Saturday 9 April 2011

8 KALI GAGAL SEBELUM MENJADI JUTAWAN

Sungguh saya tidak menyangka, melihat dari gaya dan tingkah laku memang lansung tidak terlintas di hati ini bahawa individu yang berada di hadapan saya pada waktu tersebut adalah seorang jutawan malahan cara bercakap yang bersahaja tidak menampakkan riak personaliti seorang jutawan. Namun hakikatnya memang individu terebut jutawan, keupayaannya membeli beberapa buah rumah dan tanah lot banglo bernilai jutaan ringgit membuktikan keupayaan ekonominya walaupun dirinya sendiri tidak mengakui dan memperlihatkan kekayaannya kepada saudara mara terdekat.

Kisahnya seorang saudara telah menjadi kaya dan bertaraf jutawan, namun untuk mencapai ketahap tersebut bukannya sesuatu yang mudah dan boleh dicapai dengan sekelip mata, apatah lagi individu ini bukannya lahir dari kalangan keluarga yang mempunyai tahap ekonomi yang baik, sekadar anak kampung yang hidup serba kekurangan dan mempunyai adik-beradik yang berbelas-belas orang ramainya.
Dari cerita saudara terdekatnya diketahui beliau telah mencuba 8 jenis perniagaan dan 8 kali gagal sehinggakan pernah satu ketika suami isteri tersebut hanya mempunyai wang sebanyak RM20 sahaja  di dalam poket untuk menampung pengurusan harian keluarga, ini berikutan projek yang dilaksanakan tidak dibayar ataupun dipermainkan oleh pelanggan. Dan individu ini seorang yang berprinsip dan tidak mengamalkan sebarang bentuk rasuah atau riba dalam menjalankan perniagaannya.
Berkat kesabaran dan keyakinan kepada rezeki yang datangnya daripada Allah S.W.T menyebabkan usahanya berhasil kini di mana berdasarkan sumber terdekat pendapatan bersih bulanan beliau mencecah RM1 juta sebulan, namun kekayaan tersebut tidak pernah diwar-warkan atau dicanang kepada semua orang, dan individu tersebut masih merendah diri dan hidup cara sederhana. Itulah yang membuatkan saya terasa amat kagum dengan keterampilan dan sejarah hidup beliau.


0 comments:

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM..
comment la cket walaupun 1 ekk
trimas semua..=)

 

PASAR BORONG NOVEL Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo