Saturday 9 April 2011

3 Perkara Romantik Pilihan untuk Cinta Jarak Jauh






Cinta jarak jauh adakalanya menyeksakan. Keadaan bila kita tak dapat bersama orang yang kita sayangi semasa dia memerlukan memang menyakitkan. Seolah-olah kita tidak mampu memberikan bahagia untuknya. Bila bercinta jarak jauh, kita pasti selalu risaukan si dia, terutamanya dari segi kesihatan, keselamatan dan keselesaan.


Entry kali ni, Siv nak berkongsi 3 Perkara Romantik yang mungkin mampu menghangatkan Pasangan Cinta Jarak Jauh. Cubalah praktikkan, mungkin akan memberikan hasil yang menakjubkan!



#1: Menonton filem atau rancangan TV yang sama

Berjanji untuk menonton filem, rancangan TV malah video YouTube yang sama boleh membangkitkan rasa sedang menonton bersama. Lagi-lagi pula, jika kita melakukannya sambil on phone dengannya. Walaupun kita dan dia boleh menonton bersama kawan-kawan tetapi sekali-sekala luangkan masa berkualiti bersama si dia pun bagus juga!










#2: Hantar bunga, kek dan surat cinta!



Menghantar bunga pada pasangan juga adalah satu perkara romantik yang harus dilakukan bila berjauhan. Kalau boleh, lakukannya secara diam-diam dan pada waktu tak terduga, pasti dia tersentuh hati dan teringatkan kita setiap masa. Banyak laman web yang menawarkan perkhidmatan hantar bunga ni di Malaysia.



























#3: Kongsi journal harian melalui blog

Create satu blog dan jadikan dia juga sebagai penulis blog. Setiap hari, update mengenai apa perkara penting yang dilakukan atau apa-apa sahaja yang difikirkan perlu. Journal ini pasti akan mengingatkan kita the good and bad times yang telah berlaku semasa masing-masing berjauhan dan kita pasti akan menghargai saat-saat dekat dan bersama.






Itulah 3 perkara romantik pilihan Siv untuk cinta jarak jauh. Kalau korang dekat pun boleh juga buat tapi lebih senang kalau ajak je keluar makan sama-sama atau kahwin! haha. Banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama pasangan jarak jauh dan kalau serius nak lakukannya,
jadi selamat MENCUBA.. XD

0 comments:

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM..
comment la cket walaupun 1 ekk
trimas semua..=)

 

PASAR BORONG NOVEL Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo