapa cam mula-mula jumpa kau tadi." Syakir tersengih.
"Apa kau peduli cicak kobeng. Itu aku punya pasallah."
"Elok kita dah berjumpa ni maka aku akan menuntut balik barang yang kau dah curi dari aku dulu. Setahun aku menunggu untuk bertentang dua mata dengan kau tahu! Kita memang ada jodoh!" Terangkat-angkat kening Syakir. Azyan cebikkan bibir. Ada jodoh! Sorilah Encik Muhammad Syakir Bin Ilyas oiii! Hatiku sudah berpunya. Lagi satu aku tidak pernah mencuri barang milik kau. Sedap-sedap hati je tuduh aku curi barang dia. Dasar cicak kobeng. Hidup lagi rupanya. Ingatkan dan melingkup entah ke mana lepas STPM. Tak pun dah meninggal! Cik Nur Azyan…tak cakap begitu. Ya Allah! Jahatnya mulut aku ni.
"Hey! Aku tak pernah curi-curi apa dari kau tahu! Kau ingat aku kebuluran nak ambik barang berharga kau itu! Ayah aku berduit tau! dia tak ajar aku mecuri! Porrahhhh!" Dengan cicak kobeng ni bahasa Azyan memang tidak pernah elok. Bahasa kasar je yang sesuai. Pastinya cicak kobeng ini satu universiti dengan abang-abang aku termasuklah dengan aku sekali. Parahhhhhhh!
"Kau kenal dengan adik aku ni ke Syakir?" Azuan mencelah. Agaknya Syakirlah yang dok selalu Azyan yang cerita masa Azyan sekolah menengah dulu. Kalau bercerita tak pernah yang baik-baik. Asyik mengutuk je kerjanya.
"Lebih dari kenal. Musuh ketat aku masa form six dulu." balas Syakir.
"La…kau ke Syakir. Makin hensem kau ye. Dulu kat sekolah kau selekeh je. Selalu buat hal dengan Azyan. Budak paling nakal katakan." Salwa menyampuk pula. Banyak perubahan dilihat pada Syakir. Dulu kurus melidi sekarang dah tough. Handsome nya…
"Budak nakal terhormat. Nakal-nakal aku tetap number one dalam carta sekolah. Mana gorilla boleh challenge." Dia menjeling Azyan dengan ekor matanya. Seram sejuk Azyan. Jelingan yang boleh menegakkan bulu roma Azyan.
"Yan…tak perlulah kau susah-susah nak cari jejaka tampan lagi gagah. Depan mata kau dah ada dah. Syakir ni punya ciri-ciri yang kau inginkan. Budak pintar ni." Azuan menepuk-nepuk bahu Syakir. Uwekkkk! Nak muntah aku. Geli-geleman aku dipadankan dengan si Syakir ini. Dulu aku ada gak menaruh hati pada Syakir tapi bila dah tahu siapa Syakir minta maaflah. Syakir lelaki yang merbahaya. Kalau boleh dia mahu menjauhikan diri dari Syakir. Arghhhhhhhhh! Mengapakah aku harus dipertemukan dengan lelaki ini semula! Azyan menjerit-jerit dalam hati. Lelaki inilah yang aku paling nak elakkan.

Bab 3

AZYAN ketap bibir bila lihat skuter kesayangan dihimpit ketat oleh sebuah motorsikal berkuasa tinggi. Cagiva pulak tu. Tahu sangat dia milik siapakah motorsikal besar yang megah sangat menghimpit skuternya. Milik Muhammad Syakir Bin Ilyas. Pelajar senior paling top di universiti. Amboi mamat ni! Siap ada sticker Chelsea FC pada motosikal dia. Kalau kau orang nak tahu aku ni peminat sejati Chelsea FC. Kelab kegemaran aku tu! Aku paling anti dengan penyokong-penyokong Mancester United. Berlagak main bagus konon. Entah apa yang menarik sangat dengan Christiano Ronaldo? Rambut macam burung belatuk! Sekarang dah masuk kelab Real Madrid pulak. Konon-konon dia pemain yang bagus sangatlah tu. Apa taknya dia pemain termahal yang dijual oleh Mancester United. Tapi kalau kelab liga sepanyol aku sokong Barcelona beb. Lionel Messi bagus main apa? Si cicak kobeng ni apa yang aku minat itulah juga yang dia minat. Hairan bebenor aku dibuatnya. Tapi ada ura-ura yang aku dengar dulu dia penyokong kuat Mancester United. Beralih anginlah tu.
Azyan pakaikan helmet atas kepalanya. Bukan helmet yang bentuk kura-kura tu tau. Dia gadis yang ikut perturan kerajaan. Naik skuter pun penuh berhati-hati. Ayah terhormat siap bagi pesanan penaja bila dia keluar rumah pakai skuter. "Yan…bawa skuter elok-elok. Ikut peraturan jalan raya. Kau kalau jadi mat rempit ayah rempit kau sekali. Jangan sesekali kau cuba merempit Yan. Nahas Yan, ayah kerjakan nanti. Ingat Yan. Pandu cermat jiwa pun selamat." Itu pesanan penaja dari ayah buat anak dara tersayang setiap hari. Naik boring telinga Azyan mendengarnya. Kalau tak dengar nasihat pulak, berbalau merah satu badan. Tidak pun kena tekan tubi 200x. Pengsan dibuatnya. Apa tidaknya ayah hampir pitam bila anak daranya ini ditahan polis kerana turut serta dalam kumpulan mat rempit. Ala bukan sengaja nak merempit dengan budak-budak motor tu. Kebetulan saja terjoin group diaorang masa tu. Apa lagi rempitlah sekali. At last kantoi dengan Tok Janggut. Nasib baik kenal dengan Tok Janggut. Lepaslah setelah dikasi sedikit ceramah dan bebelan dari ayah. Balik rumah kena rotan dengan ayah. Sapu minyak gamat belakang badan. Ingat balik mesti Azyan ketawa sendiri.
"Mana pulak malaun ni? Aku tengah kelaparan ni!" desis Azyan. Ala bukan Azyan tak larat nak menolak motorsikal besar si Syakir. Dia malas menghabiskan tenaga.Perut tengah lapar. Malas nak isi perut dekat kantin. Bazir duit je. Ayah dah masak dekat rumah tu. Lagi sedap. Setengah jam kemudian, muka Azyan dah berasap. Muka mamat tu masih tidak muncul-muncul lagi. Azyan dengan selamba menendang motorsikal besar Syakir. Berkali-kali dia tendang motorsikal Syakir melepaskan geram. Tak dapat tuan, motosikal pun jadilah!
"Kemik sikit kau ganti!" Kedengaran suara Syakir dari jauh. Azyan bercekak pinggang.
"Aku tak nak ganti."
"Motorsikal ni mahal tahu. Hadiah birthday dari abah aku! Aku sayang dia macam isteri aku sendiri. Macam aku sayang kat aku jugaklah!" Syakir mengusap-usap motorsikalnya.
"Uwekkkk! Gelinya aku!"
"Aik! Belum nikah dah berisi. Cepatnya kau Yan."
"Cakap baik-baik sikit cicak kobeng. Aku bagi sebijik nanti!" Azyan kepal penumbuk. Syakir ketawa.
"Kau bagi aku ambik je." Azyan tidak banyak berubahnya. Kasar! Dia saja yang berani menyakat dan bergurau dengan anak gadis itu.
"Loyar buruk kau ye. Mengapalah aku dipertemukan dengan kau lagi. Macam tiada muka lain."
"Apa salahnya. Aku ni lagi handsome dari buat hati pengarang jantung kau. Macamlah aku tak tahu kau tengah nak mengorat Haziq budak dari falkuti kejuteraan tu. Dari kau mengorat dia baik kau mengorat aku." Makin giat Syakir mengusik Azyan.
"Jangan menyibuk hal luar dan dalam kain orang! Itu aku punya sukalah. Kau jaga-jaga je luar dan dalam kain kau!"
"Aku tak pakai kainlah Yan. Aku pakai seluar." Mengekeh ketawa Syakir. Azyan mencebik. Kurang asam punya lelaki.

COKE AND SUNDAE PART 1.


RAMBUT tocang tinggi ekor kuda. Bercermin mata berbingkai tebal hitam. Bila buka mulut jelas kelihatan pendakap gigi yang dipakai. Dari segi pakaian pula entah fesyen mana yang diikutnya. Berseluar jeans dengan kemeja lengan panjang dibutang sampai ke pangkal leher. Tiada lelaki yang mahu dekat dengan gadis sepertinya. Namun dia tidak kisah sama sekali. Lagipun ayah dan dua abangnya tetap memuji dia cantik dengan gaya sedemikian. Pujian dari ayah sudah cukup pada Azyan. Apa yang penting dalam hidupnya adalah belajar. Belajar! Belajar! Dan belajar! Itu moto hidup gadis bernama Azyan. Azyan tidak kisah soal cinta-cinta ini. Menyusahkan hidup.
Itu belum tengok lagi ayah Azyan, Encik Idris yang misai melentik macam misai Laksamana Pa So La dalam cerita Do Re Mi. Namun ada juga yang menyatakan misai Encik Idris lebih mirip seperti watak Sharif Dol dalam cerita Musang Berjanggut. Entah…tidak tahu yang mana lebih tepat. Azyan sendiri tidak dapat memberikan kepastian perihal misai lentik ayahnya itu. Tengok muka Encik Idris dari jauh sikit budak-budak sudah lari menyorokkan diri. Memang sah Encik Idris ada mengeluarkan aura yang menakutkan. Sejak isterinya meninggal dunia Encik Idris yang mengasuh ketiga-tiga anaknya dari kecil. Mengasuh anak-anak dengan displin cara tentera. Tegas dan padat dengan peraturan. Azyan tidak kisah dengan didikkan ketat dari ayahnya. Itu sebab Azyan juga keluarkan aura yang menakutkan macam ayahnya. Aura itu menyebabkan Azyan menjadi juara berturut-turut dalam takewando di peringkat sekolah dan di peringkat daerah. Siapa boleh lawan dia. Lelaki pun tertewas. Betapa gagahnya anak perempuan tunggal Encik Idris ini!
Itu cerita Azyan pada sepuluh tahun yang lepas. Kini kita buka cerita Azyan sepuluh tahun ke depan. Sepanjang hidup dua puluh tahun ini, Azyan tidak pernah merasai kegembiraan seperti gadis yang lain. Kerana itulah Azyan berbulat tekad ingin mengubah dirinya menjadi seorang gadis ayu yang penuh kesopanan dan kesusilaan setelah umurnya genap dua puluh tahun meskipun diketawakan oleh dua orang abang terhormatnya. Azuan dan Anuar memang suka adiknya seimbang dengan mereka. Azyan tidak mahu orang mengatakan dia adalah gadis yang lebih gagah dan maskulin dari lelaki dengan gelaran She’s The Man.
Saya Nur Azyan Binti Idris. Berusia 20 tahun sudah. Jantina mestilah perempuan. Sebelum ini berperwatakkan Maskulin dan gagah. Bakat yang dimiliki tentulah ilmu mempertahankan diri! Hobi menonton wrestling atau singkatannya WWF. Tentulah pujaan hatiku adalah The Rock! He…hehe…hehe... The Rock gagah dan handsome apa. Tapi selepas ini saya akan menjadi gadis yang lebih feminin dan disukai ramai. Kekuatan dan kegagahan tiada lagi dalam kamus hidup saya. Heh..heh…heh… Azyan berbicara sendiri. Azyan membelek-belek wajahnya di depan cermin. Dia tersenyum bangga sekali dengan perubahan pada dirinya itu. Barulah nampak feminin. Azuan sudah ketawa mengekeh melihat gelagat adik perempuannya itu. Ketawa sampai bergolek-golek gitu.
"Ada yang kena belasah nanti!" desis Azyan perlahan.
"Aik! Kata nak jadi lebih feminin. Apa pulak nak belasah orang ni." Azuan bingkas bangun dari birai katil. Dia letakkan telapak tangan atas kepala Delilah. Diusap-usap kepala adiknya itu. "Tak sangka bila Yan berubah begini nampak lebih cun dari Yan yang asal. Lebih feminin gitu ya…"sambung Azuan. Perkataan feminin itu ditekan sedikit. Azyan mencebik. Dikepal-kepal buku limanya.
"Berapa kali adik dah pesan jangan panggil adik Yan lagi. Panggil adik Azyan. Azyan….A…Z…Y..A..N!" Azyan siap mengejakan lagi. Bengap betul abang aku yang seorang ini. Masih tak reti-reti bahasa. Azuan ketawa. Tawannya makin kuat bila lihat wajah cemberut Azyan. Apa lagi… DUSH! Azyan menumbuk bahu Azuan. Mengaduh kesakitan kawan tu. Delilah tetap gagah macam lelaki lagi! Itu kata Azuan.
"Apa kecoh-kecoh ni." Muka Anuar tertonjol depan pintu bilik Azyan. Mulutnya sedang mengunyah-nguyah keropok double decker yang dulu-dulu iklannya faymes tayang kat peti televisyen. Azyan jegilkan biji matanya melihat plastik keropok yang dipegang oleh Anuar. Alamak stok makanan ringan aku yang dibaham oleh harimau yang selalu kelaparan ini! Meluru Azyan ke arah Anuar yang masik dok sedap mengunyah keropoknya. Dia ragut keropok double decker nya.
"Apa ni makan orang punya keropok!" Azyan mula merungut. Mukanya sudah berkerut-kerut macam perempuan ahli sihir. Anuar sengaja menggigit jari. Bukannya dia tidak tahu tuan yang empunya keropok double decker tu! Saja mahu mencari nahas. Nak kena smack down betul abang aku yang seorang ni! Azyan mengerutu dalam hati.
"Lain kali bubuh nama Yan kat keropok ni. Takde nama so faham-faham ajelah."
"Abang memang sengajakan. Eeeeiiiii….geramnya…."
"Ala makan sikit pun dah marah. Kau ni cepat naik baranlah Yan." Muncung mulut Anuar. Dapat adik yang Cantik tapi lasak dan berkira sangat. Mata Anuar terpaku seketika. Tidak berkelip dia pandang Azyan atas bawah. Anuar menekup mulut. Hanya sekejap. Kemudian terburai ketawanya.
Dua kali lima! Azuan dan Anuar memang satu kepala. Kalau bab ketawakan orang serahkan pada mereka. Itu belum sampai bab mengenakan adik mereka yang cantik ni. Alahai perasan cantik lagi tapi aku memang cantik apa! Just tak pandai dressing je. Hancur!
"Hai sejak bila si Gorilla dalam hutan nak jadi Gorilla dalam zoo pulak ni. Hancus…hancus…" Anuar menahan senak di perut.
"Dia jadi lebih feminin gitu…kau tak tahu lagi ke Nuar. Adik kita ni nak jadi gadis pujaan ramai. Nakkan lelaki lebih gagah dari dia. Gagah macam The Rock tu la." Azuan mengangkatkan sebelah keningnya. Saja menyindir Azyan. Makin kuatlah ketawa Anuar dibuatnya. Kalau Azuan bergolek-golek, Anuar pula siap berguling-guling tu. Fuh! hebat betul! Tapi Azuan…lawak abang tu tak kelakar langsunglah pada adikmu ini. Azyan sudah hangin satu badan. Ini sudah mendatangkan marah. Macam kata Sadiq Segaraga dalam citer Tiga Abdul.
Azyan mengepal-gepalkan penumbuknya. Jelingan yang menakutkan itu dirasai oleh dua abang terhormatnya itu. Azuan dan Anuar memeluk tubuh.
"Nuar…kau rasa tak apa yang aku rasa?"
"Tentulah aku merasainya. Aura Gorilla…menggigilnya aku Zuan…" Makin giat Anuar mengusik. Mereka pecah ketawa lagi.
"Warghhhhhhhh!" Azyan menjerit lantang. Dia paut leher kedua-dua abang kesayangannya itu. Paut ala The Rock dalam WWF itu.
"Ayahhhhhhhh! Gorilla mengamuk lagi!" Laung Azuan dan Anuar serentak.
Ayah terhormat, Encik Idris bercekak pinggang di hadapan ketiga-tiga anak terunanya. Opsss! Kesilapan teknikal sedikit. Aku bukan anak terunanya. Aku satu-satunya anak gadis dalam keluarga ini. Anak gadis yang sudah mula gatal nak bercinta gitu. Bukan apa, saja nak ubah haluan angin macam angin barat daya, angin timur laut dan segala anginlah.
"Apa hal ni Yan. Siap bergusti dengan abang-abang kau ni. Ayah tahulah Yan minat giler pada gusti tapi jangan sampai praktik kat abang-abang Yan pulak."
"Mereka yang mulakan dulu sapa suruh." Azyan menunding jari ke muka Azuan dan Anuar. Encik Idris menjeling tajam kedua-dua anak lelakinya itu.
"Huh! Kalau asyik baran macam Gorilla macam mana nak jadi feminin gitukan Nuar."
"Betul-betul. Malangnya lelaki yang akan memperisterikan adik kita yang macam Gorilla ni. Hari-hari kena smack down." Anuar cuba menahan tawanya dari terburai. Tak baik ketawa terbahak-bahak depan ayahnya.
Azyan mengetap bibir. Depan ayah pun mereka buat lawak tak kelakar tu lagi. Cinabeng punya abang-abangku.
"Feminin?" Ayah sudah mengerutkan dahinya. Lain pula reaksi wajahnya bila menyebut perkataan feminin itu. Alahai ayahku sayang janganlah kau pun buat muka gitu macam dua anak terunamu itu. Anak gadismu ini hanya ingin berubah menjadi lebih keperempuanan dari maskulin. Tangan ayah mula meraba dahi Azyan. Azyan mengeluh kecil. Ayah pun macam Azuan dan Anuar jugak. Terkejut kerana dia ingin jadi lebih feminin.
"Yan tak demamlah ayah." Azyan mencebik.
"Yan…Yan…siapa pengaruh anak gadis ayah ni." Ayah dah mulalah tu. Siap tepuk dahi lagi. Tahu sangat dia tak mau anak gadis seorang ini jadi lebih feminin. Ayah…. bukalah matamu besar-besar sikit. Anakmu ini tidak mahu jadi anak dara sampai tua. Si Bedah yang gemuk gedempol tu pun dah ada boyfriend tahu. Tapi anak gadismu ini tiada seorang lelaki pun yang berani dekat.
"Ayah…Yan nak berubah sikit. Yan nak jadi lebih feminin." Azyan pandang wajah ayahnya. Ayah yang serius bukan mudah nak memberikan senyuman tau. Macamlah berharga sangat senyuman dia tu.
"Biarlah ayah, dia nak jadi feminin. Diakan pompuan." Anuar menyampuk. Dia kerdipkan mata kanannya pada Azyan. Azyan tersenyum. Thanks Bro!
"Iyerlah ayah. Zuan pun teringin nak lihat adik Zuan yang cantik ni nampak lebih feminin." Perkataan feminin itu tetap ditekankan oleh Azuan. Apa lagi tarik nafas panjanglah ayah. Tidak lama lepas itu ayah memalit senyuman di bibirnya.
Azuan dan Anuar bingkas bangun. Dah tengahari macam ni perut mulalah berkeroncong lagu dangdut. Masa untuk buka tudung saji di dapur. Azyan pun nak tumpang sekaki. Dia ikut langkah dua abang terhormatnya itu.
"Nak ke mana tu?" Tanya ayah dengan wajah yang sudah kembali serius.
"Lunch hour lah ayah. Masa untuk mencekik." jawab mereka serentak.
"Amboi! Pasal makan laju kau orang ye. Berbaris tiga-tiga ke sini balik." Argh! Sudah! Ayah dah mula mengarah macam tentera. Cuma tiada tabik hormatnya aja.
"Apa lagi ni ayah…perut kita orang dah berirama ni. Lapar tahu." rengek Azyan. Dia yang paling suka melawan cakap dengan ayah. Paling berani berdepan dengan ayah!
"Semalam siapa yang hambat anak Mak Timah radio dengan penyapu. Berbalau badan kawan tu dibuatnya. Bukan itu saja, lebam sebelah sebelah mata anak orang tu sampai seminggu cuti kuliah." Bulat mata ayah merenung satu-persatu muka anak-anak yang terlalu baik ni. Azyan tersengih. Azuan dan Anuar sudah menunding jari telunjuk mereka ke arah Azyan. Memang tiada orang lain yang akan disyaki jika bukan Cik Nur Azyan Binti Idris ini atau lebih mesra dengan panggilan Yan.
"Kalau bab membelasah orang ini kami serahkan pada Yan, ayah. Dia lebih tererkan Nuar." Anuar anggukkan kepala mengiakan kata-kata Azuan itu.
"Yannnnnn!" Azyan mengetap bibir. Alahai…tak sangka pulak mamat sewel tu mengadu. Dia sudah memberikan amaran pada Fadhil agar jangan sesekali membuka mulut. Nahas jawabnya. Mamat tak guna! Berani ya kau report pada mak kau yang mulutnya mengalahkan radio tu!
Imbaslah balik apa yang berlaku. Beginilah ceritanya….Aku sibuk menyapu di halaman rumah dengan penyapu lidi. Anda kenal dengan penyapu lidi? Kait daun kelapa kemudian raut daunnya. Apa ni dah cerita pulak pasal penyapu lidi. Kita berbalik pada cerita yang asal. Sedang best-best aku menyapu, si mamat sewel tu sergah aku dari belakang. Terperanjat beruklah aku. Dia boleh bantai ketawa pulak. Faham-faham ajelah anak gadis Encik Idris yang bernama Nur Azyan ini panas baran orangnya. Aku hambat dia dengan penyapu lidi ni. Puas hati! Mamat sewel tu tak mengalah rupanya. Dia bengang. Dia hempas pasu bunga kesayangan ayah aku. Berkecai beb. Membaralah darah panas dalam badan aku ni. So…lekat buku lima aku kat mata dia. Lebam…aku siap warning pada mamat sewel tu supaya dia tidak mengadu pada sesiapa. Kalau tidak lagilah teruk aku kerjakan dia. Dengan aku jangan main-main. Silap haribulan mamat sewel tu boleh masuk ICU. Begitulah ceritanya…Azyan dengan lagak selamba menceritakan kisah sebenar kepada si ayah. Dah tak boleh tutup lubang dah. Dah kantoi. Nanti kau Fadhil! Kau akan terima pembalasannya!
Ayah tepuk dahi lagi. Mesti dia pening dengan perangai anak gadis tunggalnya ini. Azuan dan Anuar buat muka poyo masing-masing. Menyampah sungguh! Bukan nak membantu adik mereka yang dalam kesusahan ini.
"Kawallah sikit baran Yan tu. Macam mana nak jadi feminin gini kalau kena sergah sikit pun penyapu naik ke muka orang." nada slow tapi tegas. Azuan dan Anuar bantai ketawa lagi. Tapi bila ayah dah menjeling mereka tutup mulut balik.
"Yan minta maaf ayah…" Azyan dengan muka kesian memohon maaf. Malas nak panjangkan cerita. Nanti perut yang tengah berkeroncong ini masuk angin.
"Maaf saja tak cukup Yan. Yan mesti ayah denda."
"Denda…denda pun dendalah ayah. Janji Yan dapat makan. Lapar ni."
"Bagus! Ayah dah siapakan denda untuk Yan. Jadi Yan bacalah apa yang tertulis dalam kertas ini ye. Lepas itu Yan pergi makan." Sehelai kertas bersaiz A4 diserahkan depan mata Azyan. Terlopong mulut Azyan apabila membaca isi kandungan dalam kertas berkenaan.
"Ayahhhhhh" Azyan meraung macam si anak kecil yang tidak dapat makan gula-gula. Sampai hati ayah mendera anak gadismu ini begini teruk. Azyan bukan kuli untuk kerja-kerja amal ni.


BAB 2

"ADUHHHHHH!" Sebiji bola tepat-tepat hentam tepat pada kepala Azyan. Terduduk kawan tu dibuatnya. Timbul bintang-bintang atas kepala Azyan. Macam dalam cerita kartun dalam TV. Salwa mencangkung di sisi Azyan sudah hangin satu badan. Kesian pada teman baiknya itu. Entah siapalah yang bermain hingga bola boleh melantun ke luar kawasan. Tepat kena target pulak tu. Nasib baik tak kena nyonya-nyonya tua atau makcik-makcik. Kalau tidak mahu ada yang pengsan tepi jalan.
"Nasib baik kepala kau keras Yan. Kalau tak mahu ada kesan bengul free gitu." suara Salwa.
"Ya nasib baik aku dilahirkan dengan kepala yang tahan lasak gitu. Siapa yang punya kerjalah ni. Sepak bola target kepala orang!"
"Agaknya ada orang berkenan dengan kau Yan."
"Berkenan kepala hotak kau! Mana ada orang yang suka kat perempuan sepak bola target kepala orang yang dia suka. Gila ke!"
"Mana tahu taktik mengorat alaf baru." Salwa tersengih.
"Ini bukan mengorat tapi mahu cari bala!" Azyan mendengus. Salawa jungkit bahu. Baran Azyan datang lagi.
Seorang pemuda berlari ala-ala pelari marathon menghampiri mereka berdua. Dia bercekak pinggang sambil memandang kedua gadis yang cun-melecun terbabit. Salwa membantu Azyan bangkit. Azyan menyapu-yapu kotoran yang melekat pada belakang seluar yang dipakainya.
"Assalamualaikum…"
"Waalaikumsalam." Azyan menjeling tajam pemuda terbabit. Dia pandang pemuda itu atas bawah. Sah! Memang sah! Sesah…sah…sahnya…ini bukan sah lepas angkat nikah tahu. Ini sah yang bola bedebuk atas kepala dia milik pemuda depan matanya itu. Kalau sudah pakai jersi Chealse FC dengan seluar pendek paras lulut, stoking hampir paras lulut dan kasut yang dipakainya memang dah sah-sahnya kasut bola maka bola ini adalah milik mamat yang tengah buat muka poyonya tu.
"Sakit ke?
"Apa yang sakit?"
"Kepala awak tu?" Jarinya ditundingkan pada kepala Azyan. Sengal punya mamat. Kalau dah bola itu hentam kuat pada kepala ni tentulah sakit. Boleh pulak dia bagi soalan bodoh.
"Taklah! Sedap sangat. Rasa macam kena ciuman dengan Dennis Oh je. Rasa macam nak kena lagi sekali!"
"Oh! Baguslah kalau bola itu sedap kena kepala cik adik ni. Tak perlulah saya risau sangat tadi." Pemuda itu ketawa kecil. Kurang asam! Tak reti ayat aku ayat ada maksud mendalam. Merah menyala muka Azyan. Salwa jungkit bahu. Tak tahu nak kata apa. Begini nak jadi gadis yang penuh lemah-lembut dan penuh kesusilaan. Azyan…Azyan…mana azam baru kau tu. Kata nak jadi lebih feminin. Makin mengganas adalah.
"Apa yang awak pandang-pandang saya. Nak kena bedal ke?"
Tertelan air liur pemuda itu. Dia tunjuk pada bola yang berada dalam tangan Azyan. Azyan baru perasan yang bola mamat tu ada dalam tangannya. Ini peluang nak balas dendam. Azyan memalit senyuman di bibir.
"Awak nak bola awak ye?" Akal mula menjalar. Ada rancangan yang telah direncanakan. Siaplah kau mamat sengal.
"Iyerlah cik adik oiiii." Apasal minah ni sengih semcam je aku tengok. Seram sejuk di buatnya. Macam aku pernah tengok senyuman macam tu kat bibir dia.
"Yan…sudahlah. Maafkan aje dia." Salwa berbisik halus pada cuping telinga Azyan. Risau bila lihat muka Azyan senyum menakutkan gitu. Ingat lagi macam mana dua budak lelaki sekolah mereka yang pernah lemparkan batu pada kepala Azyan hingga berdarah sebab marahkan Azyan yang report pada guru displin kerana merokok dalam tandas. Azyan siap boleh kasi senyuman manis kat mereka lagi. Tapi mereka tak tahu itu senyuman untuk membalas dendam. Balik sekolah memang budak dua orang tu kena hentam teruk dengan Azyan. Langsung tidak berani mahu pandang Azyan lepas itu. Tiada sesiapa yang tahu hal tersebut kecuali dia. Budak dua orang tu pun tidak berani buka mulut lepas kena ugut dengan Azyan. Azyan memang ganas macam gorilla. Layak sangat dia pegang jawatan ketua pengawas di sekolah dahulu.
"Kau ke tepi Wawa. Aku nak kasi ajar mamat sengal ni. Bebintang kepala aku kena bola tahu."
"Jangan rosakkan program kita Yan. Kaukan nak jadi feminin. Nanti lari pulak buah hati pengarang jantung kau bila dia lihat kau ganas macam ni. Kau pun tahu dia selalu jogging dekat kawasan sini." Salwa cuba memujuk Azyan.
"Emmmmmm…betul jugak kata kau. Malu aku jika Haziq lihat aku jadi gorilla depan mata dia. Melepaslah aku nanti. Aku kan dalam proses dan mencari boyfriend." Termakan juga Azyan dengan kata-kata Salwa. Salwa menarik nafas lega. Dapat juga dia menyelamatkan keadaan. Sebut nama Haziq akan buat Azyan menukar fikiran. Apalah yang menarik sangat pada Haziq yang nampak baik pada pandangan mata perempuan itu. Hipokrit adalah. Azyan pun boleh tersangkut.
Si pemuda masih terkebil-kebil melihat gelagat gadis cun depan matanya itu. Entah apalah yang dibincangkan oleh kedua-dua gadis cun itu. Bola dia masih belum dipulangkan. Teman-teman sepermainan tengah menunggu.
"Cik adik…bola saya." Dia sudah menadah tangannya.
"Ambiklah…" Azyan melontar kasar kepada pemuda terbabit. Ganasnya gadis cun ni. Pemuda itu berbisaik dalam hati. Dia masih cuba mengingati gadis cun itu kerana mereka seakan pernah berjumpa. Otaknya masih tidak berfungsi dengan baik.
"Wawa…jom blah." Azyan menarik lengan Salwa.
"Awak bernasib kali ini." suara Salwa perlahan sewaktu melepasi pemuda terbabit. Pemuda itu mengarukan kepala. Tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Salwa itu. Bola sudah berada dalam tangan. Dia berlari mendapatkan kawan-kawannya semula.



(akan disambung pada hari esok) 



BIARKAN CINTA ITU PERGI..




" Ya ALLAH, kenapa Naim tipu aku macam ni" rintih hati Nur Addina Amir.
Dina memandang orang-orang sekeliling di dalam makmal komputer. Dia cuba menahan sebak dan air mata. Dengan langkah yang longlai, Dina beredar dari makmal komputer. Masih terbayang-bayang titipan manis Naim buat seorang gadis dalam laman Friendster.

Mohamad Naim Iman, jejaka yang berjaya menawan hati Dina sejak Tingkatan 4. Walaupun cinta mereka cinta jarak jauh, tetapi telefon awam menjadi penghubung kasih selama Dina di asrama penuh dahulu. Wang syiling yang dikumpul hasil berjimat cermat duit poket diguna. Walau seminggu 10 minit sudah berbaloi bagi Dina untuk mendengar suara kekasih hatinya.

Dina duduk di laluan pejalan kaki DPP Bank Muamalat seorang diri. Fikirannya amat runsing. Dia cuba menghubungi Naim untuk mendapatkan kepastian tetapi hampa. Panggilannya tidak dijawab. Berderai air mata Dina mengenangkan perbuatan Naim.

"Alamak, aku kena pi kelas Sejarah dan Falsafah Pendidikan ni", Dina mengesat air mata yang dari tadi tidak henti-henti dan berjalan menuju ke perhentian bas.
"Dina, napa orang tengok mata awak bengkak ja ni?" tanya Hana, rakan sekelasnya.
" Tak dak pa la Hana, orang tidoq lambat semalam" Dina berkata lalu menaiki bas biru UNIC untuk ke kuliah. Dina menghenyakkan badan ke seat tepi tingkap. Lalu merenung ke luar tingkap tanpa makna.
"Napa orang yang aku sayang buat aku macam ni? Apa salah aku?" pelbagai persoalan timbul dari ruang benak Dina. Fikiran Dina menerawang entah ke mana.
"Dina, jom turun. Kita da sampai kat dewan kuliah ni" ajak Hana yang dari tadi hanya memerhati Dina. Tidak berani untuk bertanya kerana Hana tahu Dina dirundung pilu. "Ha, dah sampai ka?" terpinga-pinga Dina yang baru sedar di dunia nyata.

Dina dan Hana jalan beriringan ke DKG 1/8. Masing-masing hanya diam membisu.
"Laa, batal plak kuliah harini. Napa la En. Suhaimi ni baru tampal notis. Dah rugi 2 point bas aku ni.." bebel Hana keseorangan.
"Napa Hana?" Tanya Dina yang masih tidak nampak notis yang ditampal di pintu dewan kuliah. Hana hanya menunding jari kearah pintu.
"Hana nak pi mana-mana ak ni? Kalau tak mau, kita balik teruih ja la" ajak Dina.
"Emm, orang rasa nak pegi Hop-in jap..nak print note..tapi takpe la, orang print kat lab Muamalat ja la" balas Hana.

Sambil berjalan Hana dan Dina berborak-borak kosong. Hana perasan perubahan diri Dina yang selama ini periang. Senyuman ‘plastik’ Dina dapat dikesan Hana. Lalu dikumpul keberanian untuk bertanya kawannya yang baru sebulan dikenali sejak mereka melangkah ke bumi Sintok.
"Dina, boleh orang tanya something kat awak ak?" Tanya Hana dengan berhati-hati.
"Apa? Tanya la Hana..awat macam takut-takut ja ni..Dina tak penah makan orang lagi la" kata Dina sambil tersenyum ‘plastik’.
"Dari tadi lagi Hana pasan Dina macam da masalah ja..cita la kat Hana" pinta Hana..
Tiba-tiba riak wajah Dina berubah. "Emm, masalah yang tak tau kepastian lagi..nak cita pon tak tau pala ekoq lagi..tapi bab-bab hati Hana" kata Dina dalam suara yang pilu.
"Jom Hana, bas kita dah ada tu..kalau penuh, kena tunggu hat len plak" kata Dina yang seolah-olah hendak menukar tajuk perbualan. Dina mengorak langkah dengan laju, meninggalkan Hana di belakang. Hana cuba mengejar Dina yang sudah hampir ke perhentian bas.

"Dina, kita duduk kat belakang sekali la" ajak Hana. "Ok gak, boleh rasa cam nek kuda" gurau Dina untuk menutup kesedihannya.
Sambil menunggu bas UNIC penuh dengan pelajar-pelajar lain, Dina mendengar lagu dari telefon tangannya. Lagu ‘Istimewa’ yang dinyanyikan kumpulan Indigo dipilihnya.

Walau kukembara sedunia…
Walau ketemu ramai wanita..
Nyata kau tiada tandingannya…
Seikhlas hati aku menyinta..
Kau istimewa..
Teristimewa..

Dina mengamati bait-bait lagu yang penah dikirimkan Naim melalui Voice SMS sewaktu dia di Kolej Mara Kuala Nerang. Lagu yang membuktikan bahawa Naim akan setia walau di mana dia berada. Tapi semuanya palsu belaka, hanya janji insan yang pandai berkata-kata.
Air mata Dina tumpah kembali. Cepat-cepat Dina kesat dengan hujung lengan baju kurungnya, bimbang kalau ada orang memerhatikannya.

"Mak Su Dina, jom beli makanan kat Café Mak Ndak" ajak Hana apabila sampai di perhentian bas DPP Yayasan Al-Bukhary.
"Isk, mak su lak dia ni..awak pi la beli makanan kt situ..orang cam ngidam nak makan nasi tomato Pak Lang la" elak Dina yang sebenarnya mahu terus pulang ke bilik.
"Ok la, awak pegi la beli kat Pak Lang kesayangan awak tu..jalan elok-elok..kalau jatuh longkang, kua sendiri k?" Hana cuba untuk menggembirakan Dina. Dina melemparkan senyuman dan berjalan pulang ke dewan penginapannya.

Setelah sampai ke bilik, Dina menanggalkan tudung dan terus berbaring. Jam di tangannya dikerling. Baru pukul 12.30 tengahari. Hatinya masih tidak tenang jika tidak mendapatkan kepastian dari orang yang amat dia sayangi. Lalu dicapai telefon tangan di dalam beg kuliahnya.
019-4931683 cuba dihubunginya berkali-kali. Akhirnya panggilannya dijawab juga.

"Assalamualaikum Dina, maaf tau..abang kluaq tadi..terlupa plak nak bawak handphone..da pa ni sayang??..tanya Naim yang masih tidak mengerti.
"Huuu.." Dina tak mampu berkata-kata, air mata tumpah ke pipinya.
"Napa Dina teriak ni?? Sayang da masalah ka?" Naim tertanya-tanya.
"Abang, napa buat Dina macam ni? Apa salah Dina kat abang sampai abang sanggup duakan Dina?" terkesima Naim mendengar soalan yang muncul dari mulut Dina.
"Emm.." kelu lidah Naim untuk berkata-kata. Rahsia yang selama ini dia simpan akhirnya terbongkar oleh Dina sendiri. Dia cuba untuk mencari jawapan untuk mengelak.
"Dina tau mana ni, Abang duakan Dina ngan sapa plak?..isk, sapa plak dok crita ni" bohong Naim.
"MasyaALLAH, cukup la abang..Dina bukan buta teknologi sangat..apa yang abang komen kat Friendster Kak Dhiya tu..please abang, terus terang ja la..Dina da penat nak tanggung semua ni.." agak tinggi nada suara Dina sehingga mengejutkan Naim. Tidak penah walau sekali Dina tinggikan suaranya waktu bercakap dengan Naim.
"Dina, Abang mintak maaf Dina..Abang bohong Dina sebab Abang tak mau kecewakan Dina..Sebenaqnya dah 4 bulan Abang bercinta ngan Kak Dhiya..Abang mintak maaf sangat-sangat" Naim berkata dengan nada penuh bersalah.
"4 bulan Abang bohong kat Dina??..selama ni Dina ingat Abang kawan ja ngan Kak Dhiya tu..Dina tak penah larang Abang kawan ngan sapa-sapa pon, tapi napa Abang salah guna kepercayaan Dina " luah Dina yang hanya mampu melinangkan air mata.
"Sudah la Abang, Abang pikiaq la elok-elok..Apa makna Dina dalam hidup Abang selama ni..Assalamualaikum" terus Dina mematikan talian.
Dina melihat Bear2 pemberian Naim sewaktu ulangtahun kelahirannya yang ke-17..dipeluk erat Bear2 yang selama ini jadi teman di kala suka duka.

Nurul Mardhiya, gadis bertudung litup yang Dina lihat gambarnya dari telefon tangan Naim. Dina terima apabila Naim perkenalkan Kak Dhiya sebagai bekas rakan sekolah menengah Naim. Beza umur Dina dan Kak Dhiya hanya setahun. Dina tidak menyangka gadis yang dia hormati seperti kakaknya sendiri sanggup merampas cintanya. Dina sedar kekurangan diri. Dina hanya gadis kampung biasa, berkulit sawo matang dan perwatakan sederhana. Tapi, dia juga ada hati dan perasaan. Berbeza dirinya dan Kak Dhiya yang cantik. Gadis yang bertudung litup yang selalu Naim harapkan selama ini.

Dina sudah sedaya upaya berubah demi Naim. Sedikit demi sedikit. Tapi Naim tidak penah sedar akan perubahan diri Dina. Masih teringat-ingat kali terakhir mereka berjumpa, Naim asyik menunjukkan wanita yang bertudung litup yang berada Perhentian Bas Pekan Rabu. Katanya wanita-wanita itu cantik seperti Kak Dhiya. Dina agak terasa kerana nama Kak Dhiya asyik melekat di bibir Naim. Menyedari kekurangan diri, Dina hanya mendiamkan diri.

"ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR" azan Zohor berkumandang. Dina tersedar dari lamunan lalu bingkas menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Dina masih ingat pesanan dari ibunya, jangan meninggalkan solat. Dina tahu tempat paling baik untuk mengadu adalah kepada-Nya. Solat dapat menenangkan hati manusia.
Usai mengerjakan solat, Dina memohon doa kepada ALLAH supaya diberikan kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran serta diberikan ketenangan jiwa kepadanya.
Dina termenung memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik buat dirinya dan orang lain.

"Mungkin aku boleh berbincang dengan Kak Dhiya" terdetik didalam hati Dina.
Dina menghantar SMS kepada Kak Dhiya.
Salam k.dhiya..sy Dina..sy rs akak da knl Dina..maaf la klu gngu k.dhiya..i think we need 2 talk
SMS Dina dibalas.
Waalaikumsalam Dina, akak knl Dina..akak baru hbs kelas nie..akak mintak maaf ats apa yg b’laku..mmg slh akak n Naim..tp akak t’lalu sygkn Naim n xnk b’psh..akak da bgtau Naim yg akak xkn lpskn dia..dia cinta pertama akak..
Dina terkesima dengan balasan SMS itu.
Akak, Dina hrp akak fhm situasi Dina skrg..kta sma2 prmpn..klu boleh Dina xnk hbgn 3taon lbh yg Dina bina msnh cm2 ja..Dina sggup klu kta b’kongsi ksh..
Bertakung air mata Dina. Wanita mana yang sanggup berkongsi kasih.
Akak fhm Dina..tp akak xsggp b’kongsi...akak tkot xadil..biaqla Naim sndri wt kptsn..akak arp kita bleh trima kptsn Naim nnti..
Dina memberi membalas dengan tenang
Trima ksih akak ats sgala2nya..Dina akan trima kptsn yg Naim akn wt nnti..Salam..


Selama dua hari Naim hanya mendiamkan diri. Dina memberikan masa yang cukup untuk Naim membuat keputusan. Selama itu juga Dina banyak berfikir dan berdoa kepada-Nya. Dina sendiri mengumpul segala kekuatan dalam dirinya.

SMS yang dihantar oleh Kak Adriana dibaca
Dik, npa jd cmni? Tp xpyh la adik serabut2 pkir psl bnda 2..adik da fmly yg slalu support adik..igt jnji Allah..smua kta da jdoh msing2..mybe u r deserved a better men..mgkn da hikmah apa yg b’laku..sbQ ya, akak tahu adik kuat..

Dina berulang-ulang kali membaca mesej itu. Seperti ada satu semangat datang ke dalam dirinya. Kata-kata kakak kandungnya itu ada benarnya. Dia masih ada tanggungjawab yang lagi besar kepada Maha Esa dan keluarganya. Dia sendiri telah berjanji akan sanggup melepaskan kasih sayang Naim jika hadir wanita yang lagi baik daripada dirinya.


Selepas solat Isyak, Dina terus merebahkan diri di ruang tamu rumah kakaknya kerana badannya terlalu lemah. Sudah dua tiga hari tidur dan makan Dina tidak teratur. Nasib cuti pertengahan semester sudah bermula. Bolehlah dia berehat. Dina terlelap akhirnya.

"Ya Allah, da pukul 11.45 da" pandang Dina ke jam dinding setelah terjaga dari tidur.
Dina melihat telefon tangan disebelahnya. Tertera 1 Message Received di skrin. Dina membuka SMS yang dihantar oleh Naim itu.
Salam sayang..Abg mntk maaf sgt2 syg..abg syg sgt2 kt syg..abg xsgka akn jd mcm nie..abg sdr slh abg sbb duakn cnta syg..abg t’pksa wt kptsn..abg pilih NURUL MARDHIYA...abg arp syg dpt trima kptsn abg nie..maafkn abg..

Dina hanya tersenyum nipis. Setitik air mata pun tidak gugur. Dina sudah dapat menjangka keputusan yang dibuat oleh Naim. Dia sendiri sudah bersiap sedia untuk menerima segala yang akan bakal terjadi. Dia sedar tidak guna menitiskan air mata kerana orang yang tidak menghargainya. Dia masih ada Allah, ibu bapa, keluarga dan kawan yang masih menyayanginya.

Dina menghantar SMS kepada Kak Dhiya.
Salam k.dhiya..tahniah akak..Dina doakn akak bahagia b’sma Naim..Dina nk mntk kbnrn utk call Naim sat ya..trima ksh..Salam
SMS Dina dibalas.
Akak mntk maaf Dina..Naim da wt kptsn..OK Dina call la dia..

Dina terus mendail untuk bercakap dengan Naim
"Salam Im, maaf ya mengganggu..IM buat apa tu? Dina cuma nak mintak maaf kalau ada salah Dina selama kita kenal..halalkan apa yang Im bagi kat Dina..Tima kasih sebab mengajar Dina satu benda yang amat berharga.. Im tak payah la risau pasai Dina lg..Dina da besaq..Dina akan teruskan hidup Dina nie.." kata Dina dengan perasaan yang bercampur baur.
Naim seperti kelu untuk berkata-kata. "Waalaikumsalam Dina, Im baru balik dari stadium ni tengok bola..Im mintak maaf sebab kecewakan Dina..Im terpaksa buat pilihan.. Im buntu sebab Dina dan K.Dhiya tak dak kurang tang mana-mana pon..Maafkan Im ya.."

"Tak pa Im mungkin tak dak jodoh kita..Dina doakan Im dan K.Dhiya bahagia..Assalamualaikum.." kata-kata terakhir Dina untuk Naim pada 13 Ogos 2008. Hari genap 3 tahun 5 bulan mereka menjalin cinta dan akhirnya musnah.
………………….***…………………………

Ingatla kawan-kawan…
Biarkan cinta itu pergi…
Cinta yang sejati akan kembali…
Kerana Allah telah menjanjikan jodoh hati…
Yang akhirnya akan terpateri…
Walau apapun ingatkan dalam hati…
Cinta agung hanya dari Illahi..
Yang akan kekal abadi..


(fiqriey)

Tuesday 26 April 2011

CERPEN.MEMANG KU CINTA



Arghhh... Mia seakan- akan mahu menjerit. Dengusan keras kedengaran sebelum Mia bangkit dari katil. Pintu lungsur ditolak kasar. Keindahan malam tidak menyejukkan hati Mia sekarang. Mia duduk bersandar di pintu lungsur sambil mendongak ke dada langit. Bintang- bintang bersinar gemerlapan cuba dihitung. Satu tabiat yang kini menjadi hobi. Mengira bintang- bintang di saat- saat hati kecewa. Air mata cuba ditahan. ‘Sampai hati mama buat macam ni. Ada ke patut dia suruh aku bertunang dengan anak kawan lama dia. Tapi, padan muka! Selamat je cincin tu dalam laci. Ada aku kisah. Tunang aku pun aku tak tau macam mana rupa dia. Hish!!’

*******************************
"Mia!" laung satu suara. Suara yang setiap hari didengarinya. Dia berpaling. Nabil tersengih. "Jom, temankan aku makan." Rengek Nabil. Mia hanya mencebik sebelum membalas. "Kau ni kat rumah tak makan ke?" sengihan bertukar menjadi senyuman. "Ala, prof kan tak datang lagi. Awal lagi kan..? Macamlah kau tak biasa dengan aku. Kau takut pakwe kau marah ke?"Soal Nabil lagi. Wajahnya diseriuskan. Mia mendengus geram. "Weh, kau ni! Kau yang dok berkepit dengan aku 24 jam, kau ada nampak aku dengan jantan lain ke?" marah Mia. "Alala, janganlah marah. Aku gurau je pun. Tu pun nak sentap. Jom, aku belanja minum Horlicks nak? Kau kan suka Horlicks!"pujuk Nabil. Mia tidak jadi marah. "Aku tak nak Horlicks saje. Aku nak makan mee goreng sekali." Sengaja Mia mengenakan Nabil. Tahu sahabatnya itu seorang yang tidak berkira. Namun, hanya dia yang menganggap Nabil lebih dari seorang sahabat. Dia melepaskan keluhan. ‘Kan best kalau tunang aku, orang yang aku cinta.’

Wajah Nabil di sebelah, diperhati sedalam- dalamnya. Celoteh Nabil yang tidak putus- putus keluar dari mulutnya langsung tidak masuk di dalam fikiran Mia. "Kau dah sampai ke angkasa lepas ke?"gurauan Nabil itu berjaya mengembalikan Mia yang sudah jauh dalam dunia khayalan. Khayalan di mana dia dan Nabil sedang mengecapi bahagia. Berdua. "Huh? Kau tanya apa tadi?" Dia memandang Nabil terkebil- kebil. Nabil sudah menggeleng. Kerusi ditarik. Dia duduk bertentangan dengan Mia. "Kau ada problem ke? Nak kongsi dengan aku?" Nabil bersuara prihatin. Mia terharu. Sahabatnya yang satu ini amat menyenangkannya. Sentiasa peka dengan segala perubahan yang ditonjolkannya. ‘Macam manalah aku tak jatuh hati dengan dia.’bisik hati Mia lagi.

"Ermm, aku mana ade problem. Kau je yang saje- saje buat cerita. Dah order belum?" Nabil masih merenungnya. Riaknya serius. Mia terasa bagai lehernya dijerut. "Bil, aku tak tipulah. Aku takde problem ni, jangan risau!" "Betul ni?" Nabil masih bertanya. Mia mengangguk sekali. Seketika, dia menunduk. Menyembunyikan air jernih yang mula memenuhi tubir mata. "Mia..."seru Nabil lagi. Nabil mengeluh perlahan. ‘Konon takde problem, tapi matanya berkaca. Nak tipu aku konon.’getus hati Nabil. Faham benar dengan sahabatnya itu. Rapat sehingga dapat dibaca segala tindak tanduk Mia. "Jom ikut aku. Sini tak sesuai." Pantas Mia mendongak. "Tangan kau dah cukup insurans ke? Nak aku potong?" Mia menjeling lengannya yang dipegang oleh Nabil. Nabil tersengih. "Opps, sorry." Dia melepaskan pegangannya. Langkah kaki mereka menuju ke arah taman mini yang disediakan di fakulti mereka.

*********************************
"Malam ni mama nak adakan parti. Mia kena pakai pakaian yang cantik- cantik sebab tunang Mia akan datang malam ni. Faham?" mama mengarahkan. Mia hanya mengangguk perlahan. "Ma, kalau Mia ajak Nabil, boleh tak?" "Ikut sukalah. Parti ni pun parti Mia jugak. Mama akan beritahu tentang pertunangan Mia dengan Amat." Mia terkedu. Dia berpaling ke arah mamanya. Mamanya sudah melangkah ke biliknya. Dia berpaling pula ke arah Uncle Nazim, bapa tirinya. "Sorry, dear. Uncle tak dapat bantu. Mama dah keluarkan arahannya." Mia mendengus. ‘Choop..choop..tunang aku nama Amat? Macam pernah dengar je?’ Deringan telefon bimbitnya mematikan lamunan. "Waalaikumussalam. Ermm. Asal?" Mia bingkas bangun dari duduknya. Dia keluar mencari privasi. Suara Nabil di hujung talian kedengaran ceria. Menceritakan gosip yang baru didengarinya. "Bil, aku nak jemput kau datang malam ni. Mama adakan parti. Ok, aku ada kerja ni. Jumpa kau malam ni." Slide ditarik. Dia berlari menaiki tangga. Dia menghempaskan dirinya ke atas katil. Laungan Mak Jah tidak dihiraukannya. Biarlah dia bersendiri seketika. ‘Papa, Mia rindukan papa.’

Baju kebaya yang disediakan mama, dipandang sebelah mata. ‘Mak oi, sendat gila!’ Dia mencari- cari pakaian yang sesuai di dalam almari pakaiannya pula. Sepasang baju kurung dicapai. Tudung warna senada juga ditarik. Dia segera menyerika pakaiannya. Tetamu mula hadir setelah dia siap menunaikan solat maghrib. Dia segera bersiap. ‘Aiyaak, make-up siapa ada atas meja ni? Mama, Mia tak suka make-up la...’ Dia mendengus perlahan. Tanpa amaran, pintu dikuak dari luar. "La...kenapa tak pakai kebaya yang mama belikan?" Mama bercekak pinggang. Wajah Mia yang telah siap bertudung, ditenung tajam. "Mama, baju tu sendat sangatlah. Mia kan tak suka pakai baju sendat- sendat. Rimas!" Mamanya masih mencerun marah. Mama mendengus marah sebelum dia melangkah keluar. "Ikut sukalah. Jangan turun lambat sangat. Amat dah sampai." Mia menempek bedak buat kali terakhir.

‘Siapalah Amat tu? Handsome macam Nabil ke tak?’ Dia tersenyum kecil sebelum melangkah turun untuk mendapatkan tetamu di luar rumah. Mama menarik Mia mendekatinya. "Amat ada di luar." Bisik mama sambil bibirnya menguntum senyuman manis. Uncle Nazim pula tersenyum penuh makna. Dada Mia tiba- tiba berdetak laju. Berdebar dalam keinginannya untuk melihat tunangnya. Perlahan dia mengorak langkah. Wajah seorang pemuda terlayar di pandangan. ‘Kacak!’ Pemuda itu memberikan senyuman kepadanya. Pemuda itu melangkah ke arahnya. "Hai." Mia terkaku apabila pemuda itu menegurnya. ‘Wahh, untungnya aku jadi tunangnya. Handsome siot! Macam Max kumpulan TVXQ dan iras macam Jerry kumpulan F4 pun ada jugak!’bisik hatinya. "Hai, Amat." Pemuda itu jelas terkejut. "Macam mana awak tahu nama saya Ahmad? Saya Ahmad Haikal." Giliran Mia pula terpana. ‘Pandai betul dia buat lawak!’

"Oh, saya Mia. Mia Irin." Dia hanya menunduk memberi penghormatan apabila Haikal menghulurkan tangan untuk bersalam. "Weh, puas aku dok melambai- lambai kau." Nabil yang entah dari mana muncul di hadapan Mia. "Eh, kau bila sampai? Kejap, Haikal." Mia segera berlalu. Dia menggamit Nabil mendekatinya. "Bil, handsome tak lelaki itu?" Nabil membuang pandang ke arah pemuda yang diunjukkan Mia. "Handsome lagi aku!" Nabil berseloroh. Mia menjeling. "Eleh, perasan! Dialah tunang aku." Mia memperkenalkan. Nabil terkedu. Dia melihat Mia dengan pandangan tidak percaya. "Kau pun dah naik angkasa lepas ke?" ejek Mia. Nabil tersengih. Dia mengerling jari manis sahabatnya. Sebentuk cincin terletak elok di situ. Matanya kembali menala ke wajah Mia yang masih mengusha lelaki yang dikatakan tunangnya itu. ‘Kenapa aku rasa semacam je ni? Jealous? Ngaa~~’ Dia menggeleng perlahan menidakkan apa yang difikirkannya.

"Mia, sudah- sudahlah kau usha dia. Aku ni lapar tahu tak?"ujar Nabil sambil mengusap- usap perutnya. Mia yang terlupa akan kehadiran Nabil di sebelahnya, menepuk dahi. Dia tersengih. "Jom. Kita pergi makan. Aku belanja." Nabil ketawa. "Kepala lutut kau! Dah parti kau, mestilah kau yang belanja. Tapi duit semua, mama kau yang bawa keluar. Bukan guna duit kau pun. Kalau kedekut, cakap je kedekut." Mia menjeling sedas. "Ha...jelinglah jeling. Kang, aku terjatuh hati kat kau, merana tunang kau yang handsome tu... padan muka!" ujar Nabil selamba. Wajah Mia di sebelahnya sudah memerah. Geram kerana dipermainkan. "Jomlah. Banyak songehlah kau ni!" Mia melampias rasa marahnya. Dengan Nabil, dia bebas melakukan apa sahaja. Dia tahu, Nabil tidak kisah semua itu.

********************************************

"Amboi, Mia. Sekarang ni susah aku nak tengok kau. Kau pergi mana lepas kelas? Dah tak nak lepak dengan aku dah ke?"ujar Nabil. Ada rasa kecewa terselit di dalam nadanya. Dia bertenggek di meja tempat duduk Mia. Mia hanya tersenyum. "Aku jumpa tunang aku lah. Dating! Jangan jealous!" Mia tersenyum bangga. "E’eleh...macam kau seorang yang ada tunang! Kau nak pergi mana lepas ni? Jom teman aku makan?"ajak Nabil. Mia menggeleng. "Aku tak bolehlah. Aku ada janji dengan Amat. Aku cau dulu. Bye." Mia berlalu meninggalkan Nabil yang terpinga- pinga.

Nabil mengeluh perlahan. Sejak parti Mia, Mia seakan- akan jauh darinya. "Assalamualaikum." Salam yang diberikan oleh satu suara dijawab perlahan. Nabil tersenyum hambar. Wajah Amir dipandangnya. "Boleh aku duduk?" Nabil hanya mengangguk. "Sure. Kau dah makan?"soalnya. "Nak makan lah ni. Jom."
"Kau makanlah. Aku minum je. Aku tak lapar." Straw di dalam gelas, diputar- putar. Fikirannya kosong. Seketika, dia menyedut horlicks. Teringat akan air kesukaan Mia. Mia akan sentiasa meminta horlicks sehinggakan dia terikut- ikut dengan gadis tersebut. "Bro, aku nak tanya sikit." Nabil kembali memandang wajah teman sebiliknya di kolej.

"Kau ada problem ke dengan Mia? Jarang dah aku nampak korang sama- sama lagi?" tanya Amir prihatin. "Entahlah aku. Aku okey je dengan dia. Dia dah ada lelaki lainlah. Dah tak pandang aku lagi dah." Nabil tersenyum hambar. Amir di hadapan memandang simpati. "Bunga bukan sekuntum, Bil. Aku sure ramai lagi perempuan yang nakkan kau. Cuba kau pergi ayat mana- mana minah dekat kolej ni, confirm mesti lekat punyalah!" nasihat Amir berunsur cabaran.

Nabil hanya mengangguk. Malas melayan idea sahabatnya. Hatinya hanya untuk Mia. ‘Eh, sejak bila aku jatuh cinta dengan sahabat sendiri ni?’ Hatinya gelisah memikirkan jawapan persoalannya itu.

******************************
Mia duduk setentang dengan Nabil. "Asal hari ni tak keluar?" Soalan pertama yang keluar dari mulut Nabil setelah mereka diam buat beberapa ketika. Mia hanya tersengih. "Kalau ikutkan aku, hari ni pun aku keluar jugak tau! Cuma Amat je sibuk. Orang dah bekerjalah katakan!!"Sengihannya masih belum cair. Sengaja menaikkan api cemburu rakannya itu. Nabil di hadapan hanya mencebik. "Ye la. Jom. Aku dah boring study ni. Kita jalan- jalan dekat Mid, amacam?"usul Nabil. Matanya sengaja dikedip- kedipkan beberapa kali. Terpana Mia melihat reaksi yang ditonjolkan oleh Nabil. Jarang benar Nabil bereaksi manja dengannya. Dadanya berdebar kuat. Spontan dia memegang dadanya dengan harapan agar debaran tidak menggila.

"Oih, kau ni tak habis- habis dengan berangan! Nak ikut jejak Mat Jenin ke?" Teguran Nabil memecahkan lamunan Mia. Mia tersengih. "Hehe...kenapa? Kau jealous ke kalau aku ikut jejak mat Jenin sekalipun? Aku tau lah kau tu teringin sangat nak ikut Pak Pandir!" Mia memerli. Lidahnya dijelir sedikit.

"Pandailah kau!" Tangannya dihayun ke udara. Lagaknya seperti ingin memukul bahu Mia. Akan tetapi terhenti di udara. "Opps, sorry. Terlupa pula, kau bukan adik aku. Jomlah. Banyak cakaplah kau ni!" Nabil menghayun langkah meninggalkan Mia yang masih terpinga- pinga. Mia merenung belakang Nabil yang makin jauh melangkah. ‘Kenapa dia tak macam Amat? Kenapa dia lebih buat hatiku tertarik kepadanya? Mia! Ingat Amat banyak- banyak! Dia tu tunang kau, bukan Nabil.’ Mia menggeleng perlahan. Dia segera mengejar Nabil yang sudah bercekak pinggang beberapa meter di hadapannya. Wajahnya diserikan dengan senyuman manisnya.

********************************
Pang! Langkahnya mati. Dia perlahan- lahan berpaling. "Kau ingat kau tu siapa hah? Perempuan tak tahu malu!"seusai kata- kata itu, tangan perempuan yang mungkin tua setahun atau dua tahun dari Mia kembali dihayun. Mia yang melihat cemas. Wajahnya pucat kerana tidak menyangka dia akan berhadapan dengan situasi ini. Nabil cepat- cepat menangkap lengan perempuan itu sebelum sempat mendarat buat kali kedua di pipi Mia.

"Kau ni siapa nak halang aku ganyang perempuan ni?"penuh kebencian dia mempamerkan wajahnya. Dia memandang jelik ke arah Mia. Mia masih menikus. Tidak tahu ingin berkata apa walaupun dia tahu dia tidak bersalah. Orang yang lalu lalang berbisik- bisik sesama sendiri. Nabil menarik nafas. Orang yang sedang marah, tidak seharusnya memakinya kembali. "Apa yang terjadi sebenarnya ni cik?"soal Nabil lembut. Dia tidak mahu menambah lagi kekecohan di kompleks beli belah itu. "Apa kata kita duduk dulu. Kita bincang baik- baik?" cadang Nabil lagi. Dia memandang Mia. Wajahnya seperti tadi. Sepatah perkataan pun belum keluar dari mulutnya.

"Tak usah! Perempuan perampas macam ni sepatutnya tak payah nak buat baik dengannya. Awak jangan terpedaya dengan perempuan macam dia ni!"marah perempuan itu lagi. Tangannya dipanjangkan ke kepala Mia. Dia mencubit kuat pipi Mia tanpa sempat dihalang. Nabil terlongo. ‘Perempuan ni kalau marah, dahsyat betul!’ "Cik...bertenang." Nabil menarik lengan perempuan agar menjauhi Mia yang wajahnya kini memerah. Ada takungan di tubir matanya. "Kita tak boleh berbincang dengan rasional kalau cik marah macam ni. Jom, kita ke situ." Nabil menghala langkahnya menuju ke restoran.

"Apa yang Mia dah buat sebenarnya?"soal Nabil. Entah kenapa dia tidak sanggup melihat wajah di sebelahnya muram sebegitu. Disebabkan inilah dia dengan secara tidak langsung menjadi jurucakap bagi pihak Mia. "Oh. Nama perempuan perampas ni Mia rupanya! Encik, perempuan ni telah merampas tunang saya. Siapa yang tak marah, kalau ada perempuan yang nak rampas tunang kita! Encik tahu tak, gara- gara perempuan ni, pertunangan kami putus! Majlis perkahwinan kami tak sampai sebulan lagi tahu! Mak bapak saya dah tak tahu nak sorok muka di mana. Kerana perempuan ni, keluarga saya dapat malu!"lancar perempuan yang belum memperkenalkan namanya itu bercakap. Nabil dan Mia mempamerkan wajah ‘blur’. "Siapa tunang cik?"soal Nabil lagi. Mia di sebelah juga bagaikan tidak sabar mendengar jawapan dari perempuan tersebut.

"Haikal. Ahmad Haikal." Mia tersandar sebaik sahaja telinganya menangkap sebaris nama yang terluncur keluar dari mulut perempuan tersebut. Nabil berpaling demi melihat wajah Mia. "Haikal tunang awak? Macam mana...macam mana dia boleh bertunang dengan dua orang dalam masa yang sama?" Mia menyoal. Barangkali dia sudah mempunyai kekuatan untuk berbicara. Kali ini, perempuan itu pula yang terpinga- pinga. "Dia tu tunang saya. Macam mana dia boleh bertunang dengan awak pula?" Mia menyedut air minuman di hadapannya. Meredakan ketegangan yang mula berbuah.

"Better kita tanya Haikal." Mia segera mencari telefon bimbitnya di dalam beg. Nabil segera menahan tangan Mia yang lincah mendail nombor telefon Haikal. Dia tersenyum. Mia kehairanan. ‘Kenapa Nabil ni? Aku tengah nak cepat ni!’ Mia merengus di dalam hati. "Kejap." Kemudian dia berpaling. "I think, cik ni dah salah faham sebenarnya. Actually, Mia tunang saya." Mia berpaling lipat maut. Matanya membuntang terkejut. "Apa maksud awak?" perempuan itu turut terkejut.

"Haikal sengaja nak menguji kesetiaan awak. Haikal cakap awak banyak sangat rakan lelaki. Kadang- kadang dia cakap, awak macam tak setia padanya. Sebab tu, dia buat macam ni. Majlis tu tak batal sebenarnya. Dia cuma minta ditangguhkan, right? Awak yang salah faham."panjang lebar Nabil menjelaskan andaian yang dibuatnya. "Tapi..." Nabil tersenyum. Perempuan itu kelihatan sedikit lega.
"Mia, maafkan saya atas tindakan terburu- buru saya. Okeylah. I’m so sorry for both of you. Saya gerak dulu." Perempuan itu bingkas berdiri. Sebuah senyuman dilemparkan sebelum dia meninggalkan mereka berdua. Nabil mengubah posisi. Dia duduk berhadapan dengan Mia. Wajah Mia yang tadinya muram kelihatan tegang.

"Aku rasa kau kena putus dengan Haikal." Mia mengangkat wajah. "Stop it, Nabil. Aku tak sangka, kau sanggup buat aku macam ni! Apasal kau cakap kat perempuan tu, aku ni tunang kau? Bukan tunang Haikal? Entah- entah perempuan tu yang syok sendiri dengan si Haikal tu!"terjah Mia disusuli dengan rengusan kasar. Nabil kelihatan tenang. ‘Mungkin ini masanya.’bisik hati kecil Nabil.
"Kau langsung tak beri peluang aku untuk bercakap dengan perempuan tu. Kenapa?"ujar Mia lagi. Wajah lelaki di hadapannya ditenung tajam. "Habis, kau nak aku buat apa? Beritahu dia yang kau tu tunang Haikal? Kalau betul..."ungkapannya sedikit meleret.

"Satu lagi. Apasal kau halang aku bila aku nak telefon Haikal?" Mia menerjah dengan satu lagi soalan. Tidak dibiarkan Nabil duduk senang tanpa soalan- soalan yang kini makin banyak di dalam mindanya. Geram pun ada dengan sikap main- main Nabil. "Aku tak nak kau terluka."hampir tak kedengaran jawapan yang diberikan. Mia tergelak sinis. "A lame excuse! Sudah! Aku nak balik. And, don’t you dare to appear in front of me again! Aku tak ada sahabat macam kau ni. Yang suka menjatuhkan kawannya sendiri!" Mia bangkit lalu pantas mengorak langkah meninggalkan Nabil yang kini terluka. Nabil melepaskan nafasnya perlahan. Bayangan Mia hilang di pandangan mata.

*********************************
Seminggu berlalu. Berganti dengan sebulan. Mia masih tidak berubah. Nabil mengeluh lemah. Sedaya upaya dia mendekati perempuan yang makin dekat dengan hatinya itu. Selagi itulah, Mia akan mengelakkan diri darinya. Sehinggalah suatu hari...

"Bil, kau tau tak, Mia nak pindah?"soalan yang terpacul di bibir Amir menyentakkan urat nadinya. Serasa degupan jantungnya kini terhenti. Dia bakal kehilangan Mia. Penyelesaian yang sepatutnya selesai suatu masa dahulu kini mula menghantui mindanya. Jika dia tidak bertindak sekarang, dia akan kehilangan Mia. Sahabatnya dan juga perempuan yang dia cintai.

"Bil, kau dengar tak ni?" Amir bertanya lagi. Nadanya kedengaran tidak puas hati. "Dengar. Dah la. Aku nak balik. Jumaat ni lepas solat, aku nak balik kampung." "Kenapa?" Amir kehairanan. ‘Apa kena mamat ni? Bawa diri dengan balik kampung ke? Ingatkan nak pujuk Mia.’ Amir berbisik di dalam hati. "Baliklah. Tenangkan fikiran dan hati kau tu. Aku doakan yang terbaik untuk kau." Ujar Amir penuh prihatin. Dia menepuk bahu rakannya perlahan. Nabil hanya tersenyum lemah. Senyumannya mati tatkala matanya bertembung dengan sepasang mata milik Mia. Dia kembali mengukir senyuman. Mia menjeling. Dia buntu dengan sikap Mia.

**************************************
"Kau dah give up ke dengan Mia?"soal lelaki itu. Wajah Nabil direnung sedalamnya. "Kau nak putus tunang dengan dia ke?" Nabil mengangkat wajah. Wajah sepupunya di hadapan, ditatap. Dia menggeleng kemudian dia mengangguk. "Jika itu yang terbaik dengannya. Aku dah tak tau nak buat apa untuk mendekati dia. Apatah lagi nak beritahu dia pasal ni."Nabil mengeluh buat kesekian kalinya. "Buntu Kal, buntu. Aku ingat dengan bantuan Zira, dia boleh terima aku. Sebelum aku buka cerita pasal pertunangan aku dengan dia. Rupa- rupanya aku salah buat perhitungan. Kau pun tahu kan, kalau aku tak halang dia telefon kau, aku tak tahu apa benda lagi yang akan jadi." Haikal tersenyum. Hambar. Mana mungkin dia tersenyum gembira jika sepupu rapatnya itu sedang bermuram durja.

"Fikir- fikir balik, macam mana boleh dia ingat aku ni tunang dia?" Haikal tersenyum lucu. Bibir Nabil perlahan- lahan mengoyak senyum. "Entah. Aku ingat dia akan kenal aku. Macam manalah minah tu tak perasan aku ni Amat. Teman sepermainan dia waktu kecil- kecil dulu? Sakit hati aku tau, bila dia selalu keluar dengan kau! Nasib baik Zira tu baik. Kalau tak, Zira pun serang kau tau. Pandai juga dia berlakon."puji Nabil kepada tunang sepupunya itu. Haikal menayang gigi.

"Apa kata kalau aku yang cuba cakap dengan Mia?" Nabil memandang Haikal dengan pandangan tidak percaya.

***********************************
"Kau dengan Nabil ada masalah ke? Selalu susah nak berenggang korang berdua. Sekarang korang macam tak kenal."soal Amy ketika mereka sedang leka mencari buku yang mahu dibuat rujukan. Memecahkan kesunyian yang mencengkam. Buku yang dikenal pasti sama seperti kod yang dicari di laman web perpustakaan, ditarik. Wajahnya dipaling ke arah Amy yang menunggu jawapannya. "Aku dah tak ada seorang rakan lelaki yang bernama Nabil lagi. Dia tu kau tahu, hipokrit. Penipu besar!"suara yang dilontarkan, dikawal sepenuh hati. Kecoh pula satu perpustakaan jika dia mengamuk nanti. "And, satu lagi. Kalau kau kawan dengan dia, hati- hati. Dia tu suka menjatuhkan rakannya sendiri!"Usai kata, Mia melangkah meninggalkan Amy. Amy menjongket bahu. Dia mengambil buku yang berada di rak setentang dengannya. Buku yang dipegang jatuh dari pegangan pabila wajah Nabil yang muram ditangkap oleh pandangannya. "Nabil." Dia hanya mengungkapkan nama lelaki itu tanpa suara. Nabil hanya tersenyum hambar. Amy terkedu. Kaku tanpa respon.

"Kau buat apa lagi ni, Amy?" Amy pantas menghala pandangannya di hadapan. Tindakan spontan dari Amy membuatkan Mia turut berpaling ke kanannya. Mia terpempan. Nabil melangkah pergi. Meninggalkan Mia yang merasakan dirinya dihimpit perasaan bersalah yang mula menggebu.

*****************************
Tangga didaki pantas. ‘Macam mana boleh tak perasan handset tertinggal? Janganlah ada orang yang panjang tangan di dalam tu!’ Nabil cemas memikirkan hal yang satu itu. Dia segera berlari ke meja yang didudukinya tadi. Dia menggaru kepalanya setelah melihat apa yang dicari tiada di atas meja. ‘Sah! Hangus duit aku! Bangsat mana pula yang ambil ni? Hish! Satu nombor pun aku tak ingat ni, macam mana aku nak call orang?’ Dia mengeluh. Dia tidak perasan seseorang yang sedang memerhatikannya. "Nah, telefon kau." Nabil mendongak. Wajah milik Mia terpampang di matanya.

"Kalau kau nak sabotaj aku pun, tak payahlah guna cara macam ni! Cukuplah kau kutuk aku depan orang lain!"Meledak perasaan marah yang terbuku di hati sejak tadi. Nabil merampas handset di tangan Mia. Terkaku Mia dengan amarah Nabil. Belum pernah lelaki itu meninggikan suaranya. Mia sekadar mengeluh lemah. ‘Salah aku jugak.’

****************************
Salam dilaung. Mia menjawab sambil berlari- lari menuju ke pintu hadapan. Kepulangan mama ditunggu sejak dia pulang dari kolej. Tidak sabar dia untuk bertanya tentang satu hal ini. "Ma, Mia ada benda nak tanya."terjahnya terus tanpa menunggu mama duduk. Uncle Nazim tersenyum melihat kerenah anak tirinya itu. "Ma belum duduk lagi, Mia dah terjah mama. Macam Melodi! Apa hal yang sampai tak sabar- sabar ni?"soal mama. Kepenatan jelas terlayar di wajah mama. Mia tersengih.

"Ma,tunang Mia siapa?" Mama berkerut dahi demi mendengar satu soalan yang terluncur di bibir anaknya itu. "Kan ma dah cakap hari tu. Amat!" Mia ternyata tidak puas hati. "Nama penuhlah ma." Mama mendengus.

"Ahmad Nabil bin Ahmad Zahid. Hai, takkan Mia tak dapat cam Amat? Bukan dia ke yang Mia tergila- gilakan masa kecik- kecik dulu? Sampaikan Amat nak pindah dulu bukan main lagi nak ikut dia pindah jugak. Anak mama ni cepat sangat lupa! Dahlah, mama penat. Nak naik, mandi." Mama tidak mempedulikan Mia yang tersandar lemah.

‘Amat tu Nabil? Kenapa...kenapa aku langsung tak kenal dia? Dan, betullah apa yang aku lihat tadi..’ Terimbas kembali detik di mana dia membuka flip telefon Nabil. Terpampang wajahnya sewaktu bertunang di layar skrin telefon bimbit rakannya itu. Atau lebih tepat, tunangnya sendiri. Tidak berpuas hati dengan itu, dia membuka folder gambar. Mia tergamam pabila dia melihat wajahnya sendiri di dalam folder gambar Nabil. Namun, dia tidak sempat membuka lebih banyak lagi kerana dia terlihat kelibat Nabil yang sedang tercari- cari telefonnya. ‘Nabil...’seru Mia. Kenangan di zaman kecil kembali menerjah di fikirannya. Di mana dia dan Amat sama- sama berjanji untuk hidup bersama ketika mereka sudah dewasa nanti.

**********************************
Langkah Nabil dihalang Mia. "Please, we need to talk."ujar Mia. Wajah Nabil direnung dalam. Nabil menghadiahkan sebuah senyuman sinis. "Talk? Aku ingat kau dah tak nak cakap dengan aku lagi. Ye lah, aku ni hipokrit, suka jatuhkan rakan sendiri..."ejek Nabil. Langkah dihayun lagi. "Amat!"laung Mia sekuat hati setelah Nabil jauh meninggalkannya. Kaki Nabil terpaku. Mia pantas mengejar Nabil di hadapannya.

"I’m sorry, Amat." Nabil berpaling perlahan. "Mia minta maaf banyak- banyak." Esakan halus mula kedengaran. Nabil hanya membiarkan Mia mengalirkan air matanya. "Mia tak patut kutuk awak. Mia tak..." "Mia tak patut sebab tak kenal tunang sendiri."Nabil memintas kata- kata Mia. Namun, nadanya kedengaran keras. Nabil melangkah pergi.

"Amat!" Mia berlari mendapatkan Nabil. Dia pantas menghalang langkah kaki Nabil. "Mia minta maaf sebab kutuk awak. Please, maafkan saya. Tapi, awak pun bersalah juga! Kalau awak berterus terang dari awal, mesti tak jadi macam ni!"nadanya yang tadinya lembut, kedengaran sedikit keras. Nabil hanya memandang. Dia membiarkan Mia memarahinya.

"Oh, macam tu ke? Dah habis cakap?" Nabil bercakap acuh tak acuh. Dia menapak kembali meninggalkan Mia. Mia terkedu dengan sikap Nabil. Belum pernah dia melihat Nabil merajuk. Dia mengeluh perlahan.

"Ahmad Nabil bin Ahmad Zahid!" Mia melaung. Nabil masih melangkah. "Kau nak suruh aku buat apa lagi untuk dapatkan kemaafan kau?" Tiada lagi perkataan ‘awak dan Mia’ yang disebut Mia menandakan dia tengah geram dengan sikap Nabil. Langkah Nabil terhenti. Dia mula memikir.

"Apa kata kalau kita putus je tunang?"ayat yang meluncur laju dari bibir Nabil membuatkan Mia terpana. "Lagipun, kau bukan cintakan aku."sambung Nabil lagi. Dia berpaling. Tidak sanggup melihat wajah Mia. Tidak juga dia sanggup mendengar pengakuan dari Mia yang mengatakan Mia tidak cintakan dia. Menitis air mata Mia. Perlahan- lahan menuruni pipi. "Siapa cakap aku tak cintakan kau?"suaranya hampir tidak kedengaran. Sayang, Nabil tidak mendengarnya. Mia terduduk melihat kelibat Nabil meninggalkannya. Dia memeluk lutut lalu menunduk.

"Aku cintakan kau, Nabil. Kau yang tak sedar. Aku cintakan kau sejak dari kecil lagi. Sejak kau memujuk aku tika aku jatuh dari basikal. Sejak kau berusaha menggembirakanku tika aku merajuk dengan mama. Sejak kau pinjamkan bahu kau untuk aku bila papa aku meninggalkan aku dan mama."Mia mengungkapnya perlahan. Mia tersedu-sedu menahan tangis.

Nabil menahan sebak. Dia berpatah balik pabila melihat Mia terduduk memeluk lutut. Rupa- rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan. Sengaja dia menguji hati Mia tadi. "Mia..."seru Nabil. Mia pantas mendongak. "Kau tak nampak ke aku sukakan kau?"tiba- tiba Mia memarahi Nabil. Nabil terkejut namun dia kembali tenang. Mia bangun lalu mengeluarkan cincin dari jari manisnya.

"Nah! Kau cakap nak putus tunang kan? Puas hati?" Mia menghulurkan cincin. Mia berpaling lalu beredar. "Kau pun tak nampak ke yang aku juga cintakan kau?"soal Nabil. Mia terkedu. Itulah pengakuan yang ditunggu- tunggunya. Air mata yang kering kembali menuruni pipi. Nabil mendapatkan Mia.

"Mia, please don’t cry. I’m sorry and I’m here with you. But, Amat tak boleh peluk lagi. Haram!"ada usikan terselit dalam kata- katanya. Mia tersenyum. Tahu, Nabil sudah memaafkannya. Dan, dia juga sudah memaafkan Nabil."Dah, kesat air mata tu. Nanti diorang ingat Amat buli Mia pulak!" Mia mengesat air matanya. "Mia.."seru Nabil lembut. "Sorry, sebab rahsiakan semua ni. And susahkan Mia time perempuan tu serang Mia. Tapi semua tu untuk kebaikan kita. Even, caranya tak betul."panjang lebar Nabil memeberi penjelasan kepada Mia. Mia hanya mengangguk. "Lain kali, jangan buat macam ni. Mia tak cukup kuat nak hadapi semua ni. Tambah- tambah bila perempuan tu serang. Terkejut Mia."

"I’m promise that it won’t happen again. Sorry."ujar Nabil lagi.Mia sekadar mengangguk. Tiba- tiba Nabil melutut. Cincin tunang di genggaman disua. "Mia Irin, will you marry me? Sanggupkah Mia hadapi susah senang bersama Amat? Sentiasa mencintai Amat hingga akhir hayat?"Nabil bertutur dengan penuh kelembutan. Mia terkedu. Dia tidak tahu hendak menjawab. Hanya air mata yang mengalir menyatakan kesudiannya berkongsi hidup bersama Amat. Cincin diambil lalu disarungkan. Nabil tersenyum bahagia. ‘Akhirnya...alhamdulillah!’bisik hati Nabil. Tiada lagi ungkapan yang keluar cuma mata mereka yang meluahkan perasaan masing- masing.



(FIQRIEY) 
 

PASAR BORONG NOVEL Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo